Ayah memang rajin masak ek? 26

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam petang semuaaa…dah berapa hari ibu tak update…ibu bz siket lah skang nie…tambah2 skang ni ibu berbadan dua. Jadi badan ibu ni kurang bermaya siket belah pagi tu bawaklah ke petang…sampailah kemalam. Tapi ibu cuba jugak lawan lemah2 badan ni…sebab ada kawan2 blogger ibu yang manis2 dah tempah edit blog ngan ibu….mummy hezrina & mama fieda (thanks ya!!! :)

Jadik ibu mesti nak jugak siapkan tempahan2 tu…cuma skang ni MommyYen geng kesayangan ibu punya blog yang ibu belom sentuh2 lagi…hope mommy tak merajuk ye? ibu sayang mommylah…hehehe…okey2 sebenarnya entri nie dah lama ibu nak update..tapi tak sempatttt….

Ayah masak…pastu suh ibu ambik gambar hasil masakan dia (macam biasa…) bila dah ambik gambar tue mestilah dia nak ibu masukkan lam blog family nie…rajin ayah masak…..ek??  Entah apa angin daya ayah nak masak nasik ayam malam tue gaknyer…ibu ngan baby lam peyot punyelah suker nak makan nasik ayam ayah tue….kembang kempis kembang kempis dah idong ibu…keh keh keh

Skang nie kalau ibu lapar nak makan, dialog sakti ibu ialah “Bukan ibu yang nak makan…tapi baby nie yang nak makan.. haa? haa?? acane???” tak kisah lah lambat ke cepat ke yang penting dapat rasa menda yang nak makan tue….baru berapa minggu ngandung dah ngada2 kan ibu nie? cam tak logik gitew baby da teringin nak makan ittew dan innewww…nyampahlah! ha ha ha ha

ayah masak1
Nasi Ayam sempoiii…
dah berapa kali ayah masak nasik ayam nieh…kali nie terbaekkk!!
semuaaa pon sedap dan lengkap!!
tengoklah Ayah nyer rajin tuh…plating (ceh ceh) ayam dia nampak menarik kan? kan?
naik selera nak makan…sebab tu dia suh ambik gambor…sebab dia dah plating cantik2 ayam tue…
dengan timunnyer…dengan tomatonyer (feberet ibu)…dengan saladnyer…
rasa dia apatah lagi…tuhan jer yang tahu betapa enaknya air tangan ayah nie…..gittewww

ayah masak2
dapur sakti encik latif …menu 2
yang nie malam besoknyer…..
simple jer lauk pauk….tapi kesedapannyer hingga menjilat biebier!!….haaaa kauuuuu
sayur lemak tu memang terbaek dari dapur sakti encik latif….
asam pedas takyah citer lah kan?…memang selera org johor hari2 pekena pon takder hal….
sambal belacan ayah pon sama jugak….kalau korang perasan sambal belacan ayah nie banyak dah versi nyer…
macam2 kaler ada…macam2 rasa ada….memang terangkat!…menyengat!!…mak mertua ibu pon kalah ngan anak dia nie….boleh tak kate mak mertua gitew??…(tutup sebelah mata)

P/S ku : Semalam ayah masak nasik goreng kampung ngan telur mata lembu….sedap ayah masak lagi dari dok makan kat kedai….abih ayah jer yang masak ann? aann? ibu buat apa?? ce teka ce teka ?? berbulu tak korang ngan ibu?? masalahnya ibu pon berbulu tengok perangai ibu sendiri nie....kalau berbulu, bolehlah jawab kat ruangan komen ye….

kalau suka LIKE k... :D

Ayah pandai menggubah? 8

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam petang semua…..ayah dah pandai menggubahlah skang nie…hehehe gubah apa? gubah bunga ker?  makin dilayan Adam makin terserlah lak kebolehan ayah duk menggubah. Macam biasa Adam ingat @ perasan yang dia akan kelihatan lebih encem lagik….

nak buat acane? skang nie memang adam kuat sangat ferasan. Suar enjean memang tak tinggal…lepas mandi mesti suar enjean…plus pulak skang ni mesti nak padan ngan baju yang ada butang kat depan. Adoiyaii….yaii yaiii yai…

P1020718
ahhaiii…..fesyen kepala dengan lilitan kain busyuk!
ari tu nyer fesyen ala2 pendekar..kali ni tak pasti lak datang dari mane?
macam pernah kulihat…tapi dimana ya?

P1020720
haaaaaaa…..betapa encemnyerr saye!…an? aan?

P1020722
ehemm…ehheem…..pandangan dari shishi kanan!

P1020723
pandangan dari shishi kiri….acane??…pandaikan saye bergaye?..
agak2 saye datang dari mane?…ce teka? ce teka?

P/S ku : ce tengok muke adam dari mula sampai last tue….bajet2 cam photographer yang dok ngambik gambar dia kan?? dengan mata, dengan senyuman, dengan gaya…huahuahuahuahua…senak perot ibu ngan ayah ketawa…

kalau suka LIKE k... :D

Tutorial : Kotak chatbox macam ibu. 4

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam petang semua, okey ari ni ibu nak cuba2 buat tutorial kotak chatbox macam ibu. Haaa suke tak??…suke tak??…ekekeke, kotak chatbox macam ibu tue masih ada shoutmix lagi kan?…takper2 ibu nak remove shoutmix tue nanti sebab2 shoumix dah start nak kena bayarkan?? ahaksss….tapi terima kasih lah pada shoutmix yang dah banyak berjasa pada blog ibu selama nie…jasamu tetap ibu kenang…

Okey kotak chatbox macam ibu tu ramai yang berkenan sebelum ni, mungkin sebab ada kolum “Waktu Solat” kat situ…senang kan nak refer waktu solat mengikut kawasan?…ada jugak yang mintak buat tutorial…tapi ibu mmg tak pandai nak buat tutor. Rasanya ibu copy paste tutorial ni dulu dekat blog http://teknikbuatblog.blogspot.com agaknya, tapi bila sampai jek kat ibu, HTML kod nie agak berterabur…ehehehe

Ibu sorang jek yang paham kadang2…sebab ibu suke godeh2 sendiri sebenarnya bila bermain ngan kod HTML nieh…Ibu takut orang tak faham kang tengok kod HTML ibu ekekeke…tapi untuk kebaikkan bersama, ibu cuba juga buat tutorial kotak chatbox & waktu solat nieh…harap ramai yang sudi guna ya!!

Tutorialnya :

1. “Design” dan terus ke “Page Elemen”
2. Kemudian click “Add Gadget”
3. Lepas tu pilih “HTML/JavaScript” dan copy/paste masukkan script dibawah ini :

MASUKKAN TITLE TAB 1
MASUKKAN TITLE TAB 2
MASUKKAN TITLE TAB 3

[MASUKKAN HTML KOD C/BOX]

[MASUKKAN HTML KOD SHOUMIX]

[MASUKKAN HTML KOD WAKTU SOLAT]

4. Penerangan :

XXXXX = resize semula lebar dan ketinggian bahagian TAB MENU & size ketinggian kotak mengikut kesesuaian anda. (yang ni takyah tukar2 pon ok kalau nak ikut size kotak comel ibu)

XXXXX = style border sekeliling kotak Chatbox anda : solid, dashed, dotted.
XXXXX = background color bagi ruangan tajuk TAB MENU mengikut warna yang anda inginkan. macam ibu punya warna hitam Smile

XXXXX = masukkan nama bagi tajuk tab menu anda bagi setiap bahagian 1,2 & 3. Contoh macam ibu punya tajuk tab menu : S box, C Box, Solat.

XXXXX = masukkan HTML kod Shoutmix & Cbox diruangan yang disediakan. Kalau ikut size kotak tab ibu dari mula tadi, size bagi lebar dan ketinggian yang sesuai untuk kotak Cbox & Smix ialah Width : 190px dan height : 350px. Pandai2 kamu adjust ketinggiannya k Smile

XXXXX = untuk kod HTML waktu solat, sila dapatkan HTML kod nya dilink ini : http://www.al-azim.com/~roslan/solatv2.html ianya bagi mendapatkan waktu solat yang besesuaian dengan koordinat kod tempat tinggal anda. Kemudian masukkan HTML kod diruangan yang disediakan.

5. Kemudian click SAVE Gadget dan review.

Selamat mencuba ya!! kalau tak jadik tue cuba pergi tengok tutorial dekat blog http://teknikbuatblog.blogspot.com tau…mungkin tutorial dia korang lebih mudah nak faham Smile

P/S ku : pada sesiapa yang tak faham tutor ibu yang agak berserabut ni ibu nak mintak maaf banyak2 k. Ibu dah cakap ibu mmg tak pandai buat tutor nie. hehehe

kalau suka LIKE k... :D

Ibu tipuuu eeeaaaaaa……hikhikhik 18

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam petang semua….hihiihiihihihihi…apa ni gelak2 ngada nieh?? hihihihii…ibu buat apa semalam??…ekekekek semalamnya entri kan ibu cakap petaaaaaangg siket ibu nak main masak2 kan?? kan?? hampeh je yang lebbih!! ibu tipu ayah lah semalam…akakaka…that’s the way ahak! ahak!…I LIKE IT ahak! ahak!…

Apalah ibu ni jahat beno tipu2 ayah nih??…tak bek tau….ahak!! ahak!!…memanglah semalam ibu nak masak petaaaaang siket kan? bukan ibu nak menipu, tapi mood ibu terbantut semalam bila ibu nak solat jek pintu bilik solat tu terkunci dari dalam…pastu baru nak perasankan yang bilik tengah tu takder kunci

Acane boleh takder kunci?? konpius betol ibu! (wahai MOKSU adikku, kalau ko baca entri ni pastu ko ada simpan kunci bilik tengah tu sila kembalikan kepadaku…hokeh?) dah tu telekung ibu cuma ada sepasang jek kat dalam umah ni…kena jugak tunggu ayah balik pokah tombol pintu tu baru bilik dapat bukak…

Takleh jadik nih…kena beli lagi sepasang telekung tuk ibu…buat spare kalau ada apa2 hal kan? panjang berjela konon2 alasan ibu hilang mood nak masak kan?…apa kena ngena sampai taknak masak….nasib baik ayah memahami hehehehe…jadik malam semalam ayahlah yang masaaakk….kesiaaaaan ayah.

P1020715
ayah masak bubur jer semalam..sedap weiii…
that’s the way ahak! ahak!

P1020716
sotong goreng kunyit + ulam + ikan bilis masak kicap = kenalah tu ngan bubur kan?

P1020717
Sambal tumbok = I LIKE IT ahak! ahak!…dah lah tak masak..men request2 lak nak sambal tumbok nieh…apalah nak jadik ngan ibu ni....ahak! ahak!

P/S ku : sedap betol ayah masak malam tadi…ibu suker puji2 dairek kat ayah bila dia masak…sebab dia masak selalu sedap, ikhlas kan? ekekeke

kalau suka LIKE k... :D

Ayah punya kerjalah ni….. 8

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Petang semua….ni ibu tengah rilek2 lu sebelum main masak2. Biasa ibu masak petaaaaaangg siket, biar lauk tu fresh lagik bila ayah balik dari kerja…gitew. Jadik bila tengah rilek2 tu ibu pun belek2 kamera ibu, sekali ada gambar adam yang ayah candid.

Ayah memang takder kerja gaknye malam tadi, adam lak jadik mangsa sebab nenial semalam dah tidor awal. Kesian anak ibu sorang ni….selalu jadik mangsa ayah. (yeker?? macam TERBALIK je?). Apa jugak yang ayah buat kat anak bucuk bacin ibu sorang ni…memang bacinlah dia malam tadi…hehehehehe

adamadam
"tah hape2lah ayah ni…dah macam anne ceti bahu baiyaa insepektor sahab lah kite kan bu?? encem kan kite??"
kih kih kih kih…kemain syok lagi adam ayah dia dok kerjakan dia macam gini…
masa ni dia tengah perasan encem tau…kah kah kah…dia bajet2 apa yg ayah buat skang ni semata2 buat dia kelihatan lebbihhh encem lagik!!
muahahahaha…geli pinggang ibu macam kena geletek2 pasal dia ni sedang dalam mode perasaan!!
padahal puas ayah ngan ibu dok gelakkan dia…kejap2 pegang2 kain atas kepala tue tuk pastikan kain tu tak tertanggal….kesian betul budak ni kena main2kan ngan ayah ibu dia macam ni..
Siap posing sungguh2 lagik…dah snap dia nak tengok…cek lah konon2 gambar dia ok ke tidak…tengok gambar yang kedua tu….senyum takyah nak kate ape2 yek?…

P/S ku : ayah takder kerja + ibu tak sempat memberi bantuan = adam jadik mangsa!!

kalau suka LIKE k... :D

Alhamdulillah…ibu mengandung anak ke3 :) 24

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi duniaaaaa….wawawawa heppinya ibu nie kan?…ekekeke, Alhamdulillah…hajat ibu nak mengandung lagi tercapai akhirnya. Dalam 2 ke 3 bulan ni ibu teringin sangat nak mengandung lagi. Kalau dulu lepas jek bersalinkan adam kemain lagi ibu cakap dairek ngan ayah tak nak mengandung lagi…kuiiiiii….boleh gitu?

Haaaaa…Tak boleh cakap gitu yek…lenkali ibu akan ingat sangat2!!…sekarang ni sendiri yang teringin…ayah lek2 jek tak pulak mintak2 nak baby lagi…kuiii (lagik)….ibu tak tau kenapa 2 ke 3 bulan sebelum ni ibu tengok semua baby girl comeeeellllllll lah sangat2nya…baby boy pon ibu tengok comeellllllllllll jugaks!!!

Ya Allah….geramnya ibu tengok baby2 nie rasa nak picit2 jek baby2 itteew….tapi sib baik ibu boleh control. Ibu harap semoga dipermudahkan segalanya semasa ibu mengandungkan n melahirkan baby ibu n ayah yang ke 3 nie nanti. Tak kisahlah baby boy or girl yang penting baby tu nanti sihat wal’afiat sama2 ngan ibu, n ibu harap kali ni dapat BF baby lama siket…2 ke 3 tahun ker…semoga dipermudahkanNYA. Amin.

nak nyelit fakta penting siket : Masa ayah bagitau jer kat awe (ibu mertuaku) yang ibu skang nie mengandung, awe cakap “iye?…mintak2 kali nie cucu aku cucu perempuan pulak”…………….uihh?? selaju 120km/j mulot munggil ibu kumat-kamit membaca kalimah AMIN.

Disebabkan ibu dah tau yang ibu skang ni mengandung (mungkin lam 4 minggu), secara otomatiknya hormon serakah ibu dok membuak-buak keluar…Semalam ayah bawak ibu n de boys gi tengok wayang untuk yang pertama kalinya lepas kitorang ada anak2 ni. Bayangkan last kita tengok wayang tu masa ibu ngan ayah bertunang lagi.

Dahsat!! jadik hormon serakah yang pertama ibu nak tengok wayang citer OMBAK RINDU….ye!….punyalah gempak kawan kerja ibu duk gebang kat FB kata yang citer OMBAK RINDU ni sedih n best giler…sedih tuuu….dia kata “kalau ibu nak tengok please stand by tisu banyak2 eh?”…hamboii

Jadik ibu pon stand by lah tisu banyak2 ko…abih satu kotak tisu kereta ayah ibu kebak masuk lam handbag ibu (isi sahaja..kotak tu tidak le) …in case kalau tak cukup kan??…mustahil sekotak tisu tak cukup, kemain lagik eksaitednye….sekali bila ibu dah tengok citer OMBAK RINDU, 2 helai tisu jek yang laku….yang banyak2 lam handbag ibu tu buat semak jek…kuiii…

Macam tengok drama jek ibu rasa….yang nenial pulak sekejap2 cakap ngan ayah dia “bila nak abis ni yah?….tak best ar citer ni”…haha…ko hingat cam tengok tv ker boleh tukar2 chanel lain? ambik ko, selalu ibu jek yang layan kartun awak tu…skang ni sila teman ibu tengok wayang cerita ibu lak ek?….adam jek yang pandai jaga hati ibu ni…dia tengok dari awal sammmpailah dia tido sat pastu bangun semula n sambung balik tengok citer OMBAK RINDU ni….haha….

galaxy
yang ni lom release lagik….
Harga-Samsung-Galaxy-Tab-7.0-Plus
yang ni udah release……
ibu agak2 lah…inilah dia contoh2 horman serakah ibu yang ke2 …..pullokssss???…kemaiiiin lagik!!tapi hati ibu suh tunggu yang no1 tue release lu....hikhikhik
kalau yang no1 tue tak release2 gak sampai tahun depan (dengor2 tak masuk pasaran mesia) baru ibu pilih yg no2 lak..............boleh gitew??

P/S ku : Doakan kesihatan n keselamatan ibu dan baby dalam kandungan ibu ni ya kawan2

kalau suka LIKE k... :D

suar enjean Adam… 10

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Petang semua….petang2 gini layan tv citer nada cinta…kui3, layan  citer budak2 gini kena gelak ngan ayah jek…tapi tulah, ibu layankan si Randy Pangalila jer nih…kalau tak tak koser ibu nak nengok…hihihi

Hari ni ibu tak masak…dah nge”date” ngan ayah malam ni makan kat luar jek…malehhhnye ibu nak masak. Pemalas betul ibu ni…tapi tekak ni teringin nak makan sup gear box lah…..dari ari tu teringin nak makan, kena gak carik ni…mana boleh tangguh2 lagi…

Suh ayah cari tulang gear box kat pasar asik lupa jek…asik2 lupaaaa jek…kan dah kena belanja ibu, kalau tak konpem ibu masak sendiri jek kat rumah…lagi sedap ekekekeke…..

Apa kebenda dari tadi membebel pasal tulang gear box lak?…ibu selalu gitu kan? tak kena ngena langsung ngan tajuk…memang ibu nak citer pasal adam ni tadi. Pasal suar enjean adam….pagi ppetang siang malam, asal mandi jek mesti nak pakai suar enjean….jenuh dah ibu basuh suar enjean hari2…

Ayah lak kena beli lagi 2 ke 3 helai suar enjean baru tuk adam semata-mata tak tahan dengar ibu membebel hari2 penat basuh suar enjean adam. Abih tue…nurun sape lagi perangai anaknya kalau tak dari ayahnya…keluar pergi jalan jek pakai seluar jean…keluar gi kedai pun pakai seluar jean…jadik anak ni ngiiikot….kan? betulkan ibu?

P1020685
amboi…baru bangun tidor ni…mandi pon belom lagi…

P1020686
ecceh ceh ceh….

P1020688
ahaiiii….kemain lagik…tak lepas2 tangan lam kocek…
kemain eksen lagik!
ingat wangilah tu…ucuk tau awak tu….

P1020691
tengok abang tuh…lek2 jek duk rumah pakai santai2 jek…
awak kemain lagik…
amboi…dah macam orang bujang lak gayanya ..…
sebjik cam ayah ko nak…

P1020692
ha…baru nak mandi??…ingatkan tak nak mandi tadi….

Adam adammm…acaner ibu nak buat nieh??…payah ni….payah payah…..

P/S ku :  Ingatkan lepas mandi boleh tukar suar lain…tak dapaaattt……

kalau suka LIKE k... :D

Kombuchea Tea yang ayah buat :) 4

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pagi Khamis semua….semoga sihat2 hendaknya. Pagi ni ibu nak tunjuk Kombuchea Tea yang ayah buat tu…biasa ibu minum  air ni lepas bangun tidur. Air ni ayah yang buat dari yang 1st time sampailah dah banyak2 time…ibu tinggal minum jek…hehehe

Kalau tak luak jek ayah tengok lam botol tu mesti dia tanya ibu minum ke tak air tu…yelah orang dah penat2 buat, mestilah kita kena hargai….tinggal minum jek pon…takkan lah susah kan?? sebenarnya air ni sedap…sedap macam air botol zapple tue rasa dia…lebih kurang je…

Biasa ayah akan keluarkan air ni bila dah masuk hari ke 6 @ ke 7. Air tea tu gula dia ikut sedap ayah lah yang buat kan…kalau ada can ibu nak boh gula lagi 2 sudu lam tea tu len kali…hihihi….apa rasa perbezaan lepas minum air ni??….macam yang dia cakap menghilangkan masalah sembelit…

Ibu ngan ayah tak adalah masalah sembelit…tapi hari2 tu mesti ada je proses dia…paham2 sendiri lah ya…hihi…kalau yang len2 tu kesan jangka panjang baru kita tau kan?…ibu minum je dengan yakin sebab ubat ni kita kena yakin, baru dia jadik ubat.

kombucheatea
ingat lagi entri ibu yang kat sini Kombucha Teh - Khasiat dan Kebaikan…haaa gi baca balik gih…
yang dalam balang ni ayah simpan lam peti sejuk lama yang dah rosak, jadik tempat simpan barang2 dapur dlm tin pulak skang ni (ada gak guna dia lagi yek)
bila dah siap ayah masuk lam botol n simpan lam fridge yang tak rosak hehehe….minum sejuk2 baru sedap!
ibu tinggal minum je, kalau kita perahkan ngan limau nipis atau kasturi laaaaagggiii sedap!!
jadik tiap2 hari mesti ada stok air tea ni lam fridge ibu….kalau nak bagi anak2 minum pon boleh…
dalam tupperware tu stok kombuchea tea…boleh buat berbalang2 lagi…tapi ada satu balang jek kat umah ni hehe

P/S ku : Pada yang kebetulan ada cendawan mekah ni cubalah buat. Sama2 kita rasa khasiatnya….

kalau suka LIKE k... :D

Rezeki tak putus2...Terima kasih Nuffnang! 12

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Malam semua……patutnya ibu update pasal kombucheaTea malam ni…tapi tangguh dulu eh?…ibu nak ucapkan trimakasih banyak2 pada Nuffnang yang masih setia bagi ibu merasa BE hebat2 tuk blog cabok ibu ni….ibu bukannyer apa…al felix al ajaib rasanya bila blog ibu sunyi dekat sebulan ritu masih ada BE run pastu tak putus BE baru masuk….

Alhamdulillah…rezeki itu datang dengan izin Allah, sekarang ni 4 BE tengah berjalan dengan rancaknya!! usaha itu tanggak jaya kan?…tapi kalau tak BW acaner???…ngatekan blog ibu ni se “femes” blog cik epal cam lahhhngit dan bumi gitew jaraknya……acaner?? (lagi?)….ce tolong datang hari2 kat blog ibu ni kan??….boleh?? boleh??

Sila Caye!!

hempat!!…….segaligusss….siaran sedang berlangsung!
kalaulah lampu traffik lebat…indanya donia ini.
keme2 mua rajin2 ah klik mana2 iklan yg berkenan tu kan…
nanti gerenti awok sukee….heh heh heh heh

Yang ni lak yang dah jadik metered earning…..
banyak jugak tahun ni ibu dapat BE…
kalau ibu rajin update mesti rezeki pon banyak gak masuk…
kan?? kan??

yang ni pulak rezeki dari Allah malam semalam…..
kalau ibu rajin masak…mesti ada jer menu yang boleh dibaham kan??….
Ikan Caru goreng kunyit + Sayur Kacang buncis goreng + Udang Sambal Petai + Chili Crab = Alhamdulillah.
Makan sampai habis…jangan membazir….
membazir itu amalam syaitonnirrojim yang direjam!!

P/S ku : sehingga menjilat jari…(sendiri masak…konpem sedap…????)

kalau suka LIKE k... :D

Danial……dah nak sekolah daahh… 12

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Malam semua…..sihat?? Alhamdulillah, semoga kita diberikan kesihatan yang baik2 hendaknya InsyaAllah. Skang ni bujang2 ibu tu tak berapa sihat lah…kena demam campak, sib baik demam campak buah “orang kata”. Sebab campak yang keluar tu bintik2 merah jer…risau gak ibu.

Mula2 tu Adam yang kena…pastu Danial lak, dulu Danial dah kena masa umur dia setahun lebih. Sampai danial kena tahan wad sebab dokter suspek denggi. Tapi sib baik cuma demam campak jer. Mintak2 dalam dua ke tiga hari ni demam dia membaik. Bagi minum air kelapa banyak2. Senoneng Adam 2 ke 3 hari asik kena bagi minum air kelapa jek…kih3

Sebenarnya entri ni khas tuk Danial yang dah tak lama lagi nak gi sekolah dah…tahun depan Danial dah 5 tahun, so boleh hantar gi sekolah dah…IBu ngan Ayah hantar gi sekolah tadika PASTI jek. Sekolah dengan seragam hijau….he3 baju seragam lom dapat lagi, tapi ayah dah daftarkan nama Danial tuk masuk tahun depan.

Ibu yang tak sabar2 nak bangun pagi2 wat sarap tuk danial n hantar Danial sampai kat pintu (rumah jer) masa Danial nak pergi sekolah. Ayah deal ngan ibu, ibu mesti bangun pagi2 tiap2 hari…(amboi! nampak no ibu ni jarang bangun pagi wat sarapan tuk ayah…maluuuuuuu) baru ada hadiah tuk ibu…itu aje??!!…okeh deal!! Untuk anak ibu yang  tercinta ni ibu sanggup lakukan apa saje!!

danialyusof2
nampak tak??…agak2 kartun apa gaknyer ek?? penat ibu mikir…jangan kate klu…..KELU lidah ibu ni nak menekanya

danialyusof1
kalau buat “ngunan” (bangunan) mesti kena puji2…sebab itu rumah ibu…itu istana ibu…….sejukkkk perot ibu….hi3

danialyusof6
sayangggg Danial….

danialyusof3
selalu nak perhatian dari ibu…kadang2 ibu terlepas pandang……tapi ibu sayang Danial tau!!

danialyusof5
nanti nak sekolah dah tak boleh bawak susu botol lagi tau…maluuu ngan kekawan ti….”baik IBU!!”

danialyusof8
suka bergambar…..ikut perangai sapelah ni…ni mesti ikut ayah ni…mesti!!

danialyusof9
demam BOLA!!….potongan rambut  yang paling ibu suka sekali…bila lah rambut Danial nak panjang semula ni…. ;(

danialyusof10
Baju Raya yang paling hensem sekali Danial pakai…sebab tahun ni 1st time sedondon baju raya sama ngan ayah ngan adik.. Smile

danialyusof
Muhammad Danial Yusof Bin Abd. Latif
Nanti kat sekolah belajar tulis nama sendiri dulu ya…hi3
Ibu saaaaaaaaaaaaaaaaaaayang Danial…..
Danial anak yang baik Smile
Doa ibu, semoga nanti dipermudahkan Danial dapat menerima Ilmu yang baik2 kat sekolah ya?….
Amin Yarabbal Alamin.

P/S ku : tiba2 hati ibu tersentuh hiba gembira bila Danial dah nak sekolah ni. Dah besaaarr anak ibu ni rupanya………………………

kalau suka LIKE k... :D

Adam…dulu lain, sekarang lain…..ish ish ish 10

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat hari Khamis semuaaaa….eh eh eh ehhh, lamanya ibu tak update blog nieeeee…rasa kekok lak nak menaip dah…lagi nak cerita sal anak2 ibu nie haa…kejung jap tangan tak tau nak taip apa nak tulis apa sal diorang ni ha…okey, hari ni nak story sal Adam dulu…sok2 sal danial lak…pastu sal kombuchea tea tu k…hihihi

Adam….dulu lain, sekarang dah lain…ish ish ish…rasa cam tak nak Adam membesar lak, biar jek dia tu dok comei2 umur setahun kebawah..ekekeke bole gitew??…mana boleh kan? tapi ibu rindulah masa Adam comei2 montok masa umur dia bawah setahun dulu…Danial pon sama…ti ibu update dulu dan sekarang danial lak ye…(danial lagiii comei masa kecik2 dulu…hehe)

Adam oh Adam…tak kira siang dan malam, sekarang sik nak bantai pakai suar enjean jek….suar kain cotton tak nak…suar pendek tak nak…jenuh ibu duk basuh n keringkan suar enjean hari2 tuk adam…penat tau! huh. Anak2…bila dah besar macam2 tingkah laku…tapi ibu tetap layankan jugek…walaupunnn

adam dulu1
Adam dulu…comei comel comellll…auummm

adam dulu2
alo alo alolololo….gerammmnya ibuuuuuu….

adam dulu3
kang kung kang kung kang malam nieh……..(nama timangan dia masa ni..hehe)

adam dulu4
alolololololo….rindunya ibu kat dia masa niiiii….

adam dulu5
masa dia tengah buat2 rajin masak kat dapur ni pun ibu rinduuuuuuu sangat…rasa cam nak picit2 masok lam bag……????

Masa2 macam nilah yang ibu rindu sangat skang ni…adam oh addam…skang ni adam dah lain…lain sangat…sob sob sssooobbb

adam skang
huh! takleh blah!..
rasa ibu nak blah skang jugak…skang jugak ibu nak blah!
yelaaahhh…org dah besarlah katakan…
tengok ibu pun skang ni “takleh blah” je kan…kan.
lagaknya ko time ni ya ngan ibu…
takper2…ti ibu buang suar enjean tuh!
nasib lah ko….

P/S ibu : bila Adam dah besar gini, lagak lak tuh..…ibu rasa saja je ibu nak bagi adam adik……biar adam tak keruan lak pasnih!…hihihi

kalau suka LIKE k... :D

9 jenis syaitan = ...................... 17

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

P/S ku : Sharing is caring :)

kalau suka LIKE k... :D

Lappy Rosak ;( 12

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam petang semua....adoiyaii, mengaduh dulu. Laptop ibu rosak lah...ni pun curi2 bukak yang sepatutnya ibu takleh bukak sebab bila bukak jugak dia akan Off sendiri. Huaaaaaa.....sedihnyaaaaaaa, nak update blog pun terbantut2. Ni kalau lepas ibu taip sempat publish maknanya selamatlah.

Patutnya Sabtu lepas lagi dah hantar gi betulkan, tapi ayah bz...tgklah minggu ni mesti antar jugak. Ibu nak jugak ayah  gi betulkan kalau tak sunyi lah ibu takleh buat kerja2 edit blog nanti. Gian ibu huaaaa....pada yang datang jengah2 kejap blog ibu ni tq ya...ti ibu dtg balik blog korang mua bila laptop dah ok.

Okeylah...takleh nak update lelama ni...kang Off lagi tak sempat nak publish. Doakan lappy ibu ce ceapt sembuh ek...kipas dalam ni yang rosak. Tah berapa lah yang ayah kena bayar ti...hihihihi

P/S ku : mode sedihhh

kalau suka LIKE k... :D

Kombucha Teh - Khasiat dan Kebaikan 15

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam semua….pernah dengar pasal Kombucha Tea tak?? kalau bahasa orang melayu kita ni kita panggil Cendawan Mekah. Cendawan ni kita buat ubat ngan menggunakan air tea…banyak khasiatnya Kombucha (Cendawan mekah) tea ni. Mak mertua ibu dulu yang kenalkan ngan cendawan mekah ni. Memula dia dapat cendawan ni dalam bentuk BABY Kombucha lagi…kecik jer, tapi bila kita rendamkan & peram dalam air tea tuk proses pembuatan air ubat ni dari Baby dia akan mula membiak secara berlapis-lapis.

Susahkan nak faham kalau ibu yang terangkan??..hehe, okey ibu ada search kat internet hari tu tentang kebaikan Kombucha Tea ni. Ibu Copy Paste jer kat sini k.

clip_image001

Air teh Kombucha adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Teh Kombucha ini secara semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.
‘Biochemist’ banyak menyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic.

Asid Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi hati (liver).

Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada ‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid DL-Laktik yang tidak diingini.

Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari persekitaran bagi membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.

Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.

Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.

Mucoplysaccharides mengandungi:
1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang mahal dan juga dalam di kulit di mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.
2. ‘Chondroitin Sulfate’, terdapat di tulang rawan dan rangkaian tisu yang mempercepatkan penyembuhan tulang dan tisu lembut.
3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan lapisan perut dan vitreous humors mata.
4. ‘Heparin’, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu hati dan peparu yang membantu mengelakkan pembekuan darah.

Air teh Kombucha sangat baik terutama di dalam menormalkan fungsi sistem penghadaman apabila diambil sewaktu makan. Walaupun ia bersifat asid, ia tidak mengakibatkan ‘hyperacidity’ di dalam perut. Asid dari makanan yang tidak hadam selalunya adalah simptom dari penapaian makanan yang tidak diingini dan akibat dari kekurangan makanan mentah (60%) dan kekurangan asid hidroklorik dan lain-lain asid rembesan yang diperlukan oleh sistem penghadaman.

Air teh Kambucha dapat mengatasi masalah pembuangan air besar (sembelit) dan telah menghasilkan keputusan yang baik terhadap pesakit yang menderita masalah buah pinggang dan batu dalam hempedu. Ada juga lapuran yang mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan berat badan jika diminum setiap hari.

Air teh Kombucha bukanlah penyembuh segalanya. Namun selama beratus-ratus tahun, ia telah merekodkan banyak testimoni penyembuhan dan peningkatan kesihatan diri yang menakjubkan. Bagi mengetahui kesesuaian bagi penyembuhan diri anda minumlah air teh Kombucha secara berterusan selama 30 hari.

Adalah dicadangkan supaya bermula dengan pengambilan empat (4) auns sehari dan tingkatkan secara beransur kepada dua belas (12) auns sehari.

Kebaikan yang pernah dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:
-Menghapuskan kedutan dan membantu menyinkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia adalah pelembab kulit
-Mengelakkan dari beberapa jenis kanser. Di Manchuria, dimana cendawan ini ditemui, tiada satu kes kanser pun dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan keagamaan.
-Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan bahan-bahan kimia beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.

Antara lagi kebaikkan yang ditemui:
• Membantu melegakan masalah sembelit.
• Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.
• Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.
• Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)
• Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.
• Membantu melegakan masalah buah pinggang.
• Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.
• Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut
• Membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit.
• Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.
• Membantu melegakan masalah ceret-beret.

MEMBUAT KOMBUCHA TEH
clip_image002
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- 2 liter air bersih .
- 2,5 ons gula pasir putih
- teh hijau
- "BABY" Kombucha
- Kira-kira segelas 2 gelas Kombucha Tea sebagai permulaan
ALAT-ALAT YANG DIPERLUKAN
- Cerek stainless steel untuk menjerang air. “jangan gunakan cerek aluminium”. Pastikan cerek itu tiada kerosakan ataupun kecacatan.
- Balang kaca untuk tempat membuat Kombucha-Tea dan boleh juga bekas plastik tupperware. Tetapi paling baik memakai balang kaca kerana tidak teroksidasi.
- Kain atau sapu tangan digunakan untuk menutup baling kaca tempat Kombucha Tea dibuat.
- Getah atau tali untuk mengikat kain yng diperlukan.

CARA PEMBUATAN
clip_image003
1. Jerang 2 liter air dalam cerek
2. Masukkan gula pasir (2,5 ons) kedalamnya
3. Setelah air gula mendidih, lalu masukkan 5 sachet atau dengan ukuran setara teh hijau kedalamnya, tutup rapat cerek, biarkan selama 15 minit.
4. Angkat sachet, buka tutup cerek dan biarkan teh manis tersebut menjadi dingin sesuai suhu ruang. Tutup dengan kain agar tak dimasuki debu atau binatang-binatang kecil seperti semut, latat dab sebagainya.
5. Setelah suhu cerek sama dengan suhu bilik pindahkan teh manis tersebut kedalam balang kaca yang sudah disediakan, sambil ditapis.
6. Masukkan "BABY" Kombucha kemudian jamur di tempat yang tidak terdedah kepada matahari secara terus. Jangan letak ia dalam posisi terbalik kebisanya ia akan terapung dan tenggelam,
7. Tutup balang kaca tersebut dengan kain bersih agar debu ataupun binatang tidak masuk kedalam balang namun tetap ada udara, sebab jamur Kombucha memerlukan ia bernafas. Ikat saputangan dengan tali ataupun getah agar tidak mudah terbuka.
8. Letak baling itu ditempat gelap. Untuk proses fermentasi teh manis tersebut, jamur Kombucha tidak boleh kena sinar matahari dan jangan goncang-goncang. Kalau tidak bungkus baling itu dengan pembungkus atau tas plastik hitam tetapi jangan sampai menutup mulut balang yang sudah ditutup kain agar ia dapat bernafas.
9. Jemurkan selama 7 hari ataupun 14 hari (mengikut keperluan)
10. Pada setiap balang dengan bibit/jamur Kombucha yang dijemur akan ada “Baby Kombucha”, yang berupa lapisan tipis diatas jamur Kombucha yang lama. Pisahkan “Baby Kombucha ini, kemudian jemurkan selama beberapa hari dalam sedikit larutan Kombucha Tea sehingga agak tebal, maka “Baby Kombucha” ini siap menjadi pemulaan untuk membuat Kombu cha-Tea yang baru.

PENTING UNTUK DIPERHATIKAN DALAM KESELURUHAN PROSES PEMBUATAN KOMBUCHA-TEA :
- Menuntut kebersihan serta ketelitian dalam pembuatannya.
- Cuci bersih tangan Anda dengan sabun dan lap sampai kering dengan lap yang bersih dan baru.
- Lepaskan cincin & gelang dan benda-benda logam lain dari tangan Anda yang mungkin akan bersentuhan dalam proses pembuatan Kombucha-Tea .Juga kuku harus bersih
- Bersihkan semua alat-alat yang dipakai. Pakailah pengaduk dari kayu atau plastik/melamine, jangan dari logam
- Cuci semua alat-alat yang akan/sudah dipakai terpisah dari alat-alat dapur/masak yang lain agar tidak kena minyak/zat-zat makanan lain.Dan simpan terpisah
- Bekerjalah di ruang yang jauh dari asap dapur atau rokok kecuali pada saat menjerang air untuk teh.
- Lingkungan tenang dari suara bising.
- Udara bebas polusi udara / suara/bau.
- Ruangan bersih dari serangga ( lalat, semut, lebah dll)
- Lebih baik diruangan tersendiri dengan ventilasi yang cukup.

MENJEMUR KOMBUCHA-TEA
clip_image004
- Setelah cukup usia (7/8 hari penuh) bukalah tutup balang tempat Kombucha-Tea.
- Pisahkan cendawan yang sudah jadi tersebut serta tapis dengan penapis plastik yang bersih dari minyak, lalu masukkan Kombucha-Tea anda kedalam botol-botol kaca/gelas, tutup rapat-rapat (ingat! Jangan tutup logam) dengan sumbat bukan logam lalu simpan dalam almari es. Kambucha-Tea siap diminum.
- Aturan minum :
Untuk permulaan ambil 1/4 gelas Kombucha-Tea 3x sehari atau 2x sehari selepas makan. Apabila dalam waktu 1 minggu tidak ada reaksi apa-apa, tambahkan dosisnya menjadi 1/2 gelas, 2x sehari dst. Kombucha-Tea pertama bersifat sebagai detoksifikasi, mengeluarkan racun-racun dari tubuh kita.Sekitar 30 minit sesudah minum Kombucha Tea, minum air putih.

GAGAL KERANA :
1. Alat-alatan yang digunakan kurang bersih
2. Memakai cerek aluminium sewaktu memasak air
3. Balang diotak-atik ,dipindah-pindah selama masa fermentasi
4. Ada yang merokok diruang fermentasi atau ditaruh didapur yangbanyak asapnya
5. Lupa memasukkan baby kombucha
6. Kena matahari secara langsung
7. Waktu memasak air dengan waktu memasukkan ke balang terlalu lama ( 6-10 jam).Ertinya teh tersebut sudah basi. Sebaiknya 3-5 jam ,dimana suhu air teh manis sudah tidak panas lagi

TIPS
1. Proses fermentasi memerlukan oksigen, sehingga balang yang lebar akan mempercepat proses pembuatan Kombucha Tea yang enak. Bila anda menggunakan balang yang tinggi sementara air hanya separuh, maka akan memperlama proses fermentasi
2. Pada waktu menjemur anda akan mendapatkan dua Jamur, jamur pertama dan jamur baru/anaknya yang terbentuk selama proses fermentasi. Jamur yang baru dapat dipotong dengan tangan untuk dijadikan bibit pertama. Jamur yang lama dapat dipakai untuk rabuk tanaman
3. Fermentasi kurang dari 7 hari, tidak berkhasiat apa-apa.

ATURAN MINUM UNTUK ANAK-ANAK :
clip_image005
1. 1 - 2 thn : 1/10 - 1/5 gelas/hari
2. 3 - 4 thn : 1/4 gelas/hari
3. 5 - 9 thn : 1/3 gelas/hari
4. 10 - 14 thn : 1/2 gelas/hari
5. 15 - 17 thn : 3/4 gelas/hari

Credit to :  matspeck

Okey, lebih faham kan? baguskan iformasi ni? semuanya lengkap!…baguskan kalau kita mengamalkan minum air tea Kombucha ni. Ayah ada buat kat rumah ni, skang ni masih dalam balang lagi. Belum tau jadi ke tak, mintak2 jadiklah apa yang ayah buat tu. Kalau jadik ti ibu ambik gambar n tunjuk kat sini k. Pada sape2 yang ada sumber tuk dapatkan Baby Kombucha ni bolehlah buat macam ni. Tak rugi pun…untung lagi ada.

P/S ku : tak sabar ibu nak terai air tea Kombucha buatan ayah ni hehe….tapi mesti nak minum sebijik sama cam gambar yang kat atas nun, baru leh telan kot??

kalau suka LIKE k... :D

Boleh tak nak copy pastu paste aje??…muahahahaha 6

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

314460_261039383933951_217437684960788_692051_754109130_s

Untuk Sang SUAMI:

*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~
Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku
hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di
rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip
kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula
kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???
"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....
Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargai la isteri anda..
~LB~
Credit to: Dunia macam-macam

P/S ku : muahahahahahaha….

kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...