Musibah….akan ada hikmahnya. 12



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semua…..sihat?…Alhamdulillah. Akhirnya ada jugak tenaga ibu nak update entri hari nie. Berapa hari nie ibu tak sihat siket…demam, seram sejuk rasanya. Mungkin jugak sebab demam terkejut, 2 hari lepas keluarga mertua ibu ditimpa musibah.
  

Sedih jugak ibu nak cerita ni, tapi Alhamdulillah…semuanya dah selesai dan yang paling penting ibu dan bapa mertua ibu selamat. 

 
photo1996
Gerak hati abang ipar ibu yang sulong…balik kerja awal siket dari biasa, dalam pukul 11 pagi tue dia balik rumah nak makan, rupanya sepanjang pagi tue hati dia dah rasa tak tenteram. Selalunya dia balik makan tengah hari pukul 2 ptg.
  

Bapa mertua ibu ada lam bilik…tak mampu sangat nak bergerak, banyak masa dia cuma berehat kat atas katil je…memang dia dah uzur sangat. Mak mertua ibu lak baru habis hidai baju..habis hidai tu dia duduk kat tangga dapur tuk berehat sekejap. Tak lama tu dlm pukul 11 lebih abg long (abg ipar) ibu lak balik dari kerja ladang sawit nak makan tgh hari.

 
Masa dia  masuk dlm rumah tu ikut pintu dapur mmg tak nampak apa2 pun, mak mertua ibu pun masih duduk2 lagi kat tangga dapur tu..bila abg long ibu baru masuk sesuap nasi je, baru dia perasankan rumah depan dah terbakar.

 
Sekejap je api marak terus merebak ke dapur dalam sekelip mata, kalaulah abg ipar ibu balik lambat hari tu ibu pun tak pasti apa akan jadi pada bapa mertua ngan ibu mertua ibu. Sedangkan bapa mertua tu dah tak mampu nak berjalan pantas, jalan pun punggung mengesot2, dengan penyakit semputnya lagi. Ibu mertua pulak kalau jalan pun mesti dipimpin, dengan penyakit jantungnya. Tapi Alhamdulillah dua2 selamat…..syukur sangat kerana nyawa yg lebih berharga.
  

photo1990
 
photo1991
banyak2 barang dalam rumah tu semuanya hangus..sedangkan kucing2 bapa mertua pun tak sempat nak lari hangus rentung dalam rumah, tapi kebesaran Allah SWT Al-Quran tu masih bersisa lagi.
 
Photo1992
 
photo1993
 
Photo1994
 
photo1995
lapang dah kawasan rumah bapa ngan mak mertua …Alhamdulillah, sebaliknya banyak sangat bantuan yang dihulurkan dari orang kampung, org politik, adun kawasan, penghulu kampung n ketua wanita memang pantas. Lega siket hati orang tua tu. 


 
P/S ku :  tak reti ibu nak ceritakan kisah sedih ni…





kalau suka LIKE k... :D

Abang Nenial pening2.. 23



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semua. Sihat? Alhamdulillah, kat sini ibu nak ucapkan syukur padaNYA dan Alhamdulillah buat Mama Nafira sekeluarga bila dapat tahu result yang terbaru tentang adik lelaki kesayangannya. Alhamdulillah bukan penyakit kanser yang dihidapinya. Semoga adik lelaki mama terus sihat dan tak miss jalani rawatan tuk terus sihat ya. Alhamdulillah. 

 
Ni ibu nak citer tentang bujang2 ibu tu haa…Nenial demam, pening2 kepala sampai takleh nak buat kerja sekolah. Balik dari sekolah semalam muntah2 depan gate…kat sekolah nangis2 kena marah ngan cikgu sebab kerja sekolah tak siap. 

 
Ibu dah suh siapkan hari tu tapi nenial bagi alasan nenial pening kepala…tak boleh buat kerja sekolah. Takper, ibu biarkan…bila kena marah ngan cikgu kat sekolah baru nenial belajar kan?. Rupa2 nya nenial memang demam panas ngan pening2 kepala laaa….balik sekolah tu terus je muntah2 n panas badan terus naik. 


Risau ibu, sib baik memang ayah ambik cuti 1/2 hari semalam…sebab mmg ada app. date ibu mengandung tuk daftar kat klinik. Sekaligus bawak nenial tuk check, dari rumah ibu dah siap2 pakaikan nenial cool fever. Tapi si budak kecik yang lagi se’orang itew dengan tiba2 “eninnn…enninn…emamm..emamm!!” sambil dok tepok2 kepala dia… 

 
Sibuk nak jugak pakai cool fever tu….apa abang dia ada dia mesti nak jugak. Tak boleh kurang, lebih mesti. Ayah dia memang layankan je anak2 dia dengan penuh kasih dan sayangnya…kui. Adam yang tak demam pun ayah nak buat check up jugak padahal dia dah tau anak bujang kecik dia tu men2 jek……ayah ayah
  

 
danial demam
alahaiiii…siannya abang nenial demam+muntah2+pening2 kepala..
pestaim ni ibu dengar dia pening kepala time demam…
dengan muntah2 lagi…banyak lak tu…
Alhamdulillah hari ni nenial rehat2 jek kat rumah tak gi sekolah..
demam dia pun dah kebah…dah boleh cakap2 ngan ibu…
tapi bila ibu suh buat kerja sekolah je nenial cakap dia takleh buat sebab pening2 kepala…
takper2, ibu bagi rehat  dulu cukup2 kat rumah…bila dah betul2 sihat baru buat kerja sekolah ya sayang?….. 




 
danial demam2
hai hai haii…adam emmamm ni…enninn2…
api adam uke akan…dapp!!…
emput2 kan ilishh ayah uat..
adam emmamm nii..ennin pale…api tak untah.. 



 
danial demam4
errrmmm…dapnyeee…
enninn…eninnn pale adam…ahahaha 



 
P/S ibu : memang sedap jemput2 ikan bilis ayah…rangup diluar, lembut didalam. keh keh keh keh. 





kalau suka LIKE k... :D

Lamanya tak ber update! 21



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 
 
Salam petang semua…lamanya ibu tak update story mory kat sini. Pertama mood blogging ibu dah kelaut sana…pastu kesihatan pon tak mengizinkan sangat. Bertambah-tambahlah sawang lam blog ibu nie….tapi CNY ari tue ibu masih kuat hebat bertenaga lagi untuk cuti berjalan-jalan ngan keluarga nan tercinta…hihiihi

 
Biasalah tu manusia…kalau diajak berjalan makan angin sape yang tak mau kan?…yang sakit terus sihat…yang lemah terus gagah. Memang ibu perkasalah time CNY jalan-jalan ritu. Tapi bila balik je rumah semula terus otomatik jadik lembik balik…terok betol ibu ni…

 
Hari ni ibu ingat nak citer sal holiday ibu se family ritu…tapi gambar banyak yang takder. Macam tak best lak nak citer. Lenkali kot?…cuti ritu ibu gi jalan Perak lagi, ibu gi rumah kakak ibu yang duk kat sana…tiap2 tahun sebelum CNY holiday mesti dia dah sibuk call ibu tanya datang sana tak? datang sana tak?

 
Memula ibu nak jalan KL ngan Melaka je…tapi dia duk sibuk desak2 ajak ibu datang jugak sana sebab kalau ibu datang nanti dia masakkan sedap2 tuk ibu. Sampai gitu sekali ya dia pujuk ibu bercuti kat sana….tahun lepas ibu gi Langkawi pon ngan dia jugak…

 
Okey! ibu pon pujuklah ayah bercuti kat sana je…dengan kehebatan ayah yang dah terbukti selama ni sememangnya ayah seorang suami yang penyayang…ibu pon dapatlah bercuti kata sana….lagi. Disebabkan cuti ayah tahun ni tak lama…jadik kitorang tak kemana2 pon masa kat sana…

 
Kali ni ibu jalan-jalan kat kawasan terdekat dengan Pengkalan Hulu jer…pastu gi pasar Baling (Kedah, suker shopping kat sini)…pastu gi mandi kat kolan air panas Ulu Legong….pastu gi jalan-jalan ke Thailand (sekali lagi)…semuanya seronok!! takde yang tak seronoknyer. Tahun ni ibu bawak sekali kakak sulong ibu, adik bongsu ibu ngan kakak sepupu ibu.
  

Turun KL dulu ambik kakak sepupu kat rumah dia…then tukar keta naik keta dia ramai2 n terus menuju ke Perak beramai-ramai. Seronoknyeeeeeeeee jalan-jalan ramai-ramai ngan family nie….kan? ekekeke tadi memula ibu tulis tak nak citer…tapi skang nie berjela-jela ibu citer…har har har

 
Oklah…ibu tepek satu gambar lu…boleh? leh aaa?
 
P1020836
Mee Udang Banjir @ Kuala Sepetang….(tak hingat macam mana nama menu ni..)
Merasa gak ibu mee udang banjir nih…tengok kat “Warung Kita” manalah sama dengan merasanya sendiri kan? bukan ibu yang nak makan ni…baby lam perot yang nak sangat rasa…ehehehe
 
 
P/S Ku : Bila dah biasa bercuti kat Perak…tiap2 tahun pon ibu terasa nak pergi sana (InsyaAllah)…ibu dah jatuh cinta ngan suasana kat Pengkalan Hulu tu…gunung-ganang…bukit bukau…rasa cam nak duduk je kat sana, patutlah abang ipar ngan kakak ibu tu tak nak pindah2 lagi…kalau boleh sampai abg ipar pencen diorang nak duk kat sana…. 






kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...