HULURKAN SUMBANGAN UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SOMALIA
HULURKAN SUMBANGAN IKHLAS HARI INI



Malam semua…malam ni ibu nak share siket tentang kempen yang sedang di jalankan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM). Masa ibu jalan jalan ke blog hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock…ibu terbaca lah en3 yang sangat bermanfaat tuk dikongsikan bersama ni. So ibu pun nak jugak kongsikan sama2 ngan geng2 semua ya. Memanjang-manjangkan perkara yang patut, di bulan yang mulia ni elok sangat2 kalau kita nak menambahkan pahala yang berlipat-lipat kali ganda. Marilah kita menderma sedaya yang kita mampu, bak kat orang2 tua…sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.


Apa salahnya bagi mereka yang ada rezeki yang melimpah ruah tu…salurkan lah sedikit rezeki tu ke TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA ni. Kira macam kita berzakat jugaklah kan. Pada yang nak menghulurkan sumbangan kepada TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA yang di anjurkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) ni,  Sumbangan ikhlas boleh di salurkan di atas nama "Islamic Relief Malaysia" di akaun Maybank 562142708704 atau akaun CIMB 12590000804058 atau KE LAMAN WEB INI .


Ibu pun sokong sangat2 dengan kempen ni. Lagi2 ibu ni mmg takleh menahan bila tengok anak-anak kecil yang tak berdosa ni meninggal kerana kelaparan & kehausan. Kita kat sini melambak-lambak kadang2 makanan yang tak habis dimakan. Kadang2 jangan kata makanan, dari segi persiapan nak beraya jer pun kita berbelanja sampai tak hingat dunia (sesetengah). Baju tak nak mengalah kemain lagi berpasang-pasang menempah, pakainya cuma setahun sekali…tu baru baju kita, belum pakaian anak-anak dan suami lagi. Kalau itu semua boleh kita sediakan atau adakan….inikan pula hanya beberapa puluh atau ratus ringgit (bagi yang mampu tu) untuk kita salurkan pada TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA ni.


Renung-renungkan dan selamat beramal dibulan mulia ni.


P/S ku : Ramai dah yang buat, ibu baru nak terhegeh-hegeh. Lakukan dengan seikhlas hati.






kalau suka LIKE k... :D

2 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

ajumohit berkata... Reply To This Comment

mmg betul sheila, kalau tgk anak2 kurus kering nmpk tulang je, kurang mknan berkhasiat, imunisasi, semoga dgn bantuan ini dpt membantu mereka...

semoga usaha ini berterusan

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@ajumohit betul tu aju...semoga usaha ni berterusan...tu yang penting kan?...AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...