~ Suami oh! Suami ~


First of all apa yang aku tulis nie aku nak tujukan khas pada segelintir cuma suami yang tak pandai nak menghargai isteri-isteri. Aku bersyukor kepada yang esa dengan segala kurnia dan limpah rahmat yang dia telah berikan pada aku sekeluarga (dikurniakan suami yang penyayang terhadap isteri dan anak2 insyaallah semoga berkekalan)…betapa kerdilnya masalah aku sebagai seorang isteri jika nak dibanding kan dengan kaum hawa yang lebih teruji hidupnya dari aku sekarang nie….macam-macam kes skang suami yang menganiaya isteri2….kenapa ek??...ha! kan dah kuar ayat JB tue…semalam berita alat sulit isteri di toreh??....pastue ada pulak kes suami yang kuat cemburu sampai sanggup pijak isteri sampai mati?? dekat Malaysia tue boleh terjadi kes nie….nak kata bangsa lain, bangsa melayu jugak….aku tak faham!! aku tak faham!!!! Dimana kesabaran mu seorang suami sebagai seorang umat islam??....Tujuan aku menulis pasal n3 nie bukan lah nak berlagak seperti ustazah!!, aku cuma nak meluahkan apa yang terpendam kat dalam hati aku nie tentang scenario yang semakin pelik kat Malaysia ku yang tercinta sekarang nie….korang tak pelik ker??

Ketahuilah si suami bahawa kamu sudah pon menganiayai seorang ibu, walau dia hanya isterimu tetapi dia adalah ibu kepada anak2 mu…....sedangakan kamu juga mempunyai seorang ibu yang kamu kasihi bukan??

Renungilah kamu wahai si suami yang jahil betapa indahnyer layanan rasulullah junjungan besar kita terhadap isteri2nya ~

~Rasulullah SAW sentiasa prihatin terhadap segala masalah yang dihadapi oleh isteri-isterinya. Baginda Rasulullah saw mengajak isteri-isterinya bermusyawarah dalam banyak urusan. Beliau sangat menghargai pendapat-pendapat mereka. Malahan Baginda sering mengangkat martabat wanita di mata masyarakat pada zamannya.

~Baginda begitu menghargai isterinya Siti Khadijah yang dikatakan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri Baginda. Menurut Baginda, Dia (Siti Khadijah) beriman kepadaku di masa orang lain berada dalam kekafiran. Dia membenarkanku di waktu orang lain mendustakan aku. Dia menolongku dengan hartanya, ketika orang lain tidak sudi memberikannya. Dan Allah mengurniakan anak daripadanya, tidak dari isteri-isteri yang lain. Pengorbanan Siti Khadijah ini membuatkan Baginda terus mengingatinya walaupun isterinya itu telah lama meninggal dunia.

~Ketika dengan isteri-isteri yang lain pula, Baginda menunjukkan sifat-sifat seperti bertimbang rasa, hormat dan sabar dengan kerenah mereka. Baginda tidak keberatan untuk membantu isteri-isterinya melakukan kerja rumah.

~Rasulullah SAW seorang yang ringan tulang, baginda SAW menjalankan tugasnya sebagai seorang suami seperti membasuh baju, mengemas rumah, dan lain-lain.

Rasulullah saw bersabda:
وكان يقول: (خدمتك زوجتك صدقة)
“Pelayanan Anda untuk istri Anda adalah sedekah.”

~ Rasulullah SAW tidur sekatil dengan isterinya, dan dibentangkan tangannya sebagai alas tidur kepada isterinya sebagai tanda kecintaan kepada isteri tercinta.

~Rasulullah SAW membenarkan isterinya menziarahi keluarganya dan rakan-rakannya dan menerima lawatan keluarganya dan rakan-rakannya.

Hadith dari Aisyah RA Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim :
"rakan-rakanku pernah melawatku sedang mereka bersembunyi-sembunyi supaya tidak terlihat oleh Rasulullah SAW padahal Baginda SAW mempersilakan mereka untuk menjumpaiku"

~Rasulullah SAW memahami kepenatan isteri2nya lalu memberi isterinya bersenang-senang (rehat) agar dia dapat melakukan tugasnya dengan sempurna dan ikhlas.

~Begitu juga, untuk menjaga hati isteri Baginda, Rasulullah pernah menolak jemputan makan daripada seorang jiran hanya kerana isteri Baginda tidak dijemput sama. Seperti yang diriwayatkan oleh Anas, hanya pada jemputan ketiga, bila jirannya itu turut menjemput isterinya, barulah Rasulullah bersetuju untuk hadir.

~Baginda membawa isteri-isterinya ke luar daerah untuk berdakwah kerana mengetahui isteri-isterinya itu ingin berada di sampingnya. Dalam perjalanan itu pula, Baginda memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa. Malah, Anas mengatakan bahawa Baginda akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta. Bilakah kali terakhir anda membuka pintu kereta untuk isteri anda?

~Baginda sabar melayani kerenah isteri-isteri Baginda. Tidak pernah sekalipun Baginda mengasari mereka. Baginda memberi peluang kepada isteri-isterinya untuk berdebat dengan Baginda dan jika isteri Baginda berkasar ketika sedang marah, Baginda menghadapinya dengan penuh pengertian dan kemaafan, bukannya dengan menyuruh mereka diam.

~Takutlah pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah. Berbuat baik dengan isteri bukan hanya bermaksud tidak menyakiti mereka atau mendera mereka, tetapi juga untuk menghadapi segala kesulitan, bersabar dan mengikuti contoh Rasulullah.

Semua nie telah aku kutip dari seluroh pelusok internet…mungkin banyak lagi sifat peribadi indah rasulullah sebagai seorang suami yang tak dapat aku letakkan disini…tapi yang aku sendiri pernah terbaca tentang sifat2 indahnya bahawa rasulullah pernah menjahit sendiri bajunya yang koyak sedangkan dia tidak mahu membebankan isterinya yang sedang sibuk dengan kerja rumah yang lain….alangkah indahnya peribadi rasulullah sebagai seorang suami terhadap isteri-isterinya, penoh dengan pengertian!!…tidakkah engkau si suami yang menzalimi isterimu itu merasa malu dengan tindakan mu yang kejam terhadap si isteri yang sudah berkorban melahirkan anak2 mu. Yang melahirkan zuriat untok bekalanmu sendiri di akhirat nanti??...tidakkah engkau teringin mempunyai walau sedikit sifat peribadi seindah sifat rasulullah??...betapa bertuahnya isteri-isteri rasulullah, dan betapa bertuah juga si isteri jika kau wahai si suami mempunyai sedikit dari sifat2 indah rasulullah itu......



Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

2 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Hana Picca berkata... Reply To This Comment

syukur Allah kurniakan kita suami yang baik dan penyayang.. seburuk2 suami, lihatlah keliling, ada yang lebih teruk ujian dr kita..

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

hana ~ betul tue :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...