Ameera Adni Rose




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Selamat hari raya semua kawan2 blogger ibu yang sangat2 ibu rindu’iiiiiiii. I miss u’ollss okeyyy….lama ibu tak menulis, menaip blog ibu ni. Rinduuuu jugak kat blog ibu ni, selalu ibu hadap FB jer…masa ibu mengandung memang ibu jarang update sebab ibu tak suke sangat nak menaip…tapi skang ni mood ibu ada mari sket-sket. Kesian blog ni…di anak tirikan berbulan-bulan lamanya…sampai hati ibu. Nak buat caner? pembawakan budak gamaknya sampai tak ada mood nak menaip..
  

Dari awal ibu mengandung sampailah sekarang ni, pejam celik dah 9 bulan lebih dah….dan ibu pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel sangat2….hari ni genap ibu berpantang 21 hari. Sama dengan usia anak perempuan ibu yang pertama yang diberi nama Ameera Adni Rose Bt. Abd. Latif. Akhirnya hajat ibu nak bagi ayah anak perempuan tercapai juga dengan izinNYA (Syukur Alhamdulillah). Semoga ayah ambil peluang ni dengan sebaik-baiknya sebab besar pahalanya bagi seorang ayah membahagiakan anak perempuan. Amin.

 
Ameera 1
Ameera Adni Rose Bt. Abd. Latif 
Ameera (Puteri) Adni (Nama Syurga) Rose (Bunga)
  

Dalam waktu berpantang ni biasanya ibu bosan…hahaha…semua ibu2 pun mesti boring kan? bukan bosan nak jaga baby ye…bosan nak jaga pantang hehe. banyak pantang larang…nak tak nak kita ni orang perempuan kena layan jugak. Tak boleh lah buat endah tak endah dengan pantang orang bersalin ni. Kang bentan diri sendiri jugak yang susah…dah tu nyusahkan orang lak haha
  

Ameera masa baru lahir berat dia 2.83kg…pastu masa usia dia 18 hari berat dia naik ke 4kg. Alhamdulillah dia membesar tanpa masalah, masa dia lahir pun dari hari pertama sampailah sekarang ni ibu bersyukur sangat2 sebab dia tak kena jaundice. Memula ibu pelik jugak kan? bukan apa kebanyakkan bayi baru lahir sekarang ni mesti kena jaundice…macam abang2 dia Danial ngan Adam dua-dua kena jaundice. Tapi bila Meera pulak dia sihat Alhamdulillah takder jaundice. Mungkin ibu amalkan minum VCO (Virgin Coconut Oil) kot? memang berkesan minyak kelapa dara ni kalau kita amalkan minum dan guna masa mengandung.
  

Ibu dapat rasa perbezaan melahirkan Ameera dengan abang2 dia. Masa Meera ni Alhamdulillah ibu rasa mudah nak melahirkan dia…Alhamdulillah ibu tak rasa sangat sakit-sakit menyengat masa nak melahirkan tu…sakit siket2 je pastu tau2 tiba dah masa untuk ibu melahirkan. Ibu pelik masa Danial (7cm) ngan Adam (5cm) dulu ibu dah tak tahan sakit dia…tapi Ameera ni dah jejak ke 7cm pun ibu boleh rilex2 lagi…itu pun ayah yang risau sangat kenapa kali ni lama lak dia tunggu ibu tuk bersalin. Dia yang sibuk suh ibu check dah berapa bukaan ibu, tau2 dah 7cm. Alhamdulillah doa ibu dan ayah didengar olehNYA supaya ibu tak menanggung kesakitan yang sangat melahirkan anak kali ni.
  

Ibu cadangkan pada mommy2 atau ibu2 yang mengandung tu amalkanlah minum Minyak Kelapa Dara semasa mengandung tu. Tak kisahlah jenama apa pon minyak tu yang penting ianya adalah minyak kelapa dara. InsyaAllah segalanya di permudahkan, amalkan minum sehari satu sudu 4 ke 5 minggu sebelum tarikh bersalin. Mana yang baik ibu sharing2 k…tak rugi pada yang suka nak mencuba.
  

Okeylah…stop dulu bebel2 pasal baby, pasal pantang, pasal minyak…ibu nak rehat dulu nak hadap Ameera pulak. Next time ibu update lagi kalau ada story best ye.
  

P/S : Lain rasanya bila ada anak 3 ni…rasa cam ramai lak anak aku..baru 3 belum 5 ke 7 ke kan? ada hati nak tambah lagi ni hehe 







kalau suka LIKE k... :D

16 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Lelord berkata... Reply To This Comment

Bestnya lingg ada baby...moga ada rezeki ku tambah anak pasni

siti shahidatul asmidar Saaidin berkata... Reply To This Comment

tahniah... seronok tgk baby...

~ Lady ell ~ berkata... Reply To This Comment

Alhamdulillah...sihat ko ank beranak babe.waktu ko kat kg aku tak menyempat je nak visit ko ngan baby.kalau aku nak ke tmn megah tu aku koling2 eh.

tapi dlm pantang mmg bnyk masa terluang lah..aku pun kalau bby tido tak tau nk buat apa...sbb tu time pantang mmg paling bnyk n3.:)

kak lela..insya'allah ada rezeki lg.

Afasz berkata... Reply To This Comment

alhamdulillah murah rezeki awk.

seronok nye dah 3 anak. sy baru nak kawin. :D

|| NaFiRaa || berkata... Reply To This Comment

Tahniah ibu..
selamat berpantang~

lemongrass berkata... Reply To This Comment

Tahniah Shiela dgn kelahiran Ameera. Cantik nama secomel tuan empunya nama.
Selamat berpantang.

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Lelord TQ ling, InsyaAllah rezeki ko akan tiba jugak ling. Aku doakan tuk ko sekeluarga Amin. Selamat Hari Raya maaf zahir batin. :)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@siti shahidatul asmidar Saaidin TQ ya...Selamat Hari Raya maaf zahir batin. :)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@~ Lady ell ~ TQ babe..aku tunggu jugak kedatangan ko beraya....tapi kalau ko nak dtg beraya kat pontian tmn megah calling2 k :) Selamat Hari Raya maaf zahir batin.

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@Afasz TQ dik...semoga berbahagia bakal pengantin ni nanti k. Selamat Hari Raya maaf zahir batin.

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@|| NaFiRaa || TQ mama....Selamat Hari Raya maaf zahir batin. :)

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@lemongrass TQ LG....Selamat Hari Raya maaf zahir batin. :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata... Reply To This Comment

ceroi @ meniti senja kembali... http://menitisenja5876.blogspot.com/2012/09/shr-mzb.html

Shiela Latif berkata... Reply To This Comment

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ tau dahhh

wan nurul hezrina berkata... Reply To This Comment

Mcm cite kat tb Nama ameera.cumil baby.tahniah kak

Che Rosliza Che mat berkata... Reply To This Comment

Rose Maksud bunga hihihi...CR pun ada rose...cutenya baby..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...