5 beranak merempat?

DIBUANG...keluarga Nagarajan menerima bantuan daripada Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor selepas hidup melarat di taman permainan kanak-kanak.
DIBUANG...keluarga Nagarajan menerima bantuan daripada Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor selepas hidup melarat di taman permainan kanak-kanak.
KULAIJAYA: Seorang lelaki bersama isteri dan tiga anak tinggal di dalam pembetung konkrit di taman permainan selepas dihalau dari rumah oleh ibu mentuanya disebabkan gagal membeli barangan keperluan serta melunaskan sewa rumah.
S Nagarajan, 29, dan isterinya, R Rajeshwari, 23, dihalau dari rumah ibu mentuanya di Batu 12, pada Selasa lalu, namun dia merayu supaya ibu mentuanya yang berusia 40-an tolong menjaga anaknya buat sementara waktu sehingga dia mendapat tempat tinggal lain.
Malangnya, kelmarin ibu mentuanya itu datang ke taman permainan tempat dia berlindung dan menyerahkan ketiga-tiga anaknya termasuk seorang daripadanya, Muruga, 2, yang bukan saja buta, malah tubuhnya bersaiz menyamai bayi berusia enam bulan.
Keperitan hidup lima beranak itu didedahkan Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor, G Balaguru, 43, yang mengetahui masalah mereka selepas menerima maklumat daripada orang awam.
Balaguru berkata, ketika ditemui Nagarajan dan Rajeshwari cuba berselindung dengan mengatakan mereka berkunjung ke taman permainan itu untuk beriadah.
“Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku dibuang keluarga kerana gagal membeli barangan keperluan, selain melunaskan sewa rumah untuk dua bulan oleh ibu mentuanya.
“Mereka menjadikan pembetung konkrit di taman permainan itu sebagai rumah,” katanya.
Menurutnya, dua lagi anak pasangan berkenaan ialah Nagendran, 5 dan Logeswaran 3, manakala Muruga yang dilahirkan tidak cukup bulan sepatutnya mendapatkan rawatan laser pada matanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun keluarga itu gagal berbuat demikian akibat masalah kewangan.
Menurut Balaguru, sebelum ini, Nagarajan menumpang di rumah ibunya sejak lebih tiga bulan lalu selepas dihimpit masalah kewangan berikutan dia dan rakan kongsinya gagal mendapat kontrak menurap jalan raya di sekitar bandar raya ini.
“Nagarajan yang dimasukkan besi di kedua-dua belah kakinya juga berdepan kesulitan bagi menyara hidup keluarga termasuk membayar duit sewa kepada ibunya selepas gagal mendapatkan pekerjaan di kilang.
“Pasangan berkenaan merayu kepada wanita itu supaya memberi kebenaran kepada tiga anak mereka tinggal di situ sementara mencari rumah sewa lain,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Balaguru, wanita terbabit enggan menerima alasan itu, malah memaksa ketiga-tiga cucunya itu tinggal di taman permainan berkenaan.
Katanya, sepanjang tinggal di taman permainan itu, lima beranak berkenaan tidak mandi, malah hampir kebuluran kerana tidak menjamah makanan.
“Bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, kami membantu mereka mencarikan rumah sewa di Pangsapuri Rakyat di Jalan Cengal, Bandar Putra, tengah hari tadi (semalam), selain menyediakan bekalan barangan keperluan dapur.
“Kami harap ada pihak yang prihatin dan tampil menyalurkan bantuan kepada lima beranak berkenaan,” katanya.
SUMBER : MetroOnline

P/S ibu : Sedihnyer bila baca berita nie tadi…kenapalah nenek kandung sendiri sanggup tengok anak cucu hidup merempat macam nie?…tak faham??…bukannyer rumah orang lain yang dia bagi duduk kat anak cucu dia nie. Kan rumah dia jugak, tak kan lah tak sedih tengok anak cucu tidur kat pembetung konkrit sampai tak mandi mandi pun?…tak makan sampai 5 hari..adoi, apa nak jadik ngan dunia zaman sekarang nie…dah macam sama ngan kes  buang anak pulak!

Terbayang kan abak, kalau Danial ngan Adam nampak abak datang naik motor dari dalam rumah lagi dia berdua dah duk jerit2 panggil abak. Motip diorang nie cuma satu jer dalam kepala nak “JAJAN”…huh!…yang atok dia  nie pantanglah cucu nak makanan, laju jer keluar balik setat motor gi kedai carikkan diorang nie “JAJAN”. Sanggup tue, padahal baru jer sampai tak sempat bukak helmet lagi. Bersyukurnyer ibu anak2 ibu ada atok yang macam tue. AMIN.

kalau suka LIKE k... :D

6 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...