Say NO to click fraud!!...please ~ 14



Salam semua...hari nie bukak email nak check2 mana tau ada email dari Nuffnang...bila check memang betul ada!...so bila bukak n baca...ermmmmm...please u'olss..."say NO to click fraud" ok... =))...i tak nak kena banned ngan Nuffyyyyyyy......


Sebelum Shiela join Nuffnang nie lagi dulu dah penah baca email nie kat blog lain...jadi awal2 memang dah tau yang kita takleh suka2 nak click ads kat mana2 blog lain...kalau blogwalking banyak2 takper kan?...ekeke


Kalau Shiela click pon ads yang ada kat blog shiela nie......tapi bila ads tue betul2 menarik hati untok dilihat...kira semua ads tue memang lah menarik hatikan?...jadik setiap iklan baru yang ada dancing2 kat dalam blog nie Shiela cuma check it out sekali jer...


Abih tue...takkan tak nak ambik tau lak kan?...rugi lah nanti kalau ada things yang best2 kita terlepas pandang lak...jadik, bersamalah kita ber Nuffy dengan sihatnyer...tak mau ngelat2 k...hikhik...


Meh baca lagi sekali... ~

Dear Nuffnangers,

We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We've noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers' ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors' help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.

Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.   

We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities. 
Thank you for your attention. 

Say NO to click Fraud.

Cheers
Robb Chew
Blogger Relations Department
Nuffanng Sdn Bhd

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut. 
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang. 

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd



P/s ku : semua yang di atas tue saya tak buat.....takmo takmo...saya tak bersalah.....




Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

Selamat hari lahir buat suami yang tersayang ~ 16



ini ayah nenial...
ini ayah nenial tauuuu...


ini ayah adam...
ayah adam besarr tauu..



inilah dia suami kebanggaan ibu...
ibu saayannggg sangat pada ayah.. =))



Salam semua...hari nie 27 hb September Shiela nak ucapkan "Selamat Hari Lahir" pada suamiku yang sangat2 Shiela sayang sekali...selamat menyambut ulang tahun yang ker 33 tahun abang...


Shiela doakan semoga ~
Semoga abang di panjang umur..
Semoga abang di murahkan rezeki..
Semoga abang sentiasa sihat walafiat..
Semoga hubungan kita berkekalan dunia dan akhirat..


* Abang lah suami yang terbaik buat shiela..
* Abang jugalah bapa yang terbaik sekali buat anak anak kita..
* Abang sentiasa mahu menjaga hati Shiela dan anak anak walau sekadar yang termampu..
* Air tangan abang sentiasa menjadi pengalas lapar Shiela dan anak anak bila masa yang diperlukan..
* Abang sentiasa cuba memenuhi kehendak Shiela dan anak anak sedaya yang abang mampu..
* Abang bekerja setiap hari tanpa mengira letih walaupun selalu hingga ke larut malam semata2 untuk kebahagiaan Shiela dan anak anak..
* Abang sentiasa bersabar melayan kerenah remeh Shiela dan anak anak..
* Abang sanggup bersusah payah seorang diri mencari rezeki supaya anak anak di jaga oleh ibunyer sendiri..
* Abang sentiasa berlemah lembut dengan Shiela dan anak anak bila berbicara..
* Abang sentiasa menjadi kebanggaan Shiela bila kita ke mana mana..
* Abang juga sentiasa menjadi kebanggaan Danial & Adam sebagai seorang bapa yang paling penyayang..
* Abang lah di antara suami yang sanggup menjahit sendiri pakaian yang rosak tanpa meminta bantuan isteri....di mana lagi Shiela nak cari suami yang sebaik abang sedang kan abang sudah di depan mata..
(aku bersyukur  pada yang esa)
* Abang lah lelaki yang paling membahagiakan Shiela dan anak anak..


Dihari lahir abang ini.....tiada hadiah yang mahal dapat Shiela berikan..
Hanya yang termampu..
Shiela doakan semoga Allah S.W.T. sentiasa memberkati abang walau di mana sahaja abang berada..
Pengorbanan perih abang sebagai ketua keluarga bukanlah sesuatu yang sia sia..
Pasti akan terbalas di akhirat sana.. 
Ikhlas doa dari Shiela dan anak anak manja abang..





Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

"Mee Goreng Kasih Sayang ayah" ~ 18



Salam semua...hari nie Ibu, ayah, Danny ngan Adam..ngan Moksu sekali tak keluar mana2 (petang2 kang layan roti canai best nieh..)...dok umah jer...macam biasa bila dok umah tue takder benda lain yang ayah nak buat...mesti ayah sibuk nak ke dapur main masak masak...ekekeke


Tadi ayah kata nak makan Mee Goreng...ayah kalau masak Mee Goreng mesti Danial suker...sedaaapppp..bebudak manalah pandai bohong2 kan?..eccehh...kalau dia kata sedap tue sedaplah maknanyer...lagi2 kalau di masak dengan penuh kasih dan sayang tanpa paksaan...huehuehue..


Apa nak jadik ngan ibu nie yer...asik ayah jer yang masak, malam tadi baru jer makan "Nasi Ayam Penyet Syahdu ayah"...eh! kalau ayah cakap dia nak masak, takkan ibu tak nak bagi kan...baik ibu senyum jer...hehehe...lagi ayah masak ibu tinggal mamam jer...bertambah sedapnyer kalau makan masakan ayah yang ada resipi rahsianyer....


Nie ler "Mee Goreng Kasih Sayang ayah" ~


nyum nyum...
cedap cedap...eheh!..
malam kang ayah kata dia nak masak lagi...hehe
senyum sampai ke telinga...huhu


berkojo lah kito sekuek nyo...
berkojo lah kito sekuek nyo...
ahah!!




Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

Marhaban ya marhaban ~ 26



Salam semua.....nak citer pasal marhaban kat rumah shiela malam semalam...hari nie baru dapat citer...semalam kat rumah nie ada joint marhaban, biasalah bulan syawal nie selalu ada buat marhaban dari rumah kerumah kat Taman Shiela tinggal nie...anjuran orang2 masjid kat Taman nie...


Kalau dulu kat rumah lama pon selalu joint kalau orang masjid nak buat marhaban...memandangkan shiela pindah dalam taman yang sama jugak...jadik tahun nie tak terlepas lagi joint buat marhaban dari rumah kerumah...seronok sangat macam nie tiap2 tahun...


So macam biasa setiap kali marhaban shiela buat Laksa Johor...kalau shiela lah...takder Laksa Johor tak sah!!...itulah dia favourite shiela...tiap2 kali marhaban tak penah tukar menu...Laksa Johor nie dia ada peminat nyer sendiri...kalau orang tue minat kat Laksa Johor nie...kenyang macam mana pun mesti dia nak jamah jugak Laksa tue..hehe


Punyalah Shiela risau takut2 Laksa tue tak habis...Alhamdulillah, memang betullah dalam ramai2 ahli masjid yang datang marhaban malam tadi, Pak Imam dialah yang paling minat sekali ngan Laksa Johor nie...hehe..kata abang Shiela siap tambah 3 pinggan...Alhamdulillah...tak membazir makanan tue kan..


Macam biasa jugaklah...kalau buat Laksa Johor nie tetiap tahun Kak Long yang akan buat kuah dia...sebab tuelah!!...tuelah dia...ekeke...bukannyer tak pandai buat, tapi kalau nak buat pakai periuk kecik beran lah nak buat...hehe, pandailah bajet2 bahan2 dia ...tapi kalau buat dalam periuk besarrrr punya...tak beran eden...takut larik lah tune rasa kuah nyer...


inilah dia Laksa Johor...
yang lain2 tue Shiela yang standby...remeh temeh sikit jerlah..
tang kuan Laksa tue Kak Long Shiela lah yang sediakan...remeh temeh banyak sikit..
sedaaaaaappppppp sangat Laksa nie...~


Jom layan gambar malam Marhaban tue ~

yeayyy...malam semalam "Danisya" datang tau...Adam happy jer...hehe



sementara menunggu kedatangan ahli2 masjid...apa yang happy benor pon aku tak tau??..



nie lak segala sedara yang ada dtg malam semalam.....
yang duk tepi sekali pegang Adam tue dengar2 GOSSIP nak kena risik tak lama lagi nie...
hehe...ada gak orang nak kat kau yer dik?...



memangggg "Mat Gambar"..
yang nie lak family adik lelaki Shiela..(encik Polis yer)
betul2 bawah Shiela, beza setahun jer..
yang lelaki tuelah adikku yang #%@!&%%
hehe...jangan ingat bukan2...
dulu2 kalau gaduh mesti ngan dia...
MasyaAllah..dia punya nakal dok nyakat kakak dia nie hah tuhan jerlah yang tau..
rasa penah kena cekik cam nak mati dulu ngan dia nielah..
punyalah jahannammmsss nyer lagi dia punya gurau...

tapi adik beradik tetap adik beradik.. :)
walau macam mana pun "air dicincang takkan putus" kan??..
Skang nie dia dah pun berbahagia dengan keluarga dia..
baru dapat anak..5 bulan dah anak dia..
Isteri dia nie Shiela yang kenalkan..
satu office dulu..
nak sangat beristeri...suh kakak dia nie carikan calon cepat2..
Alhamdulillah berbahagia lah hendaknyer ~
(apahal lah aku merepek kan dia nie pulak??)



yang nie takkan tak kenal lak...ekeke
jangan dibezakan keadaan diriku dulu (masa kawin dulu...) 
dan sekarang yer (anak dah 2...urat pon putus dah beribu2...hehe)
yang penting berbahagialah hendaknyer kami sekeluarga...
InsyaAllah amin ~

gambar orang marhaban jer yang tak leh nak ambik...segan lah nak ambik..orang masjid tengah sedap2 marhaban takkanlah shiela nak senap senap gambor lak kan?...hehe


p/s ku : terima kasih pada semua tetamu yang hadir menjayakan majlis marhaban tahun nie yer..
pada pakcik2, mokcik2, anak sedara, adik beradik..dan seangkatan dengannyer...InsyaAllah murah rezeki tahun depan leh joint lagi...seyes seronok tau malam semalam :)





Photobucket
Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

Alhamdulillah....Danial dah sihat ~ 24



Salam semua...hari nak ibu nak citerkan yang Danial dah sihat semula Roll...ALHAMDULILLAH....terima kasih pada kawan2 ibu yang mendoakan kesihatan Danial yer...semoga kalian juger diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dan murah rezeki nyer...amin.

Tadi pagi ayah dia bawak dia gi check up lagi...ambik darah... Say Ah
Danial kata "tajam bu...tajaaammm"Nurse...hehehe...jarum enjek yang tajam yer?...muehehe...nak buat caner?..kalau pakai jarum tumpol kang lagi kuat awak melalak...darah tak keluar nanti isi daging yang keluar... Roll


Tadi ambik darah...bacaan platelet yang 1st ari tue (149)...pastue 2nd time pegi bacaan turun pada (144)Sick In Bed...tue yang ibu risau sangat...sampai takleh tidur lena...tapi apa2 pon.. Mommy Loves You
hari nie pegi check bacaan platelet naik (166)...alhamdulillah sangat2...lega sangat hati ibu...semalam pun memang nampak beza kesihatan Danial meningkat...lagi2 lepas makan sup ketam ayah dia kan... Roll


Pandai ayah.... On The Cheek
Ibu, Danial ngan Adam saaaaaayangggggggg ayah!!

Bravo!




Photobucket
Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

"Sup Ketam Cinta Hati Ayah" ....khas buat Danial ~ 12



Salam semua...hari nie kesihatan Danial ada kemajuan sikit...ayah hari nie masak special untuk anak kesayangan dia menu "Sup Ketam"...omputih dia "Crab Soup"...pagi pagi lagi ayah dah keluar  carikan ketam untuk Danial...


Untungnyer anak sorang nie kan?...dah siap ayah masak ngan ibu2 sekali takleh tahan ngan keenakkan bau sup ketam tue...perghhhh!! terangkat hidung...sedapnyerrr...nie saper yang makan dulu nie?...ekekeke


Mana tahan tengok jer kan ...nak jugak rasa...memang sedap ayah masak kali nie...yang seadng2 jer semua rasa dia...selalu tak pernah masak sup kalau beli ketam...lepas2 nie nak ubah selera lak, asal beli ketam jer nak masak sup...


tapi Danial macam biasa lah...makan sikit2 jer.....kena paksa gak ngan ayah dia baru nak makan...ekeke...pas mamam jer terus ajak ayah dia main bola...alhamdulillah...lega hati ibu nie...semalam tidur tak lena fikirkan Danial jer...


Jom tengok "Sup Ketam Cinta Hati Ayah" khas untuk Danial ~


untungnyer Danial ada ayah yang pandai cooking... =)))
ibu tompang sekaki...ekekeke




Photobucket
Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

Doakan Danial cepat sembuh yer ~ 16




abang danial ngah berehat sebab demam semalam...siannyer dia ....  =(((
semoga cepat sembuh yer sayang.....
semoga cepat2 baik n boleh main2 "cosmos" vs "raksasa" ngan adik k ..... =))

semalam ayah bawak dia gi klinik...ambik darah n bacaan darah cuma 149 jer...
kalau normal 200 keatas....
hari nie pergi lagi ambik darah n bacaan turun lagi 144...

Ibu risau nie....takut bila dengar suspek denggi...
hari Isnin depan Danial kena ambik darah lagi...
kalau turun lagi bacaan darah nyer dia mesti kena tahan...

Pada kawan2 ibu tolong doakan Danial cepat2 sembuh yer?

Mood ibu : =((((((





Photobucket
Photobucket

kalau suka LIKE k... :D

Posing posing raya ~ 20



Salam semua...minta maaf lama shiela tak update blog nie..naik bersarang gamaknyer...sambut raya lar konon sampai tak sempat nak ucapkan "selamat hari raya aidilfitri minal aidil walfaizin" khas pada semua kawan2 blogger shiela...raya nie memang sibuk menyiapkan anak2 n sibuk jugak nak beraya sana sini...(kumpul duit raya) ekekeke...ibu dia pon tumpang seronok sekali nak ngumpol benarnyer...haha


Geng2 ibu caner semua best kan raya kali nie?...sekejap jer sebulan berpuasa kan?...tak terasa sangat pon kita dah habis menjalani sebulan bulan ramadhan...sekarang nie dah pon masuk 3 hari raya...3 hari di bulan syawal....semoga ibadah puasa kita diterima Allah S.W.T. dengan berkatnyer...


Tahun nie Shiela sibuk melayan anak2..adik beradik, dan anak sedara beraya keliling kampung...pastue bawak pulak merewang kerumah sedara mara...besok raya ketiga dah plan nak sambung lagi beraya ke rumah sedara mara yang masih tertinggal...mana sempat, kita pergilah ziarah menziarah, jenguk2 mak sedara pak sedara yang masih ada kan?...bagi hati diorang gembira sikit tengok anak sedara datang ramai2 bawak kombet seangkatan..huhu.....


Oklah...jom kita layan sikit2 gambar raya shiela n kombet2 ku sekalian ~


nama sayer Danisya.... =))

nama sayer "Adam"... =))

ehehehehe...sayer minat lar ngan "Danisya" nie...leh tolong tak?...ehehehe

Tapi macam biasalah..."Danisya" suker jual mahal...dah 10 bulan sayer cuba2 nak ngurat nieh...


nie ari raye sayer pakai ensem2 pon dia wat tak tau jer..penat kejar..."Danisya" oh! "Danisya"...

yang nie pulak abang2 "Danisya"...
yang tak malu tue pegang patong isap susu abg "Nisya" no. 2..."Farish" nama dier..
yang tengah2 tue pon tak malu gak..isap susu sambil dok genyel2 gelang getah lekat kat idong dier...
abg "Nisya" yang no. 1...Fitri nama dier...
yang paling kanan sekali tue macam biasalah...ensem!...saper lagi kalau bukan abang sayer...abg "Danial".....ehehehe...



tengoklah tue abag...mintak maap ngan ayah banyak2 tau abang...banyak iye buat salah tue...ehehe
saya taakkkk... =))



tengoklah tue...baru jer mintak maap ngan ayah...abang dah shombong2 lagi ngan ayah...huh!...geram nieh



ensem lah tue kononnnnn....sayer nyer baju raya takder sampin pon....jelessnyehh...



tengoklah tue abang nial...shombong nyer ngan abang "Nisya"...patotlahh "Nisya" jual mahal ngan sayer...huh!

nielah keluarga "Nisya"...yang lain tue dah kenal kann?...yang tinggi tue mak ayah "Nisya" lah..aka pakcik n makcik sayer...ehehehe =))




Ibu...Adam da ensem2 nieh...."Nisya" mesti suker kan?...yahuuuu


ooooo...nie bukan ensem yer bu?..nie comel yer nama dier...ehehe


nie lak ibu sempat snap gambar bulan sabit masa malam raya kedua ari tue...cantikkan bulan tue?...


lastttt sekali...kami sekeluarga lagi sekali nak ucapkan...
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
pada semua kawan2 blogger ibu..
raya tahun nie ibu kata dia haaaappppyyy sangat...
naper tah "adam" pon tak tau...
asik ketawa2 jer..... ???
Selamat hari raya yer semua... =))




Photobucket
Photobucket

kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...