Update ringkas…besok dah nak gerak ~ 6


Bismillah,



Salam semua…hari nie ibu sibuk packing bag kemas baju ayah, ibu n de boys standby besok nak jalan jalan cuti Malaysia. Lama ibu plan nie…macam entri yang lepas2 ibu cakap nak pergi jalan Langkawi. Danial lak sibuk nak gi tey ell…huahuahua, kita lalu jek lah yer sayang?…



Doakan ibu ngan family selamat perjalanan pergi dan balik tau…maklumlah, selalu ayah bawak keta jalan dekat2 jer..jalan jauh nie kadang2…besok ibu  sambung lagi update entri kalau ada masa bila berenti kat mana2…kalau takder update tue maknanyer ibu tengah syok SS jalan jalan lah tue..khekhekhe..


P1010223
ha…nie adam tengah shibok tulun ibu ngemash nieh…
ambat no ibu ngemashh…adam kan tak shabar nak alan alan nie bu..
ibu tak paham ker??…..nak ashoh lu aju adam nie..
ti tunggu ibu ashoh lambat lar nak gerak…
a’ahh..adam shibok lar 2 3 ari nie……..ote....bubuii…..



P/S ibu : rajin lah kononnyer tue sampai suar londeh2…






kalau suka LIKE k... :D

5 beranak merempat? 6

DIBUANG...keluarga Nagarajan menerima bantuan daripada Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor selepas hidup melarat di taman permainan kanak-kanak.
DIBUANG...keluarga Nagarajan menerima bantuan daripada Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor selepas hidup melarat di taman permainan kanak-kanak.
KULAIJAYA: Seorang lelaki bersama isteri dan tiga anak tinggal di dalam pembetung konkrit di taman permainan selepas dihalau dari rumah oleh ibu mentuanya disebabkan gagal membeli barangan keperluan serta melunaskan sewa rumah.
S Nagarajan, 29, dan isterinya, R Rajeshwari, 23, dihalau dari rumah ibu mentuanya di Batu 12, pada Selasa lalu, namun dia merayu supaya ibu mentuanya yang berusia 40-an tolong menjaga anaknya buat sementara waktu sehingga dia mendapat tempat tinggal lain.
Malangnya, kelmarin ibu mentuanya itu datang ke taman permainan tempat dia berlindung dan menyerahkan ketiga-tiga anaknya termasuk seorang daripadanya, Muruga, 2, yang bukan saja buta, malah tubuhnya bersaiz menyamai bayi berusia enam bulan.
Keperitan hidup lima beranak itu didedahkan Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor, G Balaguru, 43, yang mengetahui masalah mereka selepas menerima maklumat daripada orang awam.
Balaguru berkata, ketika ditemui Nagarajan dan Rajeshwari cuba berselindung dengan mengatakan mereka berkunjung ke taman permainan itu untuk beriadah.
“Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku dibuang keluarga kerana gagal membeli barangan keperluan, selain melunaskan sewa rumah untuk dua bulan oleh ibu mentuanya.
“Mereka menjadikan pembetung konkrit di taman permainan itu sebagai rumah,” katanya.
Menurutnya, dua lagi anak pasangan berkenaan ialah Nagendran, 5 dan Logeswaran 3, manakala Muruga yang dilahirkan tidak cukup bulan sepatutnya mendapatkan rawatan laser pada matanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun keluarga itu gagal berbuat demikian akibat masalah kewangan.
Menurut Balaguru, sebelum ini, Nagarajan menumpang di rumah ibunya sejak lebih tiga bulan lalu selepas dihimpit masalah kewangan berikutan dia dan rakan kongsinya gagal mendapat kontrak menurap jalan raya di sekitar bandar raya ini.
“Nagarajan yang dimasukkan besi di kedua-dua belah kakinya juga berdepan kesulitan bagi menyara hidup keluarga termasuk membayar duit sewa kepada ibunya selepas gagal mendapatkan pekerjaan di kilang.
“Pasangan berkenaan merayu kepada wanita itu supaya memberi kebenaran kepada tiga anak mereka tinggal di situ sementara mencari rumah sewa lain,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Balaguru, wanita terbabit enggan menerima alasan itu, malah memaksa ketiga-tiga cucunya itu tinggal di taman permainan berkenaan.
Katanya, sepanjang tinggal di taman permainan itu, lima beranak berkenaan tidak mandi, malah hampir kebuluran kerana tidak menjamah makanan.
“Bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, kami membantu mereka mencarikan rumah sewa di Pangsapuri Rakyat di Jalan Cengal, Bandar Putra, tengah hari tadi (semalam), selain menyediakan bekalan barangan keperluan dapur.
“Kami harap ada pihak yang prihatin dan tampil menyalurkan bantuan kepada lima beranak berkenaan,” katanya.
SUMBER : MetroOnline

P/S ibu : Sedihnyer bila baca berita nie tadi…kenapalah nenek kandung sendiri sanggup tengok anak cucu hidup merempat macam nie?…tak faham??…bukannyer rumah orang lain yang dia bagi duduk kat anak cucu dia nie. Kan rumah dia jugak, tak kan lah tak sedih tengok anak cucu tidur kat pembetung konkrit sampai tak mandi mandi pun?…tak makan sampai 5 hari..adoi, apa nak jadik ngan dunia zaman sekarang nie…dah macam sama ngan kes  buang anak pulak!

Terbayang kan abak, kalau Danial ngan Adam nampak abak datang naik motor dari dalam rumah lagi dia berdua dah duk jerit2 panggil abak. Motip diorang nie cuma satu jer dalam kepala nak “JAJAN”…huh!…yang atok dia  nie pantanglah cucu nak makanan, laju jer keluar balik setat motor gi kedai carikkan diorang nie “JAJAN”. Sanggup tue, padahal baru jer sampai tak sempat bukak helmet lagi. Bersyukurnyer ibu anak2 ibu ada atok yang macam tue. AMIN.

kalau suka LIKE k... :D

Alia Haryanie…semoga terus KUAT!! 18


Bismillah,

Salam semua…malam nie tiba2 ibu rasa hiba dan sayuuuu sangat, baru jer balik dari blog Alia Haryanie…senang ibu panggil dia Yanie jer…ingat lagi dulu ibu penah shoping online kat blogshop yanie….bila mula2 ibu dengar suara dia kat talian..leembuut sangat suara yanie ni, walau lembut tapi ibu boleh rasa ketabahan dirinya...mula kenal yanie nie bila ibu jalan2 baca cerita yanie kat blog kawan ibu Lady Ell…lepas tue ibu pergi lar lawat Yanie kat blog dia…


Bila ibu baca jer cerita penderitaan yang ditanggungnyer, rasa sedih…sayu, marah, geram pun ada..sampai hati lelaki yang pernah bergelar suami kepadanyer dulu sanggup meninggalkan Yanie dan anak2 terkapai2 dalam keperitan…ibu tak sanggup bila baca satu demi satu rintihan yanie yang mederita  sakit lumpuh separuh badan tanpa suami meneman…terpaksa menanggung derita seorang diri…hanya anak2 yang menjadi penguatnya….


Bagaimana sanggup dia meninggalkan Yanie yang sedang sakit tanpa bantuan penjagaan yang sepatutnyer?? …lari meninggalkan yanie begitu jer??…tapi ibu kagum dengan yanie..ya!! kagum sangat!! walau dalam keadaan yang lemah tubuh badan dia masih kuat lagi mahu meneruskan kehidupan demi membesarkan anak2 dengan cuba2 berniaga online….jomlah kawan2, kalau ada kelapangan sila2 lah usha barang2 yang Yanie jual…


Anak2 sumber kekuatan Yanie…kalau dulu masa ibu baru2 kenal dengan Yanie dia masih juga berisi walaupun sudah berkerusi roda….tapi sekarang nie keadaan kesihatan dia semakin menurun dan menurun…semakin lama berat tubuh badannyer semakin berkurangan…Ya Allah, tabahkanlah Yanie mengharungi dugaan ini…ibu sedih..dengan kos perubatan yang semakin meningkat, anak2 yang sangat2 disayanglah sumber kekuatan yanie tuk terus berjuang..


DSCN1700
kalau dulu yanie masih mampu menahan sakit ketika darah diambil..tapi sekarang nie kesakitannyer berganda2 bila tubuh badannyer semakin susut….ibu sedih…………….

Ibu tau perasaan yanie bila dia kata, dalam keadaan dia yang sedang sakit begini hanya anak2 lah sumber kekuatan dia untuk meneruskan kehidupan ini…anak2 sumber terpenting kekuatan untuk dia terus bertahan melawan penyakit nie…sudah tentu ibu faham perasaan itu sebab ibu pun akan rasa perkara yang sama bila ibu tak sihat…anak2 memang sumber kekuatan pada setiap ibu bapa…


p/s ku : Yanie…shiela harap yanie terus kuat melawan sakit ini…izinkanlah shiela dengan entri ini…dari dulu lagi shiela nak buat entri tentang yanie tapi shiela tak terbuat…bila tengok keadaan yanie yang semakin kurus hati shiela tak boleh nak tahan2 lagi…semoga dengan entri nie ada juga kawan2 kita yang lain dapat meringankan walaupun sedikit beban yang ditanggung yanie sekarang nie…tak kisahlah bantuan dari segi apa pun…doa shiela buat yanie dan anak2 sentiasa…agar pengorbanan yanie pada anak2  akan terbalas jua disisiNYA. AMIN.

KUAT!!!!!

kalau suka LIKE k... :D

Terima Kasih lak MOKSU :) 16



Bismillah,


Salam semua…hari nie ibu nak ucap trima kasih lak kat MOKSU, baik betul MOKSU nak belikan ibu handbag…benarnyer MOKSU nie memang baik hati betul ngan ibu, semenjak dia kerja sementara nie lagi2 duk ngan ibu, selalu gak MOKSU belanja ibu ngan ayah n de boys makan2 kat luar … kali nie apa mimpi MOKSU belikan ibu hadiah nie??..


Yang penting ibu suker, heheee…kakak ko nie menjak2 nie Alhamdulillah asik murah rejeki jer…syukur ngan nikmat Allah S.W.T. nie…murah rejeki ko jugak lepas nie ya MOKSU…amin.


P1010217
terima kasih MOKSU…..sayang ko lebih lagi…hihiii
aku memang suker ngan handbag nie…besorr, haha…leh sumbat macam2..


P1010218
nawannyerrr…. Smile


P1010221
motip ada wallet “guess” kat situ naper ek??
hehe…nie tanda barang2 pree…Alhamdulillah…syukur rejeki Allah..
mekasih jugak kat babe Qellissa ya… Smile



p/s ku : tak sangka duk umah pun boleh jugak merasa pakai barang best…rezeki Allah S.W.T. nak bagi, tak kira kita kat mana…syukur Smile






kalau suka LIKE k... :D

Tahniah MOKSU ~ 16

 

Bismillah,

 

Salam semua…hari nie ibu nak tumpang gembira tuk MOKSU…Alhamdulillah dia dah berjaya capai cita2 nak jadi seorang guru…lama jugak MOKSU kerja sementara kat tempat ibu kerja dulu…skang ne MOKSU dah dapat apa yang dicita2kan…

 

johor

 

Yang paling best tue MOKSU dapat posting kat Johor jer…dekat!…kehkehkeh, padahal ibu tau kalau boleh dia nak posting kat Selangor atau area KL tuh, tapi dah dapat rejeki kat tanah tumpah darah nan tercinta lagi bagus kan?…bukan apa, kalau kat Selangor dekat ngan “bakal” dia…heheh

 

Cuma skang nie tak tau lagi kat mana MOKSU ditempatkan mengajar nanti…sekolah dekat2 ngan rumah ker??..fuh! kuat verangan nie…susah jugak kalau kaunselor nak kaunseling anak kampung sendiri…orang dah kenal kan?..huahuaha…kalau boleh biarlah jejauh siket, tapi kalau sekolah kat Pontian pun okey gak?…kuat lagi verangan…Eye rolling smile

 

Tak kisahlah MOKSU ko mengajar kat mana pun, yang  penting aku tau niat ko memang ikhlas nak jadik pendidik dari dulu2 lagi…TAHNIAH yer, berjaya jugak ko dengan cita2 mu…walaupun akak ko nie sekolah takat SPM jer, dapat duk umah didik anak bangsa yang 2 orang kat umah nie pon jadikklaahhh… Open-mouthed smile

 

Photo0062new

TAHNIAH MOKSU!!

semoga terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat!!

orang yang bersabar banyak kelebihannya..

semoga perancangan akan datang akan termakbul jua..AMIN.

 

p/s ku : ibu dapat tumpang gembira pun jadiklah… Smile


kalau suka LIKE k... :D

BlogShopping kat “kenapa murah?” …Dr. Hana ~ 19



Bismillah,

Salam semua…hari nie ibu nak cerita siker pasal blogshop kawan ibu nie Dr. Hana, dia baru jer lancarkan blogshop dia nie tak salah ibu pertengahan bulan hari tue…ibu macam tak nak kongsi ngan ramai orang blogshop Hana nie sebab blogshop dia nie jual barang betul2 murahhhh…jahat tak ibu?..tamak kan?..ekekeke..okeylah2…kalau korang nak usha2 barang kat blogshop dia kelik kat sini ya..


Skang nie blogshop “Kenapa Murah” nie baru jer jual Brooch CUTE2, barang2 lain ibu tengah tunggu lagi…tak sabar ibu nak tunggu barang2 yang hana nak jual nanti…sebelum tue, blogshop hana nie jual barang2 yang dia beli tapi dia tak pakai2 pun lagi…contoh Brooch handcraft CUTE yang ibu dah rembat hari tue dia beli masa honeymoon kat JogJakarta…


Lain2 barang ada jugak yang dia dah guna tapi masih lagi dalam tip top condition…tapi tuelah, ibu tengah tunggu lagi hapdet barang2 lain dari blogshop “kenapa murah?” hana nie…tak sabar….(emang dasar guwe!)…


Jadi hana, ibu nak gitau yang barang ibu order hari tue dah sampai…thanks ya, siap bagi brooch huruf Z for Zasillah dan L for Latif lagi sebagai tanda ingatan…sayang lah kat hana…hehe..nie yang buat ibu semangat jer nak tunggu hapdet barang  dari hana..mana tau ada yang berkenan lagi nanti..


hana
sama2..memang ibu berpuas hati…mau tak??..dah lah murah…CUTE, geram tengok!…..nak sampai JogJakarta tah bila lak kan?…ekekeke

Photo0028
Thanks tuk “Z” & “L” nie tau hana…ibu letak kat sarung henpon…. Smile

Photo0030
nielah dia yang ibu duk borong…………..
muahahahahehehehihihihuhuhu (gelak tawa nan temahak!!)



p/s ku : hana…boleh tak jual barang2 hana murah2 kat shiela dulu lenkali??… lepas shiela tengok baru bagi lepas post kat blogshop…ekekeke (tamak!..gurau2 jer…..Smile )






kalau suka LIKE k... :D

Digi Happy LB..BE baru ibu…TQ Nuffy =)) 20



Bismillah,

Salam semua…hari nie ibu happy lah…ibu dapat BE dari nuffy, ini BE ibu yang keberapa ek??..5 ke 6??..takper2..yang penting ibu nak ucapkan mekasihhh bebanyak pada Nuffnang sebab bagi ibu can merasa BE lagi…seronok naaa…hehe, Alhamdulillah…

Bukit2…eh! asik salah taip jek…
……bukti2!! ~

be baru =))
Open-mouthed smile….Red heart

Alhamdulillah…pada kawan2 ibu yang selalu2 jenguk ibu mekasih jugak yer…kira skang nie ibu kena hapdet blog hari2 lah…koman2 pon sehari mesti sekali jugaklah kena hapdet, sebab ibu perasan Nuffnang suker bagi ibu BE bila masa ibu rajin hapdet blog…kot2 Nuffy pon suker ngan cerita2 ibu tak??……....kot?..huahuahua..perasa’aaaan lak di situ…

p/s ku : luve u Nuffy, nie yang buat semangat nak hapdet blog hehari!






kalau suka LIKE k... :D

25 thing random about me! 16



Bismillah,


Salam semua…hari nie nak buat tag pulak…25 things random about ibu…hehe, rasanyer dulu dah penah buat tag nie, cuma beza tag dulu tue ibu bagi 23 things jek…kali nie macam kena special tag ngan hakaklarra lah… takperlah ibu buat jugak dengan rela hati…seronok gak kalau cuba2 selam diri sendiri nie…hehee!!


1 ibu skang nie nak masuk 30 tahun…(usia matang lah tue)

2 kalau baca penulisan ibu kadang2 macam bukan orang dah 30 tahun, tapi ibu mmg dah 30 tahun (tak lama lagi)…tulis nak mengada2..tapi kalau live ngan anak2 mesti mau garang..kalau ngan encik hasben lagiii mau manje2…kalau ngan adik beradik mesti mau ketawa terbahak bahak…tapi kalau ngan geng2 maya ibu kat sini mesti mau agak agak ah, ekeke..…(ibu tak hipokerit)

3 ibu skang nie suker dah duk kat umah jaga anak2 jer…kadang2 jer rasa nak kerja, ibu tau kebolehan ibu bila bekerja…cuma kelayakan jer yang tak menyebelahi kat ibu…jadi, bila ibu pikir2 balik..dari ibu kerja dengan gaji yang bila di bayar kat penjaga tinggal suku jer..lebih baik ibu duk lepak2 ngan 2 bujang ibu nie kat umah…(ibu rasa lebih tenanggg)

4 ibu skang nie dah takder emak…tinggal abak, ayak mertua dan ibu mertua jer …tapi ibu hari2 rindu kat emak…terbayang sikap emak dulu2 layan abak macam raja, tak pernah cakap buruk pasal abak waima sekali pun depan anak2..abak pun sama, kalau abak pergi atau balik kerja mesti dia duk depan pintu tunggu abak, sehari tak pernah pun miss siapkan bekal makan tuk abak..kecuali kalau dia jalan2 makan angin berapa hari,..jadik ibu nak jadik macam emak walaupun baaaanyaaak! yang tak termampu lagi nak ikut, selain dari masak sedap2 tuk suami boleh kot?..heheee…(oh! emak..ibu rindu kat emak)

5 ibu senang nak baik dengan orang….bila ibu baik dengan orang ibu suker jadik kawan baik dia…tapi kalau ibu rasa tak selesa ibu taklah tinggalkan dia macam tue jek…ibu tetap juga layan macam biasa..cuma dulu2 ibu mudah sangat marah kalau kawan ibu buat sesuatu yang menyakitkan hati…skang nie nak belajar jadik orang yang sabarrr…(sabar tue separuh dari iman)

6 ibu suker kemas rumah bila masa orang takder…time tuelah baru ibu nampak rajin…tapi bila ada orang ibu tak sengaja buat2 malas…bukan apa, pening nak kemas bila time ramai orang..tapi itu masa anak dara..hehe, skang nie bila dah jadik ibu, ibu ada penyakit apatah org putih panggil tue?..takleh tengok rumah atau apa2 dalam bahagian rumah bersepah siket pun..sakit hati nie..jam2 tue jugak nak mop lantai..nak sapu sampah..alergik rasa gatal jer mata nie….tapi bab masak kalau konsentrasi terganggu siket jek ibu dah surrender(bole gitu?)…tunggu adam besar sikeeet lagi…sabar yer ayahhh….(masak jugak bukan tak masak langsung)

7 ibu suker no 7 nie… Smile

8 bila dah duk umah nie, kepala asik dok plan nak berjaaaalan jer..”cuti nie nak bawak budak jalan sini bang””cuti tue nak bawak budak jalan situ bang”....huahuahua…time ayah gaji jangan cakaplah..ibu dulu yang buntang jik mata dok plan nak gi jenjalan..dulik apa ibu…ayah sila banyak bersabar..sabar tue separuh dari imaann..(ayah lak yang kena bersabar?..cam terbalik jer?)

9 dulu ibu nie orang yang paling2 kuat marah…weihh, pantang orang buat salah…asik nak marah jer…lagi2 kalau time kerja..barang kalau ibu nak mesti ada, kalau takder siaplah  supplier tue kena hentam kaw2…tapi tak semua bab ibu jadik macam tue..…bila masuk hal rumahtangga, ibulah orang yang paling kuat bersabor(org johor kata)…sabor dia sampai tak bunyik2 walau sepatah kata pun!

10 ibu ada 2 orang anak lelaki yang comel…plus ngan bonus sekali bila dedua budak nie kelakor(orang johor kata)..kadang2 kelakor sampai dia tak bersuara puuun masih kelakor…(nama timangan budak tue “kang kung kang kung kang”…Adam lah tue)

11 ibu ada lesen keta…tapi tak terre2 pun bawak keta…(lesen tue buat2 lawo jer)

12 ibu suker bila dapat $$$…..(maklumlah…ambo insan yang lomah)

13 ibu suker perfume brand…(bau dah lar wangi..tahan lama lak tuh)

14 ibu suker brand GUESS…(dari dulu lagi)

15 ibu terre bawak motor…dah lama lak tak bawak motor…bila lar nak dapat naik motor ngan abang latip nie??…(encik latip tak muat pakai helmet)

16 ibu nie belajor taklah tinggi mana…..tapi ibu tau ibu ada kebolehan, cuma belum jumpa2 lagi tempat yang sesuai nak mencurahkan keghairahan(peh!) bila bekerja…buat masa nie ibu curah kat anak2 dulu lah yer..tunggu diorang besar.

17 ibu tak boleh tengok orang susah…kesempitan hidup, tak cukup wet….meleleh2 air mata..rasa kalau boleh semua ibu nak tolong…(kalaulah ibu banyak wet)

18 ibu suker kumpul ramai2 adik beradik…(boleh tawa bahak bahak)

19 ibu sayang ngan lappy ibu nie…(ayah yang belikan yo!)

20 ibu suker bincang hal semasa kalau dok dalam keta ngan ayah time jalan2 tue…semua isu ibu kupas…(kupas bawang kat dapor malas pulak!)

21 ibu suker warna itam, putih, pink, biru, hijau…dan lain2.

22 ibu suker asam pedas…laksa johor, laksa penang..western food, dan sambal belacan berserta ulam ulaman.

23 ibu suker makan2 kat luar…jalan jalan dok dalam keta.. Winking smile

24 kadang2 ibu malas nak masak (apa nak jadik??), kadang2 ibu rajiiiin sangat nak masak (boleh jadik!!)…paling ibu rajin kemas rumah…..no hal punya, paling ibu suker ialah membebel… Open-mouthed smile


25 semua yang ibu tulis kat atas nie perkara tentang ibu yang terbaru maupun yang telah lama ada dalam diri ibu…ikut peredaran jaman jugaklah…maksud?…contoh tahun nie ibu suker kaler pink sebab trend tengah in (mandai jer aku)…ibu suker kaler itam putih memang sejak dulu2 lagi…ibu suker kaler ijau sebab tetiba rasa kaler nie macam pas islamik ngan tenang jek!..begitulah yang seterusnya…manusia boleh berubah, tidak bermakna dia hipokerit, cuma ibu rasa seseorang itu hipokerit bila dalam masa yang sama, depan kita dia baik, tapi blekang kita dia kutuk kita. Itulah orang yang paling semua orang tak suker sekali kan?…jadik ibu cubalah elakkan jadik orang yang begitu…InsyaAllah, amin.


p/s ku : adeiii…penat betul jalan2 semalam, habiskan voucher jusko ayah…heeee!!






kalau suka LIKE k... :D

Jalan petang di Tambak Pontian ~ 10

 

 

Bismillah,

 

Salam semua…siapa orang Pontian kat sini??..angkat tangannn…hihiii, yang ibu tau kalau geng blogger ibu cuma Lady Ell (selamat ulang tahun yang pertama untuk Aariz Arslan yer babe Winking smile) jer yang tinggal dekat2 ngan ibu, hari nie tak nak cerita banyak..kita tengok pemandangan indah sepetang di Tambak Pontian k…rasa nyaman sepoi2 bahasa bila tubuh disapu angin laut (peh!)….

 

Jap2..nak citer gak siket, semalam ayah tak kerja, jadik petang tue ibu apa lagi, nama pun bekas planner kan?..ada can jek ibu pun plan nak makan Laksa Penang dulu kat Gerai Shima (kat sini ibu tak amek gambar)…selain jual Laksa menu petang popular gerai shima nie cucur udang…sedap woooo…tinggal makan jer kalau malas nak buat sendiri (ngeh ngeehhh)…

 

Dah kenyang makan barulah ayah bawak ibu ngan de boys gi jenjalan kat sini ~

 

tambak pontian

ibuu…kita kat laot…

tambak pontian1

seronoknyer nenal… Smile

tambak pontian2

Winking smile Smile….

tambak pontian3

Red heart

tambak pontian4

Sad smile….sebab nenal jeless ngan adik..

tambak pontian5

calo bete…calooo

tambak pontian6

….…calo buk!

tambak pontian8

calo bete!…...apa ayah laju na jalan nieh?..

tambak pontian9

dulikkan ayah bu…amek gambar nenal kat shini dulu…

tambak pontian10

tak nampak muker nenal…ibu pakai henpon ibu je nie…tapi cantik jugaklah Smile

tambak pontian11

Smile

tambak pontian12

amek gambar adam lak bu!

tambak pontian13

Winking smile

tambak pontian14

Smile

tambak pontian15

Open-mouthed smile

tambak pontian16

dah dah…jom balik, tinggalkan tapak suleman dulu! (kejap no??)

tambak pontian17

naper ayah tak tunggu nenal bu?….(mood jeles tak ilang2 lagik)

tambak pontian18

dah bu…jomlah, ayah dah masok keta tue…jom!

 

p/s ku : ibu yang sibuk na nak jalan nie…boys rilex jer…jalan kat sini adalah dalam 20 menit jer ..danial sibuk dah nak jalan2 tey ell (KL),  pantang naik keta Smile


kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...