Asam pedas kepala ikan, original resipi ibu rose ♥ 3





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿


Salam petang semua..haa,  ni ibu nak update resipi asam pedas kepala ikan ala ibu rose hokeyy..hahaha resipi ni cara ibu,  cara orang mungkin berbeza. Tapi cara ibu ni simple n senang senang je k.? Lupa pulak..resipi asam pedas ni mama nafira yg mintak,  jadik bila ibu ada masak asam pedas hari ni ibu pon tempeklah sekali k. Resipi mudah jer ye mama..malu pulak ibu nak up kat blog ni..tapi keranamu ibu up kan jugak hehe


Okeyyy bahan bahannyaaaaaa :

lada kering (segenggam, lebih siket pon boleh), tomato (2 biji belah 4), bawang merah saiz besar (1 1/2 biji dikisar halus..1/2 biji lagi dihiris), bawang putih (4 ulas dikisar halus..2 ulas dihiris), halia (dikisar halus), Belacan. Cantikkan papan pemotong ibu..lama sungguh dia berjasa hehehe

Daun kesom, ikannya...daun kesom ni dah kurang segar tp masih boleh diguna :)

asam jawa (segenggam lebih siket)

Tomato, bawang merah, bawang putih yang dihiris diasingkan untuk bahan tumis
Lada kering direbus dan dikisar halus

Bawang merah, halia, bawag putih, belacan dikisar halus....asing kan kisar dengan lada kering tadi jangan campur. Nak masak nanti baru campur :)
Okey bila bahan kisar semua dah dikisar, bahan hiris semua dah dihiris...jom tengok cara caranya..
(haaaa rajin gila ibu ni buat resipi bergambar kata kooo,  special tuk mama nafira hehe)


Okeyyyyy Cara Cara nya pulak :


- Panaskan minyak, letak minyak dalam setengah cawan gitew..lebih sikiiiiit lg pon takper sebab mudah nak tumis nantikan. Takdelah melekat lekat hangus pulak nanti ladanya hihi
-Tumis bawang merah, bawang putih dan tomato yg dihiris tadi sampai naik bau macam yg kat gambar ke 3 tu. Kalau nak garing lagi siket pon boleh. Tomato memang ibu suka tumis sekali awal awal macam ni.


- Masukkan bahan bahan kisar bawang merah, bawang putih, halia dan belacan
masak sampai garing dan naik minyak..

- Bila dah garing macam gambar kat atas ni barulah masukkan lada kering yang dikisar tadi..
- Tumiskan lagi masakan sehingga lada garing dan naik minyak..(bukan lembu naik minyak ye hehehe)


- Lada dah garing dan dah naik minyak macam ni...kena bersabar siket la masak ni ye..apa apa pon nak kena tunggu garing n naik minyak. InshaaAllah kuah mesti nampak cantik dan rasa mesti sedap. :)

- Dah garing tu bolehlah kita masukkan air asam jawa tadi..ibu guna mangkuk sederhana besar. Ibu top up sekali lagi air asam jawa ni dalam bekas asam jawa yang sama untuk sukatan kuah asam pedas ni. Kiranya 2 mangkuk air asam jawa...pekat dia dah cantik ngan ngam lah tu. Kacaukan bagi sebati kuahnya :)


- Masukkan ikan, daun kesom. Biarkan mereneh sekejap.

- Last sekali boleh masukkan bahan perasa sesedap rasa...haaaa nilah dia. Sos tiram dalam 2 sudu besar, garam secukup rasa, gula secukup rasa.
- Masak hingga ikan masak.


Taraaaaaaa....dah siapppp.
Asam Pedas Kepala Ikan Merah resipi ibu Rose.
Kalau ada sayur bende bolehlah masukkan sekali. Kalau nak masukkan tomato lagi pon boleh.
selamat mencuba mamaaaaa :) senang je kaannn??


resipi jugaaaakkkk hahahaha
bawang putih tumbuk halus, kunyit, garam...perapkan.

ikan goreng...memang sedap buat lawan ngan asam pedas ni. kena pulak ngan ikan kembung batu yang segar segar dan saiz kecik kecik jer tu....
sedappppp!!

ikan kering bulu ayam (ayah yg cakap eh hihihi), cili padi, belacan..
goreng dulu ikan kering ni..
pastu lebih minyak tu tadi goreng kan pulak cili padi dan belacan..
tumbuk cili padi, belacan dan sedikit garam macam biasa..

alamak..ni pun ibu bagi resipi...hihihi
wallahhhh...terjadiklah sambal belacan dan ikan kering yang mantop..
hiriskan sebiji tomato dan limau kasturi sebagai ulaman penambah seri/rasa :) seri tak?? hihi
kemaruk betul masa ambik gambar ni tadi...bukan apa..ni lawan asam pedas yg betul
nasib baik Ameera Rose tak kacau hihi


Okey mama nafira, harap senang dan mudah tuk mama masak asam pedas resipi ibu rose ni. nampak macam panjang berjela je kan??. nak buat cane dah ibu ni kaki gambar. yang resipi lain lain tu saja saja jer ibu tepek sebab kemaruk kan?? Tu belum selfie lagi, nasib baik tak masuk dlm entry ni. Makin panjang lah jawabnya. Tak susah kan masak asam pedas?? senang jer..tapi sekali dah cuba mesti nak lagi tuh! huhuhu.


P/S : Dari petang sampai malam baru settle update entry ni...banyak pitstop hahaha




kalau suka LIKE k... :D

Ketam Black Pepper kawwww!! :P 2




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿



Salam petang semuaaa...hai hari ni ibu masak..semalam tak masak. Takde air semalam ibu tak tahu huahuaaaa. Jadi tadi ibu sambung masak apa yang ibu tak dapat masak semalam. Menu simple, mudah menjilat jari.



Ketam Black Pepper...nak resipi?? nak?? ok ibu bagi...sebaaabbbb..rseipi senang sangat. hihihi
Bahan Bahan :Ketam sekilo
1 labu bawang putih
1 sudu besar black pepper
sos tiram (ibu letak dlm 3-4 sudu besar)
sedikit air
Cara cara :- Tumbuk bawang putih dan black pepper, tumiskan sehingga naik bau.
- kemusian masukkan sos tiram dan sedikit air..tumiskan sekejap dan masukkan ketam.
- Masak sehingga ketam masak, letak garam ikut sedap rasa (ibu letak siket jer sebab resipi ni dah cukup rasa :)
senang jer kan...



yang ni tomyam sotong...tadi kat pesbuk macam tersebut udang?? eh.. yeke?? macam salah jer hihihi
ahhh lantaklah..hihihi



omak kauuu...terkejut tak tengok muka buka kecik ni??
hahahaha..rayyan rayyan..baru ni pandai berjalan tu pasal kemain lagi garangnya..
hahaha..tak lama lagi rayyan nak dapat adik..ummi dia dah mengandung lagi..
tak boleh lah nak manja manja sangat..
ibu geram tengok bujang sorang ni, kalau dtg rumah masih lagi nak menyusu dengan ibu..
manja dengan ibu..siket takde beza walau sekarang ibu dah tak jaga dia..
sayaaaaanggg rayyan...
kelakar rayyan ni..jalan pon macam orang tua hahahaha


Okeylah..besok ibu update lagi, buat mama Nafira..cubalah resipi ketam black pepper tu mama. Memang sedap meletop!! ibu tak tipu. Resipi ibu dapat dari kakak ipar kesayangan ibu. Jangan lupa taburkan siket daun bawang bila dah siap masak. bertambah sedap!! :)


P/S : resipi asam pedas nanti ye mama...tunggu ibu masak asam pedas lagi..hihi




kalau suka LIKE k... :D

??? blurrrr 2






بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿


Salam petang semua..hari Sabtu dah kan?? sekejap jer masa berlalu sekarang ni. Pejam celik pejam celik anak cuti sekolah...pastu naik sekolah pastu cuti sekolah. Macam tak percaya terlalu sekejap je tempoh masa seminggu ni. Berapa hari lagi nak masuk bulan depan pulak..bulan 6. Padahal baruuu jer rasa besday ibu awal bulan ritu. Ni dah nak masuk bulan 6 pulak. 


Hari ni saja nak update pasal anak dara ibu...Ameera Adni Rose. Takde apa sangat pasal anak dara ni hihi...boring boring tak tahu nak update pasal apa. Tadi ibu pakai kan dia inai..jari tangan n kaki. kih kih kih kih kih kih kesian jadik mangsa keadaan kebosanan ibu. keshiaaannnn....


Nampak tu?? yang kat tangan dah settle..tak lama sekejap je..
yang kat kaki dlm proses..letak masa dia tidur..maknanya yg kat kaki ni mesti lebih pekat lagi warnanya
anak dara..belum sekolah bolehlah ibu pakaikan...kesiaaaaannnnnn




Nampak tu cara dia makan..
dia ni tak lah besar mana..tapi dia punya selera sama dengan ayah dia
kuat makan...lapar mata kata orang...
ambik tamak tapi tak habis...
tapi ayah dia tak suka membazir...kalau ambik makanan mesti habis



hmmmm...hari yang agak membosankan...hmmmm 


P/S : abang Nenial hari tu baru periksa untuk tahun 1...Alhamdulillah dapat no 2 dlm kelas. Alhamdulillah. Walaupun baru periksa kecil jer ibu n ayah cukup gembira. Ayah janji no 1 dapat basikal..tapi dapat no 2 pon dapat juga basikal. Ayah sayang Nenial sangat tu :)





kalau suka LIKE k... :D

hihihihi.... 6




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿



Salam petang semua, dah dekat dekat pukul 3 ni ibu tengah tunggu cerita feveret ibu buat masa skang ni. Temptation Wife kat TV3, macam ni lah ibu kalau dah terjebak ngan sesuatu cerita kat TV memang tak boring tunggu..huhu.


Tapi sebelum tu ibu dah siap cooking cooking tuk hari ni punya menu. Rasa macam tak nak upload pulak gambarnya sebab menu tu menu tuuuuu jugak yang ibu masak. Kang boring pulak geng geng blogger ibu tengok hihihi.


Tapi tak kaannn?? nak tengok kan rupa menu ibu hari ni kaaannn??? hahahaha jangan marah yer..ibu kalau up entry takder gambar macam tak best la..macam tak lengkap rasa...ibu upload eh? hihihi



okeyyyy Asam pedas lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
kali ni ikan merah yang sedang sedang jer besarnya tu...
ibu tak tahu nak masak apa ikan merah ni..
malam tadi ibu dah bakar
takkan nak bakar lagik kan?? kan??
nak masak kari cam tak lalu pulak kat tekak ni
tekak org Johor macam tak tahu nak masak cara lain kikiki
terjadiklah menu ini..
Syukur Alhamdulillah... :)



yang ni pon tak habis habis adaaaaaa jek ayah beli...
kikikiki...nak masak apa lagi yang sedap kan kalau bikan goreng jer...
Adam makan habis ni..baguslah makan sayur banyak banyak ye nak :)



yang ni menu namanya "Projek memikat suami"
kenakan pulak dengan menu asam pedas tu
dah memang pasangan kahwin dia kan??
encik abang pulak kalau takder sambal belacan kang dia pegi tumbuk sendiri...
kesian pulak..nak tak nak adakan jugaklaaaaaaa
hahahaha



okey..cerita feveret ibu dah start ni...nak sambung tengok dulu...mama nafira jangan boring ye tengok menu ibu tu. asik tu jek hihihihi



P/S : nasib baik si heidi tu tak sempat nak menangkap Angeline..kalau sempat tah hape kejahatan pulaklah yang dia nak buat kat Angeline tu. sib baik (Temptation of Wife)





kalau suka LIKE k... :D

Macam biasa...hari hari yang biasa :) 2




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿



Salam tengah hari semua...dah dekat pukul dua dah hehe...hari ni nak update menu lagi...hari hari update entry menu. Nak buat macam mana, buat masa ni itu jer yang ibu ada. Hehe...semua dah makan?? jomlah layan menu ibu 2 3 hari yang lepas. 



menu biasa...hari hari pon ada..



taugeh goreng..adam suka makan ni.. :)



Lala masak sambal...yang feveret ibu selamanya..tapi skang takleh makan banyak banyak
takut perut meragam hihi



Asam pedas kepala ikan...sedapnya menu niiiii
ibu tak tau apa nama ikan ni..bukan ikan merah...lain..
tapi lebih sedap lagi yang ini...puas hati ibu dapat makan ni
hihihi..ibu tanya ayah nak makan kari ke asam pedas
ibu ingat nak masak kari kepala ikan
tapi ayah nak asam pedas pulak...sib baik..
memang sedap lagi asam pedas..tekak orang Johor kot..mmg gitu


hari apa tah malas nak masak...
malas pulak nak keluar...
kita call pizza hut delivery jelah ye anak anak



makan siket jek lepas tu..
ayah balik keje dia yang habiskan piza ni...



ibu suka deli wing dengan yang lagi satu tu
lebih sedap..yang ni BBQ kurang siket la..tapi habis ayah makan :)



menu hari ni...sambal sotong...
besar besar sotong ni...sotong apalah jugak ayah beli ni
puas memakan..



anak nak makan...tinggal panaskan aje atas kuali ni..
senang n mudah...hehehe
kalau ibu suka makan ni curahkan ngan susu pekat manis..
lajuuu je makan hehe




okey ibu dah penat cooking cooking skang Ameera nak bawak ibu jalan jalan
nampak tak seronoknya ibu bila Ameera bawak ibu jalan jalan...
Sayang ibu :)


P/S : ayat last tu ibu yang cakap...Ameera tak cakap pun hehe







kalau suka LIKE k... :D

Menu orang tak sihat... :) 2





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿


Selamat tengah hari semua...hari ni ibu tak berapa nak sihat la..biasa latew sebulan sekali. Okeyla saja nak update sebab blog dah berwajah baru skang ni kan?? tu yang rajin sangat nak update hehehe. Menu semalam menu orang taj berapa nak sihat menggagahkan diri memasak kat dapur. 


Kalau nak ikutkan hati ni nak je berehat tapi bukan berehat sangat pon kan bila kita menyusukan anak ni. Sebab ibu dah tak tahan sangat kelaparan..ibu masak bubur ngan menu simple kat dapur. Yang ibu pelik anak3 ibu tu tak kelaparan pulak...sebab banyak bendalain yang dimakannya..biskut la..roti laa..kang kejap kejap lagi tah ahpe hape lam esbok dimakannya...


Kadang bila dah siap masak siket pon tak nak makan...bila yang diorang nak makan? nak makan time ayah dia ada..baru duk semeja makan. itu pun kadang kena paksa. Hailah anak..hari ni ibu tak masak..kang kejap kejap lagi keluar makan kat luar jer. tak larat nak masak tapi nak keluar larat. ngeh3!!



menu bubur...


telur dadar....


ikan kering bawang..sambal belacan...



sotong black pepper...
suka betul ayah makan menu ni..
feveret!!
kata dia...untung ibu ayah ni makan tak cerewet
apa je ibu masak semuanya feveret dia :)


Okeylah..nak sambung tengok TV Hannibal 2
pening campur kembang tekak ibu tengok siri ni...makan badan orang kan??? mau tak geli
tapi nak jugak tengok..


P/S : apa nak makan ek?? macam dah malas pulak nak keluar..alamakhaiii





kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...