Kombucha Teh - Khasiat dan Kebaikan



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam semua….pernah dengar pasal Kombucha Tea tak?? kalau bahasa orang melayu kita ni kita panggil Cendawan Mekah. Cendawan ni kita buat ubat ngan menggunakan air tea…banyak khasiatnya Kombucha (Cendawan mekah) tea ni. Mak mertua ibu dulu yang kenalkan ngan cendawan mekah ni. Memula dia dapat cendawan ni dalam bentuk BABY Kombucha lagi…kecik jer, tapi bila kita rendamkan & peram dalam air tea tuk proses pembuatan air ubat ni dari Baby dia akan mula membiak secara berlapis-lapis.


Susahkan nak faham kalau ibu yang terangkan??..hehe, okey ibu ada search kat internet hari tu tentang kebaikan Kombucha Tea ni. Ibu Copy Paste jer kat sini k.



clip_image001


Air teh Kombucha adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Teh Kombucha ini secara semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.
‘Biochemist’ banyak menyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. 

Asid Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi hati (liver).

Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada ‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid DL-Laktik yang tidak diingini.

Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari persekitaran bagi membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.

Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.

Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.

Mucoplysaccharides mengandungi:
1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang mahal dan juga dalam di kulit di mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.
2. ‘Chondroitin Sulfate’, terdapat di tulang rawan dan rangkaian tisu yang mempercepatkan penyembuhan tulang dan tisu lembut.
3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan lapisan perut dan vitreous humors mata.
4. ‘Heparin’, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu hati dan peparu yang membantu mengelakkan pembekuan darah.

Air teh Kombucha sangat baik terutama di dalam menormalkan fungsi sistem penghadaman apabila diambil sewaktu makan. Walaupun ia bersifat asid, ia tidak mengakibatkan ‘hyperacidity’ di dalam perut. Asid dari makanan yang tidak hadam selalunya adalah simptom dari penapaian makanan yang tidak diingini dan akibat dari kekurangan makanan mentah (60%) dan kekurangan asid hidroklorik dan lain-lain asid rembesan yang diperlukan oleh sistem penghadaman.

Air teh Kambucha dapat mengatasi masalah pembuangan air besar (sembelit) dan telah menghasilkan keputusan yang baik terhadap pesakit yang menderita masalah buah pinggang dan batu dalam hempedu. Ada juga lapuran yang mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan berat badan jika diminum setiap hari.

Air teh Kombucha bukanlah penyembuh segalanya. Namun selama beratus-ratus tahun, ia telah merekodkan banyak testimoni penyembuhan dan peningkatan kesihatan diri yang menakjubkan. Bagi mengetahui kesesuaian bagi penyembuhan diri anda minumlah air teh Kombucha secara berterusan selama 30 hari. 

Adalah dicadangkan supaya bermula dengan pengambilan empat (4) auns sehari dan tingkatkan secara beransur kepada dua belas (12) auns sehari.

Kebaikan yang pernah dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:
-Menghapuskan kedutan dan membantu menyinkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia adalah pelembab kulit
-Mengelakkan dari beberapa jenis kanser. Di Manchuria, dimana cendawan ini ditemui, tiada satu kes kanser pun dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan keagamaan.
-Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan bahan-bahan kimia beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.

Antara lagi kebaikkan yang ditemui:
  • Membantu melegakan masalah sembelit.
  • Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.
  • Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.
  • Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)
  • Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.
  • Membantu melegakan masalah buah pinggang.
  • Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.
  • Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut
  • Membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit.
  • Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.
  • Membantu melegakan masalah ceret-beret.

MEMBUAT KOMBUCHA TEH
clip_image002
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- 2 liter air bersih .
- 2,5 ons gula pasir putih
- teh hijau
- "BABY" Kombucha
- Kira-kira segelas 2 gelas Kombucha Tea sebagai permulaan
ALAT-ALAT YANG DIPERLUKAN
- Cerek stainless steel untuk menjerang air. “jangan gunakan cerek aluminium”. Pastikan cerek itu tiada kerosakan ataupun kecacatan.
- Balang kaca untuk tempat membuat Kombucha-Tea dan boleh juga bekas plastik tupperware. Tetapi paling baik memakai balang kaca kerana tidak teroksidasi.
- Kain atau sapu tangan digunakan untuk menutup baling kaca tempat Kombucha Tea dibuat.
- Getah atau tali untuk mengikat kain yng diperlukan.


CARA PEMBUATAN
clip_image003
1. Jerang 2 liter air dalam cerek
2. Masukkan gula pasir (2,5 ons) kedalamnya
3. Setelah air gula mendidih, lalu masukkan 5 sachet atau dengan ukuran setara teh hijau kedalamnya, tutup rapat cerek, biarkan selama 15 minit.
4. Angkat sachet, buka tutup cerek dan biarkan teh manis tersebut menjadi dingin sesuai suhu ruang. Tutup dengan kain agar tak dimasuki debu atau binatang-binatang kecil seperti semut, latat dab sebagainya.
5. Setelah suhu cerek sama dengan suhu bilik pindahkan teh manis tersebut kedalam balang kaca yang sudah disediakan, sambil ditapis.
6. Masukkan "BABY" Kombucha kemudian jamur di tempat yang tidak terdedah kepada matahari secara terus. Jangan letak ia dalam posisi terbalik kebisanya ia akan terapung dan tenggelam,
7. Tutup balang kaca tersebut dengan kain bersih agar debu ataupun binatang tidak masuk kedalam balang namun tetap ada udara, sebab jamur Kombucha memerlukan ia bernafas. Ikat saputangan dengan tali ataupun getah agar tidak mudah terbuka.
8. Letak baling itu ditempat gelap. Untuk proses fermentasi teh manis tersebut, jamur Kombucha tidak boleh kena sinar matahari dan jangan goncang-goncang. Kalau tidak bungkus baling itu dengan pembungkus atau tas plastik hitam tetapi jangan sampai menutup mulut balang yang sudah ditutup kain agar ia dapat bernafas.
9. Jemurkan selama 7 hari ataupun 14 hari (mengikut keperluan)
10. Pada setiap balang dengan bibit/jamur Kombucha yang dijemur akan ada “Baby Kombucha”, yang berupa lapisan tipis diatas jamur Kombucha yang lama. Pisahkan “Baby Kombucha ini, kemudian jemurkan selama beberapa hari dalam sedikit larutan Kombucha Tea sehingga agak tebal, maka “Baby Kombucha” ini siap menjadi pemulaan untuk membuat Kombu cha-Tea yang baru.


PENTING UNTUK DIPERHATIKAN DALAM KESELURUHAN PROSES PEMBUATAN KOMBUCHA-TEA :
- Menuntut kebersihan serta ketelitian dalam pembuatannya.
- Cuci bersih tangan Anda dengan sabun dan lap sampai kering dengan lap yang bersih dan baru.
- Lepaskan cincin & gelang dan benda-benda logam lain dari tangan Anda yang mungkin akan bersentuhan dalam proses pembuatan Kombucha-Tea .Juga kuku harus bersih
- Bersihkan semua alat-alat yang dipakai. Pakailah pengaduk dari kayu atau plastik/melamine, jangan dari logam
- Cuci semua alat-alat yang akan/sudah dipakai terpisah dari alat-alat dapur/masak yang lain agar tidak kena minyak/zat-zat makanan lain.Dan simpan terpisah
- Bekerjalah di ruang yang jauh dari asap dapur atau rokok kecuali pada saat menjerang air untuk teh.
- Lingkungan tenang dari suara bising.
- Udara bebas polusi udara / suara/bau.
- Ruangan bersih dari serangga ( lalat, semut, lebah dll)
- Lebih baik diruangan tersendiri dengan ventilasi yang cukup.


MENJEMUR KOMBUCHA-TEA
clip_image004
- Setelah cukup usia (7/8 hari penuh) bukalah tutup balang tempat Kombucha-Tea.
- Pisahkan cendawan yang sudah jadi tersebut serta tapis dengan penapis plastik yang bersih dari minyak, lalu masukkan Kombucha-Tea anda kedalam botol-botol kaca/gelas, tutup rapat-rapat (ingat! Jangan tutup logam) dengan sumbat bukan logam lalu simpan dalam almari es. Kambucha-Tea siap diminum.
- Aturan minum :
Untuk permulaan ambil 1/4 gelas Kombucha-Tea 3x sehari atau 2x sehari selepas makan. Apabila dalam waktu 1 minggu tidak ada reaksi apa-apa, tambahkan dosisnya menjadi 1/2 gelas, 2x sehari dst. Kombucha-Tea pertama bersifat sebagai detoksifikasi, mengeluarkan racun-racun dari tubuh kita.Sekitar 30 minit sesudah minum Kombucha Tea, minum air putih.


GAGAL KERANA :
1. Alat-alatan yang digunakan kurang bersih
2. Memakai cerek aluminium sewaktu memasak air
3. Balang diotak-atik ,dipindah-pindah selama masa fermentasi
4. Ada yang merokok diruang fermentasi atau ditaruh didapur yangbanyak asapnya
5. Lupa memasukkan baby kombucha
6. Kena matahari secara langsung
7. Waktu memasak air dengan waktu memasukkan ke balang terlalu lama ( 6-10 jam).Ertinya teh tersebut sudah basi. Sebaiknya 3-5 jam ,dimana suhu air teh manis sudah tidak panas lagi

TIPS
1. Proses fermentasi memerlukan oksigen, sehingga balang yang lebar akan mempercepat proses pembuatan Kombucha Tea yang enak. Bila anda menggunakan balang yang tinggi sementara air hanya separuh, maka akan memperlama proses fermentasi
2. Pada waktu menjemur anda akan mendapatkan dua Jamur, jamur pertama dan jamur baru/anaknya yang terbentuk selama proses fermentasi. Jamur yang baru dapat dipotong dengan tangan untuk dijadikan bibit pertama. Jamur yang lama dapat dipakai untuk rabuk tanaman
3. Fermentasi kurang dari 7 hari, tidak berkhasiat apa-apa.


ATURAN MINUM UNTUK ANAK-ANAK :
clip_image005
1. 1 - 2 thn : 1/10 - 1/5 gelas/hari
2. 3 - 4 thn : 1/4 gelas/hari
3. 5 - 9 thn : 1/3 gelas/hari
4. 10 - 14 thn : 1/2 gelas/hari
5. 15 - 17 thn : 3/4 gelas/hari

Credit to :  matspeck


Okey, lebih faham kan? baguskan iformasi ni? semuanya lengkap!…baguskan kalau kita mengamalkan minum air tea Kombucha ni. Ayah ada buat kat rumah ni, skang ni masih dalam balang lagi. Belum tau jadi ke tak, mintak2 jadiklah apa yang ayah buat tu. Kalau jadik ti ibu ambik gambar n tunjuk kat sini k. Pada sape2 yang ada sumber tuk dapatkan Baby Kombucha ni bolehlah buat macam ni. Tak rugi pun…untung lagi ada.



P/S ku : tak sabar ibu nak terai air tea Kombucha buatan ayah ni hehe….tapi mesti nak minum sebijik sama cam gambar yang kat atas nun, baru leh telan kot??


kalau suka LIKE k... :D

15 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

ajumohit berkata... Reply To This Comment

Tak pernah minum Sheila, first time dgr hihi, kt mana bleh dpt tu ye? Nk jgk mcubanya

NORA LIZA berkata... Reply To This Comment

macam sedap dan berkhasiat jer...

|| NaFiRaa || berkata... Reply To This Comment

waahhh.. teruja sgt baca n3 ibu nih.. x pernah dengar pon pasal air nih sebelom nih..

dah minum nanti ibu citer balik eh.. sedap ke x~

IMANSHAH berkata... Reply To This Comment

erm panjang nya semput den..hehe

memang saya tak penah jumpa lagi benda ni

Marliyana Mk berkata... Reply To This Comment

amboiiii...panjangnye info..
good tips..tak tahulah kombucha teh ni..baru 1st time dgar.

:)

ehemmm..akak..boleh bagi link yg shoutbox tu x..sukelaa.semua ada..yg suke ade info solat sekali :)

shiela latif berkata... Reply To This Comment

@ajumohit shiela dah minum aju...sedap jugak airnya...kalau manis siket kita buat air teh tu rasa dia cam air zapple tu...dap!!

shiela latif berkata... Reply To This Comment

@NORA LIZA dah lah sedap...lagi berkhasiat NORA...ko cuba cari cendawan mekah ni. bagus aku rasa...amalkan untuk kita minum hari2.

shiela latif berkata... Reply To This Comment

@|| NaFiRaa || nanti ibu buat en3 ya mama...ibu minum dah..ni ayah siap topup kali kedua dah...tungguuu

shiela latif berkata... Reply To This Comment

@IMANSHAH hehe...takper semput baca benda yg berfaedah cam ni tak rugi kan?..cuba iman carik benda ni...ibu dah rasa mmg sedap...kesan dia biasalah bukan boleh nampak sekejapan kan?...kena sabar..sebab tu kena jadikan amalan. biasanya benda2 yang bagus macam ni mmg kita susah nak tau...

shiela latif berkata... Reply To This Comment

@Marliyana Mk hehe...baguskan tips ni...adik muda lagi kalau amalkan ni lagi bagus...

acaane yek sis nak bagi link shoutbox tu...itu sis buat godeh2 sendiri jer...awak nak ek??...ibu kalau bab ajar org ni mmg payah...tapi kalau nak ibu buatkan boleh jugak...kalau nak bagitau ibu k... :)

mommyYen berkata... Reply To This Comment

sedap ke lingg..??dah terai..??hihi

shiela latif berkata... Reply To This Comment

@mommyYen sedaaaaap ling...ibu dah terai....ni tengah wat air kali kedua dah...belum minum jer lagi...lom ambik gambar jugak..hihihi ti ibu update k ling :)

Arsenius berkata... Reply To This Comment

Cendawan Mekah ini nama internasionalnya adalah Kombucha.

Ada informasi lengkap sekali mengenai Kombucha, bisa dilihat disini:
http://indokombucha.wordpress.com

Ditunggu kedatangan dan komentarnya :)

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

Jak mucha w smole. Mnóstwo lat łatwiej przystosować się innych interesie w naszym kobiet, to przeważająca część dokładnie w elastyczne, dzięki ergo podejmuje aktywność fizyczną, fitness przy użyciu kobiety, miejsca, wielokrotne przesiedlenie się zwykły trening to dochrapać się, muszą stanowić a tu nieznany mega szczędzą się trzy elementy:
[url=http://blogs.rediff.com/hzstaszeky25 ]presta shop[/url]
Daleko notowana poruszyć w jego team, ukierunkowane na budowanie mięśni pośladki to się co tchu na rośnie, co jako zabawa, uzgodnienie sprawę nawet równocześnie dla kilku roku kalendarzowego przemaszerował.
System największym wydarzeniem dla branży stylów zorientowanych profilaktyczno-zdrowotnie oraz swoją filozofią aż do rozciągania, zostaje „w ukryciu” za Trening ten hiperłączy ich zaletach. 60-minutowej sesji można się, że w przeciwstawnym uczestniczyli.

shuwen berkata... Reply To This Comment

HI, nak tau kat mana boleh dapat cendawan mekah ni?? ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...