Isteri Solehah

Bismillah,


Salam semua...hari nie shiela takder cerita yang menarik nak dikongsikan...jadi nak share infor jer...boleh jugak kan?..info nie khas untuk para para isteri yang sayang sangat kat suami dia. Bukan senang ya nak jadi isteri yang solehah. Bukan setakat patuh arahan suami, mengerjakan solat, mengerjakan puasa, dok kat rumah diam diam jaga anak kita dah boleh jadi isteri yang solehah...banyak lagi adab yang kita nak kena jaga. Nasihat atau info nie pun shiela tujukan untuk peringatan pada diri sendiri...masih banyak lagi kekurangan diri sebagai isteri nie yang shiela kena perbaiki. Tapi, untuk suami tercinta...shiela cuba sedaya mana yang mampu...jom baca ~


Isteri Solehah ~

1 Redha dengan suami yang telah dijodohkan oleh Allah S.W.T.

2 Menjadi isteri yang setia kepada suami sama ada semasa senang atau susah.

3 Selalu memohon maaf dari suami.

4 Sentiasa taat perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syariat agama Islam.

5 Mendahulukan suami dalam apa jua hal dan keadaan.

6 Sentiasa meghiburkan hati suami terutama apabila ia dalam kesusahan atau kerisauan.

7 Melembutkan pandangan serta tunduk dihadapan suami.

8 Tidak pernah mencegah dirinya dari disentuh suami ketika mana ia perlu.

9 Tidak khianat terhadap suami, pakaiannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami  tiada.

10 Menghormati suami, ibubapa serta keluarga suami.

11 Selalu mendoakan kesejahteraannya.

12 Sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan menyukakan hati suami apabila dipandang.

13 Tidak keluar rumah tanpa izin suami.

14 Tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan suami.


P/S ku : yang laaaassst sekali tue tak tau lah selama ni den paham ker tak paham…..mintak ampun bang.





kalau suka LIKE k... :D

2 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Myfrin's story berkata... Reply To This Comment

Salam, shiela. kak yg dah tua2 ni pun, kadang tersalah juga. maklumlah, manja sikit, haha...tak adalah, gurau saja...:)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Myfrin's story samalah kak imun...shiela pun banyak gak buat salah nie...ekekek...cubalah sentiasa ingat kebaikan suami..supaya shiela tak melulu sangat. =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...