Tolong!! Danial tak nak tidur...arghhhh!!





Pukul 4 pagi...ZZZZZzzzzzzz



Salam to all bloggers. Semalam saya tak dapat tidur sampailah ke pukul 4 pagi..semuanya disebabkan anak kesayangan saya Danial, bukan setakat semalam sahaja, kiranya sekarang nie hari-hari Danial tidur lambat. Sekarang nie pattern tidur dia mula dari pukul 5 pagi hinggalah ke pukul 1 tengah hari...semuanya gara-gara tengok kartoon sampai ke pagi. Akibatnya saya pula yang tak tidur lena, macam manalah saya nak ubah tabiat Danial nie...?????


Kalau nak diikutkan hati nak jer switch off terus TV tue. Tapi tak tahan pula nak dengar dia merengek-rengek menangis pagi-pagi buta kan, mengganggu jiran yang lain nak tidur pula. Kadang-kadang saya pun boleh joint sekali tengok kartoon tue sebab tak tahan geli hati bila tengok dia ketawa terbahak-bahak. Hai anak..anak...agaknya saya dulu masa kecil-kecil pun macam nie juga ker??...tak ingat pula, hahahah..tak pun ayah dia yang berperangai macam nie dulu...hahahaha......pening-pening.


Belum lagi bab saya bergaduh dengan Danial sebab nak tengok rancangan TV kegemaran masing-masing. Balik-balik dia jer yang nak tengok TV...kartoon..kartoon..kartoon..nasib baiklah ada benda lain yang saya boleh layan. Malam nie saya nak ajar Danial supaya tidak tidur lambat lagi...biar  dia tahu mana yang boleh dan tak boleh dilakukan. Kemudian nanti saya akan update perkembangan dia. Sekian dulu untuk kali nie, kita jumpa di lain catatan, terima kasih.


Photobucket


kalau suka LIKE k... :D

2 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

~ Lady ell ~ berkata... Reply To This Comment

tk pe,ank ko kuat keje tu...tk mengira waktu dia carik duit nnt...:)

aku ni pun skrng tido tk menentu.biasalah bila beranak kecik kan..

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

hahaha...adam ok pulak..tidur ikut masa..pukul 6.00 pagi baru bangun nak susu...semalam aku suh danial tidur awal...nak set mind dia tengok kartoon hari siang jer...mlm tak boleh..huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...