saja saja nak update....



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿


Salam semua....lama nya ibu tak update blog. Laptop kesayangan pon dah naik berabok gamaknya, gambar dlm blog pon banyak yang takleh view gamaknya. Gamaknya Nape eh? memang gitu ker? kalau lama tak update blog gambar takleh view... ek  eleehhhh...hihihi


Okeylah...barang yang lepas jangan dikenang...kita bukak buku baru..skill menaip pon dah kelaut. kali ni ibu cuba cuba update jugak...lama tak up story. Walaupun dah tak ramai yg masuk blog ibu ni..kikiki


Hari tu ibu ada cuba cuba resipi mudah ni tau, mudah jer nak buatnya ibu gugel jek resipi dia...sekali buat lepas lepas tu ibu repeat lagi. moh tengok menu sedap mudah tu...



Ya Allah..Ya ampunnnn..
sedapnya menu ni..bukan ibu nak ngate ibu masak ni sedap...tapi menu ni yang sedap..
ye? ye?...hihihi
nak resipi ker? nak? okey..ibu bagi resipi sekali k..mana tau ada yang nak cuba cuba..



Vietnamnese Beef Noodle (versi Ibu dah edit siket siket resipinya)

Bahan-bahan

1kg tulang lembu- tambah kiub sup tulang
500 g daging batang pinang- dipotong nipis-nipis
4 inchi halia - ikut kesukaan 
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih 
4 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 kuit kayu manis
1 sudu kecil serbuk lada putih
4 sudu besar sos ikan
sedikit garam
sedikit gula
10 cawan air - ikut kesesuaian rasa

bahan-bahan lain
banh pho atau bihun yang 3 mm lebarnya- di rendam dan direbus ingat jangat rebus keterlaluan takut lembik.
daun sup
taugeh
limau nipis atau lemon
sambal kicap atau lebih sedap sambal hijau untuk rasa pedas- optional

* tambahkan sawi celur sedikit dan kucai yang dicelur....


Cara-cara
1. Rebus tulang dan daging yang dipotong nipis sekejap untuk membuang keledak-keledak daging. Biasanya bila kita rebus daging ada timbul buih2 dagingkan jadi untuk membuang buih tu rebus sekejap daging dan tulang itu. jangan lama dalam 2 minit sahaja.
2. Basuh daging dan tulang tadi dan buang air yang direbus tadi.
3. Masukkan air dan daging serta tulang untuk membuat kuah dan bila sudah nmpak empuk perlahankan api dan buang keledak2 jika masih ada.
4. Dalam periuk yang berasingan tumis halia, bawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. sehingga naik bau. Setelah itu masukkan kedalam periuk rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada putih..serta kiub tulang jika suka. rebus sehingga daging betul-betul empuk Lebih kurang 40 minit - 1 jam mengikut daging masing2. Setelah itu keluarkan daging dan masukkan sos ikan, garam, gula.
5. Daging yang dikeluarkan dibiarkan tos dan akan bertukar warna sedikit.
6. masak lagi kuah hingga mesra dan ita masukkan sedikit jus lemon 2 sudu dan boleh la ditutup apinya.
7. Didalam mangkuk yang untuk menghidang masukkan bihun tadi, masukkan kuahnya,daging yang diasingkan tadi, taugeh celur, limau, sayuran kegemaran dan tabur daun sup. Boleh dimakan bersama cili jika inginkan pedas.
P/S : resipi yang ni ibu tak ingat kat link mana ibu ambik...mintak maaf la pada owner resipi...bukan tak nak letak link tapi memang tak jumpa lagi link blognya. Sebab masa tu ibu view banyak blog tuk cari resipi ni. Mintak hala lah ye...resipi pon ibu ada ubah siket siket ikut selera ibu. Huhuhuu

Resipi sambal hijau..gi link bwah ni k. Sedap lawan ngan kuah sup ni. Resipi sambal ijo no pon yang terbaik sekali...kena kena ngan selera ibu tekak melayu ni ha..hihihi

http://www.delimazamrud.my/2013/02/sambal-hijau.html?m=1




yang ni saja saja nak tepek...sajaaa...#selfieciummontotbushuk...hihihi
anak dara ibu nie kalau duduk dalam kereta tak reti reti duk diam..nilah aksi dia
ibu kena layan, kalau tak layan dia tak puas hati..
kalau dia tak puas hati dia menangis..
kalau dia menangis tu tandanya dia nak nenen...
jadik sebaik mungkin ibu tak nak bagi dia nangis...
sebab dia nenen tak kira kira masa...dia tak nangis pon dia nak nenen..
jadik bila waktu rehatnya? haaaaa....


nah...ni gambar bujang bujang yang terbaru...
sibuk nak jugak...ibu tepek jugak tuk tatapan kawan kawan blog ibu..


ok..tu jelah nak update..lenkali ibu sambung lagi. bila ada masa hihi


P/S ku : ni nak cuba cuba edit blog kawan ibu ni..lama dah tak edit blog..tah boleh lagi ke tidak, skill pon lama dah kelaut. tapi nak jugak cuba dulu..kalau jadik tu jadiklah. kalau tak jadik nak buat caner...yang simple simple jelah jawabnya. hihihi






kalau suka LIKE k... :D

6 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Syah Eida berkata... Reply To This Comment

sedap je tengok time lapar ni, thanks bagi resepi, memang kena try ni =)

Zasillah Ariffin berkata... Reply To This Comment

@Syah Eida try le...mmg sedap. :)

Nafira usof berkata... Reply To This Comment

sedap tuuuuu.
makan panas2.. sedappp~

Zasillah Ariffin berkata... Reply To This Comment

@Nafira usof Memang sedap makan panas panas mama...fefeeling cam vietnamnese beef noodle kat secret recipi nun. Dah boleh buat sendiri....hihihi

Nafira usof berkata... Reply To This Comment

Ibu.. hehehehe.. mama segam pulak bila ibu ofer nak edit blog mama tuh. pulak nak edit tanpa bayaran. segan.. :P memang ade niat nak edit kan blog tuh.. cuma x de masa nk buat sendiri..lagi pon x bape nak kreatip sgt..muehehehe.

Zasillah Ariffin berkata... Reply To This Comment

@Nafira usof mama nanti email ibu kat sini yer :)

zasillahariffin@yahoo.com

theme nak kaler apa n nak berapa kolum sekali ye? jgn segan segan ibu ikhlas ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...