Lanjutan dari "Tolong!! Danial tak nak tidur...Arggghhh!!"

(gambar dari google)

(gambar dari google)
Salam to all bloggers,





Lanjutan dari cerita anak sulong saya yang tak nak tidur awal…sebab-sebab yang sudah diketahui. Hmmm…sampai sekarang nie kami suami isteri masih lagi cuba mengatasi masalah nie. Berapa hari yang lepas Danial ok…boleh ikut kata untuk tidur awal…tapi malam nie dia tak boleh tahan hati kecilnya, nak tengok kartoon kegemarannya sampai awal pagi. Sekarang nie pun jam dah pukul 4.00 pagi…hai..anak-anak.

Saya tak maulah mengajar anak dengan cara yang keras…berapa hari yang lepas saya berjaya buat dia tidur awal. Pujuk baik-baik ditambah sedikit ketegasan sebagai seorang ibu. Pasti saya nak anak turut kata saya, apa yang patut dan tak patut. Cuma untuk kanak-kanak berusia 3 tahun, nak dibanding kan tidur ataupun kartoon…pasti dia akan memilih kartoon. Dan sama ada kartoon ataupun berjalan-jalan (pusing-pusing naik kereta) pasti dia akan memilih jalan-jalan. Tak mungkin lah saya nak bawa dia jalan-jalan pukul 4.00 pagi pula kan??...

Sebenarnya untuk selesaikan masalah nie tiada masalah langsung pada saya. Masalah nya Cuma saya tak sampai hati nak larang dia bila tengok air muka Danial yang begitu gembira dapat tengok rancangan kartoon kegemarannya iaitu “Backom”. Kartoon dari Koera, kartoon “Backom” nie Cuma terbit pada pukul 3.00~4.00 pagi sahaja. Mungkin pada waktu siang kartoon nie dimainkan pada pukul 8.00~10.00 pagi (saya tak pasti). Tapi memandangkan Danial dah pun tidur lambat dan pastilah bangun pun lambat (pukul 5.00 pagi ~ 1.00 tengahhari), sudah tentunya dia terlepas waktu siaran di sebelah siang harinya.

Hmmm…Danial2…sampai ibu pun sekarang nie susah nak tidur…tak dapat nak tidur…naluri ibu nie biasanya macam nielah. Sentiasa risaukan keadaan anak-anaknya, kalau saya masih bekerja pasti saya paksa dia tidur awal..tak bagi can orang kata. Selagi Danial tak tidur…selagi tuelah saya susah nak pejamkan mata. Takut apa-apa nanti..kita tak sedar sebab sedap sangat tidur, sedangkan dia baru jer berusia 3 tahun. Macam-macam ragam anak nie, kita sebagai orang tua nie perlu banyak buat pengorbanan. Samalah dengan pengorbanan orang tua kita dulu-dulu, lain zaman…lain pula ragamnya kan??...Hmmm…bila ingat zaman saya kecil-kecil dulu..selalu buat orang tua marah…hehehe…sekarang nie bila kita dah ada anak…hah!! baru tau rasa??...

Masa anak dara pulak sentiasa rasa pelik bila selalu dengar mak kita…jiran kita (ibu2) nie menjerit2 marahkan anak-anak…pelik kenapa asyik dengar mereka membebel tak henti-henti marahkan kami nie anak-anak. Siap cakap “tak penat ker diorang nie menjerit2 dan membebel tak henti-henti”…hehehe. Dan samalah juga sekarang nie….bila dah ada anak sendiri barulah tau kenapa mereka selalu menjerit dan membebel. Keadaannya sekarang nie samalah juga dengan saya…hahahah…sekejap-sekejap nak membebel, sekejap lagi nak marah(tapi masih boleh tahan lagi) sebab tengok rumah bersepah. Geli hati bila ingat kembali masa dulu-dulu. Patutlah arwah mak saya selalu kata “besok bila kau dah ada anak baru kau tahu”…Orang tua selalunya benar bila berkata-kata, mereka makan garam lebih dulu dari kita. Pengalaman hidup mereka lebih banyak dari kita nie yang masih mentah dalam kehidupan.

Jadi moral dari story nie….sentiasalah menjadikan orang yang terdahulu (ibu bapa) nie sebagai orang yang lebih berpengalaman melayari kehidupan. Setiap tutur katanya mestilah kita hargai dan dengari sebagai panduan hidup kita di dunia yang fana nie. Mereka sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak di dunia mahupun di akhirat. Begitulah juga dengan kita sendiri…pasti kita inginkan kesudahan yang sama untuk anak-anak kita kan??...berjaya di dunia dan di akhirat. Menjadi anak yang soleh dan solehah…mendoakan kita di akhirat kelak. Itulah bekalan harta yang terbaik dan mampu manjamin kita di sana kelak untuk kita sebagai ibu bapa nie. Akhir sekali……

Dimulai dengan bacaan Al-Fatihah untuk kedua orang tuaku (Siti Fatimah binti Suri & Ariffin bin Haron)…

“Ya Allah ya tuhanku..ampunkanlah segala dosa-dosaku….dosa kedua orang tuaku (Siti Fatimah binti Suri & Ariffin bin Haron)..adik beradikku..berikanlah aku petunjukmu yang sebenar-benarnya Ya Allah..hindarkanlah aku dari sebarang perkara yang mungkar lagi keji..berkatilah aku di dunia dan di akhirat…murahkanlah rezeki ku…berikanlah kebahagiaan, kejayaan di atas apa juga yang aku lakukan…permudahkanlah segala kerja-kerjaku..lindungilah aku dari perasaan hasad dengki manusia….berikanlah kesihatan kepadaku…panjangkanlah usiaku Ya Allah….

Ya Allah ya tuhanku…satukanlah aku dengan suamiku (Abd Latif bin Busu) di dunia dan di akhirat sehingga ke akhir hayat…tetapkanlah hatinya untukku…dan tetapkanlah hatiku untuknya....murahkanlah rezekinya..permudahkanlah segala kerja-kerjanya…lindungilah dia dari perasaan hasad dengki manusia …berikanlah kesihatan kepadanya…panjangkanlah usianya Ya Allah…

Ya Allah ya tuhanku…lindungilah anak-anakku (Muhammad Danial Yusof & Muhammad Adam danish)…berikanlah mereka kesihatan…panjangkanlah usia mereka…jadikanlah mereka anak-anak yang soleh…mendengar dan menurut kedua orang tuanya…dan membesar menjadi anak-anak yang bijaksana….sesungguhnya Ya Allah..engkaulah yang maha pemurah..lagi maha pengampun dan mengasihani..

Rabbana atina fiddunnia hasanah wafilakhirati hasanah wakina azabannar……. Amin-amin ya rabbalalamin…”



kalau suka LIKE k... :D

0 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...