Abak :) 1


 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam petang semua... :) nak story siket ni...skang ni abak ibu duk ngan ibu..ibu kesian tgk dia duk kat rumah sendiri sana sunyi. Tambah pulak dia tak sihat, bada pon dah kurus kering sangat. Macam tinggal tulang dan kulit.


Hari dia selera makan, ingat boleh tambah berat badan..ni skang selera makan dah hilnag balik..makin kurus makin kecut ha badannya. Makan pulak nak bubur jer..nasik tak nak. Lauk pon semuanya dia tak lalu, ibu masak lauk ala ala tuk orang dalam pantang pon dia tak lalu.


Kari ker, sambal ker pon lagi lah dia tak lalu. Ni baru berapa hari ibu pon pening nak masak apa tuk bagi dia selera makan. Hari hari nak bubur jugak...hari ni ibu masak bubur lagi. Ibu ngan anak3 pon makan bubur jugak. Tak kisahlah tu yang penting masuk jugak makanan dalam perut abak. Dari dia tak makan langsung kang tu yang datang semput dia...



nilah abak ibu...
kurus ha..kesian ibu tengok
asal duduk jer tertidor..asal duduk jer tertidor
apa yang boleh buat abak selera makan ekk??
kalau tanya dia nak makan apa banyak menu yang boleh ibu buat..
tapi dah siap nanti mesti dia tak makan..sikeettt jer dia makan
lepastu mintak bubur ngan garam jugak
sedih pulak lah ibu ni ha.. :(
semoga abak cepat sembuh ya..InshaaAllah. Aamiinnn yarabbal alaminnn.



ni pula menu yang ibu masak..nampak jer macam tu..ibu, ayah suka menu ni..mak mertua pon suka sangat
apa nama ikan kering ni ekkk??
ikan gurau ker ikan kurau??
mmg konfiuss sebab yang rajin masak ni ayah..ibu tukang makan jer kalau menu ni ada
ayah masak lagi sedap lah
sup ikan kurau masin...
letak kentang, so'oon, ngan apa tah tu lagi satu lawan so'oon tuh?? bahahaha
sedap oooo tapi abak tak selera jugak


pastu ibu masakkan lauk feveret dia ni ha..
sayur bayam masak air..pon dia tak lalu
pelik ibu...selalu dia makan habis buat ngatah jer
tapi memang selera dia takder agaknya nak buat cemana kan??
ibu ingat nak belanja aabak makan kepci laa
mana tau tekak dia terbuka nak makan kan??
ekekekeke..abak abak..


haaaa..nampak tuh??
Syukurrrrrrr Alhamdulillah. baik jiraannnnn sebelah ni bagi kami durian
2 beg..banyak tuh..
Syukurrr sangat. Nih yang buat ibu rajin nak hantar makanan kat orang sebelah nih!
heheheheheeh
terasa macam zaman kecil2 dulu...jirang kampung kan?
ada jeee yang nka dibagi rasa...
lagilah bulan puasa haaa ni dah nak masuk bulan puasa...
mesti seronok duk berbalas menu
TQ soooo Much jiran kuuuu
memang ibu teringin naw naaaaaawwwww nak makan durian
Ya Allah ada rezeki ibu dapat makan durian hehe
senyum sampai kelinga ibu dapat durian nih!!
sayang jiran ibu!! eh. tetiba..boleh gitew??
hahahahaha


Okeylah nak sambung tengok TV pastu nak sambung makan durian..masuk nih dah 2 bijik ibu makan bahahahahahahahah...nampak tak keinginan ibu yang naaaaakkkk sangat makan durian? Syukurrr sangat. :)


P/S : sedap durian durian itu :)




kalau suka LIKE k... :D

:) 1


 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam petan semua...ha petang gini update blog syok jugek yek...harap si Ameera tak kacau ibu. Adeii apa pon ibu buat semua dia nnak kacau. Letih ibu tapi layan jeeee...Oye hari ni macam biasa macam selalu ibu update menu. Hari semalam punya menu, hari ni punya menu bubur lambuk jer. Alhamdulillah.


Semalam punya menu ibu masak apa yang adooo kat dlm fridge. Habiskan lauk yang ada dlm peti sejuk tak mau membazir. Tunggu hujung minggu baru encik abang ada masa beli lauk. Semalam dah rindu sangat nak masak asam pedas..sooo ibu masakkan jugak ikan apa jer yang tinggal tu. Tak kira lah tu yang penting asam pedas.. kannnn??



Asam pedas ikan kembung...haaaaa mantap tuh...hihihi
sungguh pun kembung, tetaplaaaah enak...
yang penting asam pedas...


macam biasa...ulam takder
stok habis...


ikan kembung jugak...goreng..
mmg kena la tu...nyummmmm


belanja gayah #selfie satu...
geramnyaaaa omelnyeeeeeeee



p/s : ...................................



kalau suka LIKE k... :D

Daging masak kunyit :) 0


 photo bismillah_zpse3a79df3.gif



Salam malam semua....sihat? Alhamdulillah. malma ni nak update menu hari ni pulak..ermmm simple. Ibu pernah Upload sebelum ni tapi kali ni nak baggi resipi sekali. Semoga bermanfaat pada yang suka nak mencuba resipi ibu nih. hihihi


Tapi sebelum tu belanja selfie gayah rose dulu.....


alololololololo
joget inang berkasih ker shayang??
heheheheh bagi kan piring lilin maka menjadik lah tarian tu
ni semua penganan ceria popstar lah nih!
hhihihi



Nama menu : Daging masak kunyit
hihihi tah hape nama ibu bagi tak kesahlah tu kan
yang penting tuh rasa dia
sedap ya ampuuunnnnnn walaupun simple bebeno nak masaknya


Resipi nya!!
Bahan2 :
Kunyit 2cm, bawang putih 8 ulas, bawang kecil sebiji, halia seinci (semua bahan ni ditumbuk halus dan tambahkan garam siket)
Daging hiris halus 500 ke 600gm utk resipi ni ( daging dah hiris perapkan dengan bahan tumbuk halus kat atas tadi, perap dlm 10 ke 15 minit pon dah ok)
Serai sebatang dititik.
Bawang besar sebiji dihiris halus.
Lada hidup hijau/merah sebatang, dihiris.
Daun bawang, daun ketumbar @ daun sup dihiris. (Shila suka daun bawang dgn daun ketumbar).
Sedikit tepung jagung yg dibancuh air.
1 setengah sudu sos tiram.
Ok cara masak macam dalam gambar ni.
1. Panaskan minyak dan masukkan daging yg dah perap tadi.
2. Masak sampai daging empuk..lepastu masukkan bwg besar, serai dan lada hidup.
3. Masukkan sos tiram dan kacau..masukkan tepung jagung n sedikit air.
4. Biar mendidih kejap sampai kuah jadik pekat.
5. Masukkan daun daun tadi, daun sup, ketumbar, daun bawang. Mana mana pon boleh. Dan garam secukup rasa.
6. Kacau kejap n siap.
Kalau ada lobak pon sodap. Masukkan jerrrr awal2 tadi..hihi.
Resipi cincai jer.....harap suka.



yang ni pulak ibu nak masak tomyam sebenar benarnya..
dah siap rebus daging, dah siap siang ikan..tiba nak masukkan kiub tomyam tetiba kiubnya tidak ada! habis!
hahahahahahah...yang ado kiub daging lembu...arghhh!!
balun jelah...ambik kentang 3 ketul buang kulit belah 4 masukkan
jadiklah sup daging...udang tuh sebab dah siap siang
ibu masukkan jer sekali...senang...


P/S : okeylah selamat mencuba kalau nak cuba tu jangan memalu yer...cuba le.


u






kalau suka LIKE k... :D

:) 0




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿


Salam malam semua...ha malam pulak ibu update blog ni. Ikut kesempatan ibu lah ye.. :) Okeh malam ni nak aplod 2 menu jek..simple tapi sedap. konfem sedap!! :) ni menu tuk dua hari yang lepas kot ibu pon tak hingat sangat sebab hari ni ibu tak cooking sebab keletihan melanda. So hari ni ibu rhat rehat besok baru sambung masak InshaaAllah.


Malam ni ibu suh ayah tapaukan nasi goreng kampung jer kat kedai feveret ibu...semalam punya sup daging yang ibu cooking malam malam semalam masih ada lagi. Perghhh!! memang kena kena lah tu mantop pasangannya. Kat kedai makcik tuh masak nasi goreng kampung punyalah sedap!! secukup rasa!! ni tengah merenjes jer air liur menahan lapar...heheh!


Okeylaahhhh...jom troll 2 menu nih..


Sotong masak kunyit...
haaaa...gitew namanya.
ibu tak tahu nak letak nama menu nih...hentam sajalah labu
yang penting menjadi kegemaran encik suami
suka sangat dia ngan sotong ni
asal sotong jek masaklah apa pon
sukaaa jer dia :)


ni lak yang ibu masak malam malam semalam...
siang tak masak konon malas nak masak..
tetiba ayah balik teringin pulak nak makan meehoon sup
tapi nak masak sendiri...
tak nak beli punya
dalam sejam lebih ibu kung kang kung kang kat dapur bersilat
akhirnya siap jugak menu ringkas nih...
lama tu masak nak tunggu daging empuk
sup daging gitew...ermmmmm yang ni feveret ibu
alamakhaiiii sedapnyaaaaa...nyum nyum
:)


yang ni menu hari hari ibu
hari hari ibu makan menu nih
sedap nih budak nih
geget geget daging dia tuh
ermmm Ameera Ameera
dah dekat 2 tahun dah..bulan 8 ni InshaaAllah masuk 2 tahun ibu Fully BF dia nih
Ibu harap sangat dapat lepaskan 2 tahun
nak sangat sangat!
InshaaAllah tetapkanlah hatiku, kuatkan lah semangat ku Ya Allah
Aamiin Yarabbal alamiinnn...


Okeylah..nak sambung tengok TV sementara menunggu cik abang balik bawak nasi goreng kampung yang meletop kebabowww tuh.
:)


P/S : lapar nyaaaaaaa









kalau suka LIKE k... :D

Sambal Udang & Daging masak Kunyit ?? 1





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿


Salam petang semua..hari ni ibu update awal siket jer huhu. Tak lama lagi dah nak puasa kan? sekejap jer masa berlalu tup tup dah nak masuk  bulan Ramadhan yang berkat. Ya Allah sampaikan lah kami dibulan Ramadhan Ya Allah..moga kami bertemu juga dengan bulan mulia mu di bulan Syawal. Aamiin Ya Rabbal Alamiiinnnnnn.


Okeh tetiba ibu jadik syahdu pulak nih. Dah bertahun tahun ibu beraya tanpa emak. Arwah emak dah meninggal dunia lama dah...dari Danial kecik lagi. Sekarang ni ibu rindukan air tangan arwah emak. Banyak menu dia yang tak sempat pon ibu belajar..skang ni baru nak menyesal kan?? dulu tak pandai nak masak...goreng telur pon mengada ngada takut terpercik ngan minyak panas...


Padahal betapa untungnya masak kena percikan minyak panas nih...besar hadiahnya yang Allah SWT nak bagi. Ibu jer yang ambil tak endah. Ambil mudah hadiah hadiah yang Allah SWT nak bagi kat ibu ni orang perempuan. Ni tah mana datang kesedaran pada ibu agaknya ibu pon tak pasti ???


Skang ni nak masuk bulan puasa lagi banyak hadiah yang Allah SWT nak bagi kalau ibu ambil endah. Masak tuk orang berbuka puasa...besar hadiahnya. saja tukar kata ganjaran pada hadiah..sebab ibu suka hadiah keh keh keh keh keh keh...saiko siket pemikiran nih hihihi


Okeh nak aplod menu.....semalam punya menu tak banyak tapi syukur Alhamdulillah. rezeki yang Allah SWT bagi..tak pernah kurang senantiasa cukup. :)


sambal udang....mandangkan dua jer gambar hari ini
jadik ibu x large kan gambar menu menu ibu pada hari ini..skema
menu feveret ayah, ibu ngan Danial...
skang Ameera pon suka ngan menu pedas pedas nih...
dia ngatah jer udang ni semalam...
suka makan ngan ayah dia :)



Daging masak kunyit.
ibu tak tahu nak letak nama resipi ni apa...
ibu men tibai jer pon resipi nih...masak letak jer apa ibu nak letak hihi
yang ini menu feveret semua...Adam lah yang paling suka sekali
pastu ayah siap mentong lagi makan nasik malam tadi...
siap tanya daging tu awak amsak apa yer??
konon nak tau lah apa ibu bubuh dalam menu nih
sampai dia mentong makan malam tadi
kata nak jaga makan tp dia termakan jugak
hahahahah


Okeylah...ibu nak mamam pulak perut dah berbunyik2 nih hihi. Hari ni ibu masak simple simple juga... :)


P/S : .....................................





kalau suka LIKE k... :D

Assalamualaikum.... :) 4




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿


Salam petang semua..haa baru la teringat nak update blog. Dah hilang penat baru boleh update, ni tengah tengok drama baru kat TV3. Menantu sepuluh ribu..yang buat sangkut tengok tu sebab drama ni dah masuk bulan puasa kikiki...tak sabar pulak ibu nak berpuasa kan?? feeling gitew..


Okeh nak aplot gambar lah apa lagi...gambar apa lagi kan?? kiki


Ketam black pepper lagi..hehe
hari tu ibu pernah aplod menu ketam black pepper nih...
rezeki ibu Alhamdulillah ayah beli ketam lagi..ibu pon masak lagi menu ni
sebab sedap n mudah sangat...meh ibu tunjuk betapa mudahnya iye..hihihi


Mula mula tumbuk halus bawang putih 1 labu dan lada hitam 1 1/2 sudu besar..
lepas tu tumiskan bawang putih dan lada hitam tadi...
dalam 2 minit boleh lah masukkan sos tiram dalam 4 sudu besar...


masukkan sedikit air n tumis sekejap...
dah didih bolehlah masukkan ketam, daun bawang n daun ketumbar..
masak hingga ketam masak..dlm 4 ke 5 minit jer kettam dah masak..sekejap jer kan..
senang jer kan? sekejep je dah siap resipi yang melazatkan nih...hihi


sayur bak choy goreng kegemarankuuuuu....
simple tapi ibu suka...suka..sukaaa


Asam pedas kepala ikan lagiiiiii....
ni menu tah hari apa ibu tak ingat...tapi skang ni ibu dah rindu lagi ngan menu ni..
ibu tahan jer selera ibu nih..
tunggu ayah terbuka hati nak beli lagi...


sotong masak hitam pekat...
haaaa pekat kaw kaw kali ni ibu masak kuahnya...
sukanya ayah ngan menu nih...
lenkali boleh buat lagi..InshaaAllah ada rezeki. 


Okeylah..tu jer yang ibu nak aplod hari ni..menu hari ni besok besok pulak ibu aplod k...selamat menjamu mata dan selera :)


P/S : menu hari ni pon simple jugak...tak reti ibu nak masak menu mencabar lagi..hihi







kalau suka LIKE k... :D

Menu apa lagi ye?? hihi 2




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿


Salam petang semuaaa...hai, sihat ker? semoga sihat semua geng geng blogger ibu hendaknya. Ha hari ni ibu nak update menu yang ibu masak semalam..hari ni punya pon dah siap bergambar bagai. Tapi tu update besok la eh...penuh sangat pulak entry ni ngan gambar pulak kang hehehe


Okey...jom! Bismillah.



Kari ikan..ikan apa tah alamakhaiiiii
susahnya ibu nak siang ikan niiiiii
bersisik keras bagaiiiii alamakhaiiiiii..
tapi mengenangkan abak ibu ada dtg hari tu ibu gagahkan jua
ibu siang jugak ikan ni seikhlas hati..
demi abak ibu yang tersayang..lama dia tak rasa air tangan ibu
semenjak dia sakit ni hilang terus selera makan dia
risau ibu sebab dia sangat menjaga pemakanan dia
tambah hilang selera, makan sikeeeet je..
yang lauk lain lain tu siket pon dia tak sentuh..cuma ambik lauk ikan kari tu je
selalu kalau dia nampak ikan kering ngan sambal belacan
mesti sampai geleng geleng kepala dia makan...shedap shangat..
kali ni makan pon tak habis..ibu doakan semoga abak cepat sembuh
dan kembali berselera nak makan...Amin yarabbal alamin.


Eh. nak tengok tak cara cara ibu masak ikan kari ni?? nak??
ah tak nak pon ibu letak juugak gambarnya bahahahaha
dah ambik gambar pon...rugi tak letak hemmm..


ikan ni lah yang susah sangat ibu nak siang...huhuhu
ada sekor lagi yang besar dari yang ni..yang itu kerja ayah lak time nak siang nanti...ahhh

tumiskan halba dan jintan putih sampai naik bau


masukkan bawang putih daun kari...
ermmm masa ni serta merta semerbak bau daun kari memenuhi ruang dapur ibu


tanpa membuang masa ibu masukkan bawang merah yg dihiris..
dan tomato yang dibelah 4...


masukkan lada hijau yang dibelah 2


agak agak bahan hiris tadi dah masak layu siket
terus ibu masukkan rempah kari ikan Faiza...sedap rempah kari ni..tak pekat
rempah kari ikan adabi pon sedap jugak...


Lepas bahan tumis garing masukkan air...
ops lupa..air asam tdi awal awal ibu dah campurkan dengan rempah kari tadi
jadikan ia pes masukkan sedikit garam... :)


bila kuah dah sebati dan mendidih masukkan santan dan sayur bende...
kacau sebati..biar mereneh kejap lepastu baru ibu masukkan ikan..
ikan ni tadi tak boleh masak lelama sebab dia cepat masak..
kalau biar lama siket kang hancur isi ikan ni tadi...
ermmm senang je masak kari ni yek??
nape lah dulu ibu susah sangat nak masak kari ni...Alhamdulillah dah pandai hehe


besoknya kan?? kan??
ibu tengok kuah kari ni banyak lagi..ikan dah habis..
jadik dek kerana sayang kan kuah kari ni tadi, ibu goreng ikan kembung batu
yang tinggal brp ekor kat dlm esbok tu..ibu masukkan dlm kuah ni..
hehe Danial ngan Adam pon makan hahaha



Last but not least..
tq ayah sebab sudi belanja ibu n anak3 RVC ni...
hermmmm boleh tahan rasanya, cuma manis pulak ibu rasa macam rasa kuih tat kuih raya
hehehehe mungkin sebab ibu ni suka sangat ngan choc indulgence
tp tq ye ayah.. :)


P/S : next menu???














kalau suka LIKE k... :D

Vietnam Beef Noodle!! ayaiyaiiiii.... 2




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
✿ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ✿



Salam petang semua...hai, apa cerita hari ni?? ha hari ni ibu tak masak..tak perasan bawang putih dah habis kat dapur tu..muahahahaha...bawang putih jer takder dah tak nak masak. Mengado ngado nya ibu ni. Manja sangat, padahal boleh jer gi kedai sendiri beli bawang putih tu sekejap. Bukan susah no..yang buat susah no tu sebab ibu malas nak bersiap..bukan ibu sorang yg nak kena bersiap..kang dengan anak dara lagi sorang tulah..yg bujang 2 orang tulah..................


Kang dah sampai kedai takleh tinggalkan diorang dalam kereta..semua kena bawak turun. Keselamatan kan?? kang dah turun masuk kedai niat nak beli bawang putih jer! tapi kang tetiba macam macam macam benda lainnnn pulak hero n heroin tu nak beli..kang duit ibu tinggai siket pulak kaannnn?? kan? kang nak mintak refund balik dari ayah lambat pulak dapatnya keh keh keh.......


Jadik! baik tak payah keluar gi kedai beli bawang putih. Lauk semalam ada banyak lagi ibu memang saja masak lebih. Jadik hari ni kita makan lauk yang sudah pon dipanaskan dan masih lagi terasa keenakkannya. Lauk apa lagi kalau bukan ikan sambal tumis feveret kami sekeluarga. Malam kang baru keluar cari bawang putih..sambil tu kita pow ayah makan malam kat luar..hihihi.....kang?? eh salah. kan??


Haaa banyak kang tuh! Okey walaupun ibu tak masak hari ni..tapi ada lagi menu yang ibu belum aplod dlm blog ni berapa hari yang lepas punya menu. Special siket menu ni sebab ibu sorang jek yang suka makan...ayah tak layan sangat menu ni. Vietnam Beef Noodle!! ibu memang peminat tegar mee sup, mee hoon sup, soto, bakso dan yang seangkatan dengannya..


Tapi bila ibu dah pandai buat menu yang mudah gile ni terus ibu lupakan yang lain lain tu hahahaha..mudah jer membuatnya (dah penah update menu n resipi ni kat entry dulu)...okeh jom jemput tengok! Bismillah.


Bahan bahan nya....Vietnam Beef Noodle a.k.a My Style!!


Kuahnya!! nyum nyum!!
sedap tak tipu...ibu in love dengan resipi kuah vietnam beef noodle nih!!
kena pulak ngan sambal hijau dr seberang tuh!!
tu yang sekali tengok macam bakso..tapi percayalah ibu!!
rasannya berbeza dari bakso!!
tak sama!! tapi dedua pon sedap hehehe


okey, nilah sambal hijau yang ibu katakan itewwwww...
ha sekali buat boleh buat stok n simpan dlm fridge..
lepas tu bila bila buat mee hoon sup ker, sup ayam ker, soto ker..
inilah lawan dia, sambal kicap pon boleh...any time tersedia..gitewww




simple kan?? mudah tapi hingga menjilat 5 jari..
hua hua hua


Jemput tengok!
Bismillah...ibu aplod kat pesbuk masuk 2 kali dah..
ramai jugak kawan ibu yang mengences tengok menu ni..
bukanlah niat ibu nak buat macam tu..
cuma ibu punya tabiat mmg macam gini..ibu bukanlah zalim sangat nak buat macam tu kang? eh. kan??? resipi ibu ada bagi sekali buat mereka yang ngences tuh hehe
dah penat masak suka ambik gambar makanan tu..(apatah lg gambar ibu muahaha)
nampak menyelerakan tak?? Alhamdulillah, syukur nikmat di atas rezekiNYA. :)


Yang ni pulak menu ibu n anak3 untuk semalam ngan hari ni...
Tu pon ada lagi kat kuali..boleh buat jemput jemput pastu cecah ngan ikan sambal tumis ni
memang mantop!! ah kejap lagi nak buat jemput bawang ikan bilis lah...(terbayang dah ni)


Okeylah, nak stop dulu..lenkali ibu update lagi. Nantikan menu menu ibu yang ssterusnyaaa...cau cin cauuuuu!!




P/S : masih terasa kesedapan Vietnam Beef Noodle tuh! sebab malam tadi ibu mentong lagi..boleh buat 2 hari punya menu..berbaloi baloi untuk wang anda. hahah jangan membazir...





kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...