Ameera dah pandai makan ekeemmm 2

Bismillah, Assalamualaikum.

Salam pagi semua...ha tgh buat apa tuuu? Ibu tgh lepak lepak ngan update blog sambil henjut buai...haaaa hebak tak? Hebak tak? Ekekeke

Ni heroin ngan hero ibu tgh layan mata hujan hujan ni. Ibu jer tak lalu nak tido sampai ke malam lah baru ibu dapat tido... tapi takpelah tu. Bagus tuk ibu jugak..sik nak rehat jer kan...dah lah time ayah ada ibu banyak rehat..hehee

Skang ni anak dara dah masuk setahun sebulan....dah pandai makan ekeeemmm..dah tak payah nak pegang pegangkan bagaiii..kena tepis jer ngan anak dara ni....bab makan memang hebak dak ni...tapi berjalan belum lagi..heheeee

Agaknya ameera ni sama ngan danial kot...tang jln tu lambat siket. Setahun 3 bulan gitu baru mula nak berjalan. Tak kisahlah tu asalkan dia pandai berjalan jugak nanti. Caiyok! Baby caiyok!

Haaaaamboii...ibu punya tangan ditepis tepisnya aje...mintak siket pon tak boleh...telan liur jer...tamak ko nak haha!


Setiap masa makanan di tangan...kalau tak makan mesti nak menyusu setiap masa hehe


Nak jugak masukkan gambar hero ibu ni...ni pon dah sibuk nak makan makan kalau tengok orang makan...kesian hihi. Dah 5 bulan hero ni...tapi belum boleh makan lah sayang. Tunggu lagi sebulan jer k. Masuk jer 6 bulan baru boleh makan..ti ibu shuap eh? Kesian dia. Kiki


Ps : budak budak ni belum boleh makan kemain dia nak makn. Tp kang bila dah boleh makan ibu suap hapah tak habis dia makan. Ker ibu masak tak dap? Hihi



kalau suka LIKE k... :D

Mersingggg....kami mahu datang! 0




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿
 

Salam isnin semua....apa citer? Jap lagi ibu nak pusing pusing blog kawan ibu semua. Nak baca baca citer orang pulak. Ni ibu nak citer sal ibu, ayah ngan anak anak tersesat singgah kat Mersing ari tu. Best jugak kan mersing skang ni? Apalah nak jadik ngan ibu ni. Nama jer orang joho...tapi mersing maju pon ibu tak tau...keh keh keh


Bukan pasal maju tu yang ibu impress sesangat...pasal keindahan kat mersing tu ha. Banyak pulak homestay, resort atau hotel yang cantik cantik skang ni kat sana. Ngadap laut pulak bagai.....alammakkk haiiiii....cantek gilerrrrrrr....(nampak sangat pulau tioman pon ibu tak pernah sampai lagi kan?) muehehehehe buat malu jer...tgk mersing pon dah macam orang apa...sedihhh


Oleh kerana itu ! Ibu dengan pantasnya telah membuat survey survey ke atas mersing...cari homestay, resort (yang murah murah ajerrr) untuk ibu dan keluarga ibu nikmati di hujung minggu nanti. Hujung minggu bila? Entah tak pasti...yang pasti ibu carik dulu tempat nak stay tu dulu...hahahahah



Ha...ni masa sesat singgah ritu...ambik view dr dalam kereta jer...tak ambik sangat pon gambar posing tepi lauttt...tak sempat sebab nak pergi umah orang kahwin yang sebenarnya. Tapi kita semua sempat duk makan kopok lekor kat 
kedai...kih kih kih


Ha...ni satar...yang depan tu kuih bom inti isis ikan....kopok lekor ada...tapi tak masuk frame...ok letteww kan? Ada jugak bukti tu...tema kedai kopok lekor ni sama macam kedai kopok lekor kat terengganu jugak. Masa ibu pergi terengganu dulu ibu singgah jugak kedai makan kopok lekor ni...cuma ikan goreng tepung...udang goreng tepung tu takderlah...


2 hengget sepeket! 
Ada jugak kedai gini rupanya...sedih ibu ni semua pon tak tau...malu malu org joho tak tau ni...


Eh. Ni masa makan kat kedai kopok lekor tu 
Ah tadi....ada pulak buai buai ni ha...apa lagi budak berdua ni...tp danial jer yang konker buai tu...adam takut nak naik...sik jatuh jerr.....




 Survey punya survey ibu jumpa link Mersing beach resort. http://mersingbeachresort.blogspot.com/....ibu tengok price, bilik semuanya ok kena dan berbaloi baloi murahnya. Keadaan biliknya pon ok jugak...resort ngadap laut..ada swimming pool lagi sesuai tuk anak anak mandi manda bergembira. Ada lak tempat makan, bbq...itu dah cukup bagus. Kan?


Cuma yang ibu tak pasti tu dekat tak ngan bandar mersing...kalau dekat pon lagilah cukup bagus...best!  Ni nak ajak sapelah lagi pergi ni...kalau takder org yang nak pergi ibu pergi anak beranak jer pon boleehhhhh....hahahah. Korang kalau nak tengok resort ni gi lah tengok kat link yang ibu dah bagi tu. Takder komisen komisen yer...ni ibu promote sesaja ajerrkkk! Heheh


P/s : ibu dah tanya tanya kat ayah...ayah on nampaknya. Sebab air muka ayah masa kami sesat singgah kat mersing tu ibu pasti yang ayah pon nak jugak stay kat mersing ni sehari dua bangkali. Keh keh keh...






kalau suka LIKE k... :D

Bulan yang indah ~ 10




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿
 

Salam petang semua...dekat nak maghrib dah ni. Eh. Rajin pulak ibu update blog nih hihi. Semangat tu datang bila ada kawan kawan blog ibu yang dtg baca. Then tinggalkan komen tuk ibu. Pengubat rindu la mama nafira ngan babe qellissa nih. Rasa macam nak aktif balik jer blogging ni. InshaaAllah amin.


Nak update pasal besday ayah yang tak lama lagi ni...lagi baper hari jer lagi tapi ibu dah siap siap belikan ayah hadiah pun. Tak seberapa pun hadiah yang mampu ibu belikan tuk ayah tahun ni. Bajet cikeeettt jerrr yang ibu ada..tapi takper kan ayah? Itupun ayah dah suka sangat kan? Kan? Hehe



Ni jer yang ko mampu shila oiiiiii...sian ayah...ibu nak belikan jenama best ciket apa tew? G-Shock? Karen-Shock? Muehehehe...tapi dah ayah yang tak nak...ayah lah yang bersalah di sini...nak buat cemana? Dia nak try jenama bom ni pulak...eh. B.u.m. Ekuikmen ni...hahaha...Besday org...kita ikutkan aje kehendak dia...sayang laki katekaannn....ekekeke. Bagus ayah ni, tak memilih tak tamak, merendah diri....tak susahkan hati ibu nak kena belikan dia ngan hadiah yang mahal mahal sedangkan dia layak mendapatkannya...ahhh terharu. 



Eh...ni apa plak? Eh. Eh.
Hehehe...bulan ni besday ayah...tapi rejeki ibu melimpah ruah pulak di bulan yang endah ini...Alhamdulillah syukur nekmat kpd tuhan yang memberi rahmat hoowuooowuoo. Ibu dapat hadiah saja2 dari ayah..hari tu ayah gi german...tinggalkan ibu ngan anak3+1anaksusuan tu seminggu kooo...lama giler tu (padahal duk umah tak buat apa sangat pon, jaga anak jerrrr). Konon2 lah gaknyer kan? Ker ibu yang kuat perasan lebih? Muehehe...


Eh. Eh. Dapat lagi? Eh?....
ALHAMDULILLAH...syukur nekmat kpd tuhan yang memberi rahmat hoooowuwooowuwooo. Ibu terpinga pinga bila diberikan menda alah ini. Ibu tak tau kan apa menda ni? Selalu dapat pakai henpon yang outdated jerrrr...berat lah..keras keypad larrhhh...asik heng larrrhhhh..tetiba dapat henpon uptodate cenggini. 


Mekasihhh banyak banyak yah. Ibu doakan rezeki ayah melimpah ruah lagi lepas ni, diberikan kesihatan yang baik, diberikan keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat nanti. Semoga kita jodoh kita berkekalan hingga ke syurga (ngatekan dapat henpon canggih kemain lagi doanya). Tak lupa juga semoga kita dapat sama sama membesarkan anak3 kita sehinggalah mereka dewasa, berjaya, menjadi insan yang berguna, ke anak cucu cicit kita. Amin yarabbal alamin ya Allah.


Kemain berdoa kan? Emang dasar...hehehe oklah...nanti ibu sambung lagi story. Cerita ibu ngan ayah ngan anak anak tersesat singgah kat mersing ritu. Best betul kan mersing skang ni? Apalah susah susah jalan jauh jauh sedangkan kat dlm johor pun ada tempat best cam mersing tu...ah. Nanti
Ah ibu story yer...


Sebelum itu...nah ambik nih!


Eeemmmmmmmuuuuuuuuu.....



Ps : next plan family trip to Mersinggggggggg...yes! InshaaAllah amin.






kalau suka LIKE k... :D

Ameera Adni Rose setelah setahun 4





Bismillah,  assalamualaikum semua


Ni sajalah ibu nak terai terai update blog guna phone, nak tau jugaklah canggih sangat ker phone ni sampai ayah sibuk sangat suh pilih phone ni. Seronok jugaklah bila dah dapat merasa ni. Syukur ibu kehadrat ilahi kerana menganugerahkan ibu kegembiraan di dalam hati ni. Alhamdulillah. Hehehe


Tajuk lain cerita lain...kan? Selalu ibu cenggini hihihi nak buat cemana dah gini pe'el ibu. Kecelaruan fikiran. Banyak sangat fikir sampai tak synchronize minda dengan perbuatan.


Sedar tak sedar bunga rose ibu ni dah melepasi umur setahun masa raya hari tu. Alhamdulillah ibu bersyukur sangat sangat ke hadrat ilahi di beri kesihatan buat Ameera terus membesar dengan sihat walafiat. Skang ni ibu tengah tunggu dia berjalan pulak. Tak sabar ni nak tengok dia jalan. Geram dah ni..tak sabar nih..hishhhhh...geram ni...geram betul dia main mainkan perasaan ibu ni...saja jer tak jalan padahal dah boleh no tu dia bejalan...hishhhh


ni Ibu nak tepek gambar bujang 2 orang tu tapi tak reti pulak...nak terai jap sampai boleh. Cemana gaknyer...selagi tak lepas selagi tulah ibu tak puas hati ni.




Haaaaaaa....boleh ponnnn...inilah gambar kami sekeluarga yang terbaruuuu. Yesss! Ce tengok muka ameera tu..dah besor pinggan dah bolatnya. Nak lawan ngan ayah dia letteww. Ibu jugak yang menten kuruihhh, Alhamdulillah. Semoga kebahagiaan dan kesihatan kami berkekalan hendaknya amin yarabbal alamin.


Okeylah...takat ni jerrrr dulu ibu update yek? Besok besok ibu rajin ibu snap lagi gambar pastu ibu update lagi blog. Dah makin senang dah ni kannnnnnn...hue hue hue



Ps : ajak ayah tgk citer pontianak dia bantai tido lak...tak syok betullah ayah ni. Kalau takit dilambung ombak...jangan play vcd itew....heeeeee heeee heeeeeeee



kalau suka LIKE k... :D

BIJI APRIKOT VITAMIN B17 0




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿
 
Salam semua...apa khabar? Lama tak jenguk blog ni...rindu giler! Kali ni jenguk ibu tak jenguk kosong. Ni ha ibu nak promote  produk terbaik dari ladang, satu satunya ubat/vitamin/makanan tambahan yang ibu jual. 


BIJI APRIKOT VIT17 : NO CHEMICAL.

Hmmmm...yang ada pelekat kaler hijau tu yang dah digoreng..rasa dia sedap macam makan kacang pistacio atau badam. Yang pelekat warna merah tu belum digoreng, rasa dia pahit siketlah. Siket jek...buat ubatkan? Hehe...kebaikan BIJI APRIKOT ni? Haaa...meh baca!


Boleh zoom in k....baru jelas n clear...


Pengalaman ibu yang dah makan biji aprikot ni hampir sebotol nak habis dah...ianya bagus bagus bagus untuk penghadaman kita. Hari hari hari ibu membuang, takder lagi menyimpan...bagus kan? Kelebihan yang lain tu sekarang belum lah nampak lagi tapi ibu yakin ngan biji aprikot ni sebab dari segi penghadaman tu memang nampak sangat sangatlah berkesan.


Kelebihan yang lain tentang biji aprikot ni cuba kawan kawan gugel...jangan terkejut pulak akan kehebatan biji aprikot ni. Kalau berminat nak order boleh order ngan ibu...


HUBUNGI :

ABD. LATIF (017 7619493)
ZASILLAH (019 7578951)

Berat sebotol : 250gm
Harga sebotol : RM38/sebotol
Cara pengambilan : Makan dan kunyah dalam kuantiti 7-13 biji sehari. (Basuh dahulu sebelum sebelum makan)



P/s : ubat itu ikhtiar, doa jangan dilupa..maka Allah SWT jugalah penyembuhnya. Amin yarabbal alamin.



kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...