Thanks Nuffy lagi dan lagi … :) 12




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Selamat tengah hari semua, apa kabar mommy2 semua…hari nak update BE yang ibu dapat dari Nuffnang untuk tahun 2012 ni. Alhamdulillah, ada lagi rezeki BE tuk tahun ni…ibu ingat dah tak ada lagi memandangkan blog ibu yang makin lama makin tak ber update nih…hehe
  


be lagi3
BE Celcom I Love Music!! Thank Nuffy!!!
  


Celcom!! line phone ibu memang pakai celcome pun…murah n jimat…kalau nak buat online transfer sekejap je dah dapat mesej tag pengesahan. Yang ni lak ibu nak kena survey2…apa ke bendanya Celcom I Love Music nih…kalau best boleh try.an?? ann? 

 
P/S ku : perut dah berkeroncong..nak makan duluu.. 






kalau suka LIKE k... :D

Comelnyaaaa…..anak sape nie?? 14



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 

GAMBAR : Seperti tajuk di atas. 

adam comel
Nah…tatap dulu gambar budak lelaki yang comel ini…
Ibu tak dapat nak menghalang Adam dari bergaya macam ni..
Payah betul, orang tak kasik pakai dia naaaaak jugak pakai..
kalau ayah nampak ni mesti dia marah kat ibu…
abih tu..acane??
  


Selamat pagi semua, Alhamdulillah diberi kesihatan dan kesempatan tuk buat entrie hari nie. Macam biasa ibu sibuk @ malas sangat2 nak update blog skang nie. Memang mood n minat ibu totally berubah lepas ibu mengandung anak ke 3 ni.
  

Ibu pun tak pasti kenapa? mengapa?? tapi yang ibu tau ibu cuma suke lepak2 depan tv n depan lappy tanpa buat apa2 selain dari mamam..mamam…mamam lagi. Kejap2 lapar..tapi ibu makan siket2 lah hehe. Jangan kata nak update blog, perkara yang ibu suka sangat buat dulu “EDIT BLOG” pun skang ni jauuuuuhhhh sangat dari hati ibu. Padahal dulu tu ibu sukeee sangat nak edit blog orang.

 
Tak tau kenapa?? konpius sangat2!! ambik gamabr Danial ngan Adam tuk buat story dalam blog cabuk ni pun dah jarang..tak se'eksaited sebelum ni. Update menu yang ayah or ibu masak pun sama…malasnyaaaaaa nak ambik gambar n masukkan kat sini.
  

Adeiii…berubah betul sikap ibu. Semenjak ibu mengandung ni bertambah jarang lagi ibu masak. Kerja rumah yang ibu buat cuma kemas rumah (ini ibu mesti nak buat, tak boleh tak buat)….jaga anak2, tu je. Lain2 macam basuh n hidai baju ayah yang buat…masak pun ayah yang buat, tak pun makan kat luar. Kalau ibu mengandung je ayah dah tau apa yang ibu tahan dan tak tahan nak buat then ayah akan tolong ibu buat dengan rela hatinya. (Alhamdulillah)

 
Hari tu ibu cuba masak sebab teringin sangat nak makan ayam masak sambal air tangan sendiri. Dari mula sampailah dekat2 akhir semuanya ok. Takder masalah pun, kaki ibu pun nampaknya boleh tahan berdiri lama2…sekali bila dah dekat2 nak abih masak tu ibu bukaklah penutup periuk nasi (ibu tak pakai rice cooker, masak kat dapur gas je), menderu2 wap panas yang berkumpul dalam periuk tu keluar ngentam ke ibu jari ibu ni haaa…

 
Alhamdulillah, mmg panas ya kengkawan…macam kena cucuh ngan api penunu bunsen selama sejam rasanya ibu jari ibu ni. Memula tu merah2 je…lama siket dia bertukar ala2 macam daging rentung gitew…seram saya. Lepas tu dia mengelembong2 lak, penuh ngan air….bisa jugaklah, kui3. Nak tengok tak??
  




Photo0474
Gambar ngan realiti tak sama langsung! Realitinya, kondisi ibu jari ibu mmg teruk sangat….adoiihai

Ibu : Ayah…tengoklah tangan ibu ni…sakitnya yahhh..
Ayah : Kenapa tu??
Ibu : Bukak periuk nasi tengah masak tadi, kena wap panas dia tu…..sss ssssss (sambil tahan sakit, Ya Allah…mengadanyaaa ibu)
Ayah : Sapu minyak gamat cepat2!!
Ibu : Agaknya petanda suh ibu rilek2 takyah masak kot yah?? sakitnyaaa yahhh (eceh ceh.)
Ayah : (gelak2 senyum2…gelak2)
Ibu : ok lah tu kan yah?? sakitnyaaa yaahhh..
Ayah : yelah tu…(senyum2). Cepat2 sapu minyak gamat. 

Setiap kali ibu belek2 ibu jari je ngan muka sedih….mesti ayah suh sapu minyak gamat. Adam lari…itu je cerita darjah 1 ibu kali ni.
  


P/S ku : Mana mungkin ibu tak masak lagi kan? mestilah ibu masak lagi….skang ni teringin nak makan/masak siput sedot + sayur suluh keladi = masak lemak!! sedapnyaaa…ntah bilalah ibu dapat buat?? ibu jari berdenyut2 lagi ni. 





kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...