بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam petang semua…..sihat?…Alhamdulillah. Akhirnya ada jugak tenaga ibu nak update entri hari nie. Berapa hari nie ibu tak sihat siket…demam, seram sejuk rasanya. Mungkin jugak sebab demam terkejut, 2 hari lepas keluarga mertua ibu ditimpa musibah.
Sedih jugak ibu nak cerita ni, tapi Alhamdulillah…semuanya dah selesai dan yang paling penting ibu dan bapa mertua ibu selamat.
Gerak hati abang ipar ibu yang sulong…balik kerja awal siket dari biasa, dalam pukul 11 pagi tue dia balik rumah nak makan, rupanya sepanjang pagi tue hati dia dah rasa tak tenteram. Selalunya dia balik makan tengah hari pukul 2 ptg.
Bapa mertua ibu ada lam bilik…tak mampu sangat nak bergerak, banyak masa dia cuma berehat kat atas katil je…memang dia dah uzur sangat. Mak mertua ibu lak baru habis hidai baju..habis hidai tu dia duduk kat tangga dapur tuk berehat sekejap. Tak lama tu dlm pukul 11 lebih abg long (abg ipar) ibu lak balik dari kerja ladang sawit nak makan tgh hari.
Masa dia masuk dlm rumah tu ikut pintu dapur mmg tak nampak apa2 pun, mak mertua ibu pun masih duduk2 lagi kat tangga dapur tu..bila abg long ibu baru masuk sesuap nasi je, baru dia perasankan rumah depan dah terbakar.
Sekejap je api marak terus merebak ke dapur dalam sekelip mata, kalaulah abg ipar ibu balik lambat hari tu ibu pun tak pasti apa akan jadi pada bapa mertua ngan ibu mertua ibu. Sedangkan bapa mertua tu dah tak mampu nak berjalan pantas, jalan pun punggung mengesot2, dengan penyakit semputnya lagi. Ibu mertua pulak kalau jalan pun mesti dipimpin, dengan penyakit jantungnya. Tapi Alhamdulillah dua2 selamat…..syukur sangat kerana nyawa yg lebih berharga.
banyak2 barang dalam rumah tu semuanya hangus..sedangkan kucing2 bapa mertua pun tak sempat nak lari hangus rentung dalam rumah, tapi kebesaran Allah SWT Al-Quran tu masih bersisa lagi.
lapang dah kawasan rumah bapa ngan mak mertua …Alhamdulillah, sebaliknya banyak sangat bantuan yang dihulurkan dari orang kampung, org politik, adun kawasan, penghulu kampung n ketua wanita memang pantas. Lega siket hati orang tua tu.
P/S ku : tak reti ibu nak ceritakan kisah sedih ni…
kalau suka LIKE k... :D




Musibah….akan ada hikmahnya.



12 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:
Alhamdullillah.. kedua ibubapa mertua shiela selamat..
subhanallah..kebesaran Allah...
syukur semuanya selamat
Ya Allah.. Mertua ibu ke?? mama ade baca pasal kes nih kat paper.. dalam hati terdetik.. nasiblah anak dia tergerak nak balik awal.. kalo x tak tahu la.. syukurlah semua selamat.. harta bende boleh di ganti balik kan.. :)
ya allah terjadi pada keluarga mertua sheila ye? syukurla selamat...subhanallah naskah al quran tu bukti kebesaran Allah
Salam Takziah babe, Alhamdulillah ur parent in law selamat,walaupun harta benda tak dpt diselamatkan. Sedih tgk kejadian ni. Takziah ye and bykkan bersabar..kesian pulak kat kucing yg rentung tu..huhuhu
syukur semuanya selamat ling..
sayu sungguh melihat bekas rmh tu..
salam takziah.
Syukur alhamdulillah x de seuatu yg buruk berlaku pd org tua tuh. Takpelah..biarpun xde apa yg boleh diselamatkan, yg penting nyawa kan..
sabar lah shiela. Moga ada hikmah disebalik semua ini
alhamdullilah yg penting tiada nyawa yg terlibat...mmg bahayala bab api ni...
Takziah diucapkan... allah maha berkuasa.. Ibu bapa mertua shiela selamat....
alhamdulillah mertua selamat kan...
syukurlah kedua2 mertua shiela selamat...