25 hari berpantang :)




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Salam pagi semua…pagi lagi ni masa ibu taip, baru pukul 11:31am…kalau ada masa menaip maknanya ibu tengah boring ni. Hari ni genap 25 hari dah ibu berpantang..kalau ikutkan hati ibu nak je cakap dah 26 hari hehehe…tak sabor2 dah ni nak habiskan tempoh berpantang.

 
IMG-20120910-00021
Ameera tengah nyenyak tidur….lena betul, kalau dia nak lena ikut dan dia jer kan..hehe

 
Tadi atok Meera datang lawat dia, semata-mata datang nak tengok dak Meera ni, rindu agaknya sebab dari raya ke 4 sampailah hari ni baru atok dia dapat tengok Meera. Ibu pantang kat rumah sendiri tu yang atok jarang tengok si kecik ni. Kalau abang2 dia dulu memang ibu pantang kat rumah atok jer…tapi lebih selesa ngan senang rasanya ibu pantang kat rumah sendiri.

 
Alhamdulillah, pantang kali ni ibu ngan ayah mintak tolong (upah) pengasuh yang jaga abang Danial dulu jagakan ibu dalam pantang. Setiap pagi dia datang rumah, masak tuk ibu…sediakan air mandi ibu, mandikan Ameera + siap kemas rumah ngan basuh baju bagai. Tip Top lah kak Idah (nama pengasuh) jaga ibu ngan Meera. Ibu puas hati sangat…setiap pagi sebelum pukul 10:00 pagi ibu ngan Ameera dah siap wangi2 n cantik2…kihkihkih. Plus ibu mesti dah tersandar kekenyangan sebab dia dah siap2 masak sedap2 lagi. Dalam masa 2 jam tu dari pukul 8:00 sampai pukul 10:00 pagi semua kerja dia bereskan.

 
Kagum betul ibu, pastu kang dia balik rumah sempat lak masak tuk anak2 dia makan balik dari sekolah pulak. Senang jugak pantang bila kita ni ada yang khusus jaga kita, kalau dulu masa anak pertama mak ibu masih ada lagi. Tak perlu susah2 fikir siapa nak jaga ibu dalam pantang sebab mak ibu sendiri yang nak jaga ibu. Bila mak sendiri yang jaga lagilah terjaga pantang kita, serba-serbi dia jaga…air mandi mesti ada daun2 herba (ibu sukaaa)…lepas makan mesti minum air jamu…make sure kita sentiasa kenyang supaya perut tak masuk angin. Paling best bila baby ibu kena urut2 lepas mandi…mak mak…mana nak carik yang sama dengan emak kan? tapi Alhamdulillah…sekurangnya merasa gak Danial air tangan arwah nenek dia Smile

 
Ok…nak rest dulu…nanti kita sambung lagi.
  

P/S ku : tengah fikir2 idea nak tukar header baru lak. 







kalau suka LIKE k... :D

9 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

|| NaFiRaa || berkata... Reply To This Comment

selamat berpantang ibu~

Eliss Mie berkata... Reply To This Comment

ingat nak pantang rumah sendiri jugak tapi takut tak kuat pulak. hrp mak abah sudi datang sekejap tengok2 :)

Ibu Lala berkata... Reply To This Comment

untung lah ada orang jaga. rasa macam permaisuri je kan. ni baby no 3 ke?

shilla latif berkata... Reply To This Comment

@|| NaFiRaa || iye mama...dah tak sabar nak habiskan waktu berpantang ni hehe

shilla latif berkata... Reply To This Comment

@Eliss Mie mmg selesa pantang kat rumah sendiri..lagi2 kalau mak dtg rumah tolong jagakan kita :)

shilla latif berkata... Reply To This Comment

@Ibu Lala salam perkenalan ya...yelah, rasa macam permaisuri pulak. Berbaloi rasanya mengandung 9 bulan 10 hari...kan? :)

syiela berkata... Reply To This Comment

take care ye.. selamat berpantang.. jgn lasak2 sangat tau

Che Rosliza Che mat berkata... Reply To This Comment

Shiela dalam pantang rupanya...udah lama tak singgah sini huhuhu

Laparpo Fatakunsi berkata... Reply To This Comment

Salam,..isteri sy mencari org yg leh jaga dia berpantang dari pagi sampai petang je, sbb sy keje ofis hour,blah mlm sy ada...selama 2 minggu..kami di bukit mertajam..boleh bantu? email sy ahmad_aswad@usm.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...