BE & Ameera :) 2



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 
Salam petang semua…apa khabarrr??? haha. Dekat 2 minggu tak update apa-apa, rindu lak nak menaip hehe. Hari ni nak citer BE baru lagi yang sudi dihadiahkan oleh Nuffnang tanpa henti kepada blog ibu, Danial, Adam, Ayah n sekarang ni ditambah pulak lagi dengan seorang insan yang istimewa bunga bulan ibu Ameera.

 
Ibu tq banyak-banyak pada Nuffnang satu-satunya yang sentiasa memberikan ibu BE tanpa jemu. Walauuuuupun ibu ni rajiiiiin sangat update blog sekarang. TANPA JEMU oke?? Alhamdulillah, walaupun tak jadi kaya tapi ibu sangat-sangatlah bersyukur dengan rezeki dariNYA.

 
Walaaaauuupun kepelikan ibu belum pun sempat nak hilang, tapi blog ibu ni masih lagi dihujani dengan BE-BE yang baru-baru…gitewww. Dengan Blog yang tak berapa nak aktif dan femes nih?? tapi ada jugak yang datang menjengah tetiap hari…reader-reader yang telah disesatkan jalannya ke sini.

 
Terima kasih banyak-banyak. Memang ada jer tetamu yang sudi membaca n meninggalkan komen-komen yang susah ibu nak faham. Lagi-lagi kat entri ibu yang ini Asus N series & P1 Wimax……padahal ibu dah blok ngan simen mana-mana komen yang ibu tak faham dari timbul. Eh. Dia timbul jugak??? tak ngape-ngape lah tu kan. Komen anda dialu-alukan…sila-sila.



 
be lagi7

  • Yang terbaru sekali tu ha….Maxis Roaming Peace Of Mi………
  • Yang lain-lain tu dekat-dekat nak dan dah credited.
  • TQ NUFFNANG!!
 


 
424954_547249101956422_811396601_n
Ameera dan kawan barunya.



Hihihihi….nampak tak apa yang ada kat sebelah anak dara bunga rose saya tu?? itu adalah mainan yang dititipkan oleh abangnya yang #2 tu. Siapa lagi kalau bukan abbangg Attam…huahuahuaaa. Bijak jugak abbang attam ni bagi patung comel size Ameera ni buat adik dia. Ibu tak terfikir pun nak bagi Ameera pegang-pegang ngan main-main patung ni…apalah ibu ni kan Attam? patung ni pun ibu nak lokek-lokek ngan adik attam…hahaha


Patung tu lama dah terduduk atas meja barangan kesayangan ibu. Konon-konon anak-anak ada permainan, ibu dia pun nak jugak kawasan barang permainan. Jadi apa jugak barang yang ada kat atas meja tu Danial ngan Attam (Adam) tak boleh kacau…tetapi dengan bijaknya abbang attam yang perihatin telah pun menculik patung comel itew dengan niat yang baik sebagai peneman adik Ameera comel yang disayanginya…(adoi ayat).


Comeeeeellll sangat Ameera dan patung tu. Bila mereka bersama dua-dua nampak comel…hihihihi, sekarang ni Ameera dah 3 bulan nak masuk 4 bulan. Sekejaaap je dah 3 bulan, dan Alhamdulillah akhirnya ibu berjaya menjadi seorang ibu exclusive BF tanpa bantuan mana-mana produk tesusu yang lain. Alhamdulillah sangat! ayah standby 3 kotak susu tuk Ameera awal bulan hari tu, yang luak cuma setengah sekotak…lagi 2 kotak masih tak berusik pun lagi.


Ya Allah, terima kasih memperkenankan doaku. Sekarang ni dia tak nak dah menyusu susu lain selain dari susu ibu sahaja. In love Dan semestinyalah ibu kenalah bekerja keras memastikan susu ibu senantiasa ada untuk bunga ibu yang seorang itew. InshaaAllah. Baru ibu tau dan percaya dengan kata-kata nurse selama ni, susu ibu lebih berkhasiat! mudah tidak perlu susah-susah nak bancuh susu! tak perlu susah-susah nak cuci botol susu! tak payah susah-susah nak jerang air panas! dan yang paling indahnya adalah bila membayangkan betapa banyaknya duit yang dapat ibu jimatkan!! berapa tu? berapa tu?? $$$$$$$$$$$$$$$$$ In love


Haaaaaa wa caya, wa caya sama lu nurse!! haha….timbang 3 bulan pun beratnya naik dengan normal, sekarang dah 5.4kg naik 700grm dalam sebulan. Semoga Anak3 ibu diberikan kesihatan yang berlarutan olehNYA amin. Okeylah..panjang jugak dah ibu membebel-bebel nih, nak cek Anak2 bujang ibu yang tengah menangkop melo kat atas meja di dapor tu. Risau pulak kesihatan mereka terganggu nanti…Laughing out loud 



P/S ibu : alang-alang dah masuk dapur…ibu pon nak numpang sebelah kaki, bukan apa…terkenang masa kecik-kecik dahulu hihihihi (cemana cara ibu nak BOIKOT MILO ni??)







kalau suka LIKE k... :D

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun….salam Maal Hijrah. 2



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 

552434_10151954626621564_374862255_n
 
 
P/S ibu : Manfaat kita bersama.










kalau suka LIKE k... :D

Danial, Adam & Ameera <3 16



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
  

Salam petang semua, hari ni ibu takde buat apa-apa. Duduk jer kat rumah tunggu ayah baik dari kerja, hari ni ayah kena kerja boring sungguh bila ayah kerja masa hari cuti-cuti cenggini. Tapi takpelah, besok ayah dah janji nak bawak ibu, Danial, Adam ngan Ameera jalan-jalan ke Melaka.
  

Yeayyyyyy!!! seronoknya nak jalan-jalan Melaka, besok hari jadi Adam konon-konon nak sambut besday dia ke sana jer bawak jalan-jalan. Dah besar anak bujang ibu yang #2 ni, dah masuk 3 tahun. Tahun depan nak masuk 4 tahun pulak, tahun depan dah boleh hantar pergi sekolah kot?..tapi Adam pulak belum sedia nak ke sekolah, bila ditanya “tahun depan Adam pergi sekolah ye?” dia jawab “taknakk!” adooohhhh.
  

Itu nanti ibu dengan ayah akan cari jalan keluar, kadang-kadang Adam ni mula-mula jer dia buat hal, lepas tu dia pulak yang eksaited lebih-lebih. Agak-agak besok nak jalan ke mana pulak yer kat Melaka nun. Asik-asik ayah bawak ibu pergi Dataran Pahlawan jer (betul ker nama dia ni??). Nasib baik jalan dalam tu seronok, ingat nak jalan-jalan area bangunan merah tu haaa…hehehe nak bergambar dekat depan kapal tu… 

 
Okeylah nak sambung tengok TV, tapi seperti biasanyalah…ibu mesti nak jugak tepek gambar anak3 ibu. Hari ni tiga-tiga orang ibu tepek gambar yang paling TERbaru sekali.
  

 
548465_534234709924528_1078296219_n
Muhammad Danial Yusof anak #1
Dah besarlah abang nenial…bukan main lagi menegak macam ayam jantan nak berkokok!
hehehe
  


76221_526503850711066_1767468184_n
Muhammad Adam Danish anak #2
ni pun sepatutnya dah besar jugak…tapi tulah, masih dengan kain busyuk dia tu kemana-mana tak nak lepas lagi. Tu pasal takut nak pergi sekolah agaknya hehehe
  


223617_533699473311385_657125790_n
Ameera Adni Rose anak #3
Yang ni tak boleh pergi mana-mana sebab dia ni buah hati ibu intan payung busyuk bachin ibu sorang ni hehehe…geram tengok lemak-lemak yang berlipat-lipat tu.
 


 
P/S ku : seronok tengok anak3 membesar depan mata. 




kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...