Cerita dari Facebook Keluarga Sakinah : Cara menangani bebelan isteri ~




Salam semua...malam nie Shiela nak kongsikan satu story kisah rumah tangga dari cerita yang di kongsikan oleh Keluarga Sakinah (kredit untuk FB Keluarga Sakinah) yang Shiela dapat dari Facebook....best story nie...banyak story yang diorang kongsikan ,kalau nak lagi best jom lar joint KELUARGA SAKINAH nie kat FB...jadi fan diorang bagi mana yang belom joint lagi...kalau dah joint dah ok lah tue...huhu

Jom layan cerita nie!! zaman dulu lagi dah ada...kehkehkeh ~

Cara menangani bebelan isteri





Cara menangani bebelan isteriGolongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam.

Bebelan golongan ini ternyata lebih pedas daripada wakil pembebel lelaki tunggal negara di peringkat antarabangsa, membebel.com yang tak berapa pedas itu.


Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu.





Namun begitu ada satu cara yang bijak untuk menangani bebelan isteri tercinta.

Ikuti kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi kita sebagai suami.

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.

Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya,

“Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab,

“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata,

“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.

Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.

Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.

Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.

Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).

Wallahu a’lam.



Agak2 derhaka tak kalau sambot suami balik kerja macam nie??...kehkehkeh ~
.
.
.
.
.
.
.








Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

9 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

tupperwarefactory berkata... Reply To This Comment

comel betul blog u ni :) thanks for sharig the tips from family sakinah tu...
om tengok katalog tupperware utk pra ramadhan ni.. comey2 tau! rugi tak tengok.. :)

+akufobia+ berkata... Reply To This Comment

aa.jom try.

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@tupperwarefactory tq yer...nanti saya dtg jengah2 k :)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@ akufobia kehkehkeh...takot lar pulak...cadangan yang tak berapa nak baik tue...huhu

Asmidar berkata... Reply To This Comment

bagus...tapi kita pompuan je yang nak baca dan praktikkan apa-apa yang baik. Suami ? hampeh...

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Asmidar kehkehkeh...setuju sis!!...huhu

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Asmidar kehkehkeh...setuju sis!!...huhu

qellissa berkata... Reply To This Comment

so far incik Ary x penah plak melawan klu i bebel...tp sakit ati lah babe..bila kita ajak gaduh ngan org mcm ni..kita membebel dia diam je..x syok tau..klu 2 2 bergaduh best..tu kan namanya pahit manis berumah tangga..ye tak..x kan nak manis je...=)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@qellissa kehkehkeh...u sama ngan i babe...kuat bebel...ya allah, penat kan membebel, memang best kalau ada gadoh2 sayang...kita majuk dia pujuk.....kalau kita bebel dia diam jek, takder ler dia nak mujuk2 ....huhuhu

yang penat kita sorang2...dia lek2 jer buat muka don't know...tue yang sakit ati...kikiki

tapi i lagi penat babe, u bebel dengan encik ary sorang...i lak bebel untok 3 orang nyer hero..penatnyer tuhan jer yang tahu...huh..tunggu masanyer mesti penat u akan berganda..ekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...