Botox!!…bukan mengeji..tapi mmg tak cantik pun..



Bismillah,


Salam semua…malam nie idea mari dah…tajuk kat atas tue nampakkan?….BOTOX!…ibu nak cerita nie bila ibu tengok tibi tadi…kat astro, drama nie main lama dah kat astro…tapi baru tadi TERtengok…bila tengok jek…adeiiii, seddeyyyy lah!..naper lah dia nak BOTOX kan muker dia yang dulunyer sangat2 jelita n sweet tue…betul! kurniaan tuhan pada wajah actres nie memang JELITA & SWEET okeyyy…kalau tak takkan boleh jadik artis?…


Memang betul2 terperanjat lah tengok muker dia yang dah berubah kepada yang lebih jelita kononnyer tue…nie bukan nak mengeji, ibu tak keji orangnyer…memang ibu pegang dari dulu2 lagi kalau ada orang yang buat ibu geram or sakit hati daann sebagainyer…ibu takkan benci “orangnyer”…tapi lebih kepada “perangainyer”…tak perlulah nak BOTOX!2 nie….


Mungkin masa 1st taimm dia buat taklah perasan sangat…memang tak nampak kot?…tue yang dia dok tambah lagi vitamen O kat pipinyer yang comel tue…tapi kali nie betul2 nampak aneh bila pandang muka dia…waaalaaaupun sekilas pandang jer dah nampak jelas ketara lagi nyata keanehan pada raut wajah dia tue…sayangnyer bila tengok wajah yang dulunyer jelita & sweet tue berubah rupa dah jadi “wajah aneh”…(banyaknyer aneh..)


Apa tue ek orang panggil?…”the worst plastic surgery ever”??…sekarang kalau ibu perasan pun kat tibi nie dah banyak yang memandai “open minded” sesangatnyer pasal isu BOTOX nie kan?…macam tak berdosalah kalau orang pompuan nak buat BOTOX nie…besarkan tang boobs siket tuk suami tercintunn, untuk kebahgiaan rumahtangga katanyer…ateerr bila bagi alasan gitu kira bukan menipu diri sendiri…tapi buat untuk bagi suami gembira aka teruja lah tue kan?… jadik tak salah dalam agama lah konon…WAT DE KE HEEEEhH??


Keluarlah bagai2 nama scientific tok nenek cucu tompang enceengg lalu watsoever lagi yang boleh mengelirukan pemikiran kita orang islam..kira kalau dah masuk bab perubatan menda tue pon jadik tak salah dalam agama lah kononnyer…mula lah si saintis nie berkata kata….

”kemajuan bidang perubatan zaman kini telah berjaya mencipta suatu produk yang bermutu, berkesan, selamat malah mendatangkan hasil yang sangat2 mentakjobkan bagi masalah penuaan! jadik kenapa kita (wahai mokcik2 yang banyak wet tue) tidak mengambil peluang ini untuk menggunakannyer??(meh ar gi kelinik aku ramai2 mokcik ooiii…tak nak tantek ker??)…benda dah ada didepan mata?? ($$$$)…..adalah satu kerugian yang amat besaaarrr apabila kita membiarkan keremajaan kita larot bersama usia” (mokcik2 pon setat lah ngira2 wet kat dalam tabong ajinomoto or tabong buloh nak cuba gaklah perubatan moden cocok2 nie kan?) 

….hamboiiiiii…ayat takleh blah taimm ngayat kan?…ngayat mokcik2 yang sama2 nonton rancangan tue pergi kelinik dia cocok tang sana cocok tang sini lah tue kan??..huh!…silap2 mokcik, muker mokcik2 yang original ayu tue nanti bertambah tambah tua lak bila dia terlebih cocok…takmo…takmo mokcikkk


Kalau kita eksiden..muker kita sampai boleh menakutkan orang ramai, sampai adik beradik or anak beranak pun takut nak dekat (mintak dijauhkanlah)…itu barulah dibolehkan dalam islam…betol tak??..betulkan rupa paras semula supaya ia tidak menakutkan orang ramai..betulkan ibu kalau ibu salah k?…ini dah terlebih open minded sangat tang isu BOTOX nie…tolonglah wahai pihak media…jangan TERlampau sangat bab2 nie yer?…bila perbincangan tue menjadi semakin mengelirukan, lama2 ianyer seperti menghalalkan apa yang sudah jelas2 haram…


Balik pada actres nie tadi, bukan satu jer yer…ada ramai lagi artis yang TERlalu sangat ngan BOTOX nie…kira kalau tak BOTOX tue tak rokk lah…eh! WAT DE KE HEEEEh??…”kita artis (tak semua yer) mesti kena BOTOX, baru rokk minahh” (joyah berkata2 kepada minah)…..bukannyer tak cantik sebelum nie…tapi yang selepas2 tue lebih2 lagiii tak cantek okeyy…ini kenyataan…bukan cobaannn…kenapalah susah sangat nak terima hakikat kedot2 pada wajah bila umur meningkat tua??


Cuba amalkan minom madu daripada amalkan cocok2 nie…Nabi junjungan kita pun dah bagi petua awet muda kat kita, lagi mudah, enak, tidak memudaratkan, malah lebih2 lagi menakjubkan keberkesanannyer……minomlah madu asli kacip patimaahh setiap awal2 pagi n sebelum tidur malam….InsyaAllah bila umur kita meningkat, masa tuelah akan nampak kesan mujarabnyer minum madu asli nie…nak ibu bagi contoh??…nak??…cuba gi carik pesbuk ex-wife Ustaz Akhil Khai…sapa tue?…Maizawati?..umur dia tak hengat lak berapa?…pertengahan 30an kot?..takpun awal 30an…ker ujung 30an?…I don't know smile..kat pesbuk tue ada gambar dia masa tak bermekap n posing2 manja sebelah suami baru dia tue…cam pasangan remaja lak…konpius pon ada sapa yang lebih muda nie?? dia ker suami dia??…ngeh ngehhh


Anak dah ada 6 orang….nie nak masuk yang ke 7 dengan suami yang baru…tapi bila muka dia tak bermekap.....subhanAllah!!..Allahuakbar!!….cannnnntikkk sangat!!…sangat2!!…tak nampak hujung 30an pun…air wajah dia nampak saaaamaa remaja dengan suami baru dia yang baru jer masuk 24 ker 25 ker 26 ker 22 tahun?…Thinking smile….gitulah lebih kurang umur suami baru dia…itu baru raut wajah, belum citer lagi tang penjagaan tubuh badan…apa petua dia??..minum madu asli setiap pagi dan malam…..selain tue hati mau cantik gak lah (dia kata)…huhu baru plus2 mujarab dia…ibu pun kadang2 miss gak minom madu asli kacip patimah nieh, baru jek abis sebotol (ceh! taiimm tuelah baru nak ngaku minom madu kan?)…tang hati tue lak masih sentiasa work out lah (susah wooo)…caner nak berkesan?…huhu


Harap sangat lepas nie janganlah ada stesen tibi yang pandai2 open minded nak bukak table pasal kelebihan perubatan anti penuaan aka BOTOX ar senang citer…ada untung ker?? pelik lak…yang rugi nie orang awam yang dok terpengaruh ngan omongan janji kosong pelsu mu itew k…(hati membeku mengingatkan, kata janji manissmuuu hooowooo)…pada actres2 yang dah terbuat tue, janganlah buat2 tak perasan lak  kalau wajah anda dah bertukar menjadi aneh okeyyy…ada dah yang ibu tengok wajah berubah aneh nie…naudzubillah…renti2kanlah perbuatan cocok2 yer.


p/s ku : MOKCIKK…BENCIII…BOTOXXXX!!! (gaya tonasi tue ala2 MAWI nyer slogan “BELIA…BENCI.. DADDAAHHH” lepas menang AF…)






kalau suka LIKE k... :D

13 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata... Reply To This Comment

cocok sane...
cocok sini...

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ betoi naaa...haha

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata... Reply To This Comment

jgn gelak kuat2...
dah malam dah nieh...

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ mana ada aku gelak kuat2...2 ha jer aku bagi...haha (lagi)

Wahida Nasution Thakhrim berkata... Reply To This Comment

tak pernah rasa org yang guna botox utk kecantikan tu lawa.. keras kejong aje.. dah la tak ada riak muka.. senyum ke, nangis ke, marah ke sama aje.. rugi kan.. otot muka tak bergerak..

LiFe KaMi berkata... Reply To This Comment

org yg mengubah sifat semulajadi ciptaan tuhan mmg berdosa,
besykurlah dgn apa yg kita ada smpai nk lg cantik utk menunjuk mmg tak kemana..

Hana Faza-same person berkata... Reply To This Comment

skrg ni org lupakan hukum hakam utk kepuasan diri sendiri, shiela..sedih melihatnya..

oh Hana pon amal minum madu sejak sekolah.smbil tu kadang2 wat jus pegaga fresh punya:P kelat tp kesannya, alhamdulillah...
:P

Myfrin's story berkata... Reply To This Comment

Betul tu, shiela. Kita pakai krim sikit2, minum herba, senaman dan jiwa juga kena tenang...InsyaAllah...mujarab, hehe......:)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata... Reply To This Comment

terjaga abes satu umah...

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Wahida Nasution Thakhrim betullah apa awak cakap tue...takder riak semula jadi dah muka dia...sedih tengok.

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@LiFe KaMi bersyukur dengan apa yang kita ada kecantikan semula jadi lah yang kekal abadi kan?..=))

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Hana Faza-same person ooo...petutlah hana nak comel macam dak remaja yaaa...baru shiela tauuu...madu tue shiela mmg nak teruskan minum...tang air pegaga tue tak beran lagi...mana tau satu hari ti shiela nak cuba jugaklah =)) (apakah keberkesannyer kesihatan dalaman?)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Myfrin's story betul tue kak imun...tang senaman tue pun shiela tak penah2 buat lagi...bilalah diri nie rajin nak bersenam...mesti banyak beza kesihatan dalaman kalau kita rajin bersenam kan kak?.. =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...