Ejen Dropship??? 4



 photo bismillah_zpse3a79df3.gif



Salam malam semua..emmmm malam ni tangan ibu gatal sangat nak menaip. Boring sangat ke, apa pon ibu tak tahu. Ibu rasa macam sekarang ni ibu bosaaaaaaaaaaaaaan sangat, ibu rasa macam nak buat sesuatu la. Ibu nak buat kerja dari rumah, buat sesuatu yang boleh mendatangkan duit. 


Betul betul tahap bosan ni, sungguh! Ibu nak buat apa ek? jadi ejen dropship ke apa ke...nak buat sesuatu yang boleh dijual ke..apa ke...tapi ibu rasa kalau jadi ejen dropship untuk sesuatu produk yang dah sedia ada bagus jugak..


Ibu tinggal promote jek...ambik komisen, bukannya ibu rugi apa pun kan?? hemmmm...bukan apa kalau dulu masa ibu kerja dulu sentiasa ada duit kat tangan. Bila ada duit sendiri senang hati nak belanja apa pon takde siapa yang nak marah kan? duit sendiri dan hati kita pon lebih tenang. Nak menyimpan pon boleh sebab ada duit lebih.


Macam skang ni bukan tak boleh belanja ke apa ke..cuma duitnya terhad kan nak menyimpan pon susah jugak. Ibu rasa adalah lebih baik ibu cuba cuba buat sesuatu yang berfaedah mulai dari sekarang, sebab ibu nak tunggu sampai bila lagi kan? tungguuuuuu jek tapi tak mendatangkan apa2 keuntungan tu sama dengan kerja yang sia sia.


Dari ibu duduk goyang kaki main tenet jek kat rumah lebih baik ibu gunakan 2 benda ni dengan baik dan bermakna. Dalam fikiran ibu ni dah ada benda nak dicuba, tapi masih dalam mood malu2 dan ragu2. Mungkin ibu kena buat solat istikharah dulu la. Yes! itulah yang ibu rasa ibu kena buat.


Baiklah..ibu buat solat istikharah dulu pastu baru ibu putuskan sama ada ibu akan teruskan ke tidak dengan niat ibu tuk jadik ejen dropship bagi satu produk ni. InShaaAllah dipermudahkan olehNYA. Aamiin yarabbal alamiin, Laila hailla anta subhanaka inni kuntum minadzolimin. Rabbanazalamna amfusana waillamtaghfirlana watarhamna lannaku nannaminal khosiriin. Aamiin aamiin yarabbal alamiin.



hehehe



PS : kena cuba, tak cuba tak tahu.





kalau suka LIKE k... :D

Ibu belum mengandung .... :( 2


 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam petang semuaaaa...ha hari nnak cerita siket, nak betulkan berita pasal ibu mengandung dalam entry yang lepas ni.. Masa tu ibu ingat ibu mengandung, tapi bila cek balik sebenarnya ibu tak mengandung :( huhuhuhu salah faham yang tak pernah pon terjadi sebelum ni.


Gara gara BFF ibu terlewat 2 minggu bulan ni jadik ibu ingat ibu mengandung, siap buat peknensi test lagi kat rumah. Nampak line 1 teranf 1 kabur, tu yang yakin konfiden sangat lah ibu menggandung sedangkan tidak. Ibu redo jer yang penting lain kali boleh cuba lagi hehehe


Tapi sebenarnya ibu belum plan pon nak mengandung lagi, kira bajet yang ini ibu ingat kes eksiden ke apa haha..rupanya salah faham jek. Okeylah..tu jek nak story sebab nak betulkan salah faham ini. 



P/S : ada rezeki bulan lain tahun lain ibu mengandung lagi hehehe. In Shaa Allah aamiin.

kalau suka LIKE k... :D

open house... :) 2


 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam petang semuaaa..haaaa dah nak habis raya dah tapi masih banyak lagi geng2 n jiran2 ibu buat open house. Best jugak tahun ni dapat gi open house rakan rakan. Rakan sekolah semenengah pulak tu, masa ibu tingkatan 5 dulu. Tak lah ramai adalah dalam 3 ke 4 orang geng sekolah dulu yang ibu selalu jumpa.


Sebab masih duduk sedaerah lagi hehehe...tahun ni pestaim ibu buat makan makan kat rumah aka open house la kononnya. Ya ampunnnnn letihnya buat open house ni kalau dari A to Z semua kita buat sendiri kan? dari kemas rumah, dari masak juadah, semua ibu buat sendiri. Tapi berbaloi dan puas hati ibu dapat buat tu semua sendiri. Bangga ibu dengan diri sendiri, dulik apa ibu hehehe


Ha...berrapa malam sebelum nak masak2 tu ibu dah tak lena tido..macam macam ibu fikir
nak beli apa bahan bahan...nak masak apa..nak masak macam mana..
ibu buat dalam kuantiti yang besar...2 menu, Laksa Johor + Mee Vietnam
2 menu feveret ibu..2 ni ibu masak dalam periuk yang besar
sebabkan ibu takder pengalaman, tu pasal ibu masak banyak sebab ibu takut tak cukup
Tapi Alhamdulillah...semua Mee vietnam ngan mee Spaghetti yang ibu rebus habis..
kuah n bahan2 ulaman jek yang masih ada baki..
kuah lah yang banyak..malam lepas habis open house tu ibu dah lepak gila2
jadik ayahlah yang settle..semua kuah ayah kasik bungkus dalam plastik pastu dia masuk lam peti sejuk beku
jadik bila bila ibu nak mam 2 menu ni kuahnya ada...cuma tinggal dipanaskan aja!
hehehehehe!!



Mee Vietnam...rupa cam Bakso..tapi rasa lain! :)


Laksa Johor saya!
ada jugak yang mintak resipi dari ibu ni...
google ajelahhhhh...kan? kan senang...huahuahua


ni masa petang open house kat rumah..
dari lepas asar sampai malam..
fuh masa ni baru jek start..jiran sebelah rumah n rakan kerja ayah
tapi masa ni lagi ibu dah lepak
hahahah
betapa penatnya ibu nak sampaikan malam tu sebab dari siang n malam semalam ibu dah
bertungkus lumus kat dapur
cam nak tergolek jek tapi masih diberi kekuatan Alhamdulillah
masa ni lah ibu tak tau yang ibu dah peknen..
nasib baik tak jadik apa apa
sebab ibu lasak sangat buat kerja..Alhamdulillah.


suasana yang sangat berbaloi dan memberi kepuasan pada ibu :)


malam tu ibu sambut besday Ameera Adni Rose yang ke2 tahun

ala kadar jek...keluar kek pastu terus jek potong huhu
takder nyanyi nyanyi takder tiup lilin bagai..
sian anak ibu :(


yang ini Muhammad Rayyan
anak susuan ibu
sayanggg dia!! :)




Mereka inilah kawan kawan sekelas ibu masa ibu dlm Tingkatan 5 dulu
gembiranya diorang malam tu
nampak tak muka ibu masa ni?
macam orang mintak bantal disorong jek kan? hahaha
tq geng2 ku semua sudi dtg beraya kerumah
i sayang uollssss ketat ketat!



Okeh! yang ini cerita masa marhaban pulak
selang3 hari jek majlis open house n marhaban ni
letih yang open house tu tak ilang lagi
jadik ibu hanya mampu buat goreng2 jek
sebab malam tu ada 5 buat ruamh yng join kan
jadik bab makan makan ni tak risau sangat
setiap rumah mesti ada makan makan
n tahun ni ibu buat simple jek
sandwich, nuget, kentang goreng n buah..huh!


semua ni pon ibu yang buat sendiri
sebab nak tunggu ayah kompem tak sempat siap punya
hari tu pon dia balun jugak kerja
adeiiii lah suami
kerana tanggungjawab ibu laratkan juga diri ini...


Syukur Alhamdulillah berjaya ibu siapkan menu ni.



Masa ni pulak ibu gi open house umah kawan ibu yang pakai baju warna pink tu
gambar2 kat bawah ni pulak masa ibu beraya kat rumah kawan ibu yang lagi sorang tu
yg pakai baju coklat tu huhu



 


Yang ni pulak masa beraya kat rumah kawan ibu yang lagi sorang tu
memang kejenya asik bergambar jek...
hahahha


okeh yang ini saja2 nak tepek...ikan parang masak asam pedas
skang ni dapur ibu ayah yang take over
jadik lauk kat atas ni ayah yang masak
sebab ibu dah mengandung jadik secara otometiknya ibu tak leh nak masak
tak lalu nak masak, malas nak masak
teruk kan kalau ibu mengandung
tapi dah itu persetujuannnya
ayah nak ibu ngandung
redolah dia...hehe


yang ni pulak makan kat luar
ni pon termasuk lam list mengada ngada ibu kalau ibu mengandung
ngidam nak makan macam macam
tapi bukan yang pelik pelik
cuma nak makan benda2 ginilaa
mengada kan? nak buat caner..redo jelah


P/S : semenjak 2 menjak ni update entry panjang berjela..penuuh ngan gambor...redo jelaahhhh



kalau suka LIKE k... :D

Makan makan makan makan.... 4


 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam petang semua..ha hari ni tak nak cerita banyak. Cuma nak share gambar menu lauk pauk yang ibu masak jer. Pastu menu yang ibu makan kat luar...sekarang ni ada rasa dah, ada rasa apa tau? Ada rasa yang makan sendiri masak dengan makan kat kedai masak adalah lebih selera lagi makan yang sendiri masak di rumah. 


Bukan nak kata ibu masak shedap shangat ye..hehe tapi tengok menu jugak...cuma menu yang dua tu ibu makan kat luar tak berapa kena ngan tekak ibu...tapi mencuba menu lain sekali sekala apa salahnya kan? Skang ni ibu teringat ringat menu sup tulang ZZ tu hah! yang itu memang Sah! haha..oklah jom cuci mata.. :)



Asam pedas ikan siakap...sedap jugak ek ikan siakap masak asam pedas nih!
cuma takleh masak lelama lah kan nanti lerai semua isi ikan tu ha hahaha


All time my feveret!!


sayur togeh seminggu sekali wajib ada..n ulam sambal belacan selalu ada hehehe


Asam pedas ikan apa tah ni....tak ingat...
tapi kalau tengok dari paras rupa ikan yang dah siap di masak ni Ya ampunnnnnnn
lapooooooo balik semula. haha



tak cukup ikan, ayam pon ibu masak asam pedas...1st time ayam masak asam pedas..
ermmmm sedap jugak ikan...hehehe
ulam ulaman n sambal belacan macam biasa... :)



sotong masak apatah ni..
ibu pon tak tahu nak cakap resipi nama apa
main campak campak jek...tak kisah yang penting ada rasa sotong hahaha


sup telur + lobak + tomato + kentang...lenkali nak taruk su'un...sedap woooo
menu baru ni hehehe


ha nilah 2 menu yang ibu cakap tuh..
tak berapa nak kena ngan tekak ibu
tapi sebab dah order kita makan jelah..tak baik tak makan n membazir
makanan tetap makanan, jadik kita kenalah makan heheh.



:) ...dah makan banyak banyak pon tak reti nak naik berat badan ni..
penat makan tapi berat badan cenggitu jugak...
cemana ek?? hrmmm
takkan kena mengandung lagi baru boleh naik...errmmmm
Tapi syukur rezeki ibu mengandung lagi sekarang ni...tengah mengandung anak ke4..
Syukur Alhamdulillah Ya Allah! :)
(sesungguhnya bedebar debar nih tuhan jer yang tahu perasaan gemuruh ni)
Semoga bayi dalam kandungan dan ibu sihat n selamat hingga tiba masanya nanti. In Shaa Allah.
Aamiin Yarabbal Alaamiinn. :)



P/S : kita merancang..bagaimana juga caranya, Allah SWT jua yang menentukan. Bersyukur di atas limpah rahmatnya. Alhamdulillah. :)




kalau suka LIKE k... :D

Restoran ZZ Sup Tulang memang sah!! eh. pinjam tagline orang laa hehe 2


 photo bismillah_zpse3a79df3.gif



Salam petang semuaa...aik dah pukul 6 petang ke?? sekejapnya masa berlalu tak perasan ibu. Baru sekejap Asar..dah nak masuk maghrib kan? oklah yang penting update tetap update! hehe

Ni cerita masa bulan puasa hari tu, ibu buka puasa kat luar gi JB ZZ sup tulang semata mata nak merasa sangat signature dish diorang yang mantop tu katanya. Apa lagi sup tulang la kan...tapi ada lagi menu yang sedap menjlat jari mee rebus dia tu...

Bukan sebarang mee rebus, mee rebus gear box gitew...tempat lain pon ada kan? haaa tapi tempat dia ni lah yang paling sedap sekali ibu rasa...cuma tulah persekitaran dia ibu tak biasa hehe...


tempat makan dia ada yang duduk bersila, ada yang duk kat kerusi macam biasa
masa ibu sampai tu penuhhhhh orang buka puasa...takde meja kosong langsung
so ibu ngan ayah pon gi lah carik masjid/surau dekat dekat situ
solat maghrib dulu pastu baru dtg balik...Alhamdulillah, dah habis solat dtg balik kedai ZZ ni ada
meja kosong..banyak lak tu, menu pon masih banyak lagi kih kih kih



Adam kalau suruh bergambor cenggitulah...
semua gigi pon nampak...clear.



nilah dia menu feveret ibu kat ZZ sup tulang
sup tulang dia lah tu kan?? apa lagi
dengan sambal kicapnya..
dengan kuahnya yang pekat mengekawww
dengan tulang gear box nya yang tak kedekut..
puas hati ibu sebab ibu suka makan sup gear box..
makan sup gear box ni mesti nak kena ada straw..takder straw fail!
sebab tak dapat lah ibu nak sedot sum sum tulang nya tu hehe



Yang ini 2nd feveret menu ibu...
alamak sedapnya kuah mee rebus ni...
dengan gear box nya tu puas ibu sedot sum sum tulangnya tu...
Alhamdulillah. Syukur.



yang ni sayur kailan goreng ikan masin...
ni pon kailan goreng yang paling sedap ibu makan..sedap sedap sedap!!
kuah dia tu boleh hirup2 macam tu jek!!
tak masin sangat..tak tawar lah pulak..pelik betul...dap dap!!
yang ni makan ngan nasi putih
ada lagi menu lain, kerabu udang, udang goreng tepung, puyuh goreng kunyit (gambar tak ambik)
nasi putih 3 pinggan + milo ais 2 + teh O panas 1 + nes kaw tarik 1 + ais kosong 1
bila suh total up nak bayor tu kan?? kan?? kan??
untuk semua menu yang diatas hingga kebawah tu kan?? kan??
punyalah terkjeut ibu ngan ayah dapat bill nya.
harga dalam lingkungan RM50 kebawah sahaja. ye...
murah gileerrrrrrrr!!!!


Haaa..dah la sedap! banyak! menu power! harga sangat sangat lah berpatutan! patutlah ramai jugak yang dtg makan kat kedai dia ni. Cuma cuma cuma persekitaran kedai jer yang ibu rasa cam tak selesa siket...tak taulah kenapa, tapi yang lain lain termasok servis memang tip top!! ibu rasa kalau dia upgrade lagi kedai dia jadi sebuah restoran yang indah mesti lagi mantop! hehehe


Oklah..dah dekat 6 30 ptg ni. nak out dulu...lenkali story lagi. Assalamualaikum.


P/S : tengok gambar lama ni buat teringiiiiiiiin jer...jer...





kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...