MANUSIA BERHATIKAN BINATANG 2





Salam kepada semua bloggers, ingatkan saya sudah selesai menulis. Tetapi terpanggil pula untuk meneruskan penulisan setelah membaca berita Harian Metro hari ini yang bertajukkan "Tendang macam bola". Kenapalah ada manusia yang sanggup melakukan perkara yang kejam terhadap kanak-kanak yang hanya berusia 3 tahun sahaja. Saya sebagai seorang ibu yang  mempunyai anak seusia dengan kanak-kanak malang tadi sangat merasa sedih, pilu,hiba dan macam-macam perasaan bercampur-baur sekarang ini. Dunia akhir zaman memang sudah tersurat yang kanak-kanak dan kaum wanita akan dizalimi tanpa perikemanusiaan.


Kanak-kanak yang masih kecil begini manalah tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kita sebagai orang dewasa yang perlu lebih memahami mereka. Kadang-kadang mereka tidak tahu pun yang mereka sedang dimarahi. Sedangkan anak sendiri pun tidak sanggup saya nak naik tangan tidak tentu pasal. Kasihan mereka, tidak sanggup saya nak membincangkan tentang perkara ini dengan panjang lebar lagi, kerana ianya hanya menambahkan sakit dan sedih di hati sahaja. Al-Fatihah untuk arwah agar dia sentiasa gembira di sisi penciptanya Allah S.W.T.






Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

AMUK 0



Salam sejahtera kepada semua bloggers. Hari saya saja nak bercerita tentang isu kejadian yang bermusim di Malaysia sekarang ini (Amuk). Berita semalam mengisahkan isteri yang dibelasah suami sendiri kerana disangkakan si isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Sedangkan isterinya tidak berlaku curang pun terhadap si suami. Akibatnya isteri pula tidak pasal-pasal terpaksa menerima jahitan di kepala. Dan hari ni pula, timbul kisah seorang suri rumah yang dibelasah tanpa perikemanusiaan oleh seorang Penghulu dan anak-anaknya akibat daripada salah faham yang timbul daripada salah seorang anak perampuan Penghulu tersebut.  Akibatnya, suri rumah tersebut juga mengalami kecederaan yang serius dan ini tidak seharusnya berlaku kepada kaum hawa yang lemah.


Saya rasa sebagai kaum hawa perkara ini sangatlah menakutkan, walaupun suami ada bersama belum tentu ia dapat menjamin keselamatan si isteri tadi. Persamaan dari dua cerita ini adalah kerana, wujud salah faham pada awal permasalahan. Saya rasa perkara ini tidak akan berlaku jika ia di bawa berbincang dengan cara yang baik tanpa sebarang pertelingkahan dan akirnya bersama-sama mendapat penyelesaian yang terbaik. Dan akhirnya tiadalah sebarang kecederaan yang berlaku.


Simpati saya kepada kedua-dua isteri dan suri rumah tadi. Selain daripada dibelasah, sudah tentunya mereka akan mengalami trauma sepanjang hidup mereka. Kadang-kadang hairan juga dibuatnya, semakin lama kita ni semakin hilang sifat perikemanusiaan sesama manusia. Di akhir zaman ni memang banyak perkara yang kejam sebegini berlaku. Saya cuma berharap agar tragedi amukan sebegini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Mungkin kita sama-sama dapat memberi idea dan pandangan yang berguna untuk dikongsi dan dapat digunakan bersama. Saya rasa cukup setakat ini dulu, kita jumpa di lain isu yang mendatang supaya minda kita sentiasa berkembang dengan isu-isu semasa. Sekian. terima kasih.




Photobucket


kalau suka LIKE k... :D

SURI RUMAHTANGGA SEPENUH MASA 2



Salam sejahtera kepada semua blogger dan selamat menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi kesayangan kita iaitu Nabi Muhammad S.W. kepada semua umat Islam seluruh dunia. Untuk pertama kalinya saya berani-berani mahu mencuba dalam penulisan blog ini. Menjadi seorang suri rumah sepenuh masa bukanlah suatu kebiasaan pada saya, kerana sebelum ini saya seorang yang bekerja makan gaji. Susah untuk saya membuat keputusan berhenti dari kerja dan duduk sahaja di rumah untuk menjaga anak-anak. Tetapi ini semua sudah ketentuan, dan banyak hikmah yang saya dapat daripadanya.


Kalau dulu saya ingatkan kehidupan sebagai seorang suri rumahtangga ini sudah tentunya membosankan. Tapi saya silap dalam menilai erti kehidupan. Siapa sangka saya sudah bertahan menjadi suri rumah lebih kurang setahun lamanya. Semuanya bermula apabila saya mengandung anak yang kedua, ditambah pula dengan masalah di tempat kerja yang mendorong saya untuk berhenti kerja. Saya rasakan ianya lebih kepada "pembawakan budak"!! hahah..mungkin ada benarnya...kalau hanya masalah kerja sahaja ia tidak mungkin membuatkan saya sanggup untuk berhenti kerja.


Sejak saya berhenti kerja, banyak faedah yang saya dapatkan daripadanya. Kalau dulu, anak sulong saya Danial, tidak begitu dekat dengan saya..sekarang semuanya sudah berubah. Danial tidak boleh kehilangan saya walau saya cuma ke tandas. Dia risau jika ibunya hilang dari pandangan matanya. Ini bukan bermakna ia menyukarkan saya untuk melakukan rutin harian seorang suri rumah, malah Danial lebih mudah untuk diurus. Kalau dulu Danial sangat takut untuk bergaul dengan orang, malah dengan keluarga rapat pun sukar untuk mendekatinya. Tetapi itu semua sudah berbeza..sekarang dia gemar bermain bersama-sama dengan sepupu-sepupunya. Danial mudah didekati oleh keluarga rapat, malah jiran-jiran yang lain juga merasai perbezaannya. Sebenarnya duduk di rumah menjaga anak bukanlah teruk sangat. Saya tahu ramai ibu-ibu di luar sana yang ingin berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga anak-anak. Cuma keadaan yang tidak mengizinkan. Ini semua pengalaman dari rakan-rakan saya sendiri. Mereka datang ke rumah dan melihat saya dan mereka juga merasakan keseronokkan duduk di rumah kerana menyedari keadaan saya yang rilex dan santai walaupun perasaan bosan cuma datang sesekali sahaja.


Anak kedua saya Adam, dia lebih beruntung dari abangnya kerana keberadaan saya yang sentiasa menjaganya sejak dia dilahirkan. Memang berbeza, Adam lebih manja dengan saya. Pantang kelibat ibunya hilang dia akan merengek-rengek minta di angkat. Sebagai ibu perasaan itu sudah tentunya sesuatu yang istimewa yang ingin sentiasa dirasakan oleh mana-mana ibu di dunia ini. Kelebihan dari segi kemudahan yang suami saya sediakan juga sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Dia memang seorang suami yang bertanggung jawab dan selalu menginginkan saya berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga anak-anaknya. Saya mendapat banyak faedah dari semua yang berlaku sekarang ini. Mungkin dia ingin membuat saya sedar bahawa tiada ruginya jika saya berhenti kerja duduk di rumah menjaga anak-anak. Buat masa sekarang ini saya sangat-sangat bersyukur dengan keadaan ini, bersyukur kerana Allah S.W.T. membuka jalan dan peluang ini kepada saya. Dan saya juga mendoakan agar rakan-rakan saya juga suatu hari nanti akan mendapat kenikmatan yang saya kecapi sekarang ini. Kerana perkara ini bukanlah sesuatu perkara yang harus disesali. Sesuatu perkara yang baik dilakukan, akan tetap mendapat pulangan yang baik di dunia dan di akhirat hendaknya.


Akhir sekali, saya berharap sekali pada tulisan saya yang pertama ini akan mendatangkan banyak faedah kepada ibu-ibu di luar sana mana yang masih bekerja untuk mereka mengetahui bahawa menjadi seorang suri rumahtangga bukanlah sesuatu yang merugikan. Anak-anak membesar di depan mata kita sendiri. Tulisan ini hanyalah luahan hati seorang ibu dan suri rumahtangga yang baru pertama kali manulis untuk tatapan umum. Hmmm...di lain kali saya berharap dapat membawakan sesuatu penulisan yang lebih kreatif dan agresif kerana saya sedar di dunia sekarang ini bukanlah hanya ada perkara yang baik-baik sahaja. Sebagai insan yang lemah di dunia ini, pasti kita juga melakukan kesilapan dan tak salah sekiranya ia dapat dikongsikan untuk membetulkan dan memperelokkan lagi keadaan. Semoga kita berjumpa di lain isu. Sekian, terima kasih :)





Photobucket

kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...