Siket jer gambar raya tahun ni……………♥


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 

Salam sayang semuaaaa….rindu tak?? rindu tak??…katekan saja…jgn malu2 dongg…ekekeke, apa ibu merapek meraban nie??…ibu nak ucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin ya ibu nak ucapkan pada semua yang ada singgah n jengah n baca blog cabuk ibu ni. Nak minta maaf dari hujung rambut saaampailah ke hujung kaki sepanjang perkenalan kita selama ber blogging ni ya. Manalah tau ada yang salah di sana sini dalam blog ibu ni kan?…tak perasaannn hehe



Raya tahun ni macam mana?…best ker?…seronok??…ibu tiap2 tahun rasa seronok. Lepas sudah bulan mulia Ramadhan dan Syawal untuk tahun ni kan?…ibu harap kita semua panjang umur dan murah rezeki untuk berjumpa lagi dengan bulan2 yang mulia ni. Kalau dulu masa ibu masih kerja…memang ibu mengakulah yang ibu ni tak sensitif langsung menyambut bulan Ramadhan ni. Bukanlah maksud ibu melantak depan orang ramai siang2 bute yeee…maksud ibuuuuu….



Setiap kali bulan Ramadhan ibu tau puasa jer…yang ibu tak selam dalam2 tu ialah KEBERKATAN DI BULAN RAMADHAN, segala amalan baik yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan ni, kita akan mendapat berlipat-lipat-lipat-lipat kali ganda lagi PAHALA nya. Alangkah ruginya ibu zaman2 dulu tak menghayati bulan Ramadhan ni betul2. Yang ibu tau nak seronok2 di bulan Syawal jee…Ya Allah, nasib baik kau bukakan pintu hati dan mata aku ni luas2 selepas aku berhenti dari kerja. Aku bersyukur sangat2 padaMU Ya Allah. 



Ibu memang rasa perubahan dalam diri ibu tentang pemahaman yang sebelum2 ni ibu anggap remeh-temeh jer. Bersyukur juga padaNYA…juga berterima kasih sangat2 pada ayah sebab bagi ibu ruang untuk sedar dan perbaiki banyak kelemahan ibu kat sana sini dari ruang yang diberikan dengan berhenti kerja nie. TERIMA KASIH YA AYAH (suamiku yang sangat2 aku sayangi). – HIJRAH



Balik pada cerita raya tahun ni hehe….raya tahun ni macam biasalah ibu mengamalkan system bergilir2. Tahun ni raya pertama ibu beraya kat rumah mertua…seronok jugaklah, sebab kampung ibu ngan ayah bukannyer jauh sangat…ulang-alik lebih kurang 45 minit sampailah. Petang raya pertama tu ibu dapat green light dari ayah balik kampung ibu tuk balas2 lauk raya….alasan! hehehe….pastu balik semula umah mak mertua, besoknya raya kedua petangnya tu barulah ibu & de family balik beraya ke kampung ibu pulak…ADIL kaaannnn??



Raya tahun ni yang kurang seronotnya ibu tak ambik gambar sekeluraga di pagi raya. Ibu ni mmg lah…nak kata pemalu macam tak…cemanalah ibu leh tak ambik gambar sekeluarga di pagi raya kan?….gambar nenial pon ada2 jer…adam langsung takder…ibu ngan ayah lagilah…adeiii…jomlah layan gambar yang sedikit ni…asal adeee jer…

mood : menyesal



raya 1
alalalalala…comelnyerrrrr nenial lah haiiii…
ni baru lepas mandi, rambut pun basah lagi tu…
pagi raya kat rumah AWE (panggilan cucu2 tuk ibu mertuaku)
ce teka baju raya nenial warne apa nie??…..ce teka…ce teka…

Ibu : Danial..jom pergi potong rambut
Danial : Tak nak!!
Ibu : Jomlah…kita pegi potong rambut kat kedai nak??
Danial : Tak nak!!
Ibu : Jomlaaaahh…kita potong kat kedai rambut yang ibu ptong rambut tuu…
Danial : Nak..nak..
Danial : Nak potong kat kedai baru…tak nak potong kat kedai burok (kedai feberet ayah lah tu…kui!)
Danial : Kat kedai cantik…rambot kan nak selamat hari rayaaaa…kan bu?
Danial : Selamat Hari raya… ♫ ♫ balik kampong..hoooooo balik kampong…hoooo balik kampong…bla bla bla giranggg ♫ ♫

Akhirnya : rambot tak potong jugek.......


raya 2
kejadian ni semasa malam raya ke dua…petang raya tu ibu balik kampung ibu kan…
ni lah rumah kampung ibu…rumah arwah mak dan bapak ku….
semua adik beradik berkumpul malam tu…
plan wat barbeku (betuii ka??)…..
buat simple2 jer…
punyalah seronoknya nenial malam tu dapat jumpa abang2 sepupu dia…
main tak hengat kat ibu lagi dah…beraya pon tak nak naik keta ayah…
nak naik keta abang2 dia jer…nak naik ngan abang fitti..ngan fayishh….
ibu ngan ayah tercampak ke laot gitu jauhnya….nenial2…
tengoklah tu mereka ber3….seronok bersama3….
gambar berasap dipenuhi dengan asap barbeku & asap mercun bunga api…

mood : sesak napas
menu : ayam barbeku, sotong barbeku………..udang barbeku



raya 3
kejadian semasa raya ke3….
venue kat rumah makcik ibu sebelah mak….kat kluang…
ni lah sepupu kesayangan ibu, Linda namanya…tanteeekkk kannnn??
ce teka ce teka muka dia macam siapa??….ce teka..
dari kecik2 rapat walau duk jauh2 setahun sekali jumpa..
raya kedua dia datang sekeluarga ngan makcik ibu, sekali tunggu ibu tak sampai2…
ibu sampai lambat sangat …..dah petangggg sangat…huhuhuhu (sedih)
tiap2 tahun dia beraya tunggu ibu lambat sampai…ekeke
tahun nie sempat lak jumpa kat umah mak dia…
semenjak dah kawin ni…yang rapat dah menjadi renggang…
cuma sillaturrahim tu tetap terjalin…takkan nak putus kan plak kan?
ibu ngan dia ni kawen tahun yang sama…
dia ni anak dah 2, sepasang lagi…skang ni tgh sarat yang ke 3…
ko lah jalan dulu ya lingg….aku kendian2 pon takper…akakaka

mood : ♫♫ rindu bertandang lagi…oh lalingggg ♫♫ bila lak turn aku ni nak ngejor…tak terkejor yop!



makan3
kejadian ni pulak masa raya ke berapa yer??…hari Ahad ritu..
antor MOKSU balik umah sewa dia…ari senin dah start kijer..
abak pon nak ikot sekali…benti makan2 kat Restoran Hasmidi TomYam kat Taman Daya Tebrau..
Terbaik wok rasa makanannya….memanggg SEDAP!!
(ibu repeat kedai ni dah banyak kali…hehe)
bak kata abak  “BERBALOI-BALOI MAKAN KAT SINI YA JILLA?”…nama panggilan ibu
ekekeke….gambar makanan tak sempat ambik….
maka tiba je makanan ke atas meja yang kuning iteww ….
kami2 pon terus melantak selepas berdoa…
dah lapor sangat gamaknya…
tak sanggup nak tahan2 abak dari terus makan hanya semata ku nak ambik gambor……

mood : letih & lapor (yg tak letih adam seorang je……………….)
menu : nasi putih + Siakap 3 rasa + puyuh goreng kunyit + tomyam campur (special gilerr ada ketam, udang, sotong,kupang dll) + Sup Ekor (TERBAEK dari ladang…pikirlah sendiri) + kailan ikan masin + ayam goreng kunyit + fresh orange + nes ais kaw + t eh O + jus tembikai + t eh tarik and last but not least sky juice in the house ya’aa’awwww.
Total : RM62

P/S abak : “BERBALOI-BALOI YEK JILLA” 2 ke 3 kali asik ngulang ayat yang sama.



Itulah dia cerita serba sedikit kisah hari raya ibu, tak best kan??. Skang ni ibu dah balik umah semula…tengah tunggu jer ada tak budak2 nak datang beraya kat umah ibu nie….duit raya standby dah…………………………………………………………………………….




P/S ku : mood risau yang tak dapat di bendung andai katalah tiada kanak2 ribena yang sudi bertandang beraya ke sini…kuih tunjuk berbalang2 tak cuit pon lagik! tak nak kawan ngan syaitonnirrojim yang di rejam tu. huaaaaaaaaa….membajirrrrrrr……….sapelah nak ngabihkan kuih tunjuk yang banyak2 tuuuuuuuuuuuuuuu


kalau suka LIKE k... :D

21 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata... Reply To This Comment

nenial sgt comel...

ajumohit berkata... Reply To This Comment

Klu dekat dptla rasa Kuih tunjuk Sheila kekeke....nenial pki baju kuning mungkin...

Cik Siti eData berkata... Reply To This Comment

mood menyesal tu mmg ade dlm diri ..

NurShahFamily berkata... Reply To This Comment

selamat hari raya dr nur sekeluarga hehehe

|| NaFiRaa || berkata... Reply To This Comment

uih.. boleh tahan banyak jugak gambar tuh.. cuma gambar pagi raya la yang x de..

salam aidilfitri buat ibu sekeluarga..

qellissa berkata... Reply To This Comment

Selamat hari Raya babe!seronok tgk budak2 beraya kan..i nak siggah rumah u x sempat, klu x bleh i habiskan kuih2 raya u babe..hihihi

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ betul3x

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@ajumohit salah..nenial pakai baju kaler coklat shining2 gitew...ekekek

moh ler dtang beraya sini sob sob ;(

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Cik Siti eData sabar ya siti :(

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@NurShahFamily selamat hari raya juga buat nur sekeluarga ya :) thanks dah sudi singgah n komen kat sini :)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@|| NaFiRaa || salam aidilfitri juga mama sekeluarga :)

itu jer yang ada mama...yang tak best tu gambar sekeluarga takder...tahun nilah ayah n de boys baju seragam...sedihhhh huhu

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@qellissa alah u mmg...dtg ah bila lapang ya, bila nya nak jumpa nie... :)

Wanita2u berkata... Reply To This Comment

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

NORA LIZA berkata... Reply To This Comment

sape bt umh terbuka taun ni? umh terbuka tau bukan reunion...hehe

mommyYen berkata... Reply To This Comment

baca cerita raya ibu ni,rasa spt ku pun turut beraya juga dgn ibu dsana..ekekek

*erm..nenial pakai baju kaler gold ataupun hijau ataupun biru ataupun pink..*

banyaknya 'ataupun'
:p

Hanis Azla berkata... Reply To This Comment

meriah raya dia yer.. Alhamdulillah.. satu penghijrahan yg baik.. harap2 amalam kita diterima olehNYA.. comelnya nenial buat rambut mcm tu.. dah nmpk mcm bdk bujang hensem dah..

Marsha~ berkata... Reply To This Comment

kuih raya saya dah tinggal separuh... sbb mmg tahu takde org dtg sgt tu dah awal2 bagi mertua, mak dan sedara mara.. hehehe

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@NORA LIZA ko lah buat...aku datang! ekeke

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@mommyYen hehe...mommy nih...raya ibu biasa2 jer mommy :)

salahhh...ekeke, nenial pakai baju kaler soft choc meta...(agaknyer..ibu pun konpius)

:)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Hanis Azla terima kasih hanis...meriah cara orang kampung jer :)

hehe..nampak macam dah bujang gitu kan?...nak potong tak bagi ;(

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Marsha~ betullah kan?...mmg nak kena bagi2 kat kampung jer kuih tu...nak kata banyak sangat tak juga...tapi dah takder budak2 ribena datang beraya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...