My Kidz & My Story...




Salam kepada semua bloggers, kali nie saya nak kenalkan pada semua anak-anak saya. dan saya nak cerita sedikit pengalaman saya selepas melahirkan (dalam tempoh pantang). Saya baru ada dua orang anak da kedua-duanya lelaki, perempuan belum ada rezeki lagi. Anak saya yang pertama namanya "Muhammad Danial Yusof" (semuanya nama-nama nabi)..dan yang kedua pula yang baru berusia 4 bulan nie bernama "Muhammad Adam Danish" (juga nama-nama nabi).


Saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan olehnya dua anak lelaki yang comel-comel, handsome2 (hehe..) dan sihat-sihat belaka. Kalau abangnya Danial lebih manja dengan ayahnya, anak sulonglah katakan. Dan adiknya belum nampak lagi manjanya pada siapa....mungkin pada ayahnya jugaklah kot. Sebabnya suami saya ni penyayang yang amat sangat orangnya, terutamanya sekali pada anak-anaknya.


Kalau saya ni tegas sikit orangnya pada anak-anak, maklumlah ibu. Masa saya melahirkan Danial dulu anak pertama saya biasalah...yang pertama selalunya banyak yang kita nie tak tahu lagi. Dalam waktu berpantang adalah masa yang sangat-sangat sukar pada saya. Bayangkan, dari bab nak menyusukan anak..nak menjaga diri sendiri supaya sentiasa berhati-hati dalam pergerakkan dan tak masuk angin, dan macam-macam lagi semuanya sukar pada saya. Sebab kali pertama menghadapi keadaan berpantang. Tak boleh buat apa-apa kerja pun...banyak yang nak kena jaga.


Menyusukan anak adalah sesuatu perkara yang mulia dan sangat-sangat bagus untuk ibu-ibu yang baru melahirkan dan juga bayi itu sendiri. Tak dapat saya bayangkan betapa besar pengorbanan ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak mereka sehingga ke usia 3 tahun. Sampai sekarang saya sangat menghormatinya. Sebabnya saya ada masalah menyusukan anak-anak saya (kesakitan semasa menyusukan), saya kalah dan tak tahan sakit sampai demam-demam (mengigil). Kalau saya tahu dari anak dara bahawa menyusukan anak ni tak semudah yang disangka, tentunya saya lebih bersedia awal-awal lagi dalam menghadapi situasi ini.


Kemudian dalam pantang  saya tak menjaga waktu makan saya. Kepada ibu-ibu bakal menghadapi hari pantang (pertama kali)..please take note yang kita seharusnya menjaga waktu makan mengikut masa. Pagi-pagi lagi mesti bangun untuk bersarapan dengan nasi panas, jangan biarkan perut kita ni kosong..sakitnya bila masuk angin dalam pantang ni cuma tuhan je yang tahu...pengalaman saya sendiri jugaklah. Percayalah yang sakit masuk angin dalam tempoh pantang dengan sakit masuk angin biasa ni tak sama. Gerak sikit pun tak boleh, samalah macam kita kena penyakit appendiks atau gastrik. Bisa yang menyengat-nyengat dalam perut ni kita boleh rasa bila angin tu berpusing-pusing dalam perut. Sakit boleh hilang bila kita pergi klinik minta ubat tahan sakit jer, kalau tak buat macam tu sampai bila pun sakit tetap ada.


Samalah juga untuk bayi kita, janganlah kita biarkan atau leka memberi susu padanya, bayi juga boleh sakit kembong kerana perutnya dah masuk angin. Kita kena sentiasa pastikan bayi kita minum susu ikut masanya. Kita sakit takpe lagi...tapi kalau bayi kita yang sakit menangis tak henti-henti sebab sakit perut lagi susah. Hmmm..macam-macam ragam masa tempoh berpantang anak sulong saya. Pengalaman ni saja saya kongsikan supaya bakal-bakal ibu mendapat manfaat daripadanya. Tetapi berbeza pula dalam tempoh pantang anak yang kedua, alhamdulillah semuanya sangat mudah pada saya. Dalam tempoh pantang tubuh badan saya lebih sihat..tiada demam-demam (mengigil), tiada sakit masuk angin. Bayi saya juga sihat tiada sebarang masalah. Bak orang dulu-dulu kata "pengalaman mengajar kita erti kehidupan"....


Mungkin blogger yang lain (ibu-ibu) yang ada pengalaman dalam tempoh berpantang dan juga nasihat-nasihat yang berguna kepada pembaca yang lain, bolehlah bagi sedikit ulasan pada catatan saya nie. Semoga ia akan memberi manfaat kepada lebih ramai bakal-bakal ibu. Sampai di sini dulu catatan saya pada kali ini, kita jumpa di lain isu. Sekian, terima kasih...:)



Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

0 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...