Teluk Gorek Endau Mersing...bestttttttt. 1




 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam malam semua..haa baru ada kesempatan nak apdet blog. Bz siket le..siket jek malasnya yang banyak. Oklah..malam ni ibu cerita pasal percutian ibu n family ibu yang tak seberapa tu ye. hihihi dah sampai jek kat sana hilang minat nak ambik gambor...sibukkk sangat nak menikmati laut gamaknya.


Maklumlah duduk mmg dekat ngan laut..tapi laut yang tak boleh nak mandi...takder ombak dipersisiran pantai gitew..takder feel sangat. Ni bila sampai jek kat resort teluk Gorek..hah! malas nak pegang henpon. pulak kat area teluk gorek tu takder line langsung. nak call pon susah..makin menyampah lah ibu nak pegang henpon...tu yang gambar tak berapa nak ada kat sana..


Gambar apa adanya lah..syukur ada henpon ayah...ayah tu sayang no ngan henpon dia...tu yang jadik penyelamat. Adalah jugak gambar2 yang boleh diabadikan tuk dibuat kenangan. Walau ahli keluarga ramai yang tak dapat join..tapi apa yang ada tu pon dah cukup meriah jugak..syukur. Setiap keluarga ada masalah nya masing masing. siapa yang boleh join n tak tak boleh join tu kita redha...tak mau paksa2 okey...hehehe


Okeylah jom kita layan gambar gambar nya...



hati atak sinang...mau jalan jalan...jom kita ke teluk gorek!!!



okey..baru sampai...kita terus plesing depan pantai
ibu tak mandi pun dari mula datang sampai nak balik..
tak bawak seluar yang sesuaaiiiii
hahahha
takpelah ayah ada layan anak3 mandi manda
seronok anak3 mandi..berendam jerrr



haa...ni pertama kali ameera dapat main pasir pantai...
walaupun umur dah 2 tahun lebih
kesiannn anak ibu takder peluang mandi manda kat pantai sebelum ni
nak buat macam mana salah pantai kita pergi hari tu nak
haaa kali nih ibu bawak ameera main tepi pantai yang boleh mandi punya
bagus teluk gorek ni...teluk kan..jadik takdelah ombak kuat melambung2 tu
sesuaiii sangat tuk keluarga yang ada anak3 kecik tuk mandi manda
ibu bapa kurang siket risaunya...
musim hujan pun masih boleh mandi lagi Alhamdulillah..hujan lebat tu cuma sekejap jek... :)



ni dah start bbq dah...diorang sampai semua dah rehat2...dah tidor sat..
pastu dah hujan lebat...hujan berenti terus turun mandi laut...
dah mandi naik pon lapoooo
apa lagi...terus hidup bara api
kita bakooo kita bakooo...




Abang ijoiii dan ameera..
kesian abang ijoii ni..asik kerjaaa jek
kali nih dapat jugak dia join jalan jalan
sebelum ni tak dapat join...syukur bila happy...kesiannn abang ijoiii
hehehe


Masa kami datang ni chalet teluk goorek ni penuh dengan customernya
bilik semua penuh..nasib baik masa adik ibu booked tu masih ada bilik yang kosong
kami booked 4 bilik..tapi tulah..kalau 5 bilik baru sesuai..
next time kami plan lagi..kali ni nak booked homestay pulak
kat tanjung leman
dekat dekat jek kami ni bercuti tak keluar dari Johor pon
sebab senang nak pergi..dekat kan...
kat johor pon apa kurangnya dengan tempat percutian yang menarik
lebih menarik, jimat n puas hati kami hehehe



ni lah buah hati cinta hati saya..
makan bang makan...hahahaha



tengoklah budak2 ni main pasir tak kira siang ke malam
dah mandi tu pon main lagik
dah lah ibu bawak baju tidor tak banyak..
dia lak boleh main main pasir banyak kali
letih mak nakkkk
tapi takpelah..yang penting anak3 happy dapat main tepi pantai
ibu pon happy dapat dengar deru ombak menyisir pantai
alamakkkk madah helah betul ibu
aahhhhh...



air asam ngan sambal kicap nih buat cicah ikan siakap bakar
tapi tulah kan...tak pegang henpon 24 jam
jadik gambar ikan ngan sotong bakar takder..hihihi
tomyam yang sarat dengan sayur sayurannya...
kalau ikut ibu nak buat mee vietnam ibu yang femes tuh..
tapi tulah ayah ni hah
buat spoil jek tak nak menu tuh..ibu terpaksa tukar  ke tomyam
padahal adik beradik ibu semua sukaaaaaa sangat makan mee ibu tuh
huh! lenkali tak nak dengar cakap ayah...huh!!



malam tu sate pon ada haaa maklumlah tokey sate pon ada kaannn
hehehe
rupanyya mmg tak berapa nak menarik ye...
yang tukang bakooo tu kejenya dah bako bako men masuk jek dlm bekas tu hah
tak seni langsung...letaklah elok siket hehehe
semuanya sedap2 belaka..siapa yang perap kan? hahaha
tak membazir..makanan tak der yang terbuang
kami makan dengan hemahnya...Alhamdulillah



yang ni dah check out dari chalet..
ni kat pantai air papan..pantai ni ganas siket ombaknya
kat sini pon kami bentang tikor n makan lagi makanan yang dah dibakor paginya tu
sebelum check out
tu yang tak membazir..dah duduk sini makan sampai habis
yang sejuk pon rasa enak hahaha
tulah penangan duk makan bentang tikor tepi pantai...memang best!!



last view kat air papan...takder sorang pon turun mandi..
masing2 malas nak salin baju hahaha


itu jelah cerita percutian family kami...apa adanya sahaja. tapi kami happy sangat, tak boleh lupa n next time nak buat lagi..kali ni nak buat game pulak...baru syok...kalau buat game game simple2 jek...tapi best. biar kecoh jadiknya..belum apa apa ibu dah berangan dulu.. :)



oh. sempena Deepavali nih ibu nak ucapkan happy deepavali bagi mereka yang menyambut perayaan deepavali. cantik kan?? apa ni anma ibu lupa..tau tapi ibu lupa...1st time ibu tengok live nih...beras berwarna...mmg cantik n kreatif :) masa nii ibu jalan jalan kat aeon jusco kulaijaya. saja cuci mata..masa ni sale gila gila..sakit mata ibu dapat tengok jek huahuahua...lom gaji kata ayah..kena tunguuuu huhuhu..ada rezeki adalah tu nanti barang yang ibu aim tu..mintak ada lah yang sudi nak belanja ibu.. ;p


P/S : okeylah...panjang dah ni..ada jek cerita lain ibu nak apdet..tapi cerita niih dah cukup panjang..pening lak yang baca tu nanti cam tak masuk jek ceritanya kan ahahah









kalau suka LIKE k... :D

Perap memerap.... 1



 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam malam semua..malam ni rajin apdet, sambil tengok TV..syok pulak. Sebenarnya ibu ni keletihan..hari ni kerja lebih siket..perap memerap bahan tuk BBQ nanti kat Teluk Gorek. Tak sabar ibu sebenarnya nak cuti cuti kat Gorek Bay-Endau Mersing ni..


Kali ni pergi ngan family...tu yang seronok sangat, belum pergi dah seronok jangan nak seronok sangat. huhu perginya besok, tu yang tadi ibu dah sibuk sibuk kat dapur ha sensorang buat kerja...sedih ibu huhuhu..jadik sapa yang makan tuh kalau ada kurang tuh mintak maaf lah


Jangan komplen eh? penat tahu?...makan jek jangan banyak bunyi hihi


dalam sibuk sibuk nak sediakan bahan BBQ tu kenalah masak jugak
kang kesian anak3 n bapaknya nak makan kang takde benda nak makan
masak jugak satu lauk ni..ngan ikan goreng
seddap jugak tewww :)



Udang/prawn...
bahan perap ni ibu main hentam jek..
boleh lah tu..



Lamb Chop...
nipis jek chop nya ha...oklah tu
Syukur ada..buat lengkap rasa
huhu



sotong/squid...
sotong ni bakar gitu jer pon sedap kan?? sama gak ngan udang..
tapi tulah special kan..ngan keluarga
tu semangat nya lebih lagi hihi




ayam....
ermmm kali nih semua bahan perap ibu nampak kekuning kuningan kehijau hijauan
sebab ibu masukkan kaun ketumbar sekali dalam blander
saja nak cuba apa beza rasa kelainannya kan??
selalu tengok kat Food Channel macam tu
nak jugak cuba hihi


P/S : Oklah...lenkali ibu apdet cerita holiday kami pulak ye...semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Aamiin.





kalau suka LIKE k... :D

Ameera adni Rose dengan gayanya..amboii 2

 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam malam semua...ermmm...ermmm...buntu lak tetiba. kikiki pening lak ibu nak taip apa skang nih. Hari ni ibu ada rajin siket ibu masak masak hari ni untuk ayah special. Dah lama kan tune malas ibu bertapak dalam diri ini. eceehhh. Tulah, rasa macam nak masak..tapi banyak pulak bahan yang takder n dah habis. 


Ni tadi ibu masak sekali bagi habis bawang merah, lada kering, sayur langsung dah takder, lobak...tomato pon abis tadi..kira besok takleh masak lah ni?? muahahahahaha...sapan sapan asik bersambung sambung jek kang malas masak nih nanti.


Eh. tapi ibu ni kalau malas cuma tang masak la..kalau tang kemas rumah ibu buat. Tak boleh tak buat sakit lak mata nih tengok rumah bersepah hah! Kalau dah kemas rumah baru senang hati nak melepak malas malasan ngan anak3 kat rumah...teruk jugak nih penyakit malas ibu..adeiii tolonglah buang sikap nih...tak boleh tahan dah..kalau masak tuh namanya rajin...kalau tak masak tuh namanya malas..gitew ker?? hihihi 


Bukannya apa..ibu kan duk rumah jer kan..tu yang rasa bersalah kalau tak masak..sebab ibu sekali dtg mood tak nak masak buruk sangat..kalau tak masak tu mestilah ayah jek yang masak...dah tu kalau tak masak tu bukan takat 2 ke 3 hari..mau ber tut tut tut malu lak nak ngakunya ha..huh!




Asam pedas ikan pari...yang ni daun kesom takder
tu pasal kurang bahan...lada ngam ngam banyaknya
sib baik hehehe



yang ni sotong masak kunit...sampai skang ibu tak reti nak letak nama menu ni apa
sotong ni menu fav ayah..apa apa berkenaan sotong semua ayah suka makan
ibu masak macam mana pon dia makan jek
sennag men tabur2 jek apa yang ada
yang penting bawang putih, serbuk kunyit, garam, tomato ada
cukup lah rasa tuh hahaha



semalam ibu tunjuk siket jek aksi selfie minah nih...
ha yang nih versi full..pon ada 2 ke 3 snap lagi yang tak muat masuk
macam amcam memek muka dia bagi
meluat ibu nengok
tapi dia suka kenmain huhuhu
kalau ibu perati satu satu gambar dia tuh, ibu perasa memek muka dia ada ngikut memek
muka ibu bila ibu selfie...sama jugak ngan ibu mana puas snap sekali..
mau ada dlm 10 ke 11 snap baru puas hati nak share selfie tu kat dunia maya
muahahahaha...kuat perasan 2 beranak nih
mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? hihihi



P/S : okeylah...kalau ada modal cerita nanti ibu apdet lagiiii :P





kalau suka LIKE k... :D

Menu hari ni bubur daging pulak... 6



 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam petang semua....hari ni ibu apdet awal siket...ada benda nak dikongsi..taklah penting sangat tapi dah jadi rutin lak apdet entry menu setiap kali hehe. Hari ni ibu sama macam hari hari yang biasa..malassss jugak..tapi tak tahan lapo hahaha...Adam pulak merengek rengek lapo lapo nak makan...


Jadik ibu pon menawarkan Adam menu bubur daging, mandangkan daging ada kan? tu yang asik asik daging asik asik  daging. Siap request lagik dah siap masak Adam nak ibu suap Adam makan. Ha ahhhh laynkan jelah lah...kang tak layan cam kejam pulak ibu nih kikiki



Hah..tu diaaa...kenmain hah ibu tabor daun daunan berguguran
daun sop, daun bawang, daun ketumbar...
ni dah nak siap lah ni...cam serabai jek rupanya hah



bubur daging ibu..macam bubur lambuk lah jugak..
saja nak letak nama bubur daging lak hari nih...
lobak takder..tu yang tak kick hari ni...kentang pon takder
yang ada tomato, daging, bawang putih/besar, serbuk sup, kiub daging..
boleh lah..sedap jugak...dah lapo kan laju jek makan



hah...yang ini namanya menu ameeyaaa omey omeyyyy
geramnya tengok dak ni suka selfie hah
pandai tekan tekan sendiri...
sayang ameeyyaaa...


Dah kenyang makan tak tau nak buat apa kan? tengok TV lama lama boring pulak asik ulang ulang jek...tengok laptop tangan nak apdet blog jek..tapi ceritanya tak berapa nak haderr...nasib baik ada gambar gambar macam yang di atas nih. Ada jugak motif tuk apdet blog. Oh ye...hujung minggu ni ibu n keluarga akan bercuti ker Mersing. Dekat jek..dalam Johor jugak...dah lama nak bercuti ngan family kat tepi pantai...nanti ibu apdet k pasal percutian kami kat Mersing tu...uihhh tak sabar naa


P/S : cari homestay dah fully booked semua..terpaksa cari chalet..







kalau suka LIKE k... :D

Mee Vietnam lagiiii..... 6



 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam senja semua...eh sebok ibu nak apdet blog time senja gini. Cam dah takder keje sangat gamaknya yang perlu dibuat. ekekeke...saja jer petang gini bosan sambil nunggu Maghrib yang akan muncul sebentar jek lagi...


Ibu belek belek pesbuk ada pulak gambor baru yang ibu aplod. Tu pasal yang sebok nak apdet blog..mandangkan entry ibu yang lepas dah pun ada yang abac n komen. Sape lagi kalau bukan kawan blog ibu yang setia...Mama Nafira yang rajin datang blog ibu ni baca n komen. Rasa diri dihargai sangat...tq mamaaaa! ibu luve u muahhh! eceh.


Dalam pada ibu malas malas nak masak tu tekak ibu takleh tahan dah teringin sangat nak makan mee vietnam feveret ibu. Pulak hari tu daging korban masih ada lagi kan? banyak jugak lam freezer tu. mak mertua ibu pon tahun ni ambik bhg jugak join korban tu yang dapat daging lebih siket...simpan n makan siket siket hehehe...tq mak mertua! :)




Mee Vietnam yang sudah diolah olah mengikut selera ibu.
sampailah sekarang ni kalau ibu buat mee ni kuah dia jer yang sama rasanya
begitu juga dengan sambal ijaunya...rasa sama warna ada tukar hehe
yang bezanya bahan bahan yang ibu letak dlm mee vietnam ni..
maksudnya apa yang ado jek lah kat dalam peti sejuk tu
tapi daun ketumbar, daun bawang, daging, mee van pho, limau nipis tu kira cam wajib ada lah
baru rasa dia tak lari jauh...sedapnyaaaaaaaaaa!!
ini selera ibu...mungkin tak sama ngan semua orang..
cam ni ayah tak gemar sangat...abis ayah tak gemar takkan ibu nak ikut pulak kan?
hahaha..


selfieeeeee....wefieeeee
nak jugak letak...hahaha
maklumlah teknologi dah maju kan? annn??
jadi kita gunakan ajerrr...hehe
ni gambar tak terang sebab dlm kereta kat tempat parking dlm Jusco Taman U
haaaaa....gitewww
tapi ibu tetap jugak nak posing ngan adam sebab adam sepoting
masa ni melaram baju kurung bagai sebab balik dari rumah orang kawin...
seronok gak eh melaram lelawa baju kurung fefeeling ayu gitew belajan dlm mall
next time pergi umah orang kawin lagi laaa...lepas tu boleh jalan jalan..
best! hehehehe



P/S : tak sabor nak cuti bejalan ke pantai mersing...percutian keluarga sempena cuti Deepavali. eh. tetiba.







kalau suka LIKE k... :D

Selamat Hari Raya Aidil Adha walaupun terlambat daaa 2



 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam petang semua...Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada kawan kawan ibu yang menyambutnya. Macam mana sambut raya haji tahun ni?? meriah tak? keluarga ibu tak sambut sangat. Sebab 2 hari sebelum raya kami adik beradik buat kenduri tuk arwah abak, mak dan ahli keluarga yang sudah meninggal. Kami gotong royong adik beradik jer masak lauk lauk n nasik putih.


Hajat arwah abak nak qeqah kambing 2 ekor pon dah ditunaikan, kami buat qeqah kambing kat Kemboja...kat rumah kami mmasak lauk macam macam tuk jamu orang surau n jiran yang dtg kenduri hari tu. Puas hati dapat buat sendiri semua..walau penat tapi bila kita ikhlas nak buat sendiri hilang rasa penat tu. Gotong royong katanyaaa...malam tu pon kak Long ibu dok bakar sate...suka lah tetamu semua makan sate..ibu pon suka jugak hehe


Petang raya tuh ibu masak sup kaki lembu. Tah apa rasa lantaklah situ..memasing sibuk kannnn..haaa nak sangat ibu masak hambikkk. hahahaha....yang penting ikhlas okeyyy ibu masak ni. Roti kosong pon awal2 dah stenbai...cuma nunggu kan sup kaki lembu ni jer berejam kan..nak nunggu dia lembut. Maklum lah kita ni bukan nya pandai sangat masak..manaaa lah tau petua petua org dulu2 nak bagi dia cepat lembut n cepat masak...lantaklah situ gas habis ker tong kosong ker..yang penting lembut koooo



kalau ibu masak lobak ada la...tomato adalah...kentang pon ada lah...
nak kata tak sedap...sedap kottt kan??
sebab...ibu tengok periuk yang sebesoooo alam ni..licin!
tak tinggal bang satu kaki pon lagi...yillek!!
abang ibu yang no 2 tu pon..makan tak bunyik2 komplen
makan jek..pastu siap tanya mana mangkok tambah..
sedap leteww...hihihi
ikhlas kannnn hahahaha



Selfieeeeeeeeeeeeeeee........Wefieeeeeeeeeeee
takder kerja lain kalau dok lam kete ni...
kita sarap dulu pastu kita gi Mydin eh? ahahhaha
asik Mydin jek...tak reti gi tempat lain ker?? hehehe
ni hari mari kita gi belanja barang dapor
cariklah apa yg takdo
mandangkan ibu ngan Ameera nih penunggu setia rumah..
maka kami berdualah yang paling happy sekali setiap kali dapat naik kete
gi Mydin ponnn kami dah suka gile...
bila suke jadinya kami Selfieeee



Ni daging korban...Syukur....
yang ni ayah masak...(ayah lagi)
sedap!!
kalah makan kedai..sungguh!!


Sotong goreng tepung!!
yang ni pon sedappp!!
ayah jugak yang masak...(ayah lagi)
yang ni fav ayah...ibu biasa biasa jek makan sotong ni
sedappp!! sungguh!!!



yang ni pon biasa biasa lah kan...sayur...tapi mesti ada
kalau rajin hehee
anak2 tak suka..takpe ibu ayah suke...
sedappp!! sungguh!!
ayah jugak yang masak (ayaaah lagi)


P/S : bila ibu nak turun dapo n masak ni?? ibu masuk dapo bila nak masak mee vietnam jek..adeilah kenapa malas sangat nihhh???





kalau suka LIKE k... :D

Apa apa aje. 2



 photo bismillah_zpse3a79df3.gif


Salam pagi semuaa...haaa ni pagi lagi ibu update, belum mengantuk dok gatai tangan pegi buat air nescaffe tengah malam buta. Dah susah nak tido ececehh padahal memang selalu tido lewat pon kannn?? macam teenagers lah perasan diri tew gamakyaaaa oiii ibu ibu uiiii


Hahaha...ni nak story pasal apa jek nih?? jap ibu belek belek gambar kat pesbuk. Gambar apa ibu ada aplod 2 ke 3 hari nih...jap eehhh....





owhhhh...ni gambar Ameera Adni Rose
menggayakan gaya rose nya itewww
kenmain haa melaram...melaram no 1
ibu ajar siket2 jek
dia yang melebih lebih
skang ni kalau nak pakaikan dia baju bukannya kerja senang macam dolu dolu
susah uiiii...kenmain memilih nak baju jalan jek
abis kalau baju jalan jer yang di lenjan...besok2 nak berjalan nak pakai baju apa nak uii
selalu teman bertekak ibu dia nilah ha..
bertekak pasal nak pakai baju apa hari ini kann...
alahai anak dara sangat.




owhhhh...yang ini pulak hari ayah cuti kerja...night shift kerja, day shift cuti
jadik kami berkerja shama menganmbil anak2 pulang dari sekolah..
taim ni tgh nunggu abang Danial balik dari sekolah pagi..
suka Danial ngan Adam bila nampak ibu ngan ayah dalam keta tunggu dia kat luar pagar sekolah
sambil nunggu abang danial keluar, adam sibuk nak ber wefie!!
skang kalau ibu nak selfie dah tak boleh selfie sangat
sibuk dema nak mengacau...
layan jer walaupun yg sebenarnya ibu pon sukaaa kikikiki



owhhhh..yang ini Ameera tgh makan kek batik
takde apa apa sangat
saje aplod lam pesbuk
ini pon nak aplod...huahuahuahua



owhhhh yang ini kenalah besarkan gambarnya kan??
haaaa bangga nih dengan kebolehan suami
boleh masak mee bandung dengan jayanya..
ibu pon tak pernah n tak gheti nak masak mee bandung nih!!
sungguh!! sedap ayah masak...tq yah! :)



owhhhhh yang ini yang terpaling sedap sekali
nampak simple kan?? kan??
cer lah buat...jemput2 kelapa (lembut kooo) cicah ngan gula
hallammakkkkkk meletop terbaikkkk enaknyaaaaa
yang ini pon encikk suami yang masak...
kenapalah suami saya nih pandai sangat masak benda yang saya cuma tau makan jek..??
eh. kenalah tuh kan? jodoh panjang namanya tuh...
huhuh!



kicking taste!!
#sambalcilipadiikanmasinpedas
yang ini pon mantoppppp!!
makan ngan nasik panas ngan telur dadar ngan petai (kalau ada)
nilah makanan org malas masak, atau tak sempat masak, atau bz giler giler takder masa masak
menu nih memang enak..tuk tekak orang kampung macam ibu lah kan
tapi nih sambal org bandor pon layan jek
kawan ibu yang jual....ibu beli sebab tak tahan tgk testimoni2 customer dia
kalau awak2 nak order boleh lah usha2 kat IG (instagram) dia
@aida_supermok
SMS/wassap : 0106331535
terlajak laku kooo sambal dia nih...
kawan ibu yg jual sambal #ikanmasincilipadipedas nih wife pada Tam Spider uollssss
dia berjual seikhlas hati nak bagi org lain jugak merasa keenakkan sambal nih..
sebabtuh la terlajak laku sambal dia nih..
cubalahhhh...pasti tak menyesal!!


haaaa nampak tuh...gitew jek ibu makan
bila sibuk cucuk sate kadang tak sempat nak masak2
tapi perut lapooooo ngat...
dapat sepinggan menu cenggini pon dah mantop..
kenyangggg syukur Alhamdulillah.
cubalah yer.. :)


Okeylah...cam panjang berjela lak ibu menceceh nih. hari dah larut sangat nih..ibu sorang jek yang berjaga. Besok dah susah nak bangun pagi..baiklah ibu masuk beradu sekarang jugak. Ameera dah lama beradu..eh eh..baru sebut dah berbunyi bunyik tuh..anak anak..telepati kuat betul. Takleh terfikir langsung..sibuk lah dia terjaga lepas tuh...


PS : sambung lenkali



kalau suka LIKE k... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...