SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN "MTAQA" 10


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jiji


Salam semua…ibu ni dari blog Mat Gebu, nak share tentang pungutan derma ikhlas untuk tabung pembelian kenderaan rasmi MTAQA ni. Pada yang mampu tu sama2 lah kita rebut peluang ini supaya kita sama2 mendapat manfaat daripadanya. Bukan selalu2 jumpa peluang menderma macam ni, pada geng ibu yang lain tu kalau nak copy paste kat blog memasing pun lagi bagus. Sama2 kita panjang2 kan perkara yang baik ni.


MTAQA telah pun melewati enam tahun penubuhannya. Potensinya sudah mula membuahkan hasil. Namun, komitmen untuk menjalankan aktiviti masyarakat dan sekolah agak terbatas kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh dan kenderaan bagi tujuan tersebut. Sehubungan itu rayuan sumbangan ini dilancarkan untuk meningkatkan potensi MTAQA supaya lebih terkehadapan dan cemerlang.
Jadi, Tabung Persatuan Ibu bapa dan Guru Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha (PIBG MTAQA) untuk pembelian Kenderaan Rasmi MTAQA (Van) telah dilancarkan untuk mengembangkan potensi tersebut.
Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03027010037358 atau cek atas nama “Tabung Pembangunan MTAQA (PIBG)”.
Sumbangan yang bakal anda salurkan didahului dengan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak MTAQA, tel : 09-7922560 atau melalui email : maahadmtaqa@yik.edu.my
Klik--> MTAQA.
 
 
P/S ku : Bercita-cita tinggi lah ibu ni kalau adalah anak ibu siapa2 yang mampu belajar kat mana-mana sekolah Tahfiz ni. Bertuah betul ibu ngan ayah. 





kalau suka LIKE k... :D

Atok2 yang baik :) 10


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Malam semua…sihat?…sekarang ni jarang blog ibu ber update! tadi adalah update satu entri copy dan paste sajorkk!!…hehe..malam ni ibu rajin siket nak update satu entri tentang atok Nenial dan Adam. (senyum) bila ibu teringat kan atok nenial & adam nie (atok sebelah ayahnyer), mesti ibu senyum jer…nak tau atok nenial&adam ni dah takleh jalan tegak2 lagi, umur dah 80 lebih…dah bongkok 3 kalau berjalan tu. Itu pun kalau boleh dinamakan atok berjalan….kadang2 tu ibu tak sanggup nak tengok sebab atok jalan sambil cangkung jer kalau dia dah tak larat nak jalan. (punggung cecah tanah lebih kurang)

Ibu sayang atok nenial nie (bapa mertuaku) sama jugak macam ibu sayangkan ayah kandung ibu sendiri. Sebab apa ibu sayang atok nenial&adam ni takder bias2 macam bapak sendiri??…..sebab ibu sedihhhh bila tengok atok…tiap kali tengok atok ibu rasa atok ni cam sakit sangat, tapi comelll sangat2….atok nenial&adam ni baik orangnya….kalau kita balik jenguk atok tu tak pernah merungut-rungut sakit walaupun kalau kita tengok keadaan dia tu nak ambik nafas puuunnn susah…hari tu baru jer keluar dari hospital kena tahan wad.

Atok ni kalau tak iye-iye…tak hingin dia pergi hospital…kalau pergi mesti kena tahan (dia tau dah…tu pasal dia tak nak pergi) tapi kalau dah teruk sangat sampai nak ambik nafas pun susah takkan ayah nak biarkan jugak…jadi hari tu atok nenial&adam kenalah ditahan di hospital. Lepas 2-3 hari baru dia boleh balik. Sebenarnyer atok sakit…tapi dia buat2 macam orang tak sakit….hmmmmm, atok nenial&adam ni tak suker duduk rumah orang lama2 even rumah kami……walau macam manapun dia tetap nak jugak balik rumah dia tu…buruk macam mana pun tetap jugak dia tak mau tinggalkan rumah tu….sayang sangat ngan rumah pusaka tu…

Keluarga ayah (encik latif) nie bukannyer senang…sama macam keluarga ibu juga. Tapi keluarga ayah memang susah…dari ayah kecil2 lagi…ayah selalu cerita masa dia kecik2 dulu macam mana. Pergi sekolah takder minyak rambut…korang tau ayah pakai minyak apa????…ayah cerita dia pakai minyak yang goreng ikan tu…minyak masak!!…1st time ibu dengar ayah cerita ibu bukan macam lagi…memang ibu tak percaya…tapi bila ibu tanya balik kat kakak ipar ibu semula…kakak ipar ibu senyum pastu dia cakap “iye”…memang betullah tu dia kata….terkesima ibu.

Atok nenial&adam ni dulu macam2 kerja dia buat dulu tuk bagi anak isteri makan. Atok ni pandai masak nasik minyak kenduri kawen. Sekarang ni menurun pada abang ipar ibu yang sulung….orang dulu2 tak taulah ibu nak cakap macam mana…selalu kena panggil masak tuk kenduri kawen, tapi selalunya tak mendapat upah…pernah penat2 masak kat kenduri kawen atok nenial&adam ni dapat upah RM20 sajork!! sedihhhh ibu bila ayah cerita macam tu. Cuba korang story mory siket kat ibu zaman skang ni upah tukang masak kenduri kawen berapa yer?……tapi atok nenial&adam ni memang baik orangnyer…orang bagi dia ambik, orang tak bagi pun dia diam2 jer…tak suker kecoh2 gaknyer…

Bila tak masak kenduri kawen atok nenial&adam turun ke laut pulak. Jadik nelayan…carik lauk, kalau ada lebih boleh lah jual….ayah(encik latif) pernah jugak ikut atok turun ke laut kalau cuti sem. Masa sekolah menengah lagi ayah memang selalu ikut atok kelaut. Sebab tu ayah tau penat lelah atok nak membesarkan anak2 dia masa dulu2 sampai atok skang ni bongkok 3 dah, masa susah sama2…semoga masa senang jugak sama-sama….. Alhamdulillah ayah tak lupa jasa orang tua dia….orang tua jugalah yang membesarkan kita..sanggup buat apa saja asalkan perut anak isteri beralas.

Ayah (encik latif) pun apa kurangnyer. Susah dia masa nak belajar kat U dulu tuhan jer yang tahu…..ayah dapat sambung belajar masa tu atok dah tak mampu nak kerja lagi…dah tua sangat (atok kawen ngan Awe masa umur 40 tahun). Macam mana pun ayah mesti nak sambung belajar….Alhamdulillah ayah dapat biasiswa, tapi zaman dulu2 punya biasiswa banyak manalah kan…belajar lak kat KL. RM8 ribu(kalau tak salah ibu) ayah gunakan ngam2  sampailah ayah dapat tamatkan Diploma. Cuti sem jer ayah jarang balik kampung…mesti carik kerja tuk tampung duit poket tuk belajar. Kalau tak rajin…macam mana nak teruskan belajar. Ayah cerita time tu kalau nak jimat duit makan….nasi jer setimbun lam pinggan…kuah curah banyak2…pastu ambik telor goreng mata lembu satu + sky jus satu. Makan kenyang2 tuk jimat duit…hehe…sedih ibu dengar tauuu….

Ayah belajar sampai Diploma jer…tak mampu nak sambung Deg. walaupun pensyarah ayah suh jugak ayah sambung belajar…ayah cakap kat lect. yang atok tak mampu nak tampung belajar lagi…atok dah tua…ayah pun dah tak sabar2 nak kerja tuk ringankan beban atok. korang tau…sepanjang ayah belajar sampailah grade diploma ayah tak penah mintak duit kat atok. Ayah gunakan sebaik2 nyer duit biasiswa RM8 ribu tu masa belajar dulu sambil kerja part time. Alhamdulillah ayah tak payah bayar balik pinjaman biasiswa dia sebab keputusan exam bagus. Ringan siket beban ayah..boleh terus carik kerja n ringankan beban atok dengan senang hati. Sampai sekarang ni ayah masih lagi kerja kat tempat yang sama tak pernah pindah mana2 sebab nak duduk dekat ngan atok & awe. Senang nak jenguk kalau ada apa2 dia kata….dah berbelas tahun ayah kerja kat sini (kat sini jugaklah ibu ngan ayah jumpa…hehe)

Berbalik pada cerita atok nenial&adam pulak….sekarang ni atok dah takyah kerja teruk2 lagi….tapi dia tetap jugak takleh duduk diam2, pantang sihat siket jer mesti nak panjat pokok kopi yang ada kat keliling rumah dia n petik kopi. Kata ayah tulah mainan atok…hehe, orang dah biasa hidup susah…memang dia tak suker nak menyusahkan orang lain even anak sendiri. Atok atok, kalau hari raya jer meriah atok ngan duit raya….bukan meriah dari anak2 sendiri…anak2 bagi jugak…tapi yang buat lebih meriah tu bila anak2 sedara dia datang rumah beraya….penuh poket atok ngan wet raya….korang rasa siapa yang untung ngan wet raya atok ni??…ce teka..ce teka…..siapa lagi kalau bukan cucu2 dia….atok ada 5 cucu (3 orang anak kakak ipar duduk jauh jarang2 dapat jenguk atok & awe) (2 orang lagi nenial&adam, dak2 nilah yang paling bertuah sekali)….

Ibu tak kisah kalau atok nak bagi duit kat cucu2 dia yang 2 orang ni….kata AWE (nenek nenial&adam) rezeki jangan di tolak….bukan ibu saja2 nak tolak, tiap2 minggu ayah mesti balik rumah atok jenguk atok ngan awe. Tiap2 minggu balik kadang2 ibu ikut kadang2 ibu tak ikut. Tapi mesti ayah bawah hero sorang nenial tuk jumpa atuk dia. Tiap2 minggu balik tu jugak atok bagi duit, Paklong (abang ipar) bagi duit, awe bagi duit…kalau sorang bagi sepuloh hengget kan ke banyak tu??? kalau tiap2 minggu macam tu sebulan dah berapa??? itu belum lagi kalau duit raya…pagi raya dapat duit raya…kang anak sedara dia datang kang bagi atok wet raya, dia bagi lagi kat budak2 tu wet raya (repeat)…pastu nak balik kampung ibu lak kang dia bagi lagi duit raya kat budak2 tu (repeat lagi….Alhamdulillah)….murah rezeki dema2 ni.

2 hari lepas ibu baru balik jenguk atok, lepas atok keluar dari hospital….baru jer duduk tak panas lagi punggung ibu, atok dah panggil2 adam…ibu tengok kat tangan dia jer ibu tau atok nak bagi apa. Duit lagi??…orang datang nak jenguk atok, atok lak takleh tengok kechumilan adam sibuk dah nak bagi duit. Kali ni up lagiii…bukan warna merah lagi…dah jadi warna ungu2 gitu. Tanjat ibu atok nak bagi sampai lima ploh ringgit kat adam. Ibu suruh ayah pulang balik..banyak sangat, tak sampai hati ibu ngan ayah nak ambik banyak macam tu..ayah pulang balik atok tak nak. Pikir2 ayah balik kan semula kat atok wet merah 4 keping, pastu ayah cakap kat atok ni duit jajan tuk atok…ekekeke, atok tengok2 duit tu pastu atok senyum2 jer baru dia nak ambik….manis+comel jer atok senyum…hehehehehehhehehe

Kalau korang baca dari atas sampai bawah, sanggup tak nak ambik duit banyak2 macam tu semata-mata dia nak bagi kat cucu2 dia ni?. Kita datang melawat dia…dia lak sayang sangat kat cucu sampai dah tak heran lagi ngan duit. Atok atok….sekarang ni kesihatan atok tak berapa baik lagi. Memang tiap2 minggu ayah akan balik jenguk atok ngan awe walau sihat ker tidak…tapi yang ibu risaukan tu atok ngan awe mesti nak bagi lagi duit kat cucu dia (padahal baru selang 2hari tu dapat duit dari atok). Selalu ibu pesan kat ayah jangan ambik kalau atok bagi duit banyak2 kat budak2 ni, kalau singgit tu takperlah ambik jer tapi kalau banyak2 jangan selalu2…..ayah pun tak tau nak buat macam mana lagi…nak tak nak kena jugak ambik sebab tak nak kecikkan hati orang tua…..ni besok kalau balik jengah lagi ibu dah tau dah…..tak sampai hati tengok atok bagi duit kat cucu bila kenangkan kesusahan atok dulu2 nak besarkan anak2….biarlah atok nak buat apa pun ngan duit tu asalkan jangan selalu2 bagi kat budak berdua tu……kesian atok kan nenial??…..



P1020608
nilah atok ngan awe…ni jer gambar yang ibu ada…
abaikan gambar yang senget benget tu…
tengok atok, masa ayah kawen pon atok dah tua sangat kan?…sian atok



P/S  ku : niat ibu bercerita kisah atok ngan ayah nenial&adam ni sekadar nak berkongsi pengalaman hidup dari keluarga yang susah macam keluarga2 kami ni. Buat ingatan kat nenial ngan adam jugak supaya dah besar nati kenang2lah kat atok2, awe, ayah ngan ibu ni….pengorbanan orang tua pada anak2 hinggalah ke cucu2 tiada sempadannya. Pandai2 kitalah anak2 nie macam mana cara kita nak menghargai orang tua selagi mereka ada. Semoga atok kembali sihat macam biasa…pasni bolehlah panjat pokok kopi lagi……hehe






kalau suka LIKE k... :D

Best betul story ni…terasa diri begitu berharga walau bukan story sendiri :) 10



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Copy Paste dari FB :


WANITA UNTUK SUAMI cerita yg menarik, cuba baca ye.... slmat membaca..:) Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. waaa... mana isteri ku... Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. fuuu.. lega.. “Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.. lelaki tu pun berfikir... Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… hahaha... takde yg nak marah ku... Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa... Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ??? ingat balik.. And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!! SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU.. HARGAI MEREKA!!!!! Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”



P/S ku : send email kat encik latif dengan tajuk : “ bestnyer citer ni…ce baca…ce ce”





kalau suka LIKE k... :D

Nuffnang oh! Nuffnang….♥ 12



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam petang….(baca berita ke hape?)…hehee..ibu nak citer sal Nuffnang lagi ni…baru cek akaun nuff tadi…cek2 tengok ibu dapat BE lagi…bukan satu..tapi 2!!…thanks nuffy…mmg sayang tak henti2 nuff kat blog cabuk ibu ni…masih bagi peluang ibu nak rasa BE llagi...dan lagi...lagi lagi (terharu). Blog ibu ni bukanlah best sangat…janganlah cerita bab traffik ni…page view blog ibu pun bukanlah banyak sangat. Tapi bila tengok BE BE yang Nuff bagi ni rasa rugiiiiiii sangat kalau tak bw. Nak bagi UP siket amount yang ada kat dalam tu…buat beli pampers Adam ngan Nenial ker…buat beli susu dia berdua ker…buat beli bedak muka ibu ker…ekeke…tapi nak dapat traffik kaw2 ni bukan nyer cikai2 punya blog.



Bukan sebarang2 blogger yang boleh dapat traffik dengan pendapatan BE dia RM ratos2 giteww. Tunjuklah kat ayah tadi BE BE ibu ni…sekali dia bagi ibu semangat daaa….cam tak caye lak!!…ayah bagi semangat kat ibu suh update blog yang boleh buat page view mencanak2 naik…..kih kih kih…update citer apa yek?…geli lak hati ibu….kih kih kih kih kih kih….



sayang nuffnang ketat2 jugakkkk
dapat BE CELCOM lagi!!
sayang NUFFNANG!!


P/S : nak seribu daya…tak  nak seribu dalih…cemana nak jana pendapatan nieh??…suami dah bagi restu…mesti berkat! (mood : serius nih!!)






kalau suka LIKE k... :D

Lama tak post entri lauk pauk :) 14



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 

Selamat tengah hari semua…lama ibu tak post entri lauk paukkan…bukan ibu tak masak…masak, tapi malas nak ambik gambar. Hari tu jer ibu rajin nak ambik gambar…kali ni ibu masak “asam pedas kepala ikan merah”…apa ke pelik no?…akaka, nak samekan dengan kari kepala ikan. Tak seberapa rajin ibu masak, lauk pun tak banyak…masak banyak2 pun bukannyer ramai yang nak makan. Ibu ngan ayah jer…adam kuat2 makan pun tak banyak sangat luaknya. Danial lagilah…siket jer dia makan, susah betul nak suh dia makan banyak…kalau gi keduri kawen baru selera dia nak makan banyak. Jom lah makan!



page
bintang utama : Ikan Merah masak asam pedas….
nyum nyummmm….
menu kedua : sayur kailan goreng belacan……terlebih lak curah air…jadik sayur berkuah dah…kiki
menu last : Ikan kering (apa nama ikan kering ni ibu tak tau lah??) masak kicap….sedap jugak nih…selalu goreng gitu jer.



P/S ku : mood update blog kelaut sungguh.






kalau suka LIKE k... :D

Siket jer gambar raya tahun ni……………♥ 21


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 

Salam sayang semuaaaa….rindu tak?? rindu tak??…katekan saja…jgn malu2 dongg…ekekeke, apa ibu merapek meraban nie??…ibu nak ucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin ya ibu nak ucapkan pada semua yang ada singgah n jengah n baca blog cabuk ibu ni. Nak minta maaf dari hujung rambut saaampailah ke hujung kaki sepanjang perkenalan kita selama ber blogging ni ya. Manalah tau ada yang salah di sana sini dalam blog ibu ni kan?…tak perasaannn hehe



Raya tahun ni macam mana?…best ker?…seronok??…ibu tiap2 tahun rasa seronok. Lepas sudah bulan mulia Ramadhan dan Syawal untuk tahun ni kan?…ibu harap kita semua panjang umur dan murah rezeki untuk berjumpa lagi dengan bulan2 yang mulia ni. Kalau dulu masa ibu masih kerja…memang ibu mengakulah yang ibu ni tak sensitif langsung menyambut bulan Ramadhan ni. Bukanlah maksud ibu melantak depan orang ramai siang2 bute yeee…maksud ibuuuuu….



Setiap kali bulan Ramadhan ibu tau puasa jer…yang ibu tak selam dalam2 tu ialah KEBERKATAN DI BULAN RAMADHAN, segala amalan baik yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan ni, kita akan mendapat berlipat-lipat-lipat-lipat kali ganda lagi PAHALA nya. Alangkah ruginya ibu zaman2 dulu tak menghayati bulan Ramadhan ni betul2. Yang ibu tau nak seronok2 di bulan Syawal jee…Ya Allah, nasib baik kau bukakan pintu hati dan mata aku ni luas2 selepas aku berhenti dari kerja. Aku bersyukur sangat2 padaMU Ya Allah. 



Ibu memang rasa perubahan dalam diri ibu tentang pemahaman yang sebelum2 ni ibu anggap remeh-temeh jer. Bersyukur juga padaNYA…juga berterima kasih sangat2 pada ayah sebab bagi ibu ruang untuk sedar dan perbaiki banyak kelemahan ibu kat sana sini dari ruang yang diberikan dengan berhenti kerja nie. TERIMA KASIH YA AYAH (suamiku yang sangat2 aku sayangi). – HIJRAH



Balik pada cerita raya tahun ni hehe….raya tahun ni macam biasalah ibu mengamalkan system bergilir2. Tahun ni raya pertama ibu beraya kat rumah mertua…seronok jugaklah, sebab kampung ibu ngan ayah bukannyer jauh sangat…ulang-alik lebih kurang 45 minit sampailah. Petang raya pertama tu ibu dapat green light dari ayah balik kampung ibu tuk balas2 lauk raya….alasan! hehehe….pastu balik semula umah mak mertua, besoknya raya kedua petangnya tu barulah ibu & de family balik beraya ke kampung ibu pulak…ADIL kaaannnn??



Raya tahun ni yang kurang seronotnya ibu tak ambik gambar sekeluraga di pagi raya. Ibu ni mmg lah…nak kata pemalu macam tak…cemanalah ibu leh tak ambik gambar sekeluarga di pagi raya kan?….gambar nenial pon ada2 jer…adam langsung takder…ibu ngan ayah lagilah…adeiii…jomlah layan gambar yang sedikit ni…asal adeee jer…

mood : menyesal



raya 1
alalalalala…comelnyerrrrr nenial lah haiiii…
ni baru lepas mandi, rambut pun basah lagi tu…
pagi raya kat rumah AWE (panggilan cucu2 tuk ibu mertuaku)
ce teka baju raya nenial warne apa nie??…..ce teka…ce teka…

Ibu : Danial..jom pergi potong rambut
Danial : Tak nak!!
Ibu : Jomlah…kita pegi potong rambut kat kedai nak??
Danial : Tak nak!!
Ibu : Jomlaaaahh…kita potong kat kedai rambut yang ibu ptong rambut tuu…
Danial : Nak..nak..
Danial : Nak potong kat kedai baru…tak nak potong kat kedai burok (kedai feberet ayah lah tu…kui!)
Danial : Kat kedai cantik…rambot kan nak selamat hari rayaaaa…kan bu?
Danial : Selamat Hari raya… ♫ ♫ balik kampong..hoooooo balik kampong…hoooo balik kampong…bla bla bla giranggg ♫ ♫

Akhirnya : rambot tak potong jugek.......


raya 2
kejadian ni semasa malam raya ke dua…petang raya tu ibu balik kampung ibu kan…
ni lah rumah kampung ibu…rumah arwah mak dan bapak ku….
semua adik beradik berkumpul malam tu…
plan wat barbeku (betuii ka??)…..
buat simple2 jer…
punyalah seronoknya nenial malam tu dapat jumpa abang2 sepupu dia…
main tak hengat kat ibu lagi dah…beraya pon tak nak naik keta ayah…
nak naik keta abang2 dia jer…nak naik ngan abang fitti..ngan fayishh….
ibu ngan ayah tercampak ke laot gitu jauhnya….nenial2…
tengoklah tu mereka ber3….seronok bersama3….
gambar berasap dipenuhi dengan asap barbeku & asap mercun bunga api…

mood : sesak napas
menu : ayam barbeku, sotong barbeku………..udang barbeku



raya 3
kejadian semasa raya ke3….
venue kat rumah makcik ibu sebelah mak….kat kluang…
ni lah sepupu kesayangan ibu, Linda namanya…tanteeekkk kannnn??
ce teka ce teka muka dia macam siapa??….ce teka..
dari kecik2 rapat walau duk jauh2 setahun sekali jumpa..
raya kedua dia datang sekeluarga ngan makcik ibu, sekali tunggu ibu tak sampai2…
ibu sampai lambat sangat …..dah petangggg sangat…huhuhuhu (sedih)
tiap2 tahun dia beraya tunggu ibu lambat sampai…ekeke
tahun nie sempat lak jumpa kat umah mak dia…
semenjak dah kawin ni…yang rapat dah menjadi renggang…
cuma sillaturrahim tu tetap terjalin…takkan nak putus kan plak kan?
ibu ngan dia ni kawen tahun yang sama…
dia ni anak dah 2, sepasang lagi…skang ni tgh sarat yang ke 3…
ko lah jalan dulu ya lingg….aku kendian2 pon takper…akakaka

mood : ♫♫ rindu bertandang lagi…oh lalingggg ♫♫ bila lak turn aku ni nak ngejor…tak terkejor yop!



makan3
kejadian ni pulak masa raya ke berapa yer??…hari Ahad ritu..
antor MOKSU balik umah sewa dia…ari senin dah start kijer..
abak pon nak ikot sekali…benti makan2 kat Restoran Hasmidi TomYam kat Taman Daya Tebrau..
Terbaik wok rasa makanannya….memanggg SEDAP!!
(ibu repeat kedai ni dah banyak kali…hehe)
bak kata abak  “BERBALOI-BALOI MAKAN KAT SINI YA JILLA?”…nama panggilan ibu
ekekeke….gambar makanan tak sempat ambik….
maka tiba je makanan ke atas meja yang kuning iteww ….
kami2 pon terus melantak selepas berdoa…
dah lapor sangat gamaknya…
tak sanggup nak tahan2 abak dari terus makan hanya semata ku nak ambik gambor……

mood : letih & lapor (yg tak letih adam seorang je……………….)
menu : nasi putih + Siakap 3 rasa + puyuh goreng kunyit + tomyam campur (special gilerr ada ketam, udang, sotong,kupang dll) + Sup Ekor (TERBAEK dari ladang…pikirlah sendiri) + kailan ikan masin + ayam goreng kunyit + fresh orange + nes ais kaw + t eh O + jus tembikai + t eh tarik and last but not least sky juice in the house ya’aa’awwww.
Total : RM62

P/S abak : “BERBALOI-BALOI YEK JILLA” 2 ke 3 kali asik ngulang ayat yang sama.



Itulah dia cerita serba sedikit kisah hari raya ibu, tak best kan??. Skang ni ibu dah balik umah semula…tengah tunggu jer ada tak budak2 nak datang beraya kat umah ibu nie….duit raya standby dah…………………………………………………………………………….




P/S ku : mood risau yang tak dapat di bendung andai katalah tiada kanak2 ribena yang sudi bertandang beraya ke sini…kuih tunjuk berbalang2 tak cuit pon lagik! tak nak kawan ngan syaitonnirrojim yang di rejam tu. huaaaaaaaaa….membajirrrrrrr……….sapelah nak ngabihkan kuih tunjuk yang banyak2 tuuuuuuuuuuuuuuu


kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...