Asam pedas kepala ikan, original resipi ibu rose ♥





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿


Salam petang semua..haa,  ni ibu nak update resipi asam pedas kepala ikan ala ibu rose hokeyy..hahaha resipi ni cara ibu,  cara orang mungkin berbeza. Tapi cara ibu ni simple n senang senang je k.? Lupa pulak..resipi asam pedas ni mama nafira yg mintak,  jadik bila ibu ada masak asam pedas hari ni ibu pon tempeklah sekali k. Resipi mudah jer ye mama..malu pulak ibu nak up kat blog ni..tapi keranamu ibu up kan jugak hehe


Okeyyy bahan bahannyaaaaaa :

lada kering (segenggam, lebih siket pon boleh), tomato (2 biji belah 4), bawang merah saiz besar (1 1/2 biji dikisar halus..1/2 biji lagi dihiris), bawang putih (4 ulas dikisar halus..2 ulas dihiris), halia (dikisar halus), Belacan. Cantikkan papan pemotong ibu..lama sungguh dia berjasa hehehe

Daun kesom, ikannya...daun kesom ni dah kurang segar tp masih boleh diguna :)

asam jawa (segenggam lebih siket)

Tomato, bawang merah, bawang putih yang dihiris diasingkan untuk bahan tumis
Lada kering direbus dan dikisar halus

Bawang merah, halia, bawag putih, belacan dikisar halus....asing kan kisar dengan lada kering tadi jangan campur. Nak masak nanti baru campur :)
Okey bila bahan kisar semua dah dikisar, bahan hiris semua dah dihiris...jom tengok cara caranya..
(haaaa rajin gila ibu ni buat resipi bergambar kata kooo,  special tuk mama nafira hehe)


Okeyyyyy Cara Cara nya pulak :


- Panaskan minyak, letak minyak dalam setengah cawan gitew..lebih sikiiiiit lg pon takper sebab mudah nak tumis nantikan. Takdelah melekat lekat hangus pulak nanti ladanya hihi
-Tumis bawang merah, bawang putih dan tomato yg dihiris tadi sampai naik bau macam yg kat gambar ke 3 tu. Kalau nak garing lagi siket pon boleh. Tomato memang ibu suka tumis sekali awal awal macam ni.


- Masukkan bahan bahan kisar bawang merah, bawang putih, halia dan belacan
masak sampai garing dan naik minyak..

- Bila dah garing macam gambar kat atas ni barulah masukkan lada kering yang dikisar tadi..
- Tumiskan lagi masakan sehingga lada garing dan naik minyak..(bukan lembu naik minyak ye hehehe)


- Lada dah garing dan dah naik minyak macam ni...kena bersabar siket la masak ni ye..apa apa pon nak kena tunggu garing n naik minyak. InshaaAllah kuah mesti nampak cantik dan rasa mesti sedap. :)

- Dah garing tu bolehlah kita masukkan air asam jawa tadi..ibu guna mangkuk sederhana besar. Ibu top up sekali lagi air asam jawa ni dalam bekas asam jawa yang sama untuk sukatan kuah asam pedas ni. Kiranya 2 mangkuk air asam jawa...pekat dia dah cantik ngan ngam lah tu. Kacaukan bagi sebati kuahnya :)


- Masukkan ikan, daun kesom. Biarkan mereneh sekejap.

- Last sekali boleh masukkan bahan perasa sesedap rasa...haaaa nilah dia. Sos tiram dalam 2 sudu besar, garam secukup rasa, gula secukup rasa.
- Masak hingga ikan masak.


Taraaaaaaa....dah siapppp.
Asam Pedas Kepala Ikan Merah resipi ibu Rose.
Kalau ada sayur bende bolehlah masukkan sekali. Kalau nak masukkan tomato lagi pon boleh.
selamat mencuba mamaaaaa :) senang je kaannn??


resipi jugaaaakkkk hahahaha
bawang putih tumbuk halus, kunyit, garam...perapkan.

ikan goreng...memang sedap buat lawan ngan asam pedas ni. kena pulak ngan ikan kembung batu yang segar segar dan saiz kecik kecik jer tu....
sedappppp!!

ikan kering bulu ayam (ayah yg cakap eh hihihi), cili padi, belacan..
goreng dulu ikan kering ni..
pastu lebih minyak tu tadi goreng kan pulak cili padi dan belacan..
tumbuk cili padi, belacan dan sedikit garam macam biasa..

alamak..ni pun ibu bagi resipi...hihihi
wallahhhh...terjadiklah sambal belacan dan ikan kering yang mantop..
hiriskan sebiji tomato dan limau kasturi sebagai ulaman penambah seri/rasa :) seri tak?? hihi
kemaruk betul masa ambik gambar ni tadi...bukan apa..ni lawan asam pedas yg betul
nasib baik Ameera Rose tak kacau hihi


Okey mama nafira, harap senang dan mudah tuk mama masak asam pedas resipi ibu rose ni. nampak macam panjang berjela je kan??. nak buat cane dah ibu ni kaki gambar. yang resipi lain lain tu saja saja jer ibu tepek sebab kemaruk kan?? Tu belum selfie lagi, nasib baik tak masuk dlm entry ni. Makin panjang lah jawabnya. Tak susah kan masak asam pedas?? senang jer..tapi sekali dah cuba mesti nak lagi tuh! huhuhu.


P/S : Dari petang sampai malam baru settle update entry ni...banyak pitstop hahaha




kalau suka LIKE k... :D

3 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

aniesa ahmad berkata... Reply To This Comment

tengok je gambar nie terus lapaaaarrr ~~~

Zasillah Ariffin berkata... Reply To This Comment

@aniesa ahmad sama ngan akak...asal tengok je mesti lapar balik..hahaha

Nafira usof berkata... Reply To This Comment

Salam Ibu.. Hari nih baru dpt BW blog ibu sepenuhnye.. dan baru dpt resipi Ibu neh!!
senang x senang.. susah x susah jugak yer. mungkin sebab mama x biasa buat.. :)

tapi Mama paham lah cara nak masaknye skrg.. mana mungkin x paham kan~ setiap step ade gambar.. kalo x paham jugak tak tahu lah yer.

OK.. InsyaAllah mama akan cuba resipi ibu neh! harap2 menjadik lah percubaan pertama.. yum yum yum!!!

Ooohh.. terima kasih yang tak terhingga atas resipi ibu nih.. tak lupa juga resipi sambal belacan tuh.. Mama dapat tips baru.. goreng dulu cili ngan belacan!! yes~ hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...