Adam dah pandai meniarap











Salam to bloggers, kali nie saya nak story hal anak lelaki saya yang kedua Muhammad Adam Danish. Adam sekarang nie dah masuk 4~5 bulan, dia dah panadai meniarap. geram betul tengok keletah dia sekarang nie. Dah tak nak duduk baring diam-diam kalau dia sedang berjaga. Asyik nak bergolek jer...hmmmm...comel sungguh. Tapi saya selalulah kena perhatikan apa dia tengah buat, takut-takut jadi apa-apa pulak. Yelah...bila dah pandai meniarap tue..mestilah tangannya dah pandai nak mencapai benda-benda kat sekeliling dia. Takut dimakan pulak benda-benda yang bersepah kat lantai tue nanti. Kat rumah nie pulak mainan abang dia Danial banyak bersepah kat lantai.


Jadi sekarang nie saya kenalah bersiap dan sedia utntuk melayan kerenah Adam yang seterusnya...ingat lagi masa Danial pandai meniarap dulu. Tak lama lepas tue dia dah boleh duduk, bila dia dah pandai duduk jer habislah. Tak dapat duduk diamlah saya..silap-silap nak blogging on9 pun susah kan??


 Selagi dia tak tidur maknanya saya kenalah duduk perhatikan dia, bukan apa..dah memang sikap saya...kalau anak-anak tak tidur lagi, saya pun susah nak tidur. Risau kan keselematan dia...apa yang dia buat...kalau masak tue boleh lah curi-curi pandang lagi. Dapur dengan ruang tamu rumah nie dekat jer. Saya tak risau sangat....bolehlah harapkan abang dia Danial (3 thn) tue tolong tengok-tengokkkan adik dia. Hehehehe...boleh percaya ker??.
So,...sampai sini jer story saya untuk kali nie...saya nak pergi memasak pula. Harap2 entry akan datang ada lagi cerita menarik yang boleh saya kongsikan bersama-sama.





Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

0 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...