Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar ~ 8

 

 

securedownload (23)

 

 

Bismillah,

 

Salam semua…hari nie just nak kongsi infor berguna untuk sesama kita umat islam semua…sama sama kita hayati…sebar sebarkan pada kawan kawan yang lain…amin.

 

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

P/S ku : Ya Allah…banyaknya dosaku…terasa banyak lagi kekurangan diri ini, mampukah diri ini menghadapi hari kiamat sedangkan diri masih banyak lagi melakukan kesilapan??…sedangkan membacanya saja dah bisa membuatkan diriku menggigil seluruh badan!!! Allahuakbar! Ya Allah Ya Tuhanku yang maha esa…kuatkanlah hati ku ini untuk terus bersamamu juga bersama tuntutan agama Islam agamamu yang suci. Semoga aku sentiasa berkesedaran agar tidak tersasar melakukan perkara yang kamu larang selagi aku hidup didunia yang serba mencabar ini. Lindungilah kami sekeluarga Ya Allah. AMIN ya rabbal Alamin.


kalau suka LIKE k... :D

3-0 ....seronok betulll ~ 12



Bismillah,



Salam semua...malam ni ibu nak berkongsi kegembiraan ngan geng2 blogger semua bila Malaysia menang 3-0  melawan Indonesia untuk game final yang pertama nie...tunggu game kat Indonesia pulak!...harap2 Malaysia boleh bagi game yang menarik macam malam nie walaupun berlawan kat sana nanti...



Percaya!..macam tak percaya!...team malysia memang banyak peningkatan...dahsyat ah! nyaris nyaris 5-0 tadi....kan?...tapi syukur jugaklah ngan score nie, ibu nak ucapkan terima kasih bebanyaklah pada goal keeper Indonesia (Markus)...sebab dialah team Malaysia dapat banyak tenaga agresif masa team Indonesia boikot game selama 5 menit tue kan?...ekekeke...mekasih ya!...



Pada Shafee Sali, Ashaari, ngan goal keeper Malaysia, eh! pada Kuna jugak...ngan lelain pemain Malaysia, ibu nak ucapkan terima kasih untuk game yang chanteeekkkk!! malam nie ya!...lama ibu tak jerit2 gol! gol! gol! tau..malam nie puas betul dapat jerit2 macam tue...lepas semua, kalah  kepuasan "membebel"...tak sabar nak tunggu game kat Indonesia..harap2 team Malaysia dapat lah bawak balik piala SUZUKI dan setiap pemain dapat jugak bawak balik rezeki 50k sorang k...SEMOGA BERJAYA!! Amin.



P/S ku : macam manalah suasana kat sana nanti ya??...hrmmmm







kalau suka LIKE k... :D

Isteri Solehah 2

Bismillah,


Salam semua...hari nie shiela takder cerita yang menarik nak dikongsikan...jadi nak share infor jer...boleh jugak kan?..info nie khas untuk para para isteri yang sayang sangat kat suami dia. Bukan senang ya nak jadi isteri yang solehah. Bukan setakat patuh arahan suami, mengerjakan solat, mengerjakan puasa, dok kat rumah diam diam jaga anak kita dah boleh jadi isteri yang solehah...banyak lagi adab yang kita nak kena jaga. Nasihat atau info nie pun shiela tujukan untuk peringatan pada diri sendiri...masih banyak lagi kekurangan diri sebagai isteri nie yang shiela kena perbaiki. Tapi, untuk suami tercinta...shiela cuba sedaya mana yang mampu...jom baca ~


Isteri Solehah ~

1 Redha dengan suami yang telah dijodohkan oleh Allah S.W.T.

2 Menjadi isteri yang setia kepada suami sama ada semasa senang atau susah.

3 Selalu memohon maaf dari suami.

4 Sentiasa taat perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syariat agama Islam.

5 Mendahulukan suami dalam apa jua hal dan keadaan.

6 Sentiasa meghiburkan hati suami terutama apabila ia dalam kesusahan atau kerisauan.

7 Melembutkan pandangan serta tunduk dihadapan suami.

8 Tidak pernah mencegah dirinya dari disentuh suami ketika mana ia perlu.

9 Tidak khianat terhadap suami, pakaiannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami  tiada.

10 Menghormati suami, ibubapa serta keluarga suami.

11 Selalu mendoakan kesejahteraannya.

12 Sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan menyukakan hati suami apabila dipandang.

13 Tidak keluar rumah tanpa izin suami.

14 Tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan suami.


P/S ku : yang laaaassst sekali tue tak tau lah selama ni den paham ker tak paham…..mintak ampun bang.





kalau suka LIKE k... :D

Ibu tak sihat semalam… ~ 12



Bismillah,


Salam semua...hari nie baru dapat online, semalam dari pagi sampai maghrib ibu kena cirit birit...skang nie baru sembuh. Suruh ayah balik cepat semalam, selalu ayah pukul 10 malam baru sampai rumah..ini dah tak boleh tahan sangat sampai tahap badan lemah tak boleh nak gerak. Nasib baik 2 bujang tue tak banyak ragam.


Fuh! Alahamdulillah dah sihat balik, moga dosa dosa kecil terampun hendaknya......nasib baik jugak sakit memulas-mulas pastu buang (ehehe)...kalau kena sakit perut masuk angin lagilah tak boleh nak tahan rasanya. Apalah yang ibu salah makan nie??...wonder ikan pari asam pedas yang ayah masakkan ker??...ker dah tercemar ibu tak perasan??...main panaskan jer pastue ngap ngap tak toleh kiri kanan...sedaplah kata, ehehe..


Nie mesti kes dah tercemar...asam pedas ayah tue ok jer rasa dia, rasa semalam tak boleh nak berdiri tegak....dah macam nenek si bongkok 3 berjalan bongkok bongkok...uhuhu.....lemah sangat badan sampai rasa pitam pitam pun ada...nasib baik ibu tak suap kan bujang 2 orang tue...kalau tak samalah nasib kena cirit birit macam ibu...biarlah ibu jer yang kena...adeiii....


Sampai jer maghrib perut dah tak mulas lagi, lega rasanya cuma badan lah terus rasa lemah sangat...macam kena pukul pukul jer sakit dia,...ayah balik belikan ibu ubat...sayang isteri katanya...malam ayah masakkan ibu bubur...sedap memang sedap, tapi tak selera nak telan...makan jugaklah siket buat alas alas perut. Dari pagi tak makan apa...tue yang buat badan lemah ngan rasa pitam pitam tue....


Tapi pagi nie Alhamdulillah dah sihat...segar badan lepas ayah jaga malam tadi....sayang ayah...ehehehe...kalau ayah tak sihat ibu pulak yang jaga ya.....Okeylah...nak rehat rehat lagi...baru lepas ngemas rumah...nie 2 bujang tue dah sepahkan balik...sabar jerlah...nak bebel perot masih tak konsisten lagi angin dia nie...semalam satu hari ibu tak dapat membebel...suker 2 bujang tue aman dari pagi sampai malam....hari nie pun ibu kena kontrol dulu mulut...tunggu perot dah betol betol sihat baru boleh sambung bebel.....muahahaha



P1000376

“adeiii…cianyer ibu catit peyot…tula adam da ate angan mamam…angan mamam….ibu mamam ugek…kan da catit peyot, nieh adam tak dengar core ticau ibu…adam boying nie…adam ghinduu….
aper adam nak mamam malam nie ya??….nacib baik ayah ader”





P/S ku : Sakit itu penghapus dosa dosa kecil...








kalau suka LIKE k... :D

Tudung saji pink itu ibu yang punyaaa ~ 12

 

 

Bismillah,

 

 

Salam semua…petang nie takder apa yang special…tak taulah malam kang ker??…muahahaha..hari nie duk layan Adam main, tapi tak lama sebab dia suka sangat main barang2 dapor ibu. Tau lah ayah dah pesan suh jadik chep…sabor2 lar siket nak oiii…awak tue kecik lagi, umur pun baru setahun jagong…dah sebok2 practice ngan barang2 dapor ibu….ari tue awak main mangkok tingkat!…petang nie awak main tudung saji pink ibu pulak!…mana boleh jadik nieh..Sad smile

 

 

Dah2 lah, tue satu jer tudung saji yang ibu ada…ayah tak bagi ibu buat koleksi 2 ke 3 pasang (dekut!)…ini kalau pecah ker rosak siaplah awak kena ngan ibu.  Apalah nasib tudung saji pink nie…nasib baik badan ko keras macam dawai….budak kecik memang trademark suker main ngan tudung saji kan masa kecik2?…agaknya ibu ngan ayah  pon sama gak dulu, tue yang menurun kat anak anak nie ha….. Adam…oh! Adammm ~

 

 

P1010166new

best gak kalau main nyelam2 dalam nieh…api adam tak suka ngan air….tehehe

 

P1010167new

carik kawsann dulu…tak suai niee…

 

P1010168new

testing…testing!!…

 

P1010169new

tak boleh nie….goyang2 jer rasa badan…tak sedap ah!..

 

P1010171new

takper…adam bagi can kat ko kapal angkasa nie…bawak adam jalan jalan cepat!!

 

P1010172new

macam kat tab mandi lak…..tapi nie tab kaler pink…mana suai nie ngan adam…adam kan hero??…ah! tak kesah lah…

 

P1010173new

yehaaaaa…bestnya ibu,Adam rasa macam terbang lah…jomlah sama2 kalau nak numpang…yehaaaaa..

 

P1010174new

1 2 3…poseee…

 

P1010176new

akhirnyer…habis madu, sepah di buang…

 

 

P/S ku : selamat tudung saji pink aku…. Send a kiss ~


kalau suka LIKE k... :D

Nasi Ayam Cinta Ayah ~ 6

 

 

 

Bismillah,

 

 

Salam semua, malam nie nak update ringkas-seringkasnya. ibu nak update menu yang ayah masakkan tadi. Kenyang ibu, Danial ngan Adam makan menu nie. Special macam biasa bila menu “Nasi Ayam Cinta Ayah” nie di masak sendiri oleh En. Latif. Sedap naa…enak hingga menusuk kalbu, belum jamah dah tau sedap…apatah lagi bila ibu menjamah. Memang umpphh!! lah ayah masak nasi ayam kali nie (bodek guna ekon). Terima kasih ayahhh…ibu, Dannial ngan Adam of cozlah sayang ayah kuat kuat lepas nieh. Masak lagi tauu…ehehehe (khidmat pesanan ringkas dari ibu)

 

 

Enak + Cinta = Alhamdulillah ~

 

nasiayam1.JPG new

 

 

P/S ku : Ibu jarang masak bila ayah kat rumah….Send a kiss


kalau suka LIKE k... :D

Maher Zain vs Justin Bieber…ehehe ~ 12




Salam semua…hari nie ibu nak citer siket tentang 2 orang artis pojaan hatiku. Maher Zain ngan Justin Bieber, buang tebiat ker apa ibu nie dah tersampok ngan Bieber Fever??…tak senonoh ker ibu nie??..umur dah 29 boleh kena bieber fever lak lagi nieh??…meluat tak?..nyampah tak ngan ibu??…muahahahaha…



Tak taulah nak cakap apa lagi…dah memang tersampok ngan bieber fever, kalau Maher Zain tue okey lah lagi nak ter sampok2?? molek lagi kelaku itu kalau mak mertua tahu, huhu…nenek Danial pon kalau minat ngan Maher Zain memang sesuai lagi, maklumlah artis yang boleh dijadikan contoh….kalau JT nie flirting dia mengalahkan lelaki macho man (dah lelaki, man pulak lagi) yang sudah dewasa….umur baru 16 tahon dah gatal2 ngan Kim Kardashian, Rihanna pun kena paksa2 kiss pipi dia, tue belum lagi Selena Gomez yang tak boleh tidor malam dok demamkan si JT…banyak lagi artis perempuan yang cun melecun dia duk flirting2 niehh…artis Malaysia jer yang tak merasa…bagos ler, muehehehe



Kenapa ibu minat ngan dua artis nie??…of coz lah sebab lagu2  diorang…kalau JT (Justin Bieber) nie lagu dia tue comel macam tuan dia kan? eanie meanie mynie mo lova…ehehe (gatainya akuuu)….bila dengar jer lagu dia hati yang berusia 29 tahun nie rasa muda kembali, happy jer manjang…. mood perasan datang terus tukar sweet sixteen gitu…muahahaha….geli kan?? Danial Zain ngan Adam Bieber boleh faham perasaan ibu dia nie, takkan korang pulak yang tak boleh faham…kan?? jangan dengki yer…hahaha, nak buat macam mana??…JT nie cumil sangat, tambah2 dia nie suka flirt2 siket….pantang nampak perempuan berambot blonde!! asik nak mintak kiss kat pipi jer….adeiiiii…..walau suara dia masih tak pecah2 lagi, tapi persembahan wajah dia tuuu yang buttercream sangat (dah cakap ngan latif, dia tak marah nie)….



Jadi, bila ibu pun dah naik mood flirt2 yang tak sesuai untuk tatapan umum gitu…ibu kenalah seimbang kan pulak hormon “terlebih perasan” tue dengan mendengarkan pulak lagu2 yang berteraskan agama, asyik, tenang, membawa kepada kesedaran semula yang ibu nie jangan nak flirt2 perasan muda lebih2…kita dengar lak lagu Maher Zain…pehhh!! nie baru betul2 lagu….sedap sungguh lagu dia lagi2 lagu “For the rest of my life” tue kan?? (for the rest of my life, I’ll be with you, I’ll stay by your side, honest and true, till the end of my tiiiiimmmmeee, I’ll be loving youuuuuu) nyanyi pulakkk, ngade noo…kira lagu tue memang ditujukan khas untuk encik latif yang tersayang lah haii…lagu “InsyaAllah” tue pulak menyedarkan ibu yang kita nie sebagai umat Islam jangan nak terlebih2 dalam segala hal, boleh lah tu….ya?…ya?…haaa…..kalau tak boleh terlebih tue bukanlah kita nie kedekut pulak ya. Tak salah la kalau kita  suka, minat, tapi pandai2 lah nak +/- seimbangkan dia….salah ker ibu suka JT??….salah ker kalau ibu suka pulak ngan Maher Zain??….tak salah kan?? Latif okey jer…takkan korang lak yang meluat??…kan??..kan?? (ini bukan entrie luahan perasaan geram ya…ehehe)



Entrie nie ibu buat semata-mata sesaja-saja nak buang masa sambil nak mengasah bakat ngan skill mengarang entrie panjang berjela…tak suka baca tak apa, tiada paksaan…cuma saja nak menyahut seruan cabaran dan kritikan dengan terbuka, bersihkan hati dan minda ibu nie supaya ibu tak kelihatan seperti “orang” yang tak tahu nak mengarang cerita tapi sibukkk lah hai nak ada blog! Walau entrie nie entrie mengarut, kira kenalah ngan kepala otak ibu nie…takkan nak cerita bab politik pulak…kang keluar semua ilmu politik segala karut marut yang ada kat dalam parti Malaysia nie terperanjat pulak…malas nak cerita jer. Yang penting tiba time ngundi tue kita pegi ngundi…buatlah pilihan yang tepat…supaya kita nie taklah ketinggalan keretapi. Bila kita menggundi maknanya kita tahu hak kita sebagai rakyat ya. Janganlah cakap gegar gegar pasal politik tapi tak daftar pun mengundi. Itu dah macam tin kosong lah pulak kan??…kan??…eh! apa yang aku repek nie sampai bab politik semua keluar??…takper…takper, kita asah bakat penulisan karangan ya…ada blog takkan tak pandai buat karangan. Dulu masa sekolah rendah pun boleh buat karangan Bahasa Inggeris cukup2 100 patah perkataan. eheh! tah hape2 yang aku tulis….broken jer, dok ulang ulang ayat yang sama tapi lain lain baris… sampailah cukup cukup 100 patah kata…yang penting kita sahut cabaran itu. huh!



Haus pulak tekak nie menaip tak berenti-renti, minum jap…..gulp gulp…sedap naa air nescaffe kaw yang latif buatkan nie, patutlah ibu seorang muslimah yang vouge nie sayang sangat dengan dia….walaupun kalau dia dressing tue macam apek nak pergi kebun, padahal nak bawak ibu jenjalan tue…ibu tetaaapppp kepit tangan dia kuat kuat…sebab nielah, rupa paras atau cara pemakaian bukan jaminan dia mampu membahagiakan ibu, banyak lagi sifat sifat yang baik (tak payahlah cerita kat sini ya?..meluat lak korang baca), yang penting dia jaga mulut dia selayaknya seorang lelaki yang bergelar muslim. Tidak bercakap untuk sesuatu yang tidak penting hanya semata-mata perkara yang penting sahaja, maksudnya taklah macam PAKJOYAH (barulah maccho maaann)…jangan konpius ya ngan entrie nie…kang ada pulak yang cakap “eh! kat atas cerita pasal mak limah nak pergi kedai beli buah keduaq…nie kat bawah cerita lak pasal pak leman semalam dah terjun dengan labunya” ngape gitu??….saudara saudari sekalian, ini cerita ibu yang taip, jadi ikut jari ibu….macam syok sendiri lak yer?? tapi yang penting banyak maksud maksirat duk berselirat kat dalam batu bersurat nie….kalau banyak masa yang diluagkan maknanya korang fahamlah ya?…pening?…tak kan??…kan??…



Last sekali ibu bagi sebijik, Danial Zainnnnn…(karaoke)
P1000549
Kelik kalau nak dengar jer ~
Adammm Bieber lak…(karaoke)
adam bieber
Kelik ler…sedap lagu nie, boleh makan!
Eh!…over ker Adam pose?? eheh! Adam…ayah pesan sok bila dah besar jadik chef sebab Adam suka makanan, Adam jugak yang senang nanti yer….InsyaAllah, amin.








kalau suka LIKE k... :D

Konklusinya, Wahai mulut..tolong senyap! ~ 18

 

 

wahai mulot...tolong senyap!!

aku telah bertanyakan soalan ini kepada diri aku “kawan @ jiran jenis apakah aku? suka kah aku mengkhabarkan perihal diri manusia kepada manusia lain?” konklusinya, wahai mulut tolong senyap! sila berhenti memburukkan manusia lain!

 

Bismillah,

 

Salam semua, hari nie shiela nak citer siket pasal adik shiela yang ku panggil panggil moksu (dialah puteri bongsu)…sedih Sad smile…pada yang baca status FB dia kat atas nun mungkin tak rasa sedihnya macam yang kakak ngan adik dia nie rasa…Crying face

 

Shiela tak taulah nak kategorikan kawan @ jiran yang macam apakah yang kami ni ada??…tak faham!…dulu shiela penah buat entrie luahan perasaan pasal kes macam nie jugak…orang yang sama…tapi yang dulu biarlah lepas, tak mo nak kenang kenang lagi, tapi kawan @ jiran ini masih masih masih tidak mahu senyap!…tolonglah jangan kau haru birukan kehidupan adikku….dia tak berbuat apa-apa kesalahan pun dengan kamu…Kenapa sampai begitu tu sekali kamu mengkhianati dia…bukankah kamu dan adikku berkawan sedari kecil lagi?? sedari kecil!!…sampailah sekarang kamu berdua sudah bekerja, masing-masing sudah ingin berumah tangga…bersikap matanglah wahai kamu……sedih betul bila semua ini berlaku diantara kamu dan adikku.

 

Sanggup sekali kamu wahai kawan sedari kecil menikam dia dari belakang??…umpama gunting dalam lipatan!…tidak cukupkan dengan apa juga yang kamu sendiri ada sekarang ini?? bersyukurlah kamu…….hinggakan kehidupan adikku yang serba sederhana ini masih tidak kau senangi??…bilakah masanya kamu ingin berubah??…kalau ikutkan hati aku ni….mau ku tempeleng mulut kamu itu laju laju….tapi aku tidak seperti kamu…tidak suka mengganggu kehidupan kamu yang lebih segalanya dari keluarga kami…kami orang orang yang bersyukur. Tolonglah kamu berikan sedikit perasaan KASIH’an kepada adikku, dia sudah tidak punya ibu untuk tempat mengadu, dia tidak punya ibu dan tidak seperti kamu yang masih punya ibu!!….tidakkah kamu kasihan kepada adikku??? kamu masih juga melakukan kejahatan sedangkan kamu tahu bahawa ibulah sumber kekuatan bagi adikku!!….hebat dugaan yang kamu berikan untuk adikku.

 

Kesilapan terakhir yang kamu lakukan tidak mungkin mudah untuk adikku lupakan….memaafkan tidak menjadi masalah bagi adikku…memang itulah yang adikku selalu lakukan…kerna kamu adalah kawan @ jiran! tapi untuk melupakannya, sungguh sukar sekali….tidak baik menyakiti sesama kita, berhentilah berhasad dengki, berhentilah berburuk sangka…berhentilah menyebarkan fitnah, berhentilah menyebarkan kisah kami sekeluarga kepada sesiapa saja yang kamu sukai. Apa yang kamu dapatkan??..kebahagiaan?? kepuasan??….pahala??….kamu pasti kah mendapatkan kelebihan untuk masuk ke syurga pabila kamu bersikap begitu??…sedangkan kawan kamu sedari kecil tidak pernah berburuk sangka kepada kamu sehingglah kamu sendiri yang memusnahkan kepercayaannya……….

 

Tidak pernah sekali adikku melakukan itu kepada kamu…kerana kamu adalah kawan @ jiran kami. Adikku tidak bijak berkata-kata seperti kamu….adikku tidak lebih harta benda daripada kamu….adikku tidak pernah menyebarkan fitnah keburukan kamu kepada orang lain….adikku cuma ingin hidup aman damai tanpa campur mulut dari KAMU dan juga KELUARGA KAMU…tolonglah wahai kamu…umur kamu masih muda, tapi pleeeaaassssee behave your BIG MOUTH!! kerana mulut badan boleh binasa. Ingat!…setiap perbuatan pasti ada balasannya, kamu tidak rasa yang kamu sudahpun mendapatkan balasannya secara tunai pada petang hari itu???….kamu terbang bersama awan…kamu bijak? kamu pandai?…kamu sila fikirlah sendiri ya.

 

 

P/S ku : Sehingga kini kami masih tidak faham mengapa kamu @ jiran bersikap begitu terhadap adikku dan juga keluargaku???? kalau KAMU terbaca luahan ini, sila lah terasa ya….tapi kamu mungkin tidakkan pernah terbaca luahan ini…yang mana ia merupakan satu kerugian buat KAMU sendiri!! Adikku tidak akan pernah pandai melakukan apa yang pandai kamu lakukan. Kerana bagi kami perbuatan itu sangat sangat sukar untuk adikku pelajari. KAMU memang antara yang hebat diantara yang terhebat. Kerana sehingga sekarang aku yakin yang kamu masih tetap juga begitu!

 

Semoga kami sekeluarga sentiasa dilindunginya. Amin.


kalau suka LIKE k... :D

Frust!! 18



Bismillah,


Salam maal hijrah semua, hari nie entrie shiela bengang sangat ni...lama betul line tenet ni buat hal. Bosannya bila tak dapat jalan jalan baca  n komen blog member lain. Bosan bosan bosan!! kot yer pun cintan sakan ngan sipot sedot..janganlah lama sangat!...boleh tak beruk?...adeiii, aku marahkan BB dah macam marahkan hewan yang tak bersalah gamaknya....tak baik betul kan?



Huh! mana boleh sabar macam nie, tapi nak tak nak kena gak bersabar....nak guna stremyx tak boleh. Sebab musabab kat rumah baru nie belum ada tiang tipon telekom (gitu citer dia). Masalah2 negara macam nie tak nak pulak "diorang" duk ramai2 bentangkan kat kabinet pastu kasik settle, tapi kalau bab naikkan harga barang yang tak perlu aka tak penting tuuuu jugaklah yang diorang duk sibuk-sibukkan diri doploh pat jam!!...patut ka? "diorang" nie ada kena mengena ker?..bantai jerlahh...kata skang nie entrie luahan hati dan perasaan yang frust!



Bila tah gaknyer sipot nie nak balik?.........bosan tahap gaban dah nie...kalau duk kat Korea mesti takder masalah beruk ngan sipot bercintan-cintun nie...tempat diorang mana ada kes cenggini kan?...kita jer yang hebak sangat...gituuuu jer lah, kalau taim nak promo tu pung paanng pung paanngg kat lubang telinga nie tak berenti berenti, apa jugak jenis jenama yang terbagus, terhangat, terbaik dan macam-macam ter lagik yang keluar taim promo tue semuanya takleh pakai.....kalau percaya gak ibarat nya = "ngabihkan boreh ja"...



Rasanya dah takleh nak sabar lagi nie...kalau besok si sipot nie tak blah blah jugak, alamatnya aku murung lah satu hari...boleh mendatangkan penyakit kalau sampai tahap murung2 nie...takper2, aku minom madu banyak-banyak supaya aku tak murung....nak upgred ker beruk nie kasik makan lebih sikit?..kang aku upgred kang dia makin melebih2 lak...maklum lah, bagi betis nak peha lak kang....aku gak yang rugi, ikutkan hati binasa poket.............poket siapa? poket laki akuuuu jugakk! aishhh...baik tak payah...simpan wet wat beli susu ngan pampers anak-anak laagii bagus!!...



P/S : berbelanjalah dengan berhemah...sesungguhnya inflasi itu tidak pernah "SIFAR"............

kalau suka LIKE k... :D

ABC Tag ~ 8



Bismillah,


Salam semua….malam nie (pagi dah pun) shiela takleh nak tidur sebab encik suami takder kat rumah, biasalah tu bila abg takder kita pun melangok lah depan lappy nie konpem takleh nak tidor. Menjaga keselamatan anak-anak gamaknya….ekeke…padahal nakot lebey…hihi


abc (1)
Tag ABC ~


Okeylah, kali nie nak hapdet tag pulak…shiela dah kena tag ngan blogger Tengkorak Emas lah..huhu, berjela nampaknya tag nie. Agak menarik sebab Danial dah mula menyanyi-nyanyi lagu ABC skang nie (dalam mimpi dia sebab sekarang nie dia sedang nyenyak tidor)…hebak2!…jadi tanpa membuang masa lagi jom kita layan tag ABC nie…sebelum tue marilah kita bersama-sama menyanyi-nyanyikan lagu ini ~



ABC Song!! (Danial suka nie =))))

Dah nyanyi??…laju ker line tenet korang??…muehehe



Okey, masa untuk jawab tag!!

instruction: fill out these questions and make a new note called ABC about you, then tag 25 people, if you got tag by me, you have to take survey and report it!


A. AVAILABLE: Not Available!! eheh!

B. BIRTHDAY: May 7

C. CRUSHING ON: Blogging

D. DRINK YOU HAD LAST: Hot Nescffe (sama lah ngan Tengkorak Emas…)

E. EASIEST PERSON TO TALK: Hrmmmm…mungkin or maybe…Send a kiss

F. FAVOURITE SONG AT THE MOMENT: Eanie Meenie – set as ringtone (sean kingston & Justin Bieber….ha ha ha…I pun minat gak ngan bieber nie)

H. HOMETOWN: Pontian Johor Bahru. (Come visit me!!)

I. IN LOVE WITH: Blog (sama lagik!!) =))

J. JUNGLE: Not interested…(shopping complex ? …yes!)

K. KILLED SOMEONE: Confused smile …bunuh nyamuk pernah lar.

L. LONGEST CAR RIDE: On the road…masa ambik lesen keta duluuuu….Laughing out loud

M. MILKSHAKE FLAVOUR: Eye rolling smile Not interested….(Nescaffe Freeze??…yes!)

N. NUMBER OF SIBLING: 7 (suka no 7 ni)

O. ONE WISH: Proton Saga BLM (murah jer banggggg…belikanlah shiela satu)

P. PERSON YOU CALLED LAST: Abang….. Embarrassed smile

Q. QUESTION: Pukul berapa nak sampai rumah esok bang???????….Crying face

R. REASON TO SMILE: When Adam was funny…Smile (there's so many reason more)

S. SONG YOU LAST HEARD: Eanie Meenie….(best na lagu nie, ibu suker)

T. TIME YOU WAKE UP: 6.00am (sila percaya) Send a kiss

U. UNDERWEAR COLOUR: NEXT!!!!! Steaming mad

W. WORST HABIT: Cook when there are mood….(bini sapa lah nie?? indah sungguh perilakunyer) Send a kiss

Y. YOYOS ARE: The boy toys right??….Danial like it.

Z. ZODIAC SIGN: Taurus



Settle!!…skang nie nak tag lagi 25 more people…waaaaa, manaku nak cekau orang nieh?…kepada geng2 blogger yang dah sama-sama nyanyi ABC song nie, sudi2 kanlah menjawab tag nie…ianya satu aktiviti yang sangat-sangat menyeronokkan untuk dilakukan di waktu lapang….saya sudah, anda!! bila lagi??


Peace!!


P/S ku : nak jawab tag nie memang kena carik masa yang sesuai cenggini, time abang takder kat rumah!…muehehehe





kalau suka LIKE k... :D

Blogshop kat Khazis Boutique ~ 10


Bismillah,


Salam semua, hari ni shiela dapat dah baju yang shiela beli kat Khazis Boutique….lama nak beli baju kat Khazis nie….cantik-cantik n murah-murah…ha ambik ko, memang feveret kalau barang murah + cantik nie…ekekeke…tapi shiela rembat satu dulu…ternyata sahih!! baju kat Khazis nie memang tip top!!


Biasa kalau shiela blogshop kat mana-mana mesti shiela review pasal barang diorang…kalau puas hati memang shiela promote kaw kaw punya, nie shiela nak promote kaw kaw….baru 1st time shop kat Khazis, owner dia Wlida baik hati bagi postage free kat shiela…thanks Wilda…memang best!! bank in hari nie…lusa dah sampai…sekejap jer, pantas!!…akak sangat-sangat berpuas hati =)))


Appaa lagi?…Jom tengok ~

shop khazis boutique1
Pantass!! berdezup sampai, sepantas den buat entrie nieh…ada asap lagi…muehehe

shop khazis boutique2
Resit pun mesti  ada kan…bukti jual beli ~

shop khazis boutique4
wow!! vavavoomm…




P/S ku : boleh shopping lagi kat Khazis nie…duit duit…ke marilah engkauuu…






kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...