Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan2 dan puan2 :) 4




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semuaaa…petang sangat dah ni. Ni ibu up entrie petang2 hari yang buta semata-mata nak ucapkan ribuan terima kasih pada pakcik2 dan makcik2 kakak2 abang2 Ameera yang baik sangat!. Sebab dah bagi hadiah power2 kat Ameera…sampai ibu ngan ayah speechless tak terkata. (sama maknalah tu kan?)

 
Rezeki Ameera Alhamdulillah, semua ibu suka sebab semuanya akan diguna InsyaAllah. Tak membazirlah kata orang hadiah2 ni semua, jom ibu review hadiah yang Ameera dapat…jeng jeng jeeeengggg…


 
218181_482368398449116_29882368_n
yang baby car seat warna orange tu Moksu ngan Poksu Ameera yang bagi…powerrrrr, senang nak jenjalan duk dalam kereta kan? harap2 Ameera tak buat hal tak nak duduk diam2 pulak nanti…letih lah ibu kan? hehe 

yang dalam kotak besar warna pink tu Mokde Ameera bagi, ada baju2 warna pink & white…mestilah Ameera sukaaa. Lama dah ibu Ameera berangan nak pakaikan anak ngan baju warna pink & white ni hehehe…siap ada hanger bagai..mana ibu nak gantung baju2 Ameera lak nih?? nak kena beli lemari kecit ker? hihihi 

yang Bag warna pink & white tue pulak Makcik & Pakcik Ameera lak bagi…kakak Yaya yang bagi ni kan??? hehehe…yang ni ibu sukaaaa sangat sebab senang nak bawak ke klinik atau gi mana2 pun…senang nak letak barang2 Ameera…nampak je comel gitu…tapi semua barang penting Ameera boleh masuk tau…ibu sukaaaa sangat, dah lah cute senang bawak lak tuh..



 
 
581469_512478748766791_1025565982_n
Yang ni lak hadiah dari kawan2 ofis ayah…stroller merah tu powerrrrr…ibu suka cam tak sabar2 nak bawak Ameera jalan2 duk dalam stroller power ni…sekali ngan hamper baju dan set pinggan/mangkuk/sudu/garfu/cawan makan tuk Ameera. Lengkap gitew…semua pun ibu suka.. Smile



Terima kasih daun keladi dari ibu dan ayah atas hadiah2 ni semua ya…semoga kalian dilimpahi rahmat dan rezeki yang lebih lagi diatas kemurahan hati kalian semua. Amin Yarabbal Alamin.
  


P/S ku : takleh menaip lelama..skang ni Ameera dah pandai, asik nak dipegang je…ok babai. 








kalau suka LIKE k... :D

25 hari berpantang :) 9




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Salam pagi semua…pagi lagi ni masa ibu taip, baru pukul 11:31am…kalau ada masa menaip maknanya ibu tengah boring ni. Hari ni genap 25 hari dah ibu berpantang..kalau ikutkan hati ibu nak je cakap dah 26 hari hehehe…tak sabor2 dah ni nak habiskan tempoh berpantang.

 
IMG-20120910-00021
Ameera tengah nyenyak tidur….lena betul, kalau dia nak lena ikut dan dia jer kan..hehe

 
Tadi atok Meera datang lawat dia, semata-mata datang nak tengok dak Meera ni, rindu agaknya sebab dari raya ke 4 sampailah hari ni baru atok dia dapat tengok Meera. Ibu pantang kat rumah sendiri tu yang atok jarang tengok si kecik ni. Kalau abang2 dia dulu memang ibu pantang kat rumah atok jer…tapi lebih selesa ngan senang rasanya ibu pantang kat rumah sendiri.

 
Alhamdulillah, pantang kali ni ibu ngan ayah mintak tolong (upah) pengasuh yang jaga abang Danial dulu jagakan ibu dalam pantang. Setiap pagi dia datang rumah, masak tuk ibu…sediakan air mandi ibu, mandikan Ameera + siap kemas rumah ngan basuh baju bagai. Tip Top lah kak Idah (nama pengasuh) jaga ibu ngan Meera. Ibu puas hati sangat…setiap pagi sebelum pukul 10:00 pagi ibu ngan Ameera dah siap wangi2 n cantik2…kihkihkih. Plus ibu mesti dah tersandar kekenyangan sebab dia dah siap2 masak sedap2 lagi. Dalam masa 2 jam tu dari pukul 8:00 sampai pukul 10:00 pagi semua kerja dia bereskan.

 
Kagum betul ibu, pastu kang dia balik rumah sempat lak masak tuk anak2 dia makan balik dari sekolah pulak. Senang jugak pantang bila kita ni ada yang khusus jaga kita, kalau dulu masa anak pertama mak ibu masih ada lagi. Tak perlu susah2 fikir siapa nak jaga ibu dalam pantang sebab mak ibu sendiri yang nak jaga ibu. Bila mak sendiri yang jaga lagilah terjaga pantang kita, serba-serbi dia jaga…air mandi mesti ada daun2 herba (ibu sukaaa)…lepas makan mesti minum air jamu…make sure kita sentiasa kenyang supaya perut tak masuk angin. Paling best bila baby ibu kena urut2 lepas mandi…mak mak…mana nak carik yang sama dengan emak kan? tapi Alhamdulillah…sekurangnya merasa gak Danial air tangan arwah nenek dia Smile

 
Ok…nak rest dulu…nanti kita sambung lagi.
  

P/S ku : tengah fikir2 idea nak tukar header baru lak. 







kalau suka LIKE k... :D

Ameera Adni Rose 16




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Selamat hari raya semua kawan2 blogger ibu yang sangat2 ibu rindu’iiiiiiii. I miss u’ollss okeyyy….lama ibu tak menulis, menaip blog ibu ni. Rinduuuu jugak kat blog ibu ni, selalu ibu hadap FB jer…masa ibu mengandung memang ibu jarang update sebab ibu tak suke sangat nak menaip…tapi skang ni mood ibu ada mari sket-sket. Kesian blog ni…di anak tirikan berbulan-bulan lamanya…sampai hati ibu. Nak buat caner? pembawakan budak gamaknya sampai tak ada mood nak menaip..
  

Dari awal ibu mengandung sampailah sekarang ni, pejam celik dah 9 bulan lebih dah….dan ibu pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel sangat2….hari ni genap ibu berpantang 21 hari. Sama dengan usia anak perempuan ibu yang pertama yang diberi nama Ameera Adni Rose Bt. Abd. Latif. Akhirnya hajat ibu nak bagi ayah anak perempuan tercapai juga dengan izinNYA (Syukur Alhamdulillah). Semoga ayah ambil peluang ni dengan sebaik-baiknya sebab besar pahalanya bagi seorang ayah membahagiakan anak perempuan. Amin.

 
Ameera 1
Ameera Adni Rose Bt. Abd. Latif 
Ameera (Puteri) Adni (Nama Syurga) Rose (Bunga)
  

Dalam waktu berpantang ni biasanya ibu bosan…hahaha…semua ibu2 pun mesti boring kan? bukan bosan nak jaga baby ye…bosan nak jaga pantang hehe. banyak pantang larang…nak tak nak kita ni orang perempuan kena layan jugak. Tak boleh lah buat endah tak endah dengan pantang orang bersalin ni. Kang bentan diri sendiri jugak yang susah…dah tu nyusahkan orang lak haha
  

Ameera masa baru lahir berat dia 2.83kg…pastu masa usia dia 18 hari berat dia naik ke 4kg. Alhamdulillah dia membesar tanpa masalah, masa dia lahir pun dari hari pertama sampailah sekarang ni ibu bersyukur sangat2 sebab dia tak kena jaundice. Memula ibu pelik jugak kan? bukan apa kebanyakkan bayi baru lahir sekarang ni mesti kena jaundice…macam abang2 dia Danial ngan Adam dua-dua kena jaundice. Tapi bila Meera pulak dia sihat Alhamdulillah takder jaundice. Mungkin ibu amalkan minum VCO (Virgin Coconut Oil) kot? memang berkesan minyak kelapa dara ni kalau kita amalkan minum dan guna masa mengandung.
  

Ibu dapat rasa perbezaan melahirkan Ameera dengan abang2 dia. Masa Meera ni Alhamdulillah ibu rasa mudah nak melahirkan dia…Alhamdulillah ibu tak rasa sangat sakit-sakit menyengat masa nak melahirkan tu…sakit siket2 je pastu tau2 tiba dah masa untuk ibu melahirkan. Ibu pelik masa Danial (7cm) ngan Adam (5cm) dulu ibu dah tak tahan sakit dia…tapi Ameera ni dah jejak ke 7cm pun ibu boleh rilex2 lagi…itu pun ayah yang risau sangat kenapa kali ni lama lak dia tunggu ibu tuk bersalin. Dia yang sibuk suh ibu check dah berapa bukaan ibu, tau2 dah 7cm. Alhamdulillah doa ibu dan ayah didengar olehNYA supaya ibu tak menanggung kesakitan yang sangat melahirkan anak kali ni.
  

Ibu cadangkan pada mommy2 atau ibu2 yang mengandung tu amalkanlah minum Minyak Kelapa Dara semasa mengandung tu. Tak kisahlah jenama apa pon minyak tu yang penting ianya adalah minyak kelapa dara. InsyaAllah segalanya di permudahkan, amalkan minum sehari satu sudu 4 ke 5 minggu sebelum tarikh bersalin. Mana yang baik ibu sharing2 k…tak rugi pada yang suka nak mencuba.
  

Okeylah…stop dulu bebel2 pasal baby, pasal pantang, pasal minyak…ibu nak rehat dulu nak hadap Ameera pulak. Next time ibu update lagi kalau ada story best ye.
  

P/S : Lain rasanya bila ada anak 3 ni…rasa cam ramai lak anak aku..baru 3 belum 5 ke 7 ke kan? ada hati nak tambah lagi ni hehe 







kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...