ada aku kesah...walau sebagus mana pun kau dan keluarga kau...asal tak menyakitkan hati aku dan keluarga aku ...suddahhh!!

Salam to all bloggers,

Hari nie saya rasa macam nak marah orang...bukan ahli keluarga saya. Tapi orang-orang yang perasan diri dia dan keluarga dia jer yang "macam bagus" sangat. Tapi sebenarnya atau hakikatnyer sama jer macam keluarga-keluarga yang lain!!...Kalau cerita ngan suami, dia suruh bersabar jer ngan orang yang macam nie. Kalau orang buka aib kita..nanti aib dia sendiri akan terbuka. Jadi kita nie sabar jer lah...lama2 orang-orang nie melebih-lebih pulak.


Pelik betul..bila difikirkan balik..yang dia dok sibuk hal ehwal keluarga orang. Mula-mula tue nampak macam nak membantu dengan cara yang baik, tapi bila dah tau jer apa masalah orang, dia pulak dok sibuk menjaja satu kampung tentang masalah tue. Hai...macam-macam orang lah yang ada dalam dunia nie. Dulu masa arwah mak saya hidup lagi, tak ada timbul pun masalah dengan orang-orang luar yang berpura-pura baik dengan kita. Tapi bila arwah mak saya menginggal dunia, semuanya berubah. Dan yang paling tak disangka-sangka orang-orang yang dulu paling baik, paling rapat dengan arwah mak kita nie lah yang banyak menyakitkan hati saya.


Benci bila teringat benda-benda nie semua, kalaulah perkara nie senang nak dilupakan tak jadi masalahkan?? tapi perkara-perkara nie akan sentiasa ada dari semasa ke semasa. Mulut tempayan bolehlah ditutup-tutup, nak tutup pakai dulang besar ker...dulang 4 segi ker..dulang lonjong ker...dulang bulat ker..tapi ini mulut orang. Kalau dijahit pun belum tentu tak ada bunyi yang keluar dari mulut dia. Sabarkan lah hatiku ini Ya Allah, berikanlah kekuatan pada aku untuk menghadapi orang-orang yang macam nie. Walaupun kebanyakkan dari orang-orang nie tak pernah pun aku jeling..apatah lagi aku nak menghebahkan pada orang-orang yang lain aib atau masalah dalam keluarga mereka. Orang-orang nie sahaja yang aktif nak buat kerja-kerja yang sangat dibencimu Ya Allah.


Bak kata suami aku, biarkan lah orang nak cakap apa pun...kita nie pulak jangan nak ikut macam mereka. Bila mereka sibuk mengata kita..pahala datang bergolek-golek kepada kita. Allah tue kan maha adil pada umat-umat dia. Ujian yang dia turunkan kepada kita pun  sudah ditentukan tahap level yang boleh ditanggung oleh kita. Jadi kita sebagai umatnya nie kenalah sentiasa percaya dan bersyukur dengan segala nikmat yang datang kepada kita nie. Yang baik tue sesungguhnya daripadanya dan yang buruk tue adalah dari kita sendiri.


So...bila suami dah nasihat banyak-banyak kali macam tue..masuklah nasihat tue dalam diri saya. Dan saya sangat-sangat bersyukur kerana saya dikurniakan suami yang baik macam dia. Kerana suami sayalah yang banyak mengajar saya supaya menjadi seorang yang berfikir dulu sebelum berkata-kata, bersabar sebanyaknya dengan dugaan yang datang. Dan dalam hidup nie bukan semata-mata tentang diri kita sahaja, banyak lagi yang perlu kita korbankan bila kita nie dah berkeluarga. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak, dan orang tua (ibu bapa). Rezeki yang datang tue sudahpun ditetapkan untuk siapa sepatutnya ia diberi. Bukan semata-mata untuk diri sendiri. Bila dibagi-bagi barulah rezeki tue lebih berkat..dan lebih banyak lagi rezeki yang datang.


Jadi harap-harap lepas nie dapatlah saya praktikkan nasihat suami saya dengan lebih berkesan lagi. Sebab perkara tue bukannya senang...dan sebenarnya tidaklah susah untuk dilakukan. Lakukannya dengan seikhlas hati, insyaallah tuhan akan nampak. Tidak rugi pada kita jika kita bersabar dengan orang-orang macam nie. Harapnya, biar mereka sendiri akan sedar kesilapan sendiri.





Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

2 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

~ Lady ell ~ berkata... Reply To This Comment

panjangnye tajuk...:)

alah,biasalh shiela..dh mmg lumrah mcm tu..doakan je mudah2an org2 tu akan berubah..yg penting kita happy dgn cara hidup kita.tk menyusahkan die pun..

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

tuelah dia...terpanjang lak title dia...aku mmg happy dgn cara & hidup aku skang nie...tak nyusahkan org...org jer yg suka nak susah2..pelik aku...biarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...