Nama saya Muhammad Danial Yusof 32



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semua…hari ni dah 5 hari Danial pegi sekolah PASTI. Buku2 pon dah dapat, baju pon dah dapat…jadi pagi ni ibu sempat snap gambar Danial lengkap dengan baju sekolah dia tue. Comel anak ibu nie…
 
 
P1020743
baru lepas solat subuh ngan ayah nie…iye iye jer dia ngikut… Smile


P1020745
sebelum berangkat mesti pekena dulu…baru otak cargas ekeke
susu sebotol mesti nak jugak sebelum pergi sekolah…sarapan tetap sarapan..

P1020748
nyot nyot nyot nyot…..sedapnyeeee



P/S ku : Adam pon nak jugak baju ijau abang dia nie…mana lak ibu nak carik??






kalau suka LIKE k... :D

Asus Nseries & P1 Wimax 126




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 
Salam semua…berapa hari ibu tak update blog nie…sibuklah katakan hehe. Dah masuk tahun baru pun kan…ibu nak ucapkan selamat tahun baru pada semua geng2 blogger yang rajin singgah n tinggalkan komen berharga kat blog ibu ni. Ibu hargai semua komen2 dan persahabatan yang terjalin antara kita selama ni. Semoga tahun baru ni semakin erat lagi hubungan yang terjalin di dunia maya ni. Amin.

 
Berapa minggu ni ibu ngan ayah sibuk asik ulang-alik Pontian ke JB. Penat ibu tau dibuat ayah nie…ayah baru jer dapatkan barang yang lama sangat dia nak beli. Baru2 ni lappy ibu kan ada problem….jadik susah jugak bila lappy problem ayah nak bayar bill online jadi tergendala. So ayah teringinlah nak dapatkan laptop tuk diri dia sendiri.

 
Yang buat penat ibu kena ikut ayah ulang-alik tiap2 minggu ke JB tu sebab ayah duk survey2 jenama apa yang dia nak beli. Mula2 Toshiba…pastu Asus…pastu Toshiba balik…pastu Asus balik…last2 konfem betul2 ayah ambik Asus. Bayangkan berapa kali ayah tukar fikiran berapa kali lak ibu kena ulang dan alik?. Ayah kalau bab membeli barang yang boleh dikatakan macam satu investment, memang dia teliti betul2.

 
Kalau ibu main sebat jer…tak sabor lah katakan. Gelojoh gitew kan ibu nie?…tapi berbaloi-baloi bila kita buat keputusan dengan teliti ni. Yang nak pakai kan kita jugakkan?…yang keluar duit membazir-bazir tu pon kita jugak…jadik kenalah berhati-hati pilih barang.

 
Bagus sangat ke Asus ni?…hentahlah? ibu pon tak pasti sangat, tapi yang buat ayah beli sebab design dia n motherboard (betulkerakuejani?) dia dari brand Asus tu sendiri. Ibu pon suker jugak ngan laptop ayah nie…bukannya apa, lebih2 ibu jer yang pakai ni…hehehe
  

Asus-N-Series_02
google je
Asus Nseries.
siap dengan subwoofer lagi (betullagikeakuejani?)…
boleh lawan ngan Toshiba nyer speaker si harmon kardon lah siket2…ekekeke 
dapat free additional 4GB memory card, total 8GB memory....
lagi dapat backpack pastu tambah RM20 shj kalau nak wireless Mouse yg berharga RM50++..
15”inch screen dan yang paling best tu dia punya number macam kat papan keyboad komputer biasa tu…
kat bahagian tepi sebelah kanan. kat atas pon ada gak…kalau guna lappy ayah ni tuk edit blog mesti mantop
ayah kata nanti dia masukkan software2 yang berkenaan tu tuk ibu guna…photoshop…AI…
Baikkan ayah nie?…tak lokek ngan ibu…hehehehe
Ayah sokong je minat ibu tuk edit blog…yang penting ibu duk kat rumah n jaga anak2…
  


Pastu bila dah ada 2 laptop ni jadik problem jugak bila terpaksa share2 berukband ngan ayah. Yang ayah nak guna…yang ibu pon mestilah nak gunanyer jugak…abih acane?…dah lah berebut-rebutkan berukband, lembab lak lagi berukbandnyer tu…memang tak berbaloi…


Kebetulan semalam ibu ngan ayah jalan ke econsave n ada lak promote P1 Wimax kat situ. Ayah usha2 pakej dia…huh mak aihhhhhhhh! berbaloi-baloi…kalau kawasan yang kita tinggal tu ada coverage line P1 wimax ni better lah bertukar kepadanya k…haaaa ni ibu promote free2 jek nak bagitau…


Kalau ibu pakai berukband (jenamadirahsiakan) sebulan ibu dapat guna limit 3GB kena bayar RM68. Paling koman pon kalau ibu tengok video siket2 pastu ibu buat kerja-kerja edit blog adalah dalam 3-4 hari jer dah habis limit dia. Tapi dengan P1 Wimax!!! (ayatiklan) sebulan ibu boleh guna limit 15.4GB = 2mbps, WIFI wireless, boleh guna tuk berapa banyak lappy pon dalam satu masa bersamaan dengan RM99 shj tuk satu bulan.



P1-Wimax_thumb
Google jugek


Disebabkan skang ni diorang ada buat promotion, so 3 bulan pertama cuma RM78 sahaja sebulan. Pastu continued dengan harga asal semula iaitu RM99 sebulan. Macam mana?…berbaloi-baloi tak?? 2mbps = 15.4GB sebulan….banyak beno beza tuuuuu kalau nak compare ngan 3GB sebulan usage. So gilah bertukar kalau kawasan tempat tinggal anda tu ada coverage line P1 Wimax ni…kalau tak puas hati leh pulang balik dalam masa 7 hari.


Alhamdulillah kawasan tempat tinggal ibu ni coverage dia fullbar lagi…puas hati ibu hehe…jadik tak payahlah ibu nak tunggu orang telekom dok pacak tiang kabel dia semata-mata nak masukkan WIFI telekom tu…hentah bila lah projek bakal diluluskan….ye? ye?? bertahon nunggu…



P/S ku : Masa nak stopkan perkhidmatan line berukband ibu tu..payah betul nak deal ngan customer service dia…macam2 dia buat tuk lengah2kan kita ni ha kat phone…kejap letak call suh tunggu…pastu mintak detail itu ini…pastu pass lak lagi ngan customer service yang lain…mak aihhh…dari elok2 dapat bercakap ngan ibu yang bersopan santun nie…tak pasal2 ko dapat bercakap ngan ayah yang direct sound ko terus kan?….boleh pulak?..memang nak kena cakap kasar2 baru boleh stop perkhidmatan ker?….






kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...