Selamat Hari Raya Aidiltiri Maaf Zahir dan Batin.

 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam Syawal semua...Selamat Hari Raya Aidilfitri minal aidil walfaizin. Sempena bulan yang mulia ni ibu nak mintak maaf pada semua ya, jika ada tersilap kata, mengguris hati ibu nak mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari hehe..maklum;ah jari ni yang menaip kan...maafkanlah segala kekhilafan ibu ya..sama sama kita memaafkan dibulan yang bahagia ni.


Sebelum tu ibu nak bagitahu kat semua yang baru baru ni kan ibu ada kongsikan cerita tentang abak kat dalam blog ni hari tu..ibu minta pada semua kawan blog ibu dapat menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allayarham abak ibu (Ariffin bin Kardi) yang sudah pon meninggalkan ibu dan adik beradik ibu yang lain pada bulan puasa yang ke 28 hari tu. Innalillah hiwainnalillah hirrojiuun.


Rupanya segala sikap arwah abak yang banyak berbeza tu tanda tinggalan dia buat kenangan untuk ibu kenangkan dia. Ibu tahu abak memang tak sihat, sakit dia memang berbeza dari sakit sakit dia yang biasa tu...ibu dapat rasa perbezaan tapi yelah kasih sayang kita pada orang tua kita buat kita elakkan dari fikir perkara macam tu. Tapi sudah sampai masanya, masa kita juga pasti menyusul jadi kita harus terima segala Qada' dan qadar yang telah ditetapkan olehNYA.


Hanya doa yang dapat ibu hadiahkan buat kedua arwah orang tua ibu. Dan tahun ini pertama kali ibu dan adik beradik ibu beraya tanpa kedua orang tua kami. Sekarang ibu cuma ada Ibu mertua sahaja...doa dia sahaja yang tinggal buat kami suami isteri. Semoga ibu mertua ibu kembali sihat macam biasa semua. In shaa Allah aamiin yarabbal alamin.


Okeylah, sedih bagaimana pon kami tapi di pagi raya kami tak boleh nak bersedih sangat. Hari raya kita kena menyambut hari yang gembira setelah sebulan kita berpuasa. Cuma kami adik beradik tak lah beraya sakan..kami beraya dari rumah ke rumah adik beradik di sekitar kampung sahaja. Tahun ni jugak macam pecah rekod lah sebab kami ada bergambar penuh adik beradik..jarang kami dapat bergambar bersama sama..




inilah keluarga besar kami..
ni pon banyak lagi budak budak yang tak masuk bergambar..hehe
patut masih banyak lagi ni..
Tapi ni pon dah kira ok sebab selama ni tak pernah pulak nak bergambar ramai ramai macam ni
sebab jarang dapat kumpul serentak macam gini...
tahun ni special siket sebab 2 adik beradik yang kerja polis duduk jauh jauh dapat pindah balik Johor tahun ni..tu yang merih siket tahun ni...Syukur Alhamdulillah. Cuma sedih pulak bila orang tua takde...



peace!!
Selamat Hari Raya Aidiltiri Maaf Zahir dan Batin dari kami anak beranak wak Ripin... :)


Okeylah nanti ibu sambung lagi...cerita bulan puasa pon banyak hari tu ibu skip bila ibu mengenangkan abak yang sakit tenat masa tu...nanti senang ibu update k :)


P/S : kesat air mata...




kalau suka LIKE k... :D

0 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...