Kombucha Teh - Khasiat dan Kebaikan 15



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam semua….pernah dengar pasal Kombucha Tea tak?? kalau bahasa orang melayu kita ni kita panggil Cendawan Mekah. Cendawan ni kita buat ubat ngan menggunakan air tea…banyak khasiatnya Kombucha (Cendawan mekah) tea ni. Mak mertua ibu dulu yang kenalkan ngan cendawan mekah ni. Memula dia dapat cendawan ni dalam bentuk BABY Kombucha lagi…kecik jer, tapi bila kita rendamkan & peram dalam air tea tuk proses pembuatan air ubat ni dari Baby dia akan mula membiak secara berlapis-lapis.


Susahkan nak faham kalau ibu yang terangkan??..hehe, okey ibu ada search kat internet hari tu tentang kebaikan Kombucha Tea ni. Ibu Copy Paste jer kat sini k.



clip_image001


Air teh Kombucha adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Teh Kombucha ini secara semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.
‘Biochemist’ banyak menyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. 

Asid Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi hati (liver).

Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada ‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid DL-Laktik yang tidak diingini.

Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari persekitaran bagi membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.

Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.

Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.

Mucoplysaccharides mengandungi:
1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang mahal dan juga dalam di kulit di mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.
2. ‘Chondroitin Sulfate’, terdapat di tulang rawan dan rangkaian tisu yang mempercepatkan penyembuhan tulang dan tisu lembut.
3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan lapisan perut dan vitreous humors mata.
4. ‘Heparin’, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu hati dan peparu yang membantu mengelakkan pembekuan darah.

Air teh Kombucha sangat baik terutama di dalam menormalkan fungsi sistem penghadaman apabila diambil sewaktu makan. Walaupun ia bersifat asid, ia tidak mengakibatkan ‘hyperacidity’ di dalam perut. Asid dari makanan yang tidak hadam selalunya adalah simptom dari penapaian makanan yang tidak diingini dan akibat dari kekurangan makanan mentah (60%) dan kekurangan asid hidroklorik dan lain-lain asid rembesan yang diperlukan oleh sistem penghadaman.

Air teh Kambucha dapat mengatasi masalah pembuangan air besar (sembelit) dan telah menghasilkan keputusan yang baik terhadap pesakit yang menderita masalah buah pinggang dan batu dalam hempedu. Ada juga lapuran yang mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan berat badan jika diminum setiap hari.

Air teh Kombucha bukanlah penyembuh segalanya. Namun selama beratus-ratus tahun, ia telah merekodkan banyak testimoni penyembuhan dan peningkatan kesihatan diri yang menakjubkan. Bagi mengetahui kesesuaian bagi penyembuhan diri anda minumlah air teh Kombucha secara berterusan selama 30 hari. 

Adalah dicadangkan supaya bermula dengan pengambilan empat (4) auns sehari dan tingkatkan secara beransur kepada dua belas (12) auns sehari.

Kebaikan yang pernah dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:
-Menghapuskan kedutan dan membantu menyinkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia adalah pelembab kulit
-Mengelakkan dari beberapa jenis kanser. Di Manchuria, dimana cendawan ini ditemui, tiada satu kes kanser pun dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan keagamaan.
-Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan bahan-bahan kimia beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.

Antara lagi kebaikkan yang ditemui:
  • Membantu melegakan masalah sembelit.
  • Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.
  • Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.
  • Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)
  • Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.
  • Membantu melegakan masalah buah pinggang.
  • Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.
  • Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut
  • Membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit.
  • Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.
  • Membantu melegakan masalah ceret-beret.

MEMBUAT KOMBUCHA TEH
clip_image002
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- 2 liter air bersih .
- 2,5 ons gula pasir putih
- teh hijau
- "BABY" Kombucha
- Kira-kira segelas 2 gelas Kombucha Tea sebagai permulaan
ALAT-ALAT YANG DIPERLUKAN
- Cerek stainless steel untuk menjerang air. “jangan gunakan cerek aluminium”. Pastikan cerek itu tiada kerosakan ataupun kecacatan.
- Balang kaca untuk tempat membuat Kombucha-Tea dan boleh juga bekas plastik tupperware. Tetapi paling baik memakai balang kaca kerana tidak teroksidasi.
- Kain atau sapu tangan digunakan untuk menutup baling kaca tempat Kombucha Tea dibuat.
- Getah atau tali untuk mengikat kain yng diperlukan.


CARA PEMBUATAN
clip_image003
1. Jerang 2 liter air dalam cerek
2. Masukkan gula pasir (2,5 ons) kedalamnya
3. Setelah air gula mendidih, lalu masukkan 5 sachet atau dengan ukuran setara teh hijau kedalamnya, tutup rapat cerek, biarkan selama 15 minit.
4. Angkat sachet, buka tutup cerek dan biarkan teh manis tersebut menjadi dingin sesuai suhu ruang. Tutup dengan kain agar tak dimasuki debu atau binatang-binatang kecil seperti semut, latat dab sebagainya.
5. Setelah suhu cerek sama dengan suhu bilik pindahkan teh manis tersebut kedalam balang kaca yang sudah disediakan, sambil ditapis.
6. Masukkan "BABY" Kombucha kemudian jamur di tempat yang tidak terdedah kepada matahari secara terus. Jangan letak ia dalam posisi terbalik kebisanya ia akan terapung dan tenggelam,
7. Tutup balang kaca tersebut dengan kain bersih agar debu ataupun binatang tidak masuk kedalam balang namun tetap ada udara, sebab jamur Kombucha memerlukan ia bernafas. Ikat saputangan dengan tali ataupun getah agar tidak mudah terbuka.
8. Letak baling itu ditempat gelap. Untuk proses fermentasi teh manis tersebut, jamur Kombucha tidak boleh kena sinar matahari dan jangan goncang-goncang. Kalau tidak bungkus baling itu dengan pembungkus atau tas plastik hitam tetapi jangan sampai menutup mulut balang yang sudah ditutup kain agar ia dapat bernafas.
9. Jemurkan selama 7 hari ataupun 14 hari (mengikut keperluan)
10. Pada setiap balang dengan bibit/jamur Kombucha yang dijemur akan ada “Baby Kombucha”, yang berupa lapisan tipis diatas jamur Kombucha yang lama. Pisahkan “Baby Kombucha ini, kemudian jemurkan selama beberapa hari dalam sedikit larutan Kombucha Tea sehingga agak tebal, maka “Baby Kombucha” ini siap menjadi pemulaan untuk membuat Kombu cha-Tea yang baru.


PENTING UNTUK DIPERHATIKAN DALAM KESELURUHAN PROSES PEMBUATAN KOMBUCHA-TEA :
- Menuntut kebersihan serta ketelitian dalam pembuatannya.
- Cuci bersih tangan Anda dengan sabun dan lap sampai kering dengan lap yang bersih dan baru.
- Lepaskan cincin & gelang dan benda-benda logam lain dari tangan Anda yang mungkin akan bersentuhan dalam proses pembuatan Kombucha-Tea .Juga kuku harus bersih
- Bersihkan semua alat-alat yang dipakai. Pakailah pengaduk dari kayu atau plastik/melamine, jangan dari logam
- Cuci semua alat-alat yang akan/sudah dipakai terpisah dari alat-alat dapur/masak yang lain agar tidak kena minyak/zat-zat makanan lain.Dan simpan terpisah
- Bekerjalah di ruang yang jauh dari asap dapur atau rokok kecuali pada saat menjerang air untuk teh.
- Lingkungan tenang dari suara bising.
- Udara bebas polusi udara / suara/bau.
- Ruangan bersih dari serangga ( lalat, semut, lebah dll)
- Lebih baik diruangan tersendiri dengan ventilasi yang cukup.


MENJEMUR KOMBUCHA-TEA
clip_image004
- Setelah cukup usia (7/8 hari penuh) bukalah tutup balang tempat Kombucha-Tea.
- Pisahkan cendawan yang sudah jadi tersebut serta tapis dengan penapis plastik yang bersih dari minyak, lalu masukkan Kombucha-Tea anda kedalam botol-botol kaca/gelas, tutup rapat-rapat (ingat! Jangan tutup logam) dengan sumbat bukan logam lalu simpan dalam almari es. Kambucha-Tea siap diminum.
- Aturan minum :
Untuk permulaan ambil 1/4 gelas Kombucha-Tea 3x sehari atau 2x sehari selepas makan. Apabila dalam waktu 1 minggu tidak ada reaksi apa-apa, tambahkan dosisnya menjadi 1/2 gelas, 2x sehari dst. Kombucha-Tea pertama bersifat sebagai detoksifikasi, mengeluarkan racun-racun dari tubuh kita.Sekitar 30 minit sesudah minum Kombucha Tea, minum air putih.


GAGAL KERANA :
1. Alat-alatan yang digunakan kurang bersih
2. Memakai cerek aluminium sewaktu memasak air
3. Balang diotak-atik ,dipindah-pindah selama masa fermentasi
4. Ada yang merokok diruang fermentasi atau ditaruh didapur yangbanyak asapnya
5. Lupa memasukkan baby kombucha
6. Kena matahari secara langsung
7. Waktu memasak air dengan waktu memasukkan ke balang terlalu lama ( 6-10 jam).Ertinya teh tersebut sudah basi. Sebaiknya 3-5 jam ,dimana suhu air teh manis sudah tidak panas lagi

TIPS
1. Proses fermentasi memerlukan oksigen, sehingga balang yang lebar akan mempercepat proses pembuatan Kombucha Tea yang enak. Bila anda menggunakan balang yang tinggi sementara air hanya separuh, maka akan memperlama proses fermentasi
2. Pada waktu menjemur anda akan mendapatkan dua Jamur, jamur pertama dan jamur baru/anaknya yang terbentuk selama proses fermentasi. Jamur yang baru dapat dipotong dengan tangan untuk dijadikan bibit pertama. Jamur yang lama dapat dipakai untuk rabuk tanaman
3. Fermentasi kurang dari 7 hari, tidak berkhasiat apa-apa.


ATURAN MINUM UNTUK ANAK-ANAK :
clip_image005
1. 1 - 2 thn : 1/10 - 1/5 gelas/hari
2. 3 - 4 thn : 1/4 gelas/hari
3. 5 - 9 thn : 1/3 gelas/hari
4. 10 - 14 thn : 1/2 gelas/hari
5. 15 - 17 thn : 3/4 gelas/hari

Credit to :  matspeck


Okey, lebih faham kan? baguskan iformasi ni? semuanya lengkap!…baguskan kalau kita mengamalkan minum air tea Kombucha ni. Ayah ada buat kat rumah ni, skang ni masih dalam balang lagi. Belum tau jadi ke tak, mintak2 jadiklah apa yang ayah buat tu. Kalau jadik ti ibu ambik gambar n tunjuk kat sini k. Pada sape2 yang ada sumber tuk dapatkan Baby Kombucha ni bolehlah buat macam ni. Tak rugi pun…untung lagi ada.



P/S ku : tak sabar ibu nak terai air tea Kombucha buatan ayah ni hehe….tapi mesti nak minum sebijik sama cam gambar yang kat atas nun, baru leh telan kot??


kalau suka LIKE k... :D

Boleh tak nak copy pastu paste aje??…muahahahaha 6



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


314460_261039383933951_217437684960788_692051_754109130_s

 
Untuk Sang SUAMI:

*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~
Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku
hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di
rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip
kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula
kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!
~~~~~
"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???
"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....
Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargai la isteri anda..
~LB~
Credit to: Dunia macam-macam
 

P/S ku : muahahahahahaha….

kalau suka LIKE k... :D

Menu ibu malam ni…… 29


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Malam semua……malam ni ibu nak update menu yang ibu masak tuk malam ni. Berselera sekali ayah ngan budak2 tu makan. Bukannyer apa, ibu dah kena sound ngan nenial. dia kata kalau ibu masak nanti ayah balik ayah sukee ibu. Jadi ibu pun masaklah rajin2 siket malam ni…muehehehe. Ni mesti ayah yang ajarkan suh cakap ngan ibu macam tu?..kompom!! ibu tau, pasti!!…Jadi untuk ayah yang tersayang, malam ni ibu masak dengan penuh kasih dan sayang motipnyer supaya ayah sukeee kat ibu.


Menu ibu malam ini :


page
Menu 1Malaysia……………………………………gitewwwww.


1
Menu 1 : Kari Kepala Ikan. (kaw kaw punya ibu buat tuk ayah….)


2
Menu 2 : Ketam goreng kunyit. (kaw kaw punya goreng…..tumbok bawang putih, pastu lumur kat ketam tadi bersama2 dengan kunyit…garam secukup rasa dan sedikit ajinomoto. terai lah kalau nak terai…resipi hebat nieh!!)


3
Menu 3 : Kailan goreng ikan masin. (nie menu sangat senang macam kacang pistacio…dap dap!!)


4
Menu 4 : Ikan masin kapak (digoreng…pastu lebih minyak gorengan ikan masin tu tadi kita gorengkan lak hirisan bawang merah n sedikit cili padi…..kaw kaw menge”KAW”!!!")

Menu 5 : Cencalok  (ni menu ayah ni…takmo tinggal mende ni kalau ada kari…layankan jer ayah nak apa kan?)



Senang2 jer menu ibu masak ni…tapi yang buat sedap tu bila ibu masak dengan penuh kasih dan sayang…(UWEK!)…dari tadi asik sendiri mengaku sendiri masak sedapkan??…hihihi…abih tu kalau tak sedap takkan ayah makan lama sangat hari ni??…..sedapkan?…katekan ajjeee.



P/S ku : Ketam tu ayah jer bedal 90% banyaknyer…ibu nenial ngan adam dapat bedal lebih2 persen tu ler……tapi baguslah giteww…jgn membazir tak habis makan sudaahh. (sebelum diorang makan tadi masing2 dah ucap terima kasih kat ibu…bagus2, psiko betul pakatan mengkeme2 mua nieh…)





kalau suka LIKE k... :D

Telur tak oriii ke???……konpius nieh... 18



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam malam semua…lama tak update nieh (ayat mau bajet jek)….nampak kan title tu?? (apa punya soklan??)…ha iye!!…ini betul2 cerita pasal telur…bukan cobaan ya..mmg pasal telur lah ni. Siapa yang pernah jumpa angkat tangan???….pastu komen kat bawah ye??…hehehe ibu pun tak pasti yang ayah dah terbeli ni telur ker bukan telur. Tapi pes taim jek ibu tengok bentuk telur2 ni ibu tau dahhh….betul2 timbul curigalah didalam hati suci ibu ini, orang pompuan instinct kuat. Ni yang ibu nak marah ngan ayah ni..cuai sangat. (ceh!! terus menjatuhkan hukum…muehehehe)



P1020620
yang ni bentuk dia macam ori…yang ayah wat testing 3 bijik dah rebus tu yang pelik bentuk dia…
tak sempat bergambor telur2 iteww….lekuk sana…lekuk sini…memang pelik-peliklah bentuk dia…
tapi bentuk telur yang ni pun pada mata ayu ibu tengok pelik jugak…
sebab dia betul2 lonjong……macam tajam gitewww bhg bawah dia…
nampak tak bentuk kiri ngan kanan telur itew??….nampak??…nampak tak??..
kalau tak nampak maksudnyer __________________
hehehehe…gurau jer…
mata ibu tengok bentuk telur ni mmg tajam!..tajam tu tajam! hahahahahhahaha….hah! (motip gelak??)


P1020615
yang ni lak ayah buat testing….tak nak goreng, dia nak buat testing rebus jer…
kalau tak ori bila kita goreng dia letop letop letop letop jer kan?…
kalau tak ori cara rebus lak ayah cakap kat bahagian atas telur tu dia tak ada ruang udara…
faham kan?..kikiki…yelah biasa kalau kita rebus telur ayam ori kan biasanya bahagian atas tu kan ada bhg yang  kosong kan?..kan?
telur testing yang kat atas ni bila ayah kopek jer, isi telur tu penuh kat dalam bhg kulit telur…tak ada ruang udara pun…
jadik nii konpem ke telur tak ori ni??…ibu cayer ngan ujikaki ujikaji ayah ni….ibu cayer…..


Selalu molek jer ayah beli yang lam packet kecik tu sedozen punya. Jenama apa tah tapi ok telur dia…bentuk mua ibu tengok normal2 jer…ni boleh pulaaakk dia beli yang packet besar punya. Besar tapi murah lettewww….sebab bila ibu tanya ni telur yang biasa kita beli ke yah??…bukan?? (dia jawab)…abih tu, yang dulu2 ayah beli tu sama jugak ngan brand yang ini ker??….bukan! bukan!..(laju2 ayah jawab) nasib baik kan?…tapi hari tu ayah dah goreng pat bijik wat telur dadar…yang ibu makan tu…(grrrrrrrgrrrrrr…aku terkono jugak!)……


Jadik…ujikaji ayah ni ibu percaya 100% dan bahawasa nyer!! ibu, nenial ngan adam tak hinginnn nak makan telor ni. Ayah??…owh! ayah pon tak nak makan telur ni dah…gile ke apa nak jugak makan…di buatnyer betul2 tak ori tak pepasal dapat nyakit lak….besok ibu buang ye yah??…ayah beli lar telur yang biasa tu ye yah??…ibu, nenial ngan adam kat rumah ni suker makan telur rebus ngan telur tomato. Kalau takder telur dalam kehidupan kami walau sehari pun…rasa cam takder tenaga jiwa dan raga kami yah…..gitew gamaknyer. 


P/S ku : ibu mmg arip bab pilih2 telur ni…bukannyer apa….jangan otak kunin lak yer….untuk kesejahteraan dan kesihatan kami sekeluarga bersamaaaa…hihihihihi





kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...