Adam oh! Adam…. 18



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam semua….kali ni ibu nak story sal dak adam lak. Comel sangatlah! (anak sendiri puji2 lah siket..ekekeke)…♫♫adam dak comel!! adam dak comel!! ibu sayang kat adam!! ibu geram tengok adam!! naper dak ni comel sangat!! emmm emmm emmmm bau iye lemak2 bacin!! ibu suker bau dia….dak adam kuat makan…dak adam kuat tidor!!…ibu geram tengok adam!! sebab adam comel sangat!!♫♫
….haaaaa…nilah dia lirik madah ibu kat adam time2 ibu geram kat dia. Ibu2 len agaknyer pun mesti ada lagu spontan tuk anak masing2 kan?…ekekeke…..



Geram ibu ngan adam nieh…masa nilah dak kecik masih comel2 bacin lagi kan bau dia…kang bila dah besar siket mula lah hilang siket2 comel2 bacin ni. Time tulah kita terfikir-fikir nak mengandung  lagi. Semata-mata rindu nak cium bau fresh baby ngan bau bacin baby. Time tu jugaklah hilang dah segala ngeri ngan takut nak bersalin lagi…kalau tak masa kat sepital dulu, sesudah jer berjahit terus on de sepot suh incik abang janji2 yang ni last…takmo lagi!! takmo ngandung lagi…sakittt…ibulah tu! ekekeke….



adam adam
tengok ah muker dia time sedot air tu…
padahal orang order milo ais tabur tu tuk abang nenial…
dia lak yang balon ngan ganehnyer….lokek lak tu
kentang goreng tu pun mmg order khas tuk dia sorang jer yang makan…
org len nak makan kena cekot2 dari jauh jer…
pinggan mesti dok hadap kat depan mata dia….
takleh ambik2 sebarang…
kesian lagi kat abang nenial…


yang kat bawah tu masa nak pergi belanja groceries…
naik keta molek jer dengar dia mengekek-ngekek kat belakang…
eksaited naik keta jalan2…gitulah pun selalu…
tah bila masa dia diam ibu pun tak perasan…
rupanya dia tidor…
agak2 ah kalau nak tidor tu biarlah baring nak…
ni tidor berdiri pon jalan…
tah hape lah org. fikir di sepanjang perjalanan….dititian…masa kita lam keta
mesti org ingat ibu ni ibu yg tak bertanggung jawab…
terok bebenor engko tidor cenggitu..
tanjat ibu tengok adam…
ayah tanjat jugek tengok adam…
abang nenial jek yang cool…
kalau engko ni anak org len…ibu tengok  keadaan ko macam tu…
mmg ibu dia jugaklah yang akan ibu persalahkan…
tak senonoh biar anak tidor macam tu…
cam baru lepas kena dera pon iye gak…

…♫♫ adam dak comel!! adam dak comel!! ibu sayang kat adam!! ibu geram tengok adam!! naper dak ni comel sangat!! emmm emmm emmmm bau iye lemak2 bacin!! ibu suker bau dia….dak adam kuat makan…dak adam kuat tidor!!…ibu geram tengok adam!! sebab adam comel sangat!! ♫♫….



P/S ku : dilarang keras meniru aksi terakhir tadi di rumah. kebenaran ibu bapa bagi kanak-kanak baru lahir dan ke atas di wajibkan!





kalau suka LIKE k... :D

Berbuka ker Beraya nieh??…ekekeke 8



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam semua…tengok tajuk tu…tau naper?…semalam ibu ngan ayah pergi break our fast ngan ketupat dan rendang raya. Eh! taklah….bukan ibu yang buat…ibu makan kat kedai jer…ekekeke. Kedai makan ni kira pemes lah kat Pontian sebab dia jual ketupat ngan lauk raya di sepanjang tahun. Sebab dia?…sebabnya ketupat ngan lauk pauk dia sememangnya sedap2 belaka. Kom Kom (konfemlah tu)….banyak kali dah ibu ngan ayah repeat kat kedai ni. Dah sedap murah lak tu…sekejap jer habis lauk pauk dia ni. Kalau nak makan kena standby datang seawal lepas Maghrib untuk bulan biasa. 


Kalau bulan puasa start kul 4 petang dia dah bukak. Kalau yang datang kul 6 ke atas, yang dapat order lauk best2 hanya yang datang nak berbuka kat kedai dia sahaja. Yang nak order bungkus bak balik tu takleh dapat rendang daging dia, sebab dah diasingkan tuk orang yang nak berbuka kat kedai dia jer….(korang paham tak??). Punyalah laris kan? sebab yang datang bungkus2 sebelum kul 6 tu kemain lagi ramainya…….tak hengat2 kat orang yang nak makan kat kedai lak kan? leh jadik kecewa tau kalau datang nak makan kat kedai dia, tapi lauk rendang daging dah habis…tak puas sangat kat dalam hati ni...kih kih


ketupat
rendang daging yang paling bawah sekali tu…nampak jer gitu, tapi seddap tak hengat!!
rendang ayam dia pon boleh tahan jugak (food tester sangat2 digerami!!)…sambal kacang dan sayur lodeh (ye ker nama sayur ni sayur lodeh?...ayah yang gi tau nieh)
makan macam ni pun kenyang Alhamdulillah…
Danial suker kuah rendang ayam tu…
Adam suker ngan ketupat tu (dia ni mmg suker nasik seketul-seketul…sebab tu suker makan nasik dari dalam periuk nasik…hebat sekali!)
Ibu ngan ayah lak suker ngan rendang daging tu…
Ketupat 2 biji jer dah cukup mengenyagkan perut ibu..
kalau ayah mau 4 ke 5 biji baru betul kenyang…..
adam lak sebiji ketupat licin dia bedal!!…
yang danial lak sebijik ketupat tak habis2 dia makan…(adeiii cam mana nak besar nak?)


P/S ku : pada sesiapa yang nak terai makan ketupat ngan lauk pauk raya ni kedai dia berdepan ngan hospital pontian. Yang duk Pontian tu di alu-alukan lah menerai ya…kom kom tak rugi.










kalau suka LIKE k... :D

Thank you sooo much MommyYen!! sayang mommy!! 6



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Malam semua….dah kenyang berbuka?? Alhamdulillah…malam ni ibu, ayah, nenial ngan adam berbuka kat luar jer…kitorang makan ketupat ngan rendang daging…wooowoooo mantap kaw nyer lagi rendang daging dia…ekekeke…yang sebenar-benarnya ibu nak cerita sal mommyyen yang ibu makin sayang nieh. Mana tak sayangnya sebab mommy baiklah ngan ibu, selalu ingat kat ibu n de boys. Tadi ibu dapat special cute gift from mommyyen tuk ibu dan juga de boys…



Cute sangat!! bila ibu tengok jer mesti ibu senyum…nak tau apa? meh tengok!


mommyyen cute
nampak tak??…comelkan?? cute gilerr…
ibu suker dedua keychain nie…adam n danial keychain skateboard warna gold lagi..
yang ibu nyer warna merah…..
“♫♫ senyummm…tak perlu kata apa-apa…senyum…tak perlu kata apa-apa ♫♫”
nampak…happynyer ibu…hehehe
thanks mommy selalu ingat kat ibu n de boys…sayang  kat mommy & yen yen…
dapat idea!!......pasni boleh lah kita selalu bertukar2 souvenier kalau gi mana2…ekekeke



P/S ku : sayang geng blogger ibu semua……..






kalau suka LIKE k... :D

HULURKAN SUMBANGAN UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA 2




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SOMALIA
HULURKAN SUMBANGAN IKHLAS HARI INI



Malam semua…malam ni ibu nak share siket tentang kempen yang sedang di jalankan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM). Masa ibu jalan jalan ke blog hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock…ibu terbaca lah en3 yang sangat bermanfaat tuk dikongsikan bersama ni. So ibu pun nak jugak kongsikan sama2 ngan geng2 semua ya. Memanjang-manjangkan perkara yang patut, di bulan yang mulia ni elok sangat2 kalau kita nak menambahkan pahala yang berlipat-lipat kali ganda. Marilah kita menderma sedaya yang kita mampu, bak kat orang2 tua…sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.


Apa salahnya bagi mereka yang ada rezeki yang melimpah ruah tu…salurkan lah sedikit rezeki tu ke TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA ni. Kira macam kita berzakat jugaklah kan. Pada yang nak menghulurkan sumbangan kepada TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA yang di anjurkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) ni,  Sumbangan ikhlas boleh di salurkan di atas nama "Islamic Relief Malaysia" di akaun Maybank 562142708704 atau akaun CIMB 12590000804058 atau KE LAMAN WEB INI .


Ibu pun sokong sangat2 dengan kempen ni. Lagi2 ibu ni mmg takleh menahan bila tengok anak-anak kecil yang tak berdosa ni meninggal kerana kelaparan & kehausan. Kita kat sini melambak-lambak kadang2 makanan yang tak habis dimakan. Kadang2 jangan kata makanan, dari segi persiapan nak beraya jer pun kita berbelanja sampai tak hingat dunia (sesetengah). Baju tak nak mengalah kemain lagi berpasang-pasang menempah, pakainya cuma setahun sekali…tu baru baju kita, belum pakaian anak-anak dan suami lagi. Kalau itu semua boleh kita sediakan atau adakan….inikan pula hanya beberapa puluh atau ratus ringgit (bagi yang mampu tu) untuk kita salurkan pada TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA ni.


Renung-renungkan dan selamat beramal dibulan mulia ni.


P/S ku : Ramai dah yang buat, ibu baru nak terhegeh-hegeh. Lakukan dengan seikhlas hati.






kalau suka LIKE k... :D

Danial oh! Danial…. 16


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Malam semua…dah kenyang berbuka??…Alhamdulillah, ni ibu nak tunjuk dak Nenial nih……asik nak perhatian ibu jek. Sekejap2 panggil ibu nak tunjuk itu..sekejap2 panggil ibu nak tunjuk ibu..kang kejap2 lagi panggil lagi ibu nak tunjuk itu dan ini…adehhhhhhh…letih lah haiii melayan bujang sorang nih. Cayalah!!…memang letih, letih2 pun layankan juga…paling takleh tahan tu dia panggil ibu nak tunjuk kat ibu yang dia pon boleh buat saaama macam ayah buat. Buat apa?  haa..meh tengok






268382_259152494099763_169759156372431_1241027_6358363_n
uikkk…encemnyyerrr diorang2 nih!…encem macam anak aku!!




danial5
maaf lah gambar tak berapa nak jelas…kamera dah canggih, 8 megapixel nih…naper lak gambar tak canggih??
haaa…nampak tak dia nak tunjuk apa kat ibu kali nih??
haaaaaaaaa (panjang siket)….nenial pon boleh pakai kain pelekat macam ayah buat..
senang jer rupa2nyer…gulung2 kan dah jadik…
nampak tak ibu??...pandai kan nenial??
akakakaka…comel lah nenial..lebih comel nenial daripada ayah cenggini…
molek sangatlah pakai kain pelekat gulung gini pastu masih pakai pampers malam lagi…
banyak lagi nak kena belajar nih…ce belajar bangun kencing tengah malam kat bilik air…
baru ah lelaki…kan?..kan?…ekekeke



P/S ku : Adam punya jersi Harimau Malaya no.10 tau…Adam Sali gitew…akakaka




 

kalau suka LIKE k... :D

♫ Selamat Berhari Raya ♫ 9



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




                                                Selamat Berhari raya ya kawan2!! video dari FACEBOOK!



P/S ku : ibu terpana dengan penghayatan yang diberikan oleh ke 3 3 penyanyi nasyid ni, ibu lihat ke 3 3 mereka ini mmg betul2 menggali dalam2 lirik lagu raya ni kan kawan2, jelas terpancar pada body language mereka……tang shawl tu takleh blah!! ikut trend u’ollsssss





kalau suka LIKE k... :D

Perodua Tweckbot LR & Nenial & Adam ♥ 16




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pagi semua….lama ibu tak update blog, hari2 ibu hadap pc nie…tapi tak update pun, takder idea mari nak buat story. Ni nak story sal BE lagi…sekali Nuffy bagi, berderet2 dia bagi lagi…Alhamdulillah, walau pun tak banyak mana tapi ibu tetap bersyukur, lagi2 rezeki di bulan yang mulia ni kan?…memang terbukti dah nuffy ni memang baik hati. 


be lagi
mekasih nuffnang!! Smile



Haiiii....kitorang rindulah nak enterpereeeemmm...........Smile
 
adam
de boys lama tak muncul2 lam blog cabuk ibu nie kan?…
ada yang miss2 diorang tak?
comel kan diorang duk posing ngan cermin mata kokak ibu nie..
mandangkan ibu idea tak mari2 nak update blog…
diorang pun sibuk2 lah makai cermin mata kokak ibu nie..
bajet2 dah pakai leh lah tolong ibu update…mencari idea terkini lagi shenshashi..
nampak cam budak smart reader kids jer kan?…kui3…
kemain lagi…cermin mata kokak pon korang nak…
tak bagi marah2…
hmmm…anak2…pengubat hati time boring…
lagi2 si adam tuh…macam2 pandai dah skang nie…lagi2 bab makan..
Adam pergi dapor carik periok nasik, Adam bukak tudung periok, kaot nasik pastu Adam dok bersila n bismillah…Adam makan.
orang makan nasik dalam pinggan…adam makan nasik dalam periok nasik…
sebab ibu dia pemalas nak hidangkan dia nasik dalam pinggan…(ibu puk kangggg….)
Abang Nenial lak dah pandai cakap macam2…macam2 lahhh…
terkebil2 ibu ngan ayah dengar sepatah dua ayat nenial…
“ayah ni asik kejeee jer kan bu??….huuuuuuhuuuuuuhuuuuuuhuuuu (nanges)”
“ibu..nanti kita nak jalan2 tey ell kan bu?…kan bu?…kite pegi umah salji kan bu??…kan bu??”
“ibu…nenial pandai kan?..kan bu?…(pandaiii…ibu jawab)…naper ibu tak shakap awal2 tadi??…apelah ibu ni”
“kite nak jalan2 Ohor kan yah?…kan yah??……(kemudiannya dia bernyanyi2 riang dan comel) ♫sheronoknye nak pegi jashko..jalan2 jashko…KETA KONKOL SHATU…KETA KONKOL SHATUUUU♫” (ada lagu jerangkap samar disitu)
seronok kan ?? Smile


P/S ku: anak-anak…boleh buat kita ketawa…boleh buat kita marah…boleh buat kita geram…boleh buat kita naik hantu….boleh buat kita hilang sabor…akhir2 sekali mereka boleh buat kita tersenyum kembali Smile







kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...