Maher Zain vs Justin Bieber…ehehe ~




Salam semua…hari nie ibu nak citer siket tentang 2 orang artis pojaan hatiku. Maher Zain ngan Justin Bieber, buang tebiat ker apa ibu nie dah tersampok ngan Bieber Fever??…tak senonoh ker ibu nie??..umur dah 29 boleh kena bieber fever lak lagi nieh??…meluat tak?..nyampah tak ngan ibu??…muahahahaha…



Tak taulah nak cakap apa lagi…dah memang tersampok ngan bieber fever, kalau Maher Zain tue okey lah lagi nak ter sampok2?? molek lagi kelaku itu kalau mak mertua tahu, huhu…nenek Danial pon kalau minat ngan Maher Zain memang sesuai lagi, maklumlah artis yang boleh dijadikan contoh….kalau JT nie flirting dia mengalahkan lelaki macho man (dah lelaki, man pulak lagi) yang sudah dewasa….umur baru 16 tahon dah gatal2 ngan Kim Kardashian, Rihanna pun kena paksa2 kiss pipi dia, tue belum lagi Selena Gomez yang tak boleh tidor malam dok demamkan si JT…banyak lagi artis perempuan yang cun melecun dia duk flirting2 niehh…artis Malaysia jer yang tak merasa…bagos ler, muehehehe



Kenapa ibu minat ngan dua artis nie??…of coz lah sebab lagu2  diorang…kalau JT (Justin Bieber) nie lagu dia tue comel macam tuan dia kan? eanie meanie mynie mo lova…ehehe (gatainya akuuu)….bila dengar jer lagu dia hati yang berusia 29 tahun nie rasa muda kembali, happy jer manjang…. mood perasan datang terus tukar sweet sixteen gitu…muahahaha….geli kan?? Danial Zain ngan Adam Bieber boleh faham perasaan ibu dia nie, takkan korang pulak yang tak boleh faham…kan?? jangan dengki yer…hahaha, nak buat macam mana??…JT nie cumil sangat, tambah2 dia nie suka flirt2 siket….pantang nampak perempuan berambot blonde!! asik nak mintak kiss kat pipi jer….adeiiiii…..walau suara dia masih tak pecah2 lagi, tapi persembahan wajah dia tuuu yang buttercream sangat (dah cakap ngan latif, dia tak marah nie)….



Jadi, bila ibu pun dah naik mood flirt2 yang tak sesuai untuk tatapan umum gitu…ibu kenalah seimbang kan pulak hormon “terlebih perasan” tue dengan mendengarkan pulak lagu2 yang berteraskan agama, asyik, tenang, membawa kepada kesedaran semula yang ibu nie jangan nak flirt2 perasan muda lebih2…kita dengar lak lagu Maher Zain…pehhh!! nie baru betul2 lagu….sedap sungguh lagu dia lagi2 lagu “For the rest of my life” tue kan?? (for the rest of my life, I’ll be with you, I’ll stay by your side, honest and true, till the end of my tiiiiimmmmeee, I’ll be loving youuuuuu) nyanyi pulakkk, ngade noo…kira lagu tue memang ditujukan khas untuk encik latif yang tersayang lah haii…lagu “InsyaAllah” tue pulak menyedarkan ibu yang kita nie sebagai umat Islam jangan nak terlebih2 dalam segala hal, boleh lah tu….ya?…ya?…haaa…..kalau tak boleh terlebih tue bukanlah kita nie kedekut pulak ya. Tak salah la kalau kita  suka, minat, tapi pandai2 lah nak +/- seimbangkan dia….salah ker ibu suka JT??….salah ker kalau ibu suka pulak ngan Maher Zain??….tak salah kan?? Latif okey jer…takkan korang lak yang meluat??…kan??..kan?? (ini bukan entrie luahan perasaan geram ya…ehehe)



Entrie nie ibu buat semata-mata sesaja-saja nak buang masa sambil nak mengasah bakat ngan skill mengarang entrie panjang berjela…tak suka baca tak apa, tiada paksaan…cuma saja nak menyahut seruan cabaran dan kritikan dengan terbuka, bersihkan hati dan minda ibu nie supaya ibu tak kelihatan seperti “orang” yang tak tahu nak mengarang cerita tapi sibukkk lah hai nak ada blog! Walau entrie nie entrie mengarut, kira kenalah ngan kepala otak ibu nie…takkan nak cerita bab politik pulak…kang keluar semua ilmu politik segala karut marut yang ada kat dalam parti Malaysia nie terperanjat pulak…malas nak cerita jer. Yang penting tiba time ngundi tue kita pegi ngundi…buatlah pilihan yang tepat…supaya kita nie taklah ketinggalan keretapi. Bila kita menggundi maknanya kita tahu hak kita sebagai rakyat ya. Janganlah cakap gegar gegar pasal politik tapi tak daftar pun mengundi. Itu dah macam tin kosong lah pulak kan??…kan??…eh! apa yang aku repek nie sampai bab politik semua keluar??…takper…takper, kita asah bakat penulisan karangan ya…ada blog takkan tak pandai buat karangan. Dulu masa sekolah rendah pun boleh buat karangan Bahasa Inggeris cukup2 100 patah perkataan. eheh! tah hape2 yang aku tulis….broken jer, dok ulang ulang ayat yang sama tapi lain lain baris… sampailah cukup cukup 100 patah kata…yang penting kita sahut cabaran itu. huh!



Haus pulak tekak nie menaip tak berenti-renti, minum jap…..gulp gulp…sedap naa air nescaffe kaw yang latif buatkan nie, patutlah ibu seorang muslimah yang vouge nie sayang sangat dengan dia….walaupun kalau dia dressing tue macam apek nak pergi kebun, padahal nak bawak ibu jenjalan tue…ibu tetaaapppp kepit tangan dia kuat kuat…sebab nielah, rupa paras atau cara pemakaian bukan jaminan dia mampu membahagiakan ibu, banyak lagi sifat sifat yang baik (tak payahlah cerita kat sini ya?..meluat lak korang baca), yang penting dia jaga mulut dia selayaknya seorang lelaki yang bergelar muslim. Tidak bercakap untuk sesuatu yang tidak penting hanya semata-mata perkara yang penting sahaja, maksudnya taklah macam PAKJOYAH (barulah maccho maaann)…jangan konpius ya ngan entrie nie…kang ada pulak yang cakap “eh! kat atas cerita pasal mak limah nak pergi kedai beli buah keduaq…nie kat bawah cerita lak pasal pak leman semalam dah terjun dengan labunya” ngape gitu??….saudara saudari sekalian, ini cerita ibu yang taip, jadi ikut jari ibu….macam syok sendiri lak yer?? tapi yang penting banyak maksud maksirat duk berselirat kat dalam batu bersurat nie….kalau banyak masa yang diluagkan maknanya korang fahamlah ya?…pening?…tak kan??…kan??…



Last sekali ibu bagi sebijik, Danial Zainnnnn…(karaoke)
P1000549
Kelik kalau nak dengar jer ~
Adammm Bieber lak…(karaoke)
adam bieber
Kelik ler…sedap lagu nie, boleh makan!
Eh!…over ker Adam pose?? eheh! Adam…ayah pesan sok bila dah besar jadik chef sebab Adam suka makanan, Adam jugak yang senang nanti yer….InsyaAllah, amin.








kalau suka LIKE k... :D

12 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata... Reply To This Comment

jadi chef...
nak rase makanan....

Cik Mieyrarif berkata... Reply To This Comment

ahhhaha
chef adam

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

nasib baik stamina memang dah cukup tinggi so memang boleh baca entri ni sampai habis :)

banyak maksud tersiratnya hehe takde masalah pun sis kalau nak suka dorg, lagi2 Maher Zain tu,

pose Adam tu memang mantap :D

darkbatman berkata... Reply To This Comment

maher zain lg best.. lagu2 yg tenang je sume..

qellissa berkata... Reply To This Comment

i suke lagu maher zain babe..sedap je..
psst; biar lah laki kita pakai selekeh ke ape, janji pada mata kita he is the best..kan kan kan

Mama Hanim berkata... Reply To This Comment

suka gak lagu maher zain.. tenang je bila layan kan..

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ uihhh...lama lagi tuee..

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Cik Mieyrarif sedap gak nama tu...chef Dam..muehehe

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@tengkorakemas mantap jo!!...hahaha

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@darkbatman sis sokong tue...benar sekali... =))

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@qellissa betul...betul...betul...ehehehe, i pun suker lagu maher zain babe. kalau dengar sampai nak tidur rasa

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Mama Hanim betul tue mama...tenang jer... =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...