I Love My JOB!!



 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam pagi semua.....awal pagi ha ibu menaip nih hihi. Saja tangan gatal nak tekan tekan butang keyboard je, bukan ada apa sangat nak di update pon. Hilang kan bosan tahap kebosanan yang sangat melampau. Dengan tak pakai cermin matanya ni, dengan menaip dalam gelap ni..dah kenapa ek?? memang bosan sangatlah tu..


Ermmm skang ni ibu sibuk sket. Ibu skang ni dah jadik pencucuk sate dan penjual sate. Haa gitewww hehehe...sebenarnya bisnes sate ni Kak Long ibu yang punya dah lama dah dia niaga sate. Terkenal sate kak Long ibu ni. Tak yah susah susah nak jual memang dah ramai pelanggannya..


Skang ni hari hari ibu cucuk sate, ambik upah tu ha bosan bosan goyang kaki takde kerja cari kerja kita cucuk sate dapat gak tambah wet poket sket2. Siket2 pon banyak jugak tu kalau dah sebulan..kira nak beli apa ikut sukati ibulah kan hehehe. Takdelah banyak sangat..oklah buat puas hati ibu sekai sekali belanja tu duit upahnya..nak simpan jugak takleh lah asik nak ingat shopping jer kan? :)


Skang ni macam dah expert sket lah cucuk sate...patut lama dulu ibu dah tolong Kak Long ibu cucuk n jual sate ni..tu lah masa tak banyak jaga anak kecik ni Ameera dah besar banyak masa lak. Tu yang sibuk nak carik duit pulak...dari niat nak tolong2 dia je hari tu eh jadik melekat pulak cucuk sambil ada upah...kalau ibu dapat order dapat komisen lain pulak tau. Banyak tu dapat komisen kalau orang order...Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki Kak Long sekali dengan ibu hehe. InshaaAllah aamiin.




Hammmmboiii haaaa...kemain tagline tuh
he he he
iklan tu sekitar tempat tinggal ibu jer...
takleh lah merata Mesia hua hua hua


Satay Ayam Satay daging
satay Kak Long ibu ni memang dah terkenal kat Ayer Baloi, sampailah Pontian
Alhamdulillah rezeki dia..selalu hari perayaan mesti ada jer yang tempah..
skang ni ibu tumpang lah sket2 rezekinya tu huhu Alhamdulillah
cucuk sate dapat upah...dapat order sate pon ada komisen
Alhamdulillah syukur rezeki yg dah dapat tu
lama tau ibu tak kerja perah tenaga dapat duit titik peluh sendiri
masa mengandungkan Adam lagi dah 5 tahun lebih..
ni buat tambah tambah apa yang patut tuk kehendak diri sendiri
bukan ayah tak bagi duit..tapi ibu suka buat kerja.. :)


Okeylah besok besok sambung lagi cerita k...pagi sangat dah ni mengantok bebenauuu pulak...(bajet nulis entry ni macam ada pembaca setia jek gamaknya kih kih kih)


P/S : Next cerita jalan jalan n makan makan pulak k :)





kalau suka LIKE k... :D

4 cuties - nak komen? KELIK SINI pon boleh!!:

nur hifzan berkata... Reply To This Comment

Assalamualaikum. Salam perkenalan.

Sedap nampak sate. Kalau ke Ayer Baloi boleh singgah

Saya ada share tips kesihatan kat blog saya, jemputlah datang blog semoga bermanfaat.

www.vitaminsuci.com

Nafira usof berkata... Reply To This Comment

Terliur plak tengok sate yang bercucuk2 tuh. Ok jugak tu Ibu.. sambil2 jaga anak.. sambil2 cucuk sate. dpt jugak duit beli jajan anak2 hehehe.

Zasillah Ariffin berkata... Reply To This Comment

@nur hifzan Waalaikumsalam, tq singgah ke blog saya. In Shaa Allah ada kesempatan sy singgag blog saudara pula :)

Zasillah Ariffin berkata... Reply To This Comment

@Nafira usof Betul tu mama... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...