Lamanya tak ber update!



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 
 
Salam petang semua…lamanya ibu tak update story mory kat sini. Pertama mood blogging ibu dah kelaut sana…pastu kesihatan pon tak mengizinkan sangat. Bertambah-tambahlah sawang lam blog ibu nie….tapi CNY ari tue ibu masih kuat hebat bertenaga lagi untuk cuti berjalan-jalan ngan keluarga nan tercinta…hihiihi

 
Biasalah tu manusia…kalau diajak berjalan makan angin sape yang tak mau kan?…yang sakit terus sihat…yang lemah terus gagah. Memang ibu perkasalah time CNY jalan-jalan ritu. Tapi bila balik je rumah semula terus otomatik jadik lembik balik…terok betol ibu ni…

 
Hari ni ibu ingat nak citer sal holiday ibu se family ritu…tapi gambar banyak yang takder. Macam tak best lak nak citer. Lenkali kot?…cuti ritu ibu gi jalan Perak lagi, ibu gi rumah kakak ibu yang duk kat sana…tiap2 tahun sebelum CNY holiday mesti dia dah sibuk call ibu tanya datang sana tak? datang sana tak?

 
Memula ibu nak jalan KL ngan Melaka je…tapi dia duk sibuk desak2 ajak ibu datang jugak sana sebab kalau ibu datang nanti dia masakkan sedap2 tuk ibu. Sampai gitu sekali ya dia pujuk ibu bercuti kat sana….tahun lepas ibu gi Langkawi pon ngan dia jugak…

 
Okey! ibu pon pujuklah ayah bercuti kat sana je…dengan kehebatan ayah yang dah terbukti selama ni sememangnya ayah seorang suami yang penyayang…ibu pon dapatlah bercuti kata sana….lagi. Disebabkan cuti ayah tahun ni tak lama…jadik kitorang tak kemana2 pon masa kat sana…

 
Kali ni ibu jalan-jalan kat kawasan terdekat dengan Pengkalan Hulu jer…pastu gi pasar Baling (Kedah, suker shopping kat sini)…pastu gi mandi kat kolan air panas Ulu Legong….pastu gi jalan-jalan ke Thailand (sekali lagi)…semuanya seronok!! takde yang tak seronoknyer. Tahun ni ibu bawak sekali kakak sulong ibu, adik bongsu ibu ngan kakak sepupu ibu.
  

Turun KL dulu ambik kakak sepupu kat rumah dia…then tukar keta naik keta dia ramai2 n terus menuju ke Perak beramai-ramai. Seronoknyeeeeeeeee jalan-jalan ramai-ramai ngan family nie….kan? ekekeke tadi memula ibu tulis tak nak citer…tapi skang nie berjela-jela ibu citer…har har har

 
Oklah…ibu tepek satu gambar lu…boleh? leh aaa?
 
P1020836
Mee Udang Banjir @ Kuala Sepetang….(tak hingat macam mana nama menu ni..)
Merasa gak ibu mee udang banjir nih…tengok kat “Warung Kita” manalah sama dengan merasanya sendiri kan? bukan ibu yang nak makan ni…baby lam perot yang nak sangat rasa…ehehehe
 
 
P/S Ku : Bila dah biasa bercuti kat Perak…tiap2 tahun pon ibu terasa nak pergi sana (InsyaAllah)…ibu dah jatuh cinta ngan suasana kat Pengkalan Hulu tu…gunung-ganang…bukit bukau…rasa cam nak duduk je kat sana, patutlah abang ipar ngan kakak ibu tu tak nak pindah2 lagi…kalau boleh sampai abg ipar pencen diorang nak duk kat sana…. 






kalau suka LIKE k... :D

21 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

ajumohit berkata... Reply To This Comment

Biasalah klu pregnant mmg x smgt nk update blog ye Sheila, bestnya dpt mkn mee udang, kalau dpt jenjalan segar terus ye hihi

Lelord berkata... Reply To This Comment

rindunya kat blog ni...nenial sihat? adam? ibu? hehhehe enche' latipp?

Cik Rose Cute berkata... Reply To This Comment

sedapnya mee udang..

larradanish berkata... Reply To This Comment

wah peknennnnnnnnnn..congrat...hakak lama benor tk lepak sini huhuhu..ketinggalan banyak cerita..nk kena khatam suma n3 yg keciciran..hihi

|| NaFiRaa || berkata... Reply To This Comment

x tahan tengok udang2 yang bergulingan ituh~ sedapnye!!!

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@ajumohit hihihi...hobi. hihihi

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Lelord semua sihat Alhamdulillah ling...ngape ko tanya enche' latip nieh??...angan ling...angannn ekekeke

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Cik Rose Cute rasa dia besa2 jek dik

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@larradanish mesti hakak kena khatam...huh! :D

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@|| NaFiRaa || betul tu mama...udang dia je yang cedap! ekekeke

Aine Ainun berkata... Reply To This Comment

Saya dok perak..
memang syok disini=)))

hijau je, sejuk mata memandang=)

zulhilmi tempoyak berkata... Reply To This Comment

sme la kite...hahahah

nisa berkata... Reply To This Comment

Salam kenal..cantik blog nih..tengah mengandung ke?hope semuanya baik belaka...kebetulan weekend ni nak ke taiping, ingat nak ajak famili pekena mee udang kat situ..coz adik ipar ada cakap nak makan mee udang..thank u for sharing

Lady Emilya berkata... Reply To This Comment

hualah, sedap tu mee udang kuala sepetang, duk perak tapi jarang pergi, mak aihh gambor menyelarakan hee :D

sabry oppa berkata... Reply To This Comment

singgah sini n bace entry....
nice ") nice ") like :) like :)

http://sabryoppa.blogspot.com/ (blog personal)
http://shaberry92.blogspot.com/ (blog kpop)

singgah, komen n follow lah blog sabry oppa kalau sudi...

nice to meet you...^_^

fieda berkata... Reply To This Comment

hai sheila..sihat ke...?wah gi jln2 ye..sedap mee udang tu..wat kite terliur jer la...

Izan Ishak berkata... Reply To This Comment

salam sheila... lama tak berhapdet, pegi jalan2 perak sampai ke thailand sana.. best tu!

aduhhh... mee banjir udang tu pun cam teringin nak makan. tapi jauhlah pulak. tergoda ngan udang nya yg besar2 tu!

Positive Girl berkata... Reply To This Comment

orang ajak bercuti mestile nak ikut..kalau ajak kita pun nak pegi..hehe...

izan mama mia berkata... Reply To This Comment

Hai..Assalamualaikum..izan orang Perak gak..Gerik dekat ngan Pengkalan Hulu..tapi jarang sekali dapat balik kampung....Perak memang best untuk selalu dilawati...ehe.. :)
tq singgah blog izan. Izan folow yaa..

Mak Lagenda berkata... Reply To This Comment

Gulppppp..mee udang banjir?? Klu mak ngandung, musti kena terjah nih!

Nini D.. berkata... Reply To This Comment

mmg best duduk sini kak...
saya duduk Taiping :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...