Souvenir dari Sarawak… <3 1



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 
Salam semua…hari ni saja ibu nak update story souvenir yang ibu dapat dari adik beradik ibu, Kak Long ngan Moksu juga ayah tersayang yang baru balik bercuti dari Brunei & Sarawak. Waaaaaaa berjalan sakan diorang tau..seronok ibu tengok campur jeles siket2 sebab ibu tak dapat join hihi…
 
Sebenarnya banyak jugak souvenir yang ibu, ayah ngan anak3 dapat dari mereka3 yang bercuti tu. Tapi ibu tepek satu gambar jelah yang paling sweet sekali hihi
 
IMG-20121216-00299_1355659370619_n
nampak macam besor kan? hihihi tapi tangan ibu yang kecik sebenarnya…comel giteww
ibu mmg admire ngan gelang mutiara dari Sarawak ni…dari dulu-dulu lagi ibu suka
tak tau kenapa….sweet sangat bila dipakai..kalah gelang emas hihi
 
Tahun depan Moksu suh kumpul duit dia ajak pergi Sabah pulak…dengar-dengar tu memang dah seronok nak kumpul duit. Tapi entahkan berjaya entahkan tidak hihi…kena  kuatkan hati kentalkan semangat supaya tidak mudah terpengaruh dengan shopping online lepas ni. ceh!

 
Kalau ibu berjaya kawal napsu syaitonnirojim yang tak elok iaitu MEMBAZIR….tak mustahil ibu dapat kumpul duit bawak anak3 jalan-jalan naik belon. kan? caiyok2 ibu!!!!! InshaaAllah ada rezeki ibu ngan anak3 nak naik belon tu. Belon jenama Air Asia pon boleh.
 

P/S ku : tak sabar nak tunggu Cuti Chinese New Year tahun depan ni…holidayyyy Terengganu kite yeayyy!!!





kalau suka LIKE k... :D

Wordless Wednesday….(ada lagi ke?) 2



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 

 
antu tenggek
Tolongg….Ada Antuuu………..Antu tenggek kaki tak bagi ayah gi kejeeee……



P/S : macam ni pon boleh.





kalau suka LIKE k... :D

Hujung minggu yang bermakna <3 3




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 

Salam pagi semua, minggu ni ibu n family rasa gembira sangat. Sebab minggu ni ibu ngan ayah dapat buat apa yang kami asik cakap-cakapkan sahaja 2 ke 3 bulan ni. Iaitu, bersenam sekeluarga di hujung minggu. Hoyyee hoyyeee akhirnya kami 5 sekeluarga berjaya melakukannya. Semacam je ayat aku ni.

 
Ibu pun sama jugak berjogging, hari yang kedua ritu hari Ahad. Hari Sabtu belum join lagi, ibu jogging sama-sama menolak stroller Ameera. Jadi sambil ibu berjogging, Ameera pun ikut jugak berjogging tapi dia bantai tidur lena dalam stroller tu. Bagus anak dara ibu ni tak banyak kerenah, ibu shaaaaaaayang Ameera.
 

Jom tengok gambar, tapi gambar ibu masa jogging tu takde sebab tukang ambik gambar ni ibu je sorang. Pulak hari pertama jer sempat nak bergambar bagai, hari kedua ibu ngan Ameera dah bz. Next week kita sambung lagiiii. Hoyyeee hoyyeeeeeee


 
IMG-20121208-00246_1355108599221_n
Good Morniiiiiinngggg, from Tambak Pontian With Luve (bling bling sambil kelip-kelip mata)
 
IMG-20121208-00248_1355108322652_n
Mari kita mulakan!! BERSEMANGAT!!
 
IMG-20121208-00241
iyah..iyah…iyahhh…lari..lari…lariii
 
IMG-20121208-00243
tengok laut jaappp….indahnya sepoi sepoi bahasa angin di sini.
 
IMG-20121208-00251
Ibu ngan Ameera duk diam-diam sini tengok uncle-uncle ber TAICHI okeehhh…
 
IMG-20121208-00252_1355069614172_n
Dah johgeeng Attam nak main pullak ibu…..
 
 
P/S : seronoknyaaaaaaa….next week ayah ngan ibu bertambah semangat nak bersenam lahgi. Hoyyeee hoyyeeeee…..



kalau suka LIKE k... :D

BE & Ameera :) 2



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 
Salam petang semua…apa khabarrr??? haha. Dekat 2 minggu tak update apa-apa, rindu lak nak menaip hehe. Hari ni nak citer BE baru lagi yang sudi dihadiahkan oleh Nuffnang tanpa henti kepada blog ibu, Danial, Adam, Ayah n sekarang ni ditambah pulak lagi dengan seorang insan yang istimewa bunga bulan ibu Ameera.

 
Ibu tq banyak-banyak pada Nuffnang satu-satunya yang sentiasa memberikan ibu BE tanpa jemu. Walauuuuupun ibu ni rajiiiiin sangat update blog sekarang. TANPA JEMU oke?? Alhamdulillah, walaupun tak jadi kaya tapi ibu sangat-sangatlah bersyukur dengan rezeki dariNYA.

 
Walaaaauuupun kepelikan ibu belum pun sempat nak hilang, tapi blog ibu ni masih lagi dihujani dengan BE-BE yang baru-baru…gitewww. Dengan Blog yang tak berapa nak aktif dan femes nih?? tapi ada jugak yang datang menjengah tetiap hari…reader-reader yang telah disesatkan jalannya ke sini.

 
Terima kasih banyak-banyak. Memang ada jer tetamu yang sudi membaca n meninggalkan komen-komen yang susah ibu nak faham. Lagi-lagi kat entri ibu yang ini Asus N series & P1 Wimax……padahal ibu dah blok ngan simen mana-mana komen yang ibu tak faham dari timbul. Eh. Dia timbul jugak??? tak ngape-ngape lah tu kan. Komen anda dialu-alukan…sila-sila.



 
be lagi7

  • Yang terbaru sekali tu ha….Maxis Roaming Peace Of Mi………
  • Yang lain-lain tu dekat-dekat nak dan dah credited.
  • TQ NUFFNANG!!
 


 
424954_547249101956422_811396601_n
Ameera dan kawan barunya.



Hihihihi….nampak tak apa yang ada kat sebelah anak dara bunga rose saya tu?? itu adalah mainan yang dititipkan oleh abangnya yang #2 tu. Siapa lagi kalau bukan abbangg Attam…huahuahuaaa. Bijak jugak abbang attam ni bagi patung comel size Ameera ni buat adik dia. Ibu tak terfikir pun nak bagi Ameera pegang-pegang ngan main-main patung ni…apalah ibu ni kan Attam? patung ni pun ibu nak lokek-lokek ngan adik attam…hahaha


Patung tu lama dah terduduk atas meja barangan kesayangan ibu. Konon-konon anak-anak ada permainan, ibu dia pun nak jugak kawasan barang permainan. Jadi apa jugak barang yang ada kat atas meja tu Danial ngan Attam (Adam) tak boleh kacau…tetapi dengan bijaknya abbang attam yang perihatin telah pun menculik patung comel itew dengan niat yang baik sebagai peneman adik Ameera comel yang disayanginya…(adoi ayat).


Comeeeeellll sangat Ameera dan patung tu. Bila mereka bersama dua-dua nampak comel…hihihihi, sekarang ni Ameera dah 3 bulan nak masuk 4 bulan. Sekejaaap je dah 3 bulan, dan Alhamdulillah akhirnya ibu berjaya menjadi seorang ibu exclusive BF tanpa bantuan mana-mana produk tesusu yang lain. Alhamdulillah sangat! ayah standby 3 kotak susu tuk Ameera awal bulan hari tu, yang luak cuma setengah sekotak…lagi 2 kotak masih tak berusik pun lagi.


Ya Allah, terima kasih memperkenankan doaku. Sekarang ni dia tak nak dah menyusu susu lain selain dari susu ibu sahaja. In love Dan semestinyalah ibu kenalah bekerja keras memastikan susu ibu senantiasa ada untuk bunga ibu yang seorang itew. InshaaAllah. Baru ibu tau dan percaya dengan kata-kata nurse selama ni, susu ibu lebih berkhasiat! mudah tidak perlu susah-susah nak bancuh susu! tak perlu susah-susah nak cuci botol susu! tak payah susah-susah nak jerang air panas! dan yang paling indahnya adalah bila membayangkan betapa banyaknya duit yang dapat ibu jimatkan!! berapa tu? berapa tu?? $$$$$$$$$$$$$$$$$ In love


Haaaaaa wa caya, wa caya sama lu nurse!! haha….timbang 3 bulan pun beratnya naik dengan normal, sekarang dah 5.4kg naik 700grm dalam sebulan. Semoga Anak3 ibu diberikan kesihatan yang berlarutan olehNYA amin. Okeylah..panjang jugak dah ibu membebel-bebel nih, nak cek Anak2 bujang ibu yang tengah menangkop melo kat atas meja di dapor tu. Risau pulak kesihatan mereka terganggu nanti…Laughing out loud 



P/S ibu : alang-alang dah masuk dapur…ibu pon nak numpang sebelah kaki, bukan apa…terkenang masa kecik-kecik dahulu hihihihi (cemana cara ibu nak BOIKOT MILO ni??)







kalau suka LIKE k... :D

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun….salam Maal Hijrah. 2



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 

552434_10151954626621564_374862255_n
 
 
P/S ibu : Manfaat kita bersama.










kalau suka LIKE k... :D

Danial, Adam & Ameera <3 16



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semua, hari ni ibu takde buat apa-apa. Duduk jer kat rumah tunggu ayah baik dari kerja, hari ni ayah kena kerja boring sungguh bila ayah kerja masa hari cuti-cuti cenggini. Tapi takpelah, besok ayah dah janji nak bawak ibu, Danial, Adam ngan Ameera jalan-jalan ke Melaka.
  

Yeayyyyyy!!! seronoknya nak jalan-jalan Melaka, besok hari jadi Adam konon-konon nak sambut besday dia ke sana jer bawak jalan-jalan. Dah besar anak bujang ibu yang #2 ni, dah masuk 3 tahun. Tahun depan nak masuk 4 tahun pulak, tahun depan dah boleh hantar pergi sekolah kot?..tapi Adam pulak belum sedia nak ke sekolah, bila ditanya “tahun depan Adam pergi sekolah ye?” dia jawab “taknakk!” adooohhhh.
  

Itu nanti ibu dengan ayah akan cari jalan keluar, kadang-kadang Adam ni mula-mula jer dia buat hal, lepas tu dia pulak yang eksaited lebih-lebih. Agak-agak besok nak jalan ke mana pulak yer kat Melaka nun. Asik-asik ayah bawak ibu pergi Dataran Pahlawan jer (betul ker nama dia ni??). Nasib baik jalan dalam tu seronok, ingat nak jalan-jalan area bangunan merah tu haaa…hehehe nak bergambar dekat depan kapal tu… 

 
Okeylah nak sambung tengok TV, tapi seperti biasanyalah…ibu mesti nak jugak tepek gambar anak3 ibu. Hari ni tiga-tiga orang ibu tepek gambar yang paling TERbaru sekali.
  

 
548465_534234709924528_1078296219_n
Muhammad Danial Yusof anak #1
Dah besarlah abang nenial…bukan main lagi menegak macam ayam jantan nak berkokok!
hehehe
  


76221_526503850711066_1767468184_n
Muhammad Adam Danish anak #2
ni pun sepatutnya dah besar jugak…tapi tulah, masih dengan kain busyuk dia tu kemana-mana tak nak lepas lagi. Tu pasal takut nak pergi sekolah agaknya hehehe
  


223617_533699473311385_657125790_n
Ameera Adni Rose anak #3
Yang ni tak boleh pergi mana-mana sebab dia ni buah hati ibu intan payung busyuk bachin ibu sorang ni hehehe…geram tengok lemak-lemak yang berlipat-lipat tu.
 


 
P/S ku : seronok tengok anak3 membesar depan mata. 




kalau suka LIKE k... :D

Alhamdulillah <3 Nuffnang…… 2



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 
Salam petang semua, tengah lepak-lepak tengok TV tetiba teringin nak update blog pulak. Pastu cek akaun Nuffnang ibu…e’ehhh dah boleh cahsout lah..hahaha dasar orang yang tak tau sabor ibu ni. Malas nak tunggu lagi asal boleh cash out jer terus tekan laju-laju dekat butang iteww.

 
Pastu ada extra bonus lak tu….ada 2 lagi BE baru yang menyinggah ke blog ibu ni. Alhamdulillah, syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat. Walaupun ibu main-main jer update blog ni, adalah jugak income tuk ibu yang dok goyang-goyang kaki dekat rumah.

 
Orang perempuan ni kalau dia dah duduk jer dekat rumah, dapat duit tak banyak mana pun dia dah cukup suka…hahahaha, macam ibu ni..lagi-lagi hasil titik peluh sendiri. Tapi kalau yang encik abang bagi tu lagilah ibu sukaaaa hahaha…boleh ibu shopping baju baru untuk Ameera kan? ataupun boleh ibu tambah-tambah barang mekap ibu yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan tu haaa. Teruk betul ibu ni kan Ameera?

 
be lagi6
2 BE baru…earning ibu pun dah zero lagi. Jenuh nak kumpul lagi ni…

 
Okeylah, ibu nak sambung maraton cerita Adam & Hawa pulak. Malam kang nak belanja dapur…hari ni menu ibu ngan anak3 bubur sahaja, permintaan dari Adam yang comel tu. Asik nak makan bubur lambok jer hehe

 
P/S ibu : celak…eyeliner…eyeshadow…blusher fink kaler…bla bla bla blaa….tangandidadamatakeatas.










kalau suka LIKE k... :D

BE + Nuffnang + Ameera = <3<3<3 8




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 
Salam petang semua….lamanya ibu tak update! sibuk dengan orang baru, bila lama tak update ni skill nak susun ayat adohhh kelaut sungguh. Padahal selama ni buat entri tak pernahnya bersusun ayat dia hahaha. Bukan apa, sekarang ni setiap kali ibu start nak menaip je mesti pala otak terus blank. Tak tau nak taip apa…tu yang ayat cam kelam kabut siket tak tau hujung pangkal cerita nya ni.

 
Agaknya kesan lepas melahirkan 3 orang cahaya mata tak? kot? yelah kot? hahahaha…sebenarnya ibu nak update BE (Buffered Earning) yang ibu dapat dari NUFFNANG lagi…Alhamdulillah ada je BE yang menyinggah ke blog ibu yang tak berapa nak pemes ni…3 BE lak tu yang ON Going…acane nak kaya gini kalau BE banyak pon ibu ni malas nak update? tak update, tak BW acane orang nak datang2 n klik2 mana iklan yang diorang berkenan kan?…tapi adalah jugak yang datang menjengah ke blog cabuk ni…Alhamdulillah.

 
Taklah bersarang sangat gamaknya blog ni hihi…jom tengok BE yang On Going kat blog ibu sekarang ni. TERIMA KASIH NUFFNANGGGGGG…. <3!!
 
be lagi5
Maxis, Dutch Lady, VW Passat SE, 3 berjemaah gituuu…..meh la datang jengah2 selalu blog ibu ni…kang dah cukup wet boleh cash out ibu nak beli baju Ameera hahahaha….
 
Tercakap pasal Ameera Adni Rose lak…ibu nak tepek lah gambar2 Ameera yang terbaru. Gambar2 ni banyak kat FB…semakin hari semakin terserlah kewanitaannya. Lagi2 bila dia start nak berbual tu kan? comelnya dengar suara budak perempuan ni. mengada betul..mengada manja hahahaha…


ameera 4
My cute little honey bees <3

ameera 3
Alolololo….konon2 nak pakai sekap…hihihi

ameera 2
Inilah kerja saya hari2….tiiidOoo aje. Sleeping Beauty kan?

ameera 1
Haaaaaaa…..sayalah ni, Ameera Adni Rose. Comel tak saya?
Kalau awak kata saya tak comel tak logik betul, maknanya awak2 jeles dengan saya, kan?


P/S ku : Sekian Terima Kasih.





kalau suka LIKE k... :D

Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan2 dan puan2 :) 4




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semuaaa…petang sangat dah ni. Ni ibu up entrie petang2 hari yang buta semata-mata nak ucapkan ribuan terima kasih pada pakcik2 dan makcik2 kakak2 abang2 Ameera yang baik sangat!. Sebab dah bagi hadiah power2 kat Ameera…sampai ibu ngan ayah speechless tak terkata. (sama maknalah tu kan?)

 
Rezeki Ameera Alhamdulillah, semua ibu suka sebab semuanya akan diguna InsyaAllah. Tak membazirlah kata orang hadiah2 ni semua, jom ibu review hadiah yang Ameera dapat…jeng jeng jeeeengggg…


 
218181_482368398449116_29882368_n
yang baby car seat warna orange tu Moksu ngan Poksu Ameera yang bagi…powerrrrr, senang nak jenjalan duk dalam kereta kan? harap2 Ameera tak buat hal tak nak duduk diam2 pulak nanti…letih lah ibu kan? hehe 

yang dalam kotak besar warna pink tu Mokde Ameera bagi, ada baju2 warna pink & white…mestilah Ameera sukaaa. Lama dah ibu Ameera berangan nak pakaikan anak ngan baju warna pink & white ni hehehe…siap ada hanger bagai..mana ibu nak gantung baju2 Ameera lak nih?? nak kena beli lemari kecit ker? hihihi 

yang Bag warna pink & white tue pulak Makcik & Pakcik Ameera lak bagi…kakak Yaya yang bagi ni kan??? hehehe…yang ni ibu sukaaaa sangat sebab senang nak bawak ke klinik atau gi mana2 pun…senang nak letak barang2 Ameera…nampak je comel gitu…tapi semua barang penting Ameera boleh masuk tau…ibu sukaaaa sangat, dah lah cute senang bawak lak tuh..



 
 
581469_512478748766791_1025565982_n
Yang ni lak hadiah dari kawan2 ofis ayah…stroller merah tu powerrrrr…ibu suka cam tak sabar2 nak bawak Ameera jalan2 duk dalam stroller power ni…sekali ngan hamper baju dan set pinggan/mangkuk/sudu/garfu/cawan makan tuk Ameera. Lengkap gitew…semua pun ibu suka.. Smile



Terima kasih daun keladi dari ibu dan ayah atas hadiah2 ni semua ya…semoga kalian dilimpahi rahmat dan rezeki yang lebih lagi diatas kemurahan hati kalian semua. Amin Yarabbal Alamin.
  


P/S ku : takleh menaip lelama..skang ni Ameera dah pandai, asik nak dipegang je…ok babai. 








kalau suka LIKE k... :D

25 hari berpantang :) 9




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Salam pagi semua…pagi lagi ni masa ibu taip, baru pukul 11:31am…kalau ada masa menaip maknanya ibu tengah boring ni. Hari ni genap 25 hari dah ibu berpantang..kalau ikutkan hati ibu nak je cakap dah 26 hari hehehe…tak sabor2 dah ni nak habiskan tempoh berpantang.

 
IMG-20120910-00021
Ameera tengah nyenyak tidur….lena betul, kalau dia nak lena ikut dan dia jer kan..hehe

 
Tadi atok Meera datang lawat dia, semata-mata datang nak tengok dak Meera ni, rindu agaknya sebab dari raya ke 4 sampailah hari ni baru atok dia dapat tengok Meera. Ibu pantang kat rumah sendiri tu yang atok jarang tengok si kecik ni. Kalau abang2 dia dulu memang ibu pantang kat rumah atok jer…tapi lebih selesa ngan senang rasanya ibu pantang kat rumah sendiri.

 
Alhamdulillah, pantang kali ni ibu ngan ayah mintak tolong (upah) pengasuh yang jaga abang Danial dulu jagakan ibu dalam pantang. Setiap pagi dia datang rumah, masak tuk ibu…sediakan air mandi ibu, mandikan Ameera + siap kemas rumah ngan basuh baju bagai. Tip Top lah kak Idah (nama pengasuh) jaga ibu ngan Meera. Ibu puas hati sangat…setiap pagi sebelum pukul 10:00 pagi ibu ngan Ameera dah siap wangi2 n cantik2…kihkihkih. Plus ibu mesti dah tersandar kekenyangan sebab dia dah siap2 masak sedap2 lagi. Dalam masa 2 jam tu dari pukul 8:00 sampai pukul 10:00 pagi semua kerja dia bereskan.

 
Kagum betul ibu, pastu kang dia balik rumah sempat lak masak tuk anak2 dia makan balik dari sekolah pulak. Senang jugak pantang bila kita ni ada yang khusus jaga kita, kalau dulu masa anak pertama mak ibu masih ada lagi. Tak perlu susah2 fikir siapa nak jaga ibu dalam pantang sebab mak ibu sendiri yang nak jaga ibu. Bila mak sendiri yang jaga lagilah terjaga pantang kita, serba-serbi dia jaga…air mandi mesti ada daun2 herba (ibu sukaaa)…lepas makan mesti minum air jamu…make sure kita sentiasa kenyang supaya perut tak masuk angin. Paling best bila baby ibu kena urut2 lepas mandi…mak mak…mana nak carik yang sama dengan emak kan? tapi Alhamdulillah…sekurangnya merasa gak Danial air tangan arwah nenek dia Smile

 
Ok…nak rest dulu…nanti kita sambung lagi.
  

P/S ku : tengah fikir2 idea nak tukar header baru lak. 







kalau suka LIKE k... :D

Ameera Adni Rose 16




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Selamat hari raya semua kawan2 blogger ibu yang sangat2 ibu rindu’iiiiiiii. I miss u’ollss okeyyy….lama ibu tak menulis, menaip blog ibu ni. Rinduuuu jugak kat blog ibu ni, selalu ibu hadap FB jer…masa ibu mengandung memang ibu jarang update sebab ibu tak suke sangat nak menaip…tapi skang ni mood ibu ada mari sket-sket. Kesian blog ni…di anak tirikan berbulan-bulan lamanya…sampai hati ibu. Nak buat caner? pembawakan budak gamaknya sampai tak ada mood nak menaip..
  

Dari awal ibu mengandung sampailah sekarang ni, pejam celik dah 9 bulan lebih dah….dan ibu pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel sangat2….hari ni genap ibu berpantang 21 hari. Sama dengan usia anak perempuan ibu yang pertama yang diberi nama Ameera Adni Rose Bt. Abd. Latif. Akhirnya hajat ibu nak bagi ayah anak perempuan tercapai juga dengan izinNYA (Syukur Alhamdulillah). Semoga ayah ambil peluang ni dengan sebaik-baiknya sebab besar pahalanya bagi seorang ayah membahagiakan anak perempuan. Amin.

 
Ameera 1
Ameera Adni Rose Bt. Abd. Latif 
Ameera (Puteri) Adni (Nama Syurga) Rose (Bunga)
  

Dalam waktu berpantang ni biasanya ibu bosan…hahaha…semua ibu2 pun mesti boring kan? bukan bosan nak jaga baby ye…bosan nak jaga pantang hehe. banyak pantang larang…nak tak nak kita ni orang perempuan kena layan jugak. Tak boleh lah buat endah tak endah dengan pantang orang bersalin ni. Kang bentan diri sendiri jugak yang susah…dah tu nyusahkan orang lak haha
  

Ameera masa baru lahir berat dia 2.83kg…pastu masa usia dia 18 hari berat dia naik ke 4kg. Alhamdulillah dia membesar tanpa masalah, masa dia lahir pun dari hari pertama sampailah sekarang ni ibu bersyukur sangat2 sebab dia tak kena jaundice. Memula ibu pelik jugak kan? bukan apa kebanyakkan bayi baru lahir sekarang ni mesti kena jaundice…macam abang2 dia Danial ngan Adam dua-dua kena jaundice. Tapi bila Meera pulak dia sihat Alhamdulillah takder jaundice. Mungkin ibu amalkan minum VCO (Virgin Coconut Oil) kot? memang berkesan minyak kelapa dara ni kalau kita amalkan minum dan guna masa mengandung.
  

Ibu dapat rasa perbezaan melahirkan Ameera dengan abang2 dia. Masa Meera ni Alhamdulillah ibu rasa mudah nak melahirkan dia…Alhamdulillah ibu tak rasa sangat sakit-sakit menyengat masa nak melahirkan tu…sakit siket2 je pastu tau2 tiba dah masa untuk ibu melahirkan. Ibu pelik masa Danial (7cm) ngan Adam (5cm) dulu ibu dah tak tahan sakit dia…tapi Ameera ni dah jejak ke 7cm pun ibu boleh rilex2 lagi…itu pun ayah yang risau sangat kenapa kali ni lama lak dia tunggu ibu tuk bersalin. Dia yang sibuk suh ibu check dah berapa bukaan ibu, tau2 dah 7cm. Alhamdulillah doa ibu dan ayah didengar olehNYA supaya ibu tak menanggung kesakitan yang sangat melahirkan anak kali ni.
  

Ibu cadangkan pada mommy2 atau ibu2 yang mengandung tu amalkanlah minum Minyak Kelapa Dara semasa mengandung tu. Tak kisahlah jenama apa pon minyak tu yang penting ianya adalah minyak kelapa dara. InsyaAllah segalanya di permudahkan, amalkan minum sehari satu sudu 4 ke 5 minggu sebelum tarikh bersalin. Mana yang baik ibu sharing2 k…tak rugi pada yang suka nak mencuba.
  

Okeylah…stop dulu bebel2 pasal baby, pasal pantang, pasal minyak…ibu nak rehat dulu nak hadap Ameera pulak. Next time ibu update lagi kalau ada story best ye.
  

P/S : Lain rasanya bila ada anak 3 ni…rasa cam ramai lak anak aku..baru 3 belum 5 ke 7 ke kan? ada hati nak tambah lagi ni hehe 







kalau suka LIKE k... :D

BE lagi, thanks Nuffy…walaupun ibu dah lama tak update :) 5




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 
Salam petang semua….apalah kabar kawan2 blogger ibu ni. Lama sangat rasanya ibu tak update blog ni, dari awal2 ibu mengandung dulu sampailah skang ni dah masuk trimester ke 3. Baru ni nak update, rindu ngan dunia blogging ni. Tapi tulah dia…mood ibu nak berblog, edit blog semuanya kelaut masa ibu mengandung anak yang ke 3 ni.

 
Kalau dulu sehari tak hadap blog ni macam orang sasau rasanya. Macam satu hari tu tak gi kerja pulak, tak lengkap konon hidup ni…hahaha…walaupun ibu lama tak update ibu jengah2 jugaklah account Nuffy ibu tu. Alhamdulillah…senantiasa adaaaaa jer ngan BE baru. Tak henti2…syukur jugak walau blog cabuk, walau blog ni tak berupdate…tapi masih dapat perhatian dari Nuffy tuk continue bagi BE kat sini.

 
be lagi
2 BE still running.

 
Walau tak seberapa income nya disebabkan ibu sendiri yang pemalas nak update ngan BW skang ni, amount pun tak lah seberapa. Tapi takpelah tu…buat hati ibu senang je…heheh. Ibu pun tak pasti ni pembawakan budak ke atau memang mood ber blog dah hilang. Harap2 tak hilanglah keghairahan ibu nak berblog lagi pas ni. Lebih2 lagi nak edit blog sebab ibu sukaaaa sangat edit blog ni..

 
Okeylah, skang ni ibu nak stop dulu…pada kawan2 ibu yang masih sudi datang menjenguk blog ibu ni terima kasihhh banyak2 ibu ucapkan. Harap persahabatan alam maya kita ni tak terhenti macam tu je, InsyaAllah kalau takder halangan ibu nak aktif balik ber blogging ni hehe.
  

P/S ibu : Danial ngan Adam skang dah semakin membesar dan bijak. Rindu nak update cerita2 diorang macam dulu2… Winking smile 





kalau suka LIKE k... :D

Thanks Nuffy lagi dan lagi … :) 12




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Selamat tengah hari semua, apa kabar mommy2 semua…hari nak update BE yang ibu dapat dari Nuffnang untuk tahun 2012 ni. Alhamdulillah, ada lagi rezeki BE tuk tahun ni…ibu ingat dah tak ada lagi memandangkan blog ibu yang makin lama makin tak ber update nih…hehe
  


be lagi3
BE Celcom I Love Music!! Thank Nuffy!!!
  


Celcom!! line phone ibu memang pakai celcome pun…murah n jimat…kalau nak buat online transfer sekejap je dah dapat mesej tag pengesahan. Yang ni lak ibu nak kena survey2…apa ke bendanya Celcom I Love Music nih…kalau best boleh try.an?? ann? 

 
P/S ku : perut dah berkeroncong..nak makan duluu.. 






kalau suka LIKE k... :D

Comelnyaaaa…..anak sape nie?? 14



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 

GAMBAR : Seperti tajuk di atas. 

adam comel
Nah…tatap dulu gambar budak lelaki yang comel ini…
Ibu tak dapat nak menghalang Adam dari bergaya macam ni..
Payah betul, orang tak kasik pakai dia naaaaak jugak pakai..
kalau ayah nampak ni mesti dia marah kat ibu…
abih tu..acane??
  


Selamat pagi semua, Alhamdulillah diberi kesihatan dan kesempatan tuk buat entrie hari nie. Macam biasa ibu sibuk @ malas sangat2 nak update blog skang nie. Memang mood n minat ibu totally berubah lepas ibu mengandung anak ke 3 ni.
  

Ibu pun tak pasti kenapa? mengapa?? tapi yang ibu tau ibu cuma suke lepak2 depan tv n depan lappy tanpa buat apa2 selain dari mamam..mamam…mamam lagi. Kejap2 lapar..tapi ibu makan siket2 lah hehe. Jangan kata nak update blog, perkara yang ibu suka sangat buat dulu “EDIT BLOG” pun skang ni jauuuuuhhhh sangat dari hati ibu. Padahal dulu tu ibu sukeee sangat nak edit blog orang.

 
Tak tau kenapa?? konpius sangat2!! ambik gamabr Danial ngan Adam tuk buat story dalam blog cabuk ni pun dah jarang..tak se'eksaited sebelum ni. Update menu yang ayah or ibu masak pun sama…malasnyaaaaaa nak ambik gambar n masukkan kat sini.
  

Adeiii…berubah betul sikap ibu. Semenjak ibu mengandung ni bertambah jarang lagi ibu masak. Kerja rumah yang ibu buat cuma kemas rumah (ini ibu mesti nak buat, tak boleh tak buat)….jaga anak2, tu je. Lain2 macam basuh n hidai baju ayah yang buat…masak pun ayah yang buat, tak pun makan kat luar. Kalau ibu mengandung je ayah dah tau apa yang ibu tahan dan tak tahan nak buat then ayah akan tolong ibu buat dengan rela hatinya. (Alhamdulillah)

 
Hari tu ibu cuba masak sebab teringin sangat nak makan ayam masak sambal air tangan sendiri. Dari mula sampailah dekat2 akhir semuanya ok. Takder masalah pun, kaki ibu pun nampaknya boleh tahan berdiri lama2…sekali bila dah dekat2 nak abih masak tu ibu bukaklah penutup periuk nasi (ibu tak pakai rice cooker, masak kat dapur gas je), menderu2 wap panas yang berkumpul dalam periuk tu keluar ngentam ke ibu jari ibu ni haaa…

 
Alhamdulillah, mmg panas ya kengkawan…macam kena cucuh ngan api penunu bunsen selama sejam rasanya ibu jari ibu ni. Memula tu merah2 je…lama siket dia bertukar ala2 macam daging rentung gitew…seram saya. Lepas tu dia mengelembong2 lak, penuh ngan air….bisa jugaklah, kui3. Nak tengok tak??
  




Photo0474
Gambar ngan realiti tak sama langsung! Realitinya, kondisi ibu jari ibu mmg teruk sangat….adoiihai

Ibu : Ayah…tengoklah tangan ibu ni…sakitnya yahhh..
Ayah : Kenapa tu??
Ibu : Bukak periuk nasi tengah masak tadi, kena wap panas dia tu…..sss ssssss (sambil tahan sakit, Ya Allah…mengadanyaaa ibu)
Ayah : Sapu minyak gamat cepat2!!
Ibu : Agaknya petanda suh ibu rilek2 takyah masak kot yah?? sakitnyaaa yahhh (eceh ceh.)
Ayah : (gelak2 senyum2…gelak2)
Ibu : ok lah tu kan yah?? sakitnyaaa yaahhh..
Ayah : yelah tu…(senyum2). Cepat2 sapu minyak gamat. 

Setiap kali ibu belek2 ibu jari je ngan muka sedih….mesti ayah suh sapu minyak gamat. Adam lari…itu je cerita darjah 1 ibu kali ni.
  


P/S ku : Mana mungkin ibu tak masak lagi kan? mestilah ibu masak lagi….skang ni teringin nak makan/masak siput sedot + sayur suluh keladi = masak lemak!! sedapnyaaa…ntah bilalah ibu dapat buat?? ibu jari berdenyut2 lagi ni. 





kalau suka LIKE k... :D

Musibah….akan ada hikmahnya. 12



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semua…..sihat?…Alhamdulillah. Akhirnya ada jugak tenaga ibu nak update entri hari nie. Berapa hari nie ibu tak sihat siket…demam, seram sejuk rasanya. Mungkin jugak sebab demam terkejut, 2 hari lepas keluarga mertua ibu ditimpa musibah.
  

Sedih jugak ibu nak cerita ni, tapi Alhamdulillah…semuanya dah selesai dan yang paling penting ibu dan bapa mertua ibu selamat. 

 
photo1996
Gerak hati abang ipar ibu yang sulong…balik kerja awal siket dari biasa, dalam pukul 11 pagi tue dia balik rumah nak makan, rupanya sepanjang pagi tue hati dia dah rasa tak tenteram. Selalunya dia balik makan tengah hari pukul 2 ptg.
  

Bapa mertua ibu ada lam bilik…tak mampu sangat nak bergerak, banyak masa dia cuma berehat kat atas katil je…memang dia dah uzur sangat. Mak mertua ibu lak baru habis hidai baju..habis hidai tu dia duduk kat tangga dapur tuk berehat sekejap. Tak lama tu dlm pukul 11 lebih abg long (abg ipar) ibu lak balik dari kerja ladang sawit nak makan tgh hari.

 
Masa dia  masuk dlm rumah tu ikut pintu dapur mmg tak nampak apa2 pun, mak mertua ibu pun masih duduk2 lagi kat tangga dapur tu..bila abg long ibu baru masuk sesuap nasi je, baru dia perasankan rumah depan dah terbakar.

 
Sekejap je api marak terus merebak ke dapur dalam sekelip mata, kalaulah abg ipar ibu balik lambat hari tu ibu pun tak pasti apa akan jadi pada bapa mertua ngan ibu mertua ibu. Sedangkan bapa mertua tu dah tak mampu nak berjalan pantas, jalan pun punggung mengesot2, dengan penyakit semputnya lagi. Ibu mertua pulak kalau jalan pun mesti dipimpin, dengan penyakit jantungnya. Tapi Alhamdulillah dua2 selamat…..syukur sangat kerana nyawa yg lebih berharga.
  

photo1990
 
photo1991
banyak2 barang dalam rumah tu semuanya hangus..sedangkan kucing2 bapa mertua pun tak sempat nak lari hangus rentung dalam rumah, tapi kebesaran Allah SWT Al-Quran tu masih bersisa lagi.
 
Photo1992
 
photo1993
 
Photo1994
 
photo1995
lapang dah kawasan rumah bapa ngan mak mertua …Alhamdulillah, sebaliknya banyak sangat bantuan yang dihulurkan dari orang kampung, org politik, adun kawasan, penghulu kampung n ketua wanita memang pantas. Lega siket hati orang tua tu. 


 
P/S ku :  tak reti ibu nak ceritakan kisah sedih ni…





kalau suka LIKE k... :D

Abang Nenial pening2.. 23



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semua. Sihat? Alhamdulillah, kat sini ibu nak ucapkan syukur padaNYA dan Alhamdulillah buat Mama Nafira sekeluarga bila dapat tahu result yang terbaru tentang adik lelaki kesayangannya. Alhamdulillah bukan penyakit kanser yang dihidapinya. Semoga adik lelaki mama terus sihat dan tak miss jalani rawatan tuk terus sihat ya. Alhamdulillah. 

 
Ni ibu nak citer tentang bujang2 ibu tu haa…Nenial demam, pening2 kepala sampai takleh nak buat kerja sekolah. Balik dari sekolah semalam muntah2 depan gate…kat sekolah nangis2 kena marah ngan cikgu sebab kerja sekolah tak siap. 

 
Ibu dah suh siapkan hari tu tapi nenial bagi alasan nenial pening kepala…tak boleh buat kerja sekolah. Takper, ibu biarkan…bila kena marah ngan cikgu kat sekolah baru nenial belajar kan?. Rupa2 nya nenial memang demam panas ngan pening2 kepala laaa….balik sekolah tu terus je muntah2 n panas badan terus naik. 


Risau ibu, sib baik memang ayah ambik cuti 1/2 hari semalam…sebab mmg ada app. date ibu mengandung tuk daftar kat klinik. Sekaligus bawak nenial tuk check, dari rumah ibu dah siap2 pakaikan nenial cool fever. Tapi si budak kecik yang lagi se’orang itew dengan tiba2 “eninnn…enninn…emamm..emamm!!” sambil dok tepok2 kepala dia… 

 
Sibuk nak jugak pakai cool fever tu….apa abang dia ada dia mesti nak jugak. Tak boleh kurang, lebih mesti. Ayah dia memang layankan je anak2 dia dengan penuh kasih dan sayangnya…kui. Adam yang tak demam pun ayah nak buat check up jugak padahal dia dah tau anak bujang kecik dia tu men2 jek……ayah ayah
  

 
danial demam
alahaiiii…siannya abang nenial demam+muntah2+pening2 kepala..
pestaim ni ibu dengar dia pening kepala time demam…
dengan muntah2 lagi…banyak lak tu…
Alhamdulillah hari ni nenial rehat2 jek kat rumah tak gi sekolah..
demam dia pun dah kebah…dah boleh cakap2 ngan ibu…
tapi bila ibu suh buat kerja sekolah je nenial cakap dia takleh buat sebab pening2 kepala…
takper2, ibu bagi rehat  dulu cukup2 kat rumah…bila dah betul2 sihat baru buat kerja sekolah ya sayang?….. 




 
danial demam2
hai hai haii…adam emmamm ni…enninn2…
api adam uke akan…dapp!!…
emput2 kan ilishh ayah uat..
adam emmamm nii..ennin pale…api tak untah.. 



 
danial demam4
errrmmm…dapnyeee…
enninn…eninnn pale adam…ahahaha 



 
P/S ibu : memang sedap jemput2 ikan bilis ayah…rangup diluar, lembut didalam. keh keh keh keh. 





kalau suka LIKE k... :D

Lamanya tak ber update! 21



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 
 
Salam petang semua…lamanya ibu tak update story mory kat sini. Pertama mood blogging ibu dah kelaut sana…pastu kesihatan pon tak mengizinkan sangat. Bertambah-tambahlah sawang lam blog ibu nie….tapi CNY ari tue ibu masih kuat hebat bertenaga lagi untuk cuti berjalan-jalan ngan keluarga nan tercinta…hihiihi

 
Biasalah tu manusia…kalau diajak berjalan makan angin sape yang tak mau kan?…yang sakit terus sihat…yang lemah terus gagah. Memang ibu perkasalah time CNY jalan-jalan ritu. Tapi bila balik je rumah semula terus otomatik jadik lembik balik…terok betol ibu ni…

 
Hari ni ibu ingat nak citer sal holiday ibu se family ritu…tapi gambar banyak yang takder. Macam tak best lak nak citer. Lenkali kot?…cuti ritu ibu gi jalan Perak lagi, ibu gi rumah kakak ibu yang duk kat sana…tiap2 tahun sebelum CNY holiday mesti dia dah sibuk call ibu tanya datang sana tak? datang sana tak?

 
Memula ibu nak jalan KL ngan Melaka je…tapi dia duk sibuk desak2 ajak ibu datang jugak sana sebab kalau ibu datang nanti dia masakkan sedap2 tuk ibu. Sampai gitu sekali ya dia pujuk ibu bercuti kat sana….tahun lepas ibu gi Langkawi pon ngan dia jugak…

 
Okey! ibu pon pujuklah ayah bercuti kat sana je…dengan kehebatan ayah yang dah terbukti selama ni sememangnya ayah seorang suami yang penyayang…ibu pon dapatlah bercuti kata sana….lagi. Disebabkan cuti ayah tahun ni tak lama…jadik kitorang tak kemana2 pon masa kat sana…

 
Kali ni ibu jalan-jalan kat kawasan terdekat dengan Pengkalan Hulu jer…pastu gi pasar Baling (Kedah, suker shopping kat sini)…pastu gi mandi kat kolan air panas Ulu Legong….pastu gi jalan-jalan ke Thailand (sekali lagi)…semuanya seronok!! takde yang tak seronoknyer. Tahun ni ibu bawak sekali kakak sulong ibu, adik bongsu ibu ngan kakak sepupu ibu.
  

Turun KL dulu ambik kakak sepupu kat rumah dia…then tukar keta naik keta dia ramai2 n terus menuju ke Perak beramai-ramai. Seronoknyeeeeeeeee jalan-jalan ramai-ramai ngan family nie….kan? ekekeke tadi memula ibu tulis tak nak citer…tapi skang nie berjela-jela ibu citer…har har har

 
Oklah…ibu tepek satu gambar lu…boleh? leh aaa?
 
P1020836
Mee Udang Banjir @ Kuala Sepetang….(tak hingat macam mana nama menu ni..)
Merasa gak ibu mee udang banjir nih…tengok kat “Warung Kita” manalah sama dengan merasanya sendiri kan? bukan ibu yang nak makan ni…baby lam perot yang nak sangat rasa…ehehehe
 
 
P/S Ku : Bila dah biasa bercuti kat Perak…tiap2 tahun pon ibu terasa nak pergi sana (InsyaAllah)…ibu dah jatuh cinta ngan suasana kat Pengkalan Hulu tu…gunung-ganang…bukit bukau…rasa cam nak duduk je kat sana, patutlah abang ipar ngan kakak ibu tu tak nak pindah2 lagi…kalau boleh sampai abg ipar pencen diorang nak duk kat sana…. 






kalau suka LIKE k... :D

Nama saya Muhammad Danial Yusof 32



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semua…hari ni dah 5 hari Danial pegi sekolah PASTI. Buku2 pon dah dapat, baju pon dah dapat…jadi pagi ni ibu sempat snap gambar Danial lengkap dengan baju sekolah dia tue. Comel anak ibu nie…
 
 
P1020743
baru lepas solat subuh ngan ayah nie…iye iye jer dia ngikut… Smile


P1020745
sebelum berangkat mesti pekena dulu…baru otak cargas ekeke
susu sebotol mesti nak jugak sebelum pergi sekolah…sarapan tetap sarapan..

P1020748
nyot nyot nyot nyot…..sedapnyeeee



P/S ku : Adam pon nak jugak baju ijau abang dia nie…mana lak ibu nak carik??






kalau suka LIKE k... :D

Asus Nseries & P1 Wimax 126




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 
Salam semua…berapa hari ibu tak update blog nie…sibuklah katakan hehe. Dah masuk tahun baru pun kan…ibu nak ucapkan selamat tahun baru pada semua geng2 blogger yang rajin singgah n tinggalkan komen berharga kat blog ibu ni. Ibu hargai semua komen2 dan persahabatan yang terjalin antara kita selama ni. Semoga tahun baru ni semakin erat lagi hubungan yang terjalin di dunia maya ni. Amin.

 
Berapa minggu ni ibu ngan ayah sibuk asik ulang-alik Pontian ke JB. Penat ibu tau dibuat ayah nie…ayah baru jer dapatkan barang yang lama sangat dia nak beli. Baru2 ni lappy ibu kan ada problem….jadik susah jugak bila lappy problem ayah nak bayar bill online jadi tergendala. So ayah teringinlah nak dapatkan laptop tuk diri dia sendiri.

 
Yang buat penat ibu kena ikut ayah ulang-alik tiap2 minggu ke JB tu sebab ayah duk survey2 jenama apa yang dia nak beli. Mula2 Toshiba…pastu Asus…pastu Toshiba balik…pastu Asus balik…last2 konfem betul2 ayah ambik Asus. Bayangkan berapa kali ayah tukar fikiran berapa kali lak ibu kena ulang dan alik?. Ayah kalau bab membeli barang yang boleh dikatakan macam satu investment, memang dia teliti betul2.

 
Kalau ibu main sebat jer…tak sabor lah katakan. Gelojoh gitew kan ibu nie?…tapi berbaloi-baloi bila kita buat keputusan dengan teliti ni. Yang nak pakai kan kita jugakkan?…yang keluar duit membazir-bazir tu pon kita jugak…jadik kenalah berhati-hati pilih barang.

 
Bagus sangat ke Asus ni?…hentahlah? ibu pon tak pasti sangat, tapi yang buat ayah beli sebab design dia n motherboard (betulkerakuejani?) dia dari brand Asus tu sendiri. Ibu pon suker jugak ngan laptop ayah nie…bukannya apa, lebih2 ibu jer yang pakai ni…hehehe
  

Asus-N-Series_02
google je
Asus Nseries.
siap dengan subwoofer lagi (betullagikeakuejani?)…
boleh lawan ngan Toshiba nyer speaker si harmon kardon lah siket2…ekekeke 
dapat free additional 4GB memory card, total 8GB memory....
lagi dapat backpack pastu tambah RM20 shj kalau nak wireless Mouse yg berharga RM50++..
15”inch screen dan yang paling best tu dia punya number macam kat papan keyboad komputer biasa tu…
kat bahagian tepi sebelah kanan. kat atas pon ada gak…kalau guna lappy ayah ni tuk edit blog mesti mantop
ayah kata nanti dia masukkan software2 yang berkenaan tu tuk ibu guna…photoshop…AI…
Baikkan ayah nie?…tak lokek ngan ibu…hehehehe
Ayah sokong je minat ibu tuk edit blog…yang penting ibu duk kat rumah n jaga anak2…
  


Pastu bila dah ada 2 laptop ni jadik problem jugak bila terpaksa share2 berukband ngan ayah. Yang ayah nak guna…yang ibu pon mestilah nak gunanyer jugak…abih acane?…dah lah berebut-rebutkan berukband, lembab lak lagi berukbandnyer tu…memang tak berbaloi…


Kebetulan semalam ibu ngan ayah jalan ke econsave n ada lak promote P1 Wimax kat situ. Ayah usha2 pakej dia…huh mak aihhhhhhhh! berbaloi-baloi…kalau kawasan yang kita tinggal tu ada coverage line P1 wimax ni better lah bertukar kepadanya k…haaaa ni ibu promote free2 jek nak bagitau…


Kalau ibu pakai berukband (jenamadirahsiakan) sebulan ibu dapat guna limit 3GB kena bayar RM68. Paling koman pon kalau ibu tengok video siket2 pastu ibu buat kerja-kerja edit blog adalah dalam 3-4 hari jer dah habis limit dia. Tapi dengan P1 Wimax!!! (ayatiklan) sebulan ibu boleh guna limit 15.4GB = 2mbps, WIFI wireless, boleh guna tuk berapa banyak lappy pon dalam satu masa bersamaan dengan RM99 shj tuk satu bulan.



P1-Wimax_thumb
Google jugek


Disebabkan skang ni diorang ada buat promotion, so 3 bulan pertama cuma RM78 sahaja sebulan. Pastu continued dengan harga asal semula iaitu RM99 sebulan. Macam mana?…berbaloi-baloi tak?? 2mbps = 15.4GB sebulan….banyak beno beza tuuuuu kalau nak compare ngan 3GB sebulan usage. So gilah bertukar kalau kawasan tempat tinggal anda tu ada coverage line P1 Wimax ni…kalau tak puas hati leh pulang balik dalam masa 7 hari.


Alhamdulillah kawasan tempat tinggal ibu ni coverage dia fullbar lagi…puas hati ibu hehe…jadik tak payahlah ibu nak tunggu orang telekom dok pacak tiang kabel dia semata-mata nak masukkan WIFI telekom tu…hentah bila lah projek bakal diluluskan….ye? ye?? bertahon nunggu…



P/S ku : Masa nak stopkan perkhidmatan line berukband ibu tu..payah betul nak deal ngan customer service dia…macam2 dia buat tuk lengah2kan kita ni ha kat phone…kejap letak call suh tunggu…pastu mintak detail itu ini…pastu pass lak lagi ngan customer service yang lain…mak aihhh…dari elok2 dapat bercakap ngan ibu yang bersopan santun nie…tak pasal2 ko dapat bercakap ngan ayah yang direct sound ko terus kan?….boleh pulak?..memang nak kena cakap kasar2 baru boleh stop perkhidmatan ker?….






kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...