Malaysia vs S’pore 1-1….ada ibu kesah haaaaaaaaaaaaaaaaaa (maniskan kurma itu?) 10



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Harimau_Malaya_Black_Rilekslah.com
ambik kat incik google jerr…
mekasih incik google…awak mmg sumber maklumat terpantas lah…ngeh3!!!


Hai semuaaaa….haaaa, amacam??? marah ker tak dapat lepas Piala Dunia??…janganlah marah2, janganlah frust…kita sepatutnya BERBANGGA dengan pemain HARIMAU MALAYSIA tauu…kenapa?? kerana diorang memang hebat melawan S’pore walaupun kita takder rezeki. Semangat tetap semangat!!…diorang main sampai ke titisan peluh yang pengabis tadi. Kesian kat diorang tau kalau korang marah2 n frust2!!…ibu tak suker korang!! (tetiba…akakaka)


HARIMAU MALAYSIA memang dah meningkat permainan dia…cuma belum rezeki kita jer lagi…korang nak risau apa, kalau betul rezeki kita takkan lari gunung di kejar….tapi usaha tetaplah usaha…memang diorang dah berusaha sehabis kuat tadi…tak nampak ker??…ehhh, ibu nampak…..ibu BANGGAlah sebab “SEMUA pemain bola kita adalah RAKYAT MALAYSIA….bangga ibu bangga!!! bukan BONGKAK ya…HARIMAU MALAYSIA!! saya cayer sama awak!!”…(ala2 retis gitew)



pasukan bola sepak malaysia
google gak nieh..
saya cayer sama awak HARIMAU MALAYA…
sokongan saya takkan berbelah bagi…
cayer lah kat saya pulak…
BANGGA betul saya ngan anak2 MALAYSIA nieh…
Lagi2 kat SAFEE SALI….


268382_259152494099763_169759156372431_1241027_6358363_n
google jangan tak google..
to incik Apex…tak duliklah apa juga kontobersi yang sedang melanda…sedangkan pantai dilambung ombak....kan?
saya tetap percaya kat awak…awak bermain dengan penuh konsisten!!
bagus awak tangkap bola itu….saya suker…..suker sekkali…
incik Apex ngan Safee Sali memang berbakat…
abe weeeeiiii………..(saya rasa kalau incik Apex men kat S'Pore ritu ada can MAS menang kot?)



P/S ku : terharu bila tengok kesungguhan ANAK MUDA MALAYSIA bertarung tadi, berpeluh peluh lah haiii……sokongan ibu tidak berbelah bagi!! (kalau bukan kita yang bagi semangat…nak harapkan siapa lagi??)






kalau suka LIKE k... :D

Dapat ✿BE✿ Lagiiii….terima kasih banyak2 Nuffnang!! 10


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Haiiiii…..apa kabar??…berapa hari ni ibu tak update, tak tau nak update  apa kat blog cabuk ibu nieh….tadi ibu cek Nuffnang ibu nak tengok BE yang sebelum ni naik berapa hengget dah kan?…sekali ada lagi satu BE duk tersangkut kat blog cabuk ibu nie…Alhamdulillah…adik beradik dia lah tu…Celcom nyer BE jugak. Syukur2…baik betul Nuffnang nie, ibu jarang2 update pun  masih dapat perhatian manja lagi…ekekeke…



be baru
yang baru tu Celcom XPlay….suker suker…


P/S ku : Nuffnang terbaik!!





kalau suka LIKE k... :D

Thanks Nuffnang!! bagi BE lagi :) 22


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Apa kabar semua?…sihat?…ibu, ayah n de boys sihat alhamdulillah. Begitulah juga hendaknya untuk kamu2 semua ya. Amin, hari ni ibu nak ucapkan terima kasih banyak2 lagi lagi lagi pada Nuffy sebab masih sudi lagi nak bagi BE kat ibu…entah yang keberapa kali ibu pun tak pasti dah…tapi ibu sungguh tak sangka Nuffy baik hati bagi lagi ibu peluang merasa BE. Terima kasih banyak2 lagi sekali Nuffnang!! I lep U.


be lagi
dapat BE Celcom SOX…. Smile



P/S ku : ibu malas dah nak tukar2 iklan len kat dlm blog nieh…hehe





kalau suka LIKE k... :D

Wahai Blogger TE (Hasrul)….Adam n Nenial say Good Luck!! 6



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


hai semua…hari ni ibu nak update siket pasal seorang blogger kegemaran ibu, nenial ngan adam ni. Blogger TE aka Tengkorak Emas aka Hasrul (nama betul dia kalau ibu tak silap)…..uwaaaaaaaaaaaaaaaaa (ni 3 3 orang menagis sedih) ….. tak lama lagi TE tak adalah selalu2 datang sini layankan kerenah adam ngan nenial, ibu betul2 sedih ni tu pasal sampai ibu buat entri khas untuk TE…kita 3 orang memang sayang giler ngan blogger TE ni…dia baik, baikkkk sangat…suker layan kerenah adam ngan nenial tanpa ada rasa jemu2 di hati….


Tak lama lagi kita 3 orang takkan dapat lagi komen semangat dari bloger TE ni…sebab dia dah nak gi berkursus selama 5 bulan………………………………………………………………………………………….sob sob sob, ni mesej blogger TE pada ibu n len2 blogger akrab dia….ibu hargai sangat2 blogger TE ni sebab dia sangat2 menghargai blogger2 len yang akrab dengan dia (korang paham kan?)…selalu lepas solat Jumaat dia mesti buat satu n3 tentang khutbah Jumaat yang dia dah dengar. Lepas ni kene tunggu 5 bulan baru ibu n de boys ada peluang baca n3 dari TE lagi….ni lah n3 yang sangat2 menyentuh hati ibu n de boys hari ni dari blogger TE.


Letterhead

Dapat surat tak berapa rasmi daripada blogger
Salinan kepada:
Hidayat yang suka membaca,
Serol yang suka roti bakar,
Ciao Annin-sama, peminat kipas-susah-mati EXILE,
Zati, dengan lappy warna pink dan bakal doktor cinta,
Bro Fyzal, peminat Rubik’s,
Belalang Hijau, presiden bangsa Bawah Tanah,
Kie-yu yang suka kepoci,
Mama JnJnJ dengan kumpulan ‘tag team’nya,
Kak Sheila dengan pelat Adam dan Danial,
Bro Ben Ashaari dengan segmen dan bebelannya,
Bro Hasrul Hassan dengan bangku kosongnya,
ATA, dengan emosi politiknya,
Jo Qusary dengan lukisan dan kopinya,
Bro Eizil dengan khidmat blogger dan khidmat sekuritinya,
Bro Zikri Husaini dengan pemuzik uniknya,
Kak Suri dengan segala jenis tips dan komen rempit,
Bro Ismail dengan fotografi dan Transformers,
Bro Maza dengan fotografi dan cerpen lantun-lantun,
Bro Aiman Najmy dengan bakal single terbaru bulan Ramadan,
Hadi Rofiee, bakal professor,
Bro Anif dengan realiti kehidupan,
Bro Akubiomed dengan kerenah abang Koning dan Kojak Junior,
Mr Tehr dengan pantun berkiasnya,
Kak Amy Sw33tdarling dengan Zulfan dan Ika,
Bro HafizMd, penyokong kuat Terengganu,
Mrs Ayie si gadis arnab,
Mr Ayie, si putera arnab,
Kak Bee, dengan Danish yang comel,
Bro Neil aka GematriA dengan lawak-lawak,
Fitri Hadi dengan video-video lawak,
Kak Ana, dengan tour basikalnya,
Kak Fizalinolie dengan bahasa Sarawak,
Kak Azzey, tak sempat bertegur sapa di Pesta Buku,
Effy Saiful, pelajar medik yang penuh anjakan paradigma,
Bro Faizal Sulaiman dengan cerpen thriller dan Harry Potter,
Afizz, pengawas pusat sumber yang tinggi,
Amir Izzat dengan semangat bahasa kebangsaan,
Keyrill peminat siri Glee,
Landax yang suka merayap,
PKE dengan kisah hidup Stormtrooper,
Raji dengan kerenah Bunny Raji,
Ladfe Amir dengan gadget terkini,
Ali al-Ridha dengan komen rempit dan entri noktah,
Fakhruddin dengan resensi bukunya,
Nizam Ghazi dengan jiwa penggodam,
Bro Dnobiz, dengan ulasan berita,
Anisa Hang Tuah, bakal wartawan yang puitis,
Cik Su dengan shake Herbalife,
Bro Amirez, kawan Imam Muda Hassan,
Piha, teruskan cubaan cupcake,
Bro LeeAneem, dapat cahaya mata lagi,
Puan Norasikin, pengajar resipi masakan yang tegas,
Amir Said, klien dengan resipi masakan,
Yui92, pelajar medik dengan perwatakan comel,
Bro Abdullah Idris, perunding pesakit buah pinggang,
Bro Dawa, perunding hiasan dalaman,
Akulinglung, penulis buku Sperma Cinta,
Nas, dengan pemerhatiannya,
Fendi, dengan apaknya yang bertuah,
Bro Titan dengan komisen affliate,
Bro Benjy dengan imaginasinya,
Hanisah Safian dengan jemput-jemputnya,
Fareed Sairi, belajar elok-elok di Australia,
Bro Afzal dengan motivasi,
Innanie dengan rezeki wayangnya,
Afnan, si makhluk Hijau,
Joegrimjow, tauke Herbalife,
Parkcheek, yang lama menyepi,
Bro Yas, Bro Mus, Iqbal Hakimi, Kak Fiezaradzi, Bro Jai, Bro Donny, Affan Ruslan, Syahril Hafiz, MdHafiz, Adele, Cik Sembang, Nuriz, Bro Kamarul Azri, Bro Wrizuan dengan HTC nya, Bro Sham, Bro Shamsuddin Amin, Bro Hisham, Saya Comel, Chip Coklat, Ayie, Faiz, Daus Pozi, Esempoi, Life Kami, dan kawan satu sekolah dahulu, Gadis Hanim, Fana dan Hidayah. Tidak lupa followers di SINI dan mereka yang pernah menegur aku juga.

 
tengok!! betapa akrabnya TE dengan len2 blogger…yang buat ibu betul2 terharu tu bila dia ingat apa kesukaan dan kebanggan ibu bila buat n3 tentang anak2 ibu, pasal suara pelat2 diorang…uwaaaaaaaaaaaa (ibu betul2 sedih nie campur terharu)



10.       Untuk makluman, supaya tidak seperti batu jatuh ke lubuk, 18 Julai ini aku akan melapor diri di Pusat Latihan Maritim di Kuantan, bagi menjalani latihan asas maritim selama 5 bulan. Bermula sebagai pelatih bagi jawatan Laskar Kelas Dua Maritim, aku akan menjalani latihan intensif serta kuliah sepenuh masa.


yang inilah sebab musababnyer TE kene mengundurkan diri buat jangka masa 5 bulan. Harap2 Te tak lupakan ibu n de boys kat sini ya?….kitorang tunggu jer TE kat sini, mana tau ada juga selit2 komen EMAS dari Tengkorak EMAS lagi lepas2 ni. Banyak lagi memo TE pada kami2 semua…korang2 gilah baca sini kalau tak caya.


 
P/S ku : Ibu, Adam n Nenial will wait for U Blogger Tengkorak Emas ;(

kalau suka LIKE k... :D

Sama2 kita membantu…lot’s of LUVE ❤ 14


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Malam semua….ni entri ibu buat khas untuk sama2 membantu n turut bersimpati dengan apa yang terjadi ke atas salah seorang ahli keluarga blogger MOON iaitu adik iparnya saudari Norma. Kalau tak salah ibu adik ipar MOON ni Norma mengajar kat Pontian, ibu pun orang Pontian. Sedih ibu baca kisah Norma ni kat blog Ben Ashaari hari tu….


Ni ibu copy paste dari blog MOON…..

cardbyTya
got this from a dear friend thanks dear ...cantek sangat
you may share this in your blog . Many many thanks
From my dear friend Ila n Poek ( copy paste from her wall)
JUALAN AMAL FOR Talib and Family - rasa nya ramai dah tau yang adik ipar moon (Norma) sekarang sedang sakit dan memerlukan bantuan . 1 would like to sponsor 10 choc moist cake with a min design, those interested utk turut sama membantu moon, can purchase the cake from us at a price of RM50.00 each. ALL money from the 10 cakes will go to TABUNG NORMA. let me know if any of you out there intersted marsilas@yahoo.com - Please visit Rizq cake
(4 pm, Saturday 2nd July - 10 cakes sold out)


Pada yang sudi ikhlas nak membantu…sama2 kita cuba ringankan beban kos rawatan yang ditanggung oleh saudari Norma.

cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif



P/S ku : ringan sama di pikul…berat sama dijinjing. 






kalau suka LIKE k... :D

Ibu minum Anlene…untuk tulang sihat dan kuat!! hehe 25



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Semalam ayah bawak ibu ngan de boys gi belanja groceries kat econsave…tu jer yang tempat paling besor kat Pontian ni kan?…punyalah ramai orang semalam (semua dapat gaji serentak kan?…aakaka). So dalam sibuk pilih susu de boys tu ibu teringatlah nak beli susu tuk ibu jugak…maklumlah umur dah masuk 30 tahun ni elok2 sangatlah jaga kesihatan tulang yek kengkawan?…huh! masa anak dara dulu rajin gak minum susu (duk hostel time tu semua bende rajin kalau nak jaga kesihatan nieh)….pastu siket2 tinggalkan amalan minum susu tu…tapi skang nie rasa macam nak setat balik lah minum susu..



images
gambor kite curik kat cik gugel jer


So semalam ibu pilih susu Anlene dari umur 19 sampai ke 50 tahun. Takmo ambik perisa totlat!! muak lak nanti tak abis minum membajir lak…ibu ambik perisa susu asli jer…sedap!! kurang lemak!! minum sekali harung jer boleh abis…hehe (gelojoh lak..patutlah anak2 suker sangat minum susu…menurun rupanyer). Sebelum ni masa ibu ngandung pun minum susu Anlene jugak untuk ibu mengandung, try lah konon perisa totlat tu…membazir jer ayah beli ibu tak abis minum…sayang lak, tapi tulah.....orang kalau mengandung ni mmg ngade2 dia lebih siket…muak siket pun takleh, last2 ayah tukar ngan perisa susu asli jer…tengah2 malam pun sibuk mintak ayah tolong buatkan susu..(ngade, time ngandung dulu…dah macam anak2 kecik lak)

images (1)
tapi ibu rasa yang lam kotak ni lagi sedaplah…perisa vanila eh?…dap dappp ngat!…ngehehe


Ibu bukan apa, skang ni badan belakang ni selalu rasa cam sengal2 jek, bila nak ngadap lappy jek mulalah sengal dia terasa…tak best betul, kalau di imbas kembali zaman kegemilangan anak dara ibu ni tak penah pun rasa2 sengal kat mana2 anggota tubuh badan (pehhh!! ngayat)…ok jek aktifnyer, cargas!! buat kerja dezup2 ko…skang ni buat kerja dezup2 jugak cuma seiringan lak ngan sengal bahagian belakang…ini tak boleh jadik, kita mesti fikirkan sesuatu untuk menjaga kesihatan tulang kita ni kan kakak2?…badan nak pakai lama…akakaka…sekali pagi sekali malam sebelum tito kite minom…harap2 dalam masa 4 minggu ni kesihatan tulang ibu nampak peningkatannyer lah yer?…bak pepatah kalimah cinta yang terkandung kat plastik susu Anlene lah gamaknya…


adoiyaiii....gegel2 semua...


InsyaAllah ibu percayalah ngan amalam minum susu ni tulang kita akan akan mengalami proses awet muda yek kengkawan…..jaga kesihatan selagi mampu, selagi boleh…kita berusaha, insyaAllah tulang kita sihat dan kuat…teringin punya tulang kuat cam orang2 tua2 kita dulu2 kan?…dah tua pun masih bertenaga…diorang tu kekal sihat dengan banyak lagi sebab n petua…mampu ngan tak mampu je kita ni nak menirunyer…makan jamu tak tinggal, bukan jamu biasa2 tu yer…jamu kaw pure punya datang  dari mak bidan kampung……alahhhh…jamu lepas bersalin tuuuu (ahaiii joyahnyer teman)…..nak ngan tak nak jer telan kan?..hehe kalau orang tua lelaki lak rajin berkebun, pagi petang berkebun tu yang tulang dia besi!! urat dia dawaii!!….



Betul nieh, contohnya macam abak2 (abak ibu n abak mertua ibu) ibu…abak ibu sampai la ni masih duk berkebun n bekerja lagi. Dia takleh duuuuk jer kat rumah tak buat apa2 tau. Lagi sakit badan dia padahal umur tu dah dekat2 80 tahun…masih kuat n smart (encem) lagik sampai skang ni (Alhamdulillah diberi kesihatan)….yang abak mertua ibu lak walaupun jalan macam tak jalan…jalan sambil duduk tu…badan dah bongkok 3….tapi masih lagi buat kerja sekeliling rumah dia…takleh duk rumah taman ni pening kepala dia….lebih baik dia kat rumah kampung sekeliling rumah dia penuh ngan pokok kopi…tulah mainan dia, tempat dia nak main kalau boring takder mende nak buat…dia akan petik kopi, panjat tuh pokok kopi……umur lak dah 80 tahun…kuat kan tulang diorang…samalah tu, berkebun pagi petang…itu orang zaman dulu punyer cara nak menghabiskan masa lenggang dia…tak macam kita skang…..aktiviti luar pon nak semat2 pakai…nak wangi2…nak nampak encem…buat apa jek kalau peluh susah nak keluar…main boling pon duk lam ekon…keh keh keh keh…


68759_162341233793998_100000543660368_417631_4759582_n
abak ibu yang genteng!!
hitam2 si tampok manggis..
sungguh pun sawo mateng abak tetaaaap manis….
I lep u abak!



P/S ku : Okeylah…apalah ibu melalut2 nie, nak men boling men jelah….. tapi jangan pakai batu cencen time men tu yer? itu bahya…ibu suggestkan jer pada kengkawan ibu tak kiralah umur skang ni berapa…minumlah susu tak kiralah apa juga jenis susu…yang penting kita leh telan kan?…keberkesanan dia mungkin tak nampak 2 ke 3 hari….masa mendatang baru leh nampak….sok2 nak men ngan cucu pun kita kuat lagi kan?…InsyaAllah.






kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...