Daging masak kunyit :)


 photo bismillah_zpse3a79df3.gif



Salam malam semua....sihat? Alhamdulillah. malma ni nak update menu hari ni pulak..ermmm simple. Ibu pernah Upload sebelum ni tapi kali ni nak baggi resipi sekali. Semoga bermanfaat pada yang suka nak mencuba resipi ibu nih. hihihi


Tapi sebelum tu belanja selfie gayah rose dulu.....


alololololololo
joget inang berkasih ker shayang??
heheheheh bagi kan piring lilin maka menjadik lah tarian tu
ni semua penganan ceria popstar lah nih!
hhihihi



Nama menu : Daging masak kunyit
hihihi tah hape nama ibu bagi tak kesahlah tu kan
yang penting tuh rasa dia
sedap ya ampuuunnnnnn walaupun simple bebeno nak masaknya


Resipi nya!!
Bahan2 :
Kunyit 2cm, bawang putih 8 ulas, bawang kecil sebiji, halia seinci (semua bahan ni ditumbuk halus dan tambahkan garam siket)
Daging hiris halus 500 ke 600gm utk resipi ni ( daging dah hiris perapkan dengan bahan tumbuk halus kat atas tadi, perap dlm 10 ke 15 minit pon dah ok)
Serai sebatang dititik.
Bawang besar sebiji dihiris halus.
Lada hidup hijau/merah sebatang, dihiris.
Daun bawang, daun ketumbar @ daun sup dihiris. (Shila suka daun bawang dgn daun ketumbar).
Sedikit tepung jagung yg dibancuh air.
1 setengah sudu sos tiram.
Ok cara masak macam dalam gambar ni.
1. Panaskan minyak dan masukkan daging yg dah perap tadi.
2. Masak sampai daging empuk..lepastu masukkan bwg besar, serai dan lada hidup.
3. Masukkan sos tiram dan kacau..masukkan tepung jagung n sedikit air.
4. Biar mendidih kejap sampai kuah jadik pekat.
5. Masukkan daun daun tadi, daun sup, ketumbar, daun bawang. Mana mana pon boleh. Dan garam secukup rasa.
6. Kacau kejap n siap.
Kalau ada lobak pon sodap. Masukkan jerrrr awal2 tadi..hihi.
Resipi cincai jer.....harap suka.



yang ni pulak ibu nak masak tomyam sebenar benarnya..
dah siap rebus daging, dah siap siang ikan..tiba nak masukkan kiub tomyam tetiba kiubnya tidak ada! habis!
hahahahahahah...yang ado kiub daging lembu...arghhh!!
balun jelah...ambik kentang 3 ketul buang kulit belah 4 masukkan
jadiklah sup daging...udang tuh sebab dah siap siang
ibu masukkan jer sekali...senang...


P/S : okeylah selamat mencuba kalau nak cuba tu jangan memalu yer...cuba le.


u






kalau suka LIKE k... :D

0 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...