Tahniah buat sahabatku (Ell LifeOfLadyEll) & suaminya ~ 15



Bismillah,


Assalamualaikum semua…okey hari ni tak nak story sal kontest or GA k….ari ni nak story sal sahabat ibu Ell (LifeofLadyEll) kerana cita2 suaminya nak membuka sebuah kedai sukan berjaya juga akhirnya…ibu tumpang gembira untuk sahabat ibu ni, kalau ibu pun mesti gembira bila suami kita berjaya capai cita2 dia kan…Tahniah lagi ibu ucapkan…


So, Sabtu yang lepas tu Ell jemput ibu ke majlis pembukaan kedai sukan suaminya kat Tambak Pontian, sampai2 jer ibu mkana Laksa Johor yang ayah pulak makan nasi beriani (sedap2!!)…lokasi kedai memang strategik, dekaat jek dengan gelanggang futsal…macam2 jugak barang2 sukan yang hubby Ell ni sediakan kat kedai dia…yang paling penting tuk sukan badminton (sebab hubby Ell ni aktif sukan badminton), so sesiapa yang duk area Pontian atau yang dekat2 ngan Pontian ni bolehlah singgah membeli di kedai sukan  hubby Ell  ya….apa nama kedainya yer??…Oh! “Active Sport Zone”


Sebenarnya ibu tak berani nak tulis lebih2 ni takut tersalah informasi lak, tuan punya kedai pun belum buat apa2 n3 lagi kat blog dia, jadik ibu cerita sal lain lak…yang benarnya Ell ni baru baik dari Jakarta…so masa ibu pergi pembukaan kedai dia ritu dia ada bagi buah tangan seklai dari Bandung untuk ibu…uwaaaaaa, terharu ibu…thanks banyak2 sahabat kerana masih ingat kat aku walau kau sedang berseronok disana ya….



ell
Ibu hargai sangat2 pemberian Ell ni, kipas tangan dan sehelai blouse hitam ( patutlah masa kat sana siap PM kat FB lagi tanya ibu suker kaler apa Smile )…bukan buah tangan tu yang terpenting, apa yang penting Ell ingat kat ibu masa jenjalan kat sana…thanks lagi sekali babe…berapa lama daa kita tak jumpa Ell??…dari tahun 1999 sampai lah hari Sabtu yang lepas…punyalah lama kita tak jumpa kan?…yang penting dak kecit yang berdukung tu Aariz sangat2 comel okey…geram aunty tengok, dapatlah merasa dukung dia sekejap…..comel sangat, muka dia banyak ikut Tok Mak dialah (mak Ell)…..terharu aku dengan tanda ingatan dari ko babe Smile


Okey…dengan tak semena-mena skang ni ibu nak tempek breakfast ibu ngan ayah pagi tadi……selera woookkk, bubur + sambal tumbok (resipi arwah mak) + ayam goreng + roti bakar + teh O panas = Encik Latif nyaris tak pergi kerja sebab kekenyangan…muahahahahahaha


breakfast
selera kan??….bubur panas2 makan lawan lak ngan ayam goreng panas2 di pagi2 buta memaaanggg kaw lah….membuka selera dimana jua…roti bakar tu menu tiap2 pagi mesti kena ada, tak sah kalau takder…nanti Danial tanya lak mana roti bakar dia…punyalah selera ayah bersarap
Smile



P/S ku : Entri 2 dalam 1…….hiba betul bila kenangkan buah tangan dari Ell ni, tak tau naper ibu hiba...hehe…saaayang ko babe!!






kalau suka LIKE k... :D

Rasa macam nak sorokkan je passport dia.... 15



Bismillah,


Assalamualaikum semua....baca tajuk kat atas tu?...takyah suspen2 k, ibu ngan ayah tak gaduh pun...mana boleh gaduh kalau ada hero2 yang menangis bila tengok ibu ngan ayah bergurau sekalipun...shushaahhh....


Masa baru2 kawin dulu selalu jugak ayah outstation kerja luar gi Japan...sekarang ni jer dah kurang, dulu kalau ayah pergi meeemang ibu tak suker...ibu tak suker ayah outstation jauh2...rasa macam kosong je dalam hati ni bila ayah takder....tapi takdelah sampai berniat nak sorokkan passport dia...tak bek buat laki macam tu kan? kaaan??...ekekeke.....


Ayah memang suker outstation ke Japan, lepas gian dia kata...dulu masa bujang selalu outstation tinggal sana 2 ke 3 bulan baru balik...pastu sambung lagi 2 ke 3 bulan baru balik lagi, berhari raya kat sana pun pernah...cuma bila dah kawin ni memang takder lah sampai 2 ke 3 bulan...paling kuat pun seminggu je...Masa baru kawin tu penah sekali passport ayah hilang, bukan ibu sorokkan ya...ibu simpankan aje passport ayah masa tu supaya tak hilang2 (khikhikhi).......sekali ibu terlupa daaaa kat mana yang ibu simpankan passport ayah tu, konon2 tempat yang paling selamatlah sangat kan?....tiba masa ayah nak gi Singapore cari2 dia punya passport tak jumpa2...ibu lak boleh tak hengat kat mana yang ibu simpankan passport ayah ditempat yang selamat tu.....wat de ?? pelupa tahap gaban ibu ni kan?...memang tak ingat sungguh2 ibu yang simpankan passport ayah masa tu..dahlah dalam sebulan tu sekali dua ayah kena pergi Singapore...sian ayah...................................................


Tak pasal2 ayah buat report polis sal passport hilang kat kilang...padahal ada kat rumah jer...(khikhikhi)....dah siap buat report bagai, buat pulak passport baru, sib bek compony bayar separuh......dapat jer passport baru, ibu pun terjumpa lah semula ngan passport ayah yang lama tuh...ada dia molek2 duk kat dalam laci baju duk dalam celah2 baju....patutlah ibu tak jumpaaaa dia duk dalam celah baju, baru ibu teringat....sumpah ibu tak sorok, ibu cuma tak hengat jek!!...yang takleh blah tu kemain lagi mulut ibu yang sedia munggil nih (ceh!!)  duk bebelkan ayah yang cuaiii, suker letak barang sepah2....konon2 ibu selalu nampak ayah letak passport bersepah2 kat robok cermin...ayahlah yang silap gaknyer sebab selalu kalau pergi balik Singapore lepas tu simpan passport kat dalam poket baju jek, tu yang tercicir  kat mana2 tah.....adoiyaiii, rupa2nyer ibunyer pasal tak pasal2 ayah kena buat report polis pastu buat lak passport baru.....pastu terpaksa lak dipersalahkan dan dibebelkan atas sebab2 yang dia tidak bersalah sebenarnyer...........tak bek buat laki macam tu yaaaa.....kalau tak sengaja tuuuu tak apa.


Sampai boss ibu dulu (dulu ibu kerja sama tempat ngan ayah) cakap ibu saja jer yang sorokkkan passport ayah sebab tak bagi ayah gi Jepun....(nampak bennor menipunyer). Gara2 passpport yang tersorok tu, ayah terlepas can gi Japan time tu....hahahahaha (ini bukan ketawa dengki ya)......dah lama ayah tak outstation jauh2, tapi bulan depan ni ayah kena pergi China lak, ada Bike Show kat sana....walaupun ibu tak happy...betul2 ibu tak suker bila ayah kena pergi sana tepat lak ngan tarikh hari jadi ibu ayah takder kat sini sama2 ngan ibu...Thinking smile Eye rolling smile Confused smile Sad smile Crying face  1st time ni ayah tak sambut besday ibu (sedih sebab tak dapat hadiah...sellfish nye aku...eh! salah taip *SELFISH nyer akuuu) tapi ibu kenalah bagi jugak ayah pergi...siapalah ibu nak halang2 ayah yang pergi sebab kerja kan?....semoga ayah selamat pergi dan balik ya, yang penting ayah pergi kerja dengan gembiranya ......AMIN.


P/S ku : Kat Shanghai  ti jangan lupa carikan ibu sutera China ya yah??....ngan  selendang satu...bukan selalu pun ayah belikan ibu kain sutera, nilah sekali peluang ayah belikan ibu kain sutera asli dari sana, ibu bagi can kat ayah ni buat baik kat ibu...(pasang jerat harus mengena.....khikhikhi).....tapi apa ibu nak buat kat sini ya bila ayah kat sana ti???(sunyi)...mesti ibu rindu gile2 kat ayah, sebak hati ni bila ibu tak nampak wajah ayah yang cute tu walau sehari pun, ibu kan manja...manja ngalahkan anak2 (korang nak muntah?)....ibu pedulik apa....






kalau suka LIKE k... :D

Tutorial : Cara membuat gambar avatar di ruangan komen berpusing (rotate). 21



Bismillah,


Assalamualaikum semua…dan salam sejahtera, cecewah…hari ni ibu nak buat tutorial yang pertama-tama-tama kalinya dalam sejarah bila ada geng blogger yang tanya ibu cemana nak buat gambar avatar kat ruangan komen berpusing-pusing 360 darjah…ibu tak ingat ibu ambik tutor ni kat mana yek?…tapi takper, tutor ni simple jer…ibu tunjuk kejap kat sini ya.



shoutbox
cik diba yang menanya….



Tutorialnya ~

1. “Design” dan terus ke “Page Elemen”

 2. Kemudian click “Add Gadget”

3. Lepas tu pilih “HTML/JavaScript” dan copy/paste masukkan script dibawah ini :


<style type="text/css">

.avatar-image-container img, comments .avatar-image-container img {
-webkit-transition-duration: 0.8s;
-moz-transition-duration: 0.8s;
-o-transition-duration: 0.8s;
transition-duration: 0.8s;
</style>

<script src="https://sites.google.com/site/javascript10/mootools-1.3.js"></script>

<script>
window.addEvent("domready",function() {

// "Globals" - Will make things compress mo-betta
var $random = function(x) { return Math.random() * x; };
var availableWidth = 0, availableHeight = 0;
var cssPrefix = false;
switch(Browser.name) {
case "safari":cssPrefix = "webkit";break;
case "chrome":cssPrefix = "webkit";break;
case "firefox":cssPrefix = "moz";break;
case "opera":cssPrefix = "o";break;
}

// The Icons
var icons = $$(".avatar-image-container img, comments .avatar-image-container img ");
// Apply opacity
var zIndex = 1000;
// Randomize each link
icons.each(function(element,index) {
var startDeg =(360);
var resetPlace = function() {
element.fade(0.4).setStyle("-" + cssPrefix + "-transform","rotate(" + startDeg + "deg)");
}
element.set("style","top:" + $random(availableHeight) + "px; left:" + $random(availableWidth) + "px; z-index:" + zIndex);
resetPlace();
element.addEvents({
mouseenter: function() { element.fade(1).setStyle("z-index",++zIndex).setStyle("-" + cssPrefix + "-transform","rotate(0deg)");},
mouseleave: resetPlace});
});
});
</script>


4. Tekan butang “SAVE”
Selesai….


Akak rasa tutor ni ada kat link Apit Bieber nie lah...korang gi terjah blog dia ya..ada banyak lagi tutor best2!!
http://diarykoyak.blogspot.com/

P/S ku : mudah jer kan?…selamat mencuba yer cik diba……

kalau suka LIKE k... :D

Ikan Masin Encik Latif ~ 14


Bismillah,


Assalamualaikum semua….takyah citer banyak2…malam ni kita citer pasal ikan masin ayah pulak…skang ni ayah tengah sibuk buat ikan masin pulakkk…sedap memang sedap, tekak ibu sedap sajer..dah suami sendiri yang masak kan?…ekekeke…jom jom…


ikan masin encik latif
yang paling atas tulah ikan masin dia….yang sedang2 saja masinnyer…
ikan asam pedas tu takleh blah…konon2 nak sama ngan  
“Asam Pedas Madu 3”…ekekeke….
Alhamdulillah…kalau tak western food, lauk gini laiii sodap!…menjilat jari..
opppsss..nampak tak watermark tu...ibu terai2 buat sediri tuh...kikiki, alau si laling lelord tak marah...ibu terus guna jer trademark "Dari dapur Latif" tuh..kikiki



P/S ku : sebenarnyer ibu ngan ayah tengah sedih ni…mak mertua ibu skang ni kena tahan kat wad…sakit jantung, sama2 kita doakan dia supaya cepat2 sembuh ya…Amin ya rabbal alamin.






kalau suka LIKE k... :D

Ikan Sepat Masin + Telur Asin = Wak PIN syg Dollah lebihhh 6



Bismillah,


Assalamualaikum semua….malam ni nak post kan entri melantak family Shiela ngan Latif pabila malam bulan mengambang bang Dollah masak menu Ikan Sepat Masin + ngan Telur Asin…peeehhhh!! sungguh bersivik langsung menu ni…


Sedap giller kentang Limah story wif u’ollssssss….uiiihhhhh, tambah pulak ngan tempoyak yang mak mentua Limmah buatkan?….mau tak sedap giller2 kentang kan?…pastu ada pulak sambal velacan hasil tumbukan perkasa bang Dollah I….eemmmmppphhhhh, meeeemmmmang sedap giller giller kentang Limah story nih…


Limah nak story ngan u’olsss ni, semalam bapak Limah (Wak PIN nama dia) tidur kat sini, jadik special nih bang Dollah I perapkan pullak ayam berempah…pastu dia GORENGGG!!…macam manalah pak mentua tak sayang kek menantu dia cenggini kan?…bapak Limah ni kalau kita tanya kek dia, "bapak bapaaakk....bapak sayang Limah lebih keeeee sayang Dollah lebih??"….takyah tunggu dia punyer  jawapan Limmmah dah tau daaahhhh…op koz lah bang Dollah yang dia sayang lebih…..


Okeylah…u’olllss layan kan aje lauk pauk ni….dengar2 malam ni menu bang Dollah lauk berkicap pulak…ayam masak kicap??….giller kentang sedap tuuuu…(sshhhhh…shhhh…malam ni bapak I parking kat sini lagi….ehem2…paham2 jelah ye u’olllssss…ekekeeke)

 

ikan masin telur asin
nampak jer simple…taapiii, 2 pinggan bapak mentua bang Dollah ni tambah (bapak Limah ler tuuu)…
Sambal velacan tuh kalau takder lam menu memang tak sah yer?…macam manalah resdung Limah ni nak baik2 bang Dollah…u saajje je tauuu…
Ayam goreng berempah tu lebih kurang cam ayam penyet yang bang Dollah selalu buat tulah…giller ayam sedaaap tuuuuuu (atie…ko jgn kecor air liur)
Tempoyak ngan timun2 tu….peehhhhhh!! giller tempoyak sedap tuuuuuu….(mak mentua yang buat lagilah sedapkan?)….u’ollllsss perasan tak timun tu macam berseni kan?…ekekeke, rajin betul bang Dollah I ni menghias timun…makin sedap lak timun tu bila di krup krap….pehh!
Lagii…bintang menu malam semalam, Ikan Sepat Masin + ngan Telur Asin = Alhamdulillah…..ni menu bapak Limah yang bawak ni…dia teringin nak makan, memang selera makan…sedap sungguh!!…sunguh sungguh!!


P/S ku : semalam bang Dollah I pesan suh Limah rebuskan Telur Asin tu jer….. :)







kalau suka LIKE k... :D

Danial lom gaji lah! (tapi danial puas dah paw ayah…kih kih kih) 12



Bismillah,


Assalamualaikum semua…hari ni nak cerita pasal Danial, lama tak story sal bujang hero ibu yang sulong nih.…malam semalam ayah baik hati belikan Danial game fire!!…game fire!!…alasan Danial sebab “Danial belom gaji lagi lah!”…jadik nak tak nak ayahlah yang kena belikan game fire!! nih….”shian ayah, asik danial jek yang dapat barang bila ayah gaji…ayah takder apa pun” (ni dialog wajib ayah tetiap bulan)…..


Kalau tak, habislah sapan henpon ibu ngan ayah jadik mangsa danial…game fire!!…game fire!!…kang kalau henpon ibu ker ayah rosak lagi dan lagi, sudah pastilah ayaaaaah jugak yang kena ganti lagi, ratos2 mau keluar…belikan benda ni murah banyak……selamat henpon ibu ngan ayah…tapi ibu ngan ayah akan kontrol danial main benda alah ni….kalau Danial tak patuh arahan ibu, ibu rotan Danial….


Benda ni (takder jenama…tu pasal panggil “benda” jer) boleh jugak buat tengok movie dalam keta, boring2 kalau jalan jauh2 tu boleh jugak buat tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah (nak pasang TV biskot 32” lam keta tak mampu kan?)…Adam tentu suker (kih3)….ayah beli siap dengan sound speaker…memang ibu pun suker gaklah…akakaka (macam bebudak ibu ngan ayah ni kan?…sabooo jelah)……



Danial stuff
pandai ke awak main tu nakkk?? ye ye oooo jek…
“game fire!!…game fire!!…meletopp…meletopp…ibu jangan kaccauuu….ibuuu...ibuuuu”…aik! sambil main pun ko boleh bebel kan ibu??…kang ibu rotan kaannggg….ibu pon sibuk gak nak menyibok (faham?)...kih3
nilah dia yang Danial nak beli…tapi Danial lom gaji lagi…terpaksa ayah bayarkan dulu…”nanti bila Danial dah gaji ayah nak claim balik….faham Danial??”
“Fahhammmm ayah….”


P/S ku :  speaker tak padan ngan kecik…tapi bunyik dia, makaihhhh boleh buat karaoke!!!……sabooooo jelah






kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...