BE & Ameera :)



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 
Salam petang semua…apa khabarrr??? haha. Dekat 2 minggu tak update apa-apa, rindu lak nak menaip hehe. Hari ni nak citer BE baru lagi yang sudi dihadiahkan oleh Nuffnang tanpa henti kepada blog ibu, Danial, Adam, Ayah n sekarang ni ditambah pulak lagi dengan seorang insan yang istimewa bunga bulan ibu Ameera.

 
Ibu tq banyak-banyak pada Nuffnang satu-satunya yang sentiasa memberikan ibu BE tanpa jemu. Walauuuuupun ibu ni rajiiiiin sangat update blog sekarang. TANPA JEMU oke?? Alhamdulillah, walaupun tak jadi kaya tapi ibu sangat-sangatlah bersyukur dengan rezeki dariNYA.

 
Walaaaauuupun kepelikan ibu belum pun sempat nak hilang, tapi blog ibu ni masih lagi dihujani dengan BE-BE yang baru-baru…gitewww. Dengan Blog yang tak berapa nak aktif dan femes nih?? tapi ada jugak yang datang menjengah tetiap hari…reader-reader yang telah disesatkan jalannya ke sini.

 
Terima kasih banyak-banyak. Memang ada jer tetamu yang sudi membaca n meninggalkan komen-komen yang susah ibu nak faham. Lagi-lagi kat entri ibu yang ini Asus N series & P1 Wimax……padahal ibu dah blok ngan simen mana-mana komen yang ibu tak faham dari timbul. Eh. Dia timbul jugak??? tak ngape-ngape lah tu kan. Komen anda dialu-alukan…sila-sila.



 
be lagi7

  • Yang terbaru sekali tu ha….Maxis Roaming Peace Of Mi………
  • Yang lain-lain tu dekat-dekat nak dan dah credited.
  • TQ NUFFNANG!!
 


 
424954_547249101956422_811396601_n
Ameera dan kawan barunya.



Hihihihi….nampak tak apa yang ada kat sebelah anak dara bunga rose saya tu?? itu adalah mainan yang dititipkan oleh abangnya yang #2 tu. Siapa lagi kalau bukan abbangg Attam…huahuahuaaa. Bijak jugak abbang attam ni bagi patung comel size Ameera ni buat adik dia. Ibu tak terfikir pun nak bagi Ameera pegang-pegang ngan main-main patung ni…apalah ibu ni kan Attam? patung ni pun ibu nak lokek-lokek ngan adik attam…hahaha


Patung tu lama dah terduduk atas meja barangan kesayangan ibu. Konon-konon anak-anak ada permainan, ibu dia pun nak jugak kawasan barang permainan. Jadi apa jugak barang yang ada kat atas meja tu Danial ngan Attam (Adam) tak boleh kacau…tetapi dengan bijaknya abbang attam yang perihatin telah pun menculik patung comel itew dengan niat yang baik sebagai peneman adik Ameera comel yang disayanginya…(adoi ayat).


Comeeeeellll sangat Ameera dan patung tu. Bila mereka bersama dua-dua nampak comel…hihihihi, sekarang ni Ameera dah 3 bulan nak masuk 4 bulan. Sekejaaap je dah 3 bulan, dan Alhamdulillah akhirnya ibu berjaya menjadi seorang ibu exclusive BF tanpa bantuan mana-mana produk tesusu yang lain. Alhamdulillah sangat! ayah standby 3 kotak susu tuk Ameera awal bulan hari tu, yang luak cuma setengah sekotak…lagi 2 kotak masih tak berusik pun lagi.


Ya Allah, terima kasih memperkenankan doaku. Sekarang ni dia tak nak dah menyusu susu lain selain dari susu ibu sahaja. In love Dan semestinyalah ibu kenalah bekerja keras memastikan susu ibu senantiasa ada untuk bunga ibu yang seorang itew. InshaaAllah. Baru ibu tau dan percaya dengan kata-kata nurse selama ni, susu ibu lebih berkhasiat! mudah tidak perlu susah-susah nak bancuh susu! tak perlu susah-susah nak cuci botol susu! tak payah susah-susah nak jerang air panas! dan yang paling indahnya adalah bila membayangkan betapa banyaknya duit yang dapat ibu jimatkan!! berapa tu? berapa tu?? $$$$$$$$$$$$$$$$$ In love


Haaaaaa wa caya, wa caya sama lu nurse!! haha….timbang 3 bulan pun beratnya naik dengan normal, sekarang dah 5.4kg naik 700grm dalam sebulan. Semoga Anak3 ibu diberikan kesihatan yang berlarutan olehNYA amin. Okeylah..panjang jugak dah ibu membebel-bebel nih, nak cek Anak2 bujang ibu yang tengah menangkop melo kat atas meja di dapor tu. Risau pulak kesihatan mereka terganggu nanti…Laughing out loud 



P/S ibu : alang-alang dah masuk dapur…ibu pon nak numpang sebelah kaki, bukan apa…terkenang masa kecik-kecik dahulu hihihihi (cemana cara ibu nak BOIKOT MILO ni??)







kalau suka LIKE k... :D

2 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

el berkata... Reply To This Comment

wahh wahh wahhh sekali 2 nuff ada eh..congrat..jeles ok..hehehe

ni nak shout kt cbox xtau lah..tang mn nak tulis...jenuh teman kodek2 tang mn nk letak name url semua bagai wooohooooo

sueMUNCET berkata... Reply To This Comment

jemput join.. ;)

http://suemuncet.blogspot.com/2012/11/contest-dari-blog-suemuncet.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...