open house... :)


 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam petang semuaaa..haaaa dah nak habis raya dah tapi masih banyak lagi geng2 n jiran2 ibu buat open house. Best jugak tahun ni dapat gi open house rakan rakan. Rakan sekolah semenengah pulak tu, masa ibu tingkatan 5 dulu. Tak lah ramai adalah dalam 3 ke 4 orang geng sekolah dulu yang ibu selalu jumpa.


Sebab masih duduk sedaerah lagi hehehe...tahun ni pestaim ibu buat makan makan kat rumah aka open house la kononnya. Ya ampunnnnn letihnya buat open house ni kalau dari A to Z semua kita buat sendiri kan? dari kemas rumah, dari masak juadah, semua ibu buat sendiri. Tapi berbaloi dan puas hati ibu dapat buat tu semua sendiri. Bangga ibu dengan diri sendiri, dulik apa ibu hehehe


Ha...berrapa malam sebelum nak masak2 tu ibu dah tak lena tido..macam macam ibu fikir
nak beli apa bahan bahan...nak masak apa..nak masak macam mana..
ibu buat dalam kuantiti yang besar...2 menu, Laksa Johor + Mee Vietnam
2 menu feveret ibu..2 ni ibu masak dalam periuk yang besar
sebabkan ibu takder pengalaman, tu pasal ibu masak banyak sebab ibu takut tak cukup
Tapi Alhamdulillah...semua Mee vietnam ngan mee Spaghetti yang ibu rebus habis..
kuah n bahan2 ulaman jek yang masih ada baki..
kuah lah yang banyak..malam lepas habis open house tu ibu dah lepak gila2
jadik ayahlah yang settle..semua kuah ayah kasik bungkus dalam plastik pastu dia masuk lam peti sejuk beku
jadik bila bila ibu nak mam 2 menu ni kuahnya ada...cuma tinggal dipanaskan aja!
hehehehehe!!



Mee Vietnam...rupa cam Bakso..tapi rasa lain! :)


Laksa Johor saya!
ada jugak yang mintak resipi dari ibu ni...
google ajelahhhhh...kan? kan senang...huahuahua


ni masa petang open house kat rumah..
dari lepas asar sampai malam..
fuh masa ni baru jek start..jiran sebelah rumah n rakan kerja ayah
tapi masa ni lagi ibu dah lepak
hahahah
betapa penatnya ibu nak sampaikan malam tu sebab dari siang n malam semalam ibu dah
bertungkus lumus kat dapur
cam nak tergolek jek tapi masih diberi kekuatan Alhamdulillah
masa ni lah ibu tak tau yang ibu dah peknen..
nasib baik tak jadik apa apa
sebab ibu lasak sangat buat kerja..Alhamdulillah.


suasana yang sangat berbaloi dan memberi kepuasan pada ibu :)


malam tu ibu sambut besday Ameera Adni Rose yang ke2 tahun

ala kadar jek...keluar kek pastu terus jek potong huhu
takder nyanyi nyanyi takder tiup lilin bagai..
sian anak ibu :(


yang ini Muhammad Rayyan
anak susuan ibu
sayanggg dia!! :)




Mereka inilah kawan kawan sekelas ibu masa ibu dlm Tingkatan 5 dulu
gembiranya diorang malam tu
nampak tak muka ibu masa ni?
macam orang mintak bantal disorong jek kan? hahaha
tq geng2 ku semua sudi dtg beraya kerumah
i sayang uollssss ketat ketat!



Okeh! yang ini cerita masa marhaban pulak
selang3 hari jek majlis open house n marhaban ni
letih yang open house tu tak ilang lagi
jadik ibu hanya mampu buat goreng2 jek
sebab malam tu ada 5 buat ruamh yng join kan
jadik bab makan makan ni tak risau sangat
setiap rumah mesti ada makan makan
n tahun ni ibu buat simple jek
sandwich, nuget, kentang goreng n buah..huh!


semua ni pon ibu yang buat sendiri
sebab nak tunggu ayah kompem tak sempat siap punya
hari tu pon dia balun jugak kerja
adeiiii lah suami
kerana tanggungjawab ibu laratkan juga diri ini...


Syukur Alhamdulillah berjaya ibu siapkan menu ni.



Masa ni pulak ibu gi open house umah kawan ibu yang pakai baju warna pink tu
gambar2 kat bawah ni pulak masa ibu beraya kat rumah kawan ibu yang lagi sorang tu
yg pakai baju coklat tu huhu



 


Yang ni pulak masa beraya kat rumah kawan ibu yang lagi sorang tu
memang kejenya asik bergambar jek...
hahahha


okeh yang ini saja2 nak tepek...ikan parang masak asam pedas
skang ni dapur ibu ayah yang take over
jadik lauk kat atas ni ayah yang masak
sebab ibu dah mengandung jadik secara otometiknya ibu tak leh nak masak
tak lalu nak masak, malas nak masak
teruk kan kalau ibu mengandung
tapi dah itu persetujuannnya
ayah nak ibu ngandung
redolah dia...hehe


yang ni pulak makan kat luar
ni pon termasuk lam list mengada ngada ibu kalau ibu mengandung
ngidam nak makan macam macam
tapi bukan yang pelik pelik
cuma nak makan benda2 ginilaa
mengada kan? nak buat caner..redo jelah


P/S : semenjak 2 menjak ni update entry panjang berjela..penuuh ngan gambor...redo jelaahhhh



kalau suka LIKE k... :D

2 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Shida Radzuan berkata... Reply To This Comment

bestnye buat open house..mkn jer la byk2 nnt hehee..^_^

Nafira usof berkata... Reply To This Comment

meriahnyeeee makanan.
ibu masak sendirik semuanye??
kagum lah hai~

ibu peknen ke??
tahniah yer. mama tumpang hepi..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...