Ottromen ibu (Danial) suh serang balas DARKBATMAN…ah ha ha ha ha ha



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Laaammmma rasanyer tak update blog ni…sampai ada geng kecewa ibu tak update blog kikikii…sapa tu yang tak sabau2 nak komen entri ibu ni??….tulah Darkbatman blogger ensem tu…skang ni blog dia sik update sal orang perempuan jer yer??…hentam2 lak tuh…nak gaduh eh?? meh meh meh


Makin baca makin pedas, makin dibaca makin pedas….sedap lak tu pedas2 dia bagi kaw2 punyer…kikiki…ibu suker komen bila baca entri pedas gitu…otak ni macam mengembang2 idea bercambah karang ayat dok mengomen…sampai blog sendiri terabai tak ber update…huh! gitu sekali…


Terbakar Tersentuh  hati ni bila baca ayat2 puitis aie tu…cam orang penah kawin dia punya pengalaman??…pengalaman ker?..kikiki…tapi apa pun ibu enjoy jer baca entri aie…sedap ibu komen pastu….ibu lagi suker entri aie emo camtu dari lain2 entri yang dia buat, menarik!!!….dia cerita dari perspektif lelaki…saja lah tu nak provoke wanita2 prihatin cam ibu ni…ekekeke


Kira macam kita bertukar2 pendapatlah kan??….owhhh lelaki rasa perempuan macam ni rupanya bila gaduh, owhhhh perempuan punyer taste pelik cenggini rupanyer carik calon suami…owhhhh perempuan ni pandai lak men ugut2 ngan lelaki…huh!! terbakar tak kaum hawa??…mestilah ibu terbakar…cuma tak hangus jer lah…akakaka


Memandangkan aie asikkkkk je hentam ibu orang perempuan kan??….kan??..kan??…huk huk (sedih tau) Jom ibu kongsi tips untuk orang2 lelaki lak…ni semua tips2 petua berguna dari Dr. Fadhillah Kamsah (HERO JAWA ibu) ibu copy paste jek, adore betullah ibu ngan dia ni sungguh benar dan tepat sekali pemahaman Dr ni sal orang perempuan lelagi isteri…pakar motivasi dah bagi tips best2 ni…tinggal diguna pakai sahaja…moh kita..


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Artikel di petik dari page terkenal : ILuVEIsLAm


Tapi kekurangan lelaki ni (sesetengah darinya sahaja ya..ekeke) tadi tak jadik masalah pada perempuan bila lelaki ni tadi seorang yang bertanggungjawab pada keluarga …kelemahan lelaki ni dia pejam sebelah mata jek…tak kesah pun…itu pada ibulah…ibu sayang  ayaahh ~ (tetiba)…banyak dugaan tuk orang perempuan/isteri/mak2 kita sendiri sebenarnya…selagi tak kawen selagi tulah kome tak rasa…


P/S ku : pada yang dekat2 nak kawin tu  sedang2 elok lah nak belajar tu…memang tulah dia…tulah dia kemungkinan senarionyer…ekeke…






kalau suka LIKE k... :D

12 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Lelord berkata... Reply To This Comment

linggg aku suka n3 ni...

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Lelord aku ponnnnnnn....ekeke

shopping2u berkata... Reply To This Comment

nk carik camana nk tulih komen kemain susah huhu..

nway tazkirah tuk mlm ni,
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/tazkirah-sebelum-tido-nikmat-mana-yang.html

follower 1321 anda

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata... Reply To This Comment

like...

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@shopping2u terima kasih singgah sini ya...ti ibu gi sana lak :)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ like :)

mama ainnurzariff berkata... Reply To This Comment

sukeeeeeeeeeeeeee entry nih..heheh

LiFe KaMi berkata... Reply To This Comment

bagus info ni patut disebarkan..
rumah tangga bahagia apabila suami isteri saling memahami dan menghormati..:)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@mama ainnurzariff i likeeee ekeke

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@LiFe KaMi sebrakanlah dik...emmang bagus info Dr fadzillah Kamsah ni...berguna sangat tuk rujukan para suami :)

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

baikkk... :)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@tengkorakemas hehehehe...cam tok see jek baik TE tu....akakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...